Chapter 39
(Zedi P.O.V)
Keesokan harinya, aku duduk santai di kelas. Baru je selesai class english. Cakap pasal semalam,
Ya, semalam kitorang bertiga kena kejar satu sekolah dengan Firdaus. Takut kitorang bila Firdaus start lari macam naruto lepastu dia baling shuriken dengan kunai dekat kitorang.
Famous jugalah, ada yang record video.
Alhamdulillah, tamat waktu sekolah, aku sempat lari dari Syaz. Balik je sekolah, aku terus masuk ke dorm aku. Haha, kalau bab larikan diri, aku lah yang paling legend dalam dunia!
Nampak tak keyakinan dekat situ?
Aku memusingkan pen ku. Ya, aku sambung perang dingin dengan Khai. Tak adalah dingin sangat, lepas kes dengan Firdaus semalam, kitorang rapat lah juga macam dulu.
"Lik, kau join pertandingan menyanyi bulan 5 ni? " aku memandang Malik di sebelah.
Malik masih lagi tidur.
Aku geram lantas bangun, "Lik, bangun, " aku bisik di telinganya.
"ARGHHH! " Malik menjerit lantas berdiri tegak dengan pantas.
Nasib baik aku sempat ke tepi. Kalau tak, terhantuk kepala aku dengan dia.
Aku terkebil- kebil memandangnya, "Kau ni tak boleh relax ke? "
Malik mengusap dadanya, "Aku terkejut bila dengar suara kau dekat telinga aku tiba- tiba, "
Aku mengurut dahiku, "Sorry for disturbing but I wanna ask you question, "
"What? "
"Kau join pertandingan menyanyi sekolah bulan depan? " aku kembali duduk di tempatku.
"Maksud kau, The Fabulous Voice 2020? "
Aku mengangguk, pergh! Nama pun dah dahsyat! Patutlah Gold High tak pernah sebulu dengan Diamond High. Rupanya rival dalam music.
Actually dulu waktu dekat Gold High, kitorang ZIQHAS, selalu saja jumpa singer Diamond High dekat pertandingan.
Alhamdulillah, kitorang selalu menang tapi tulah, cepat lupa. Haha! Bukannya malas nak ingat mahupun memandang rendah dekat mereka tapi sebenarnya prinsip kitorang kalau bertanding, 'Perkara yang dah lepas tak usah dikenang'.
Ceh, padahal semuanya malas nak ingat sebab kepala otak asyik pikir benda lain je haha!
"Yeah, kau join The Fabulous Voice 2020? "
Malik kembali duduk.
"Nope! Why? Kau nak join? "
Aku mengangguk, " Dekat mana nak isi borang? " Hehe, sorry Syaz! Aku ada sebab nak join~
"Kau pergi ke 5 Lekir and cakap nak jumpa Fira. Dia setiausaha kelab musical. And dia yang pegang borang pertandingan, "
Aku mengangguk lalu aku pun berdiri, "Jom! " aku bersemangat.
"Huh? Jom? Ke mana? " Malik menyengetkan kepalanya.
"5 Lekir lah! Kan Fira ada dekat sana! " aku tersenyum gembira.
"But-- I don't wanna-- Haih, okay jom, " Malik bangun dari tempatnya.
Aku memandang Khai lalu aku pun mengeluh, haih! Aku rasa aku patut lupakan hal dia dengan Hara, pandai- pandailah diorang settle kan sendiri.
"Khai, jom! " aku menariknya keluar dari kelas, menuju ke 5 Lekir.
"Ehh, nak pergi mana? " Khai menjerit.
"Just follow her! " Malik menolak Khai agar lebih senang untuk aku tarik.
Khai keliru, "Wait Ze, you don't hate me anymore? "
"Siapa cakap aku benci kau? " aku kembali menyoalnya sambil menariknya.
"Yeah, sebab hal aku dengan Hara. Aku dah tahu masalah kitorang yang buatkan kau mengamuk haritu, " Khai menjawab perlahan.
Tapi aku dapat dengar. Dan yang paling penting, mesti korang pelikkan? Dulu Khai ber I-you dengan aku. Semalam, aku suruh dia start ber aku-kau dengan aku. Bukan apa, nampak lebih rapat lah gitu! Kata Chaos Trio!
"No lah, aku memang geram sikit tapi lupakan. Hal tu aku nak kau settle sendiri dengan Hara. Jangan libatkan aku! And aku pasti yang aku takkan dapat tolong korang waktu tu, "
"Huh? What do you mean? " Khai merentap tangannya. Kami bertiga berhenti berjalan.
Aku menarik nafas lalu aku pun memusing ke belakang, "Maksud aku, aku pasti tak dapat tolong korang sebab aku yakin yang korang boleh settle kan sendiri, " aku tersenyum tawar. Ya, aku tipu diorang.
Khai tergelak kecil, " So Chaos Trio is back huh? "
Aku ketawa besar, "Yeah dude! "
"Hmm, " Malik membalas perlahan. Tangannya kembali menolak Khai.
"ITU JE KAU BALAS LIK?! SEMANGAT SIKIT BRO! " Khai menjerit kuat.
"Diam Khai, nanti dia mengamuk, dapat kau sekali penampar ayah pin daripada dia, " aku kembali menarik Khai.
Kami berdua mengatawakan Malik. Malik hanya meng'hmm'kan saja.
"Oppp! " aku berhenti tiba- tiba. Dahi Malik terhantuk di kepala Khai.
"Sakitlah bangang! " Khai menjerit, memarahi Malik.
"Kau pikir aku tak sakit?! Kau pahal nak berhenti mengejut?! " Malik kembali memarahi Khai.
"Kau nak marah aku pula! Kau patut marah Ze tau! Dia yang stop! " Khai menunjukku.
"Okay okay, I'm sorry but now, look at that! " aku menunjuk ke satu arah. Di taman bunga!
Heh, kemonlah author! Tak de port lain ke nak cari dalam sekolah ni! Sekolah ni bukan main besar, bukannya sekangkang Hara je!
Dahlah taman bunga ni banyak kenangan pahit aku. Kantoi dengan Syaz dan Riss, kantoi identiti dengan Lutfi. Hadeh!
"Itu bukan ke Zery and one of your friend, right? " Malik menyoalku.
Aku mengangguk, "Yeah, "
"Kau balas yeah yeah ni, kau kenal ke Zery tu siapa? " Malik memandangku.
Aku terdiam seketika, "No but I fell-- Ehh wait a damn minute! Budak lelaki tu yang dulu buli Aisy! " aku menghentak penumbukku di dinding.
Aku mengaduh kesakitan. Namun, yang aku dapat hanyalah ketawa daripada Malik dan Khai.
"Ish! Nampaknya aku kena-- " aku memanjat tembok yang berada di koridor.
Malik dan Khai terkejut lantas mereka terus menarik aku.
"Wey Ze! Kau gila ke apa?! Pahal kau panjat tembok koridor! " Khai menarikku.
Aku memaut tembok koridor itu untuk kekal di atasnya, "Sudah terang lagi bersuluh aku nak hentak si Beri tu! Dia dulu buli Aisy, now dia boleh berani muncul depan Aisy! "
"Kepala hotak berjambul kau! Nama dia Zery, bukan Beri! " Khai masih lagi menarikku.
"Ahh, aku tak kesah lah! Beri ke, Zery ke. Aku tetap nak lempang dia banyak kali! " aku tetap melawan.
"Ini tingkat dua tau! Kalau dah tak nak teruskan hidup sekalipun, janganlah buat depan kitorang! " Khai tetap menarikku.
Malik mengeluh lantas dia pun memandang ke arah Aisy dan Zery, "Shit! "
Malik terus menarik aku dan Khai dengan pantas dan kuat. Kami berdua terduduk di sebalik tembok. Malik terus mengcangkung di sebelah ku.
"Kau kenapa-- "
"Shh! " Malik memintas ku manakala Khai terkebil- kebil.
"Tadi Zery hampir nampak kita and aku tahu semuanya disebabkan korang berdua memekak macam orang tak betul! " Malik menunjuk diriku dan Khai berulang kali.
Aku dan Khai tersengih.
Malik mengeluh lantas dia pun menghendap kembali, "Hmm, "
"Line clear? " aku menyoal.
"Yeah, Zery dah fokus dekat Aisy semula, " Malik membalas.
"Guys, tengok camera! "
Aku dan Malik melihat Khai yang memegang telefonnya, bersedia untuk mengambil gambar.
Aku dengan terujanya kembali bersimpuh di sebelah Khai yang duduk cangkung. Malik yang ingin larikan diri kerana malas sempat ditangkap olehku.
"Jomlah sekali, Lik, " Khai mengajaknya, seperti memujuk.
"Ah, malaslah aku, " Malik tetap ingin beredar.
"Jomlah, mana tahu gambar ni bermakna bagi kita bertiga. Mana tahu lepas ni kita dah tak boleh jumpa lagi sama- sama? " aku bersuara.
Malik terhenti, "Huh?! "
Aku tersenyum, "Jom? "
Malik mengeluh, "Fine! "
Kami mengambil gambar dalam pelbagai gaya. Kau tahu, Malik ni paling munafik antara kitorang bertiga.
Punyalah tak nak ambil gambar sama- sama tapi bila nak ambil gambar, dia paling over! Disuruhnya kitorang buat dab, peace, mini love. Paling aku geram, dia suruh kitorang buat backflip!
Bergaduh Khai dengan Malik. Bukan apa, Khai tak bagi sebab aku pakai skirt. Malik pula boleh cakap dia lupa. Haih!
"Guys, aku rasa kita patut berhenti. Lik, cuba tengok Aisy dengan Zery, " aku bersuara, menghentikan pergaduhan mereka.
Malik bangun, "Masih lagi berdua, "
Aku dan Khai berdiri, kami memandang mereka berdua.
Aku mengeluarkan telefonku, "Lik, Khai. Aku ada misi untuk korang berdua. Amat penting lagikan important! "
"That's same, Ze, " Khai bersuara perlahan.
Malik memandangku, "What? "
"Ambil gambar Aisy dengan Zery. Aku ambil dari sini. Khai, kau ambil dari sudut kiri. Lik, kau kanan, " aku memandang mereka berdua.
Krik krik, krik krik.
"Why? " Khai menyoalku.
"Aku akan jadikan gambar tu sebagai bahan ejekan bila diorang dah couple nanti, " aku terus mengambil gambar mereka.
"Bukan ke kau tak suka Zery? Kau yakin ke yang diorang akan couple? " Malik menyoal ragu- ragu.
Aku terdiam.
"Yeah Ze, you takkan nak dorong diorang untuk couple? " Khai juga menambah perisa.
"Urusai! Just take the photo! " (Diam! ) aku menjerit lantas kembali mengambil gambar mereka berdua.
Malik mengeluh lantas bergerak ke kanan, dia mengambil gambar seperti yang aku arahkan.
Khai pula pergi ke kiri. Kami mengambil gambar bagaikan storage masih lagi kosong.
10 minit kemudian,
Kami tiba di hadapan 5 Lekir. Ya, dah habis ambil gambar. Actually aku tak puas hati sebab banyak lagi gambar nak diambil tapi tulah. Dah nak sipi- sipi kantoi! Nasib baik Malik terus heret aku dengan Khai.
Khai mengetuk pintu kelas mereka sebanyak 3 kali.
Pintu itu dibuka, "Ya? "
"Kami nak cari Fira. Dia ada? " aku menyoalnya.
"Wey Ze-- "
"This is-- "
Malik dan Khai memandangku.
"Urm, sayalah Fira yang awak cari tu. Kenapa ye? Awak nak join The Fabulous Voice 2020 right? " Fira tersenyum.
Aku mengangguk, "Yeah, saya datang sebab saya nak borang pertandingan menyanyi, "
Fira tersenyum, "Wait a minute okay? "
Aku tersenyum gembira, "Okay! "
"Kau nak join solo ke duo ke trio ke group? " Khai menyoalku.
Agak pening aku dengar, "Fivou, " aku menjawab penuh ketenangan dan keyakinan.
Malik tersembur air manakala Khai terkebil- kebil memandangku.
"Fi-- fivou? " Khai ragu- ragu untuk bertanya.
"Yeah~ By the way, Lik. Mana kau dapat air tu? " aku menyoal bagaikan artis dengan bodyguradnya. Haha!
Malik memandang semula air mineralnya, "Ohh yang ni aku dapat daripada fans aku tadi-- "
"Siapa? " aku terus memotong dengan pantas.
"Urm, her name is Lisha but aku tak suka dia pun, aku anggap dia macam junior. Yeah, she is form 4 student, " Malik terus membuang botol air mineral itu di dalam tong sampah berdekatan.
"Why she give you so suddenly? " sekali lagi aku menyoal.
"Urm, because she said that I must be tired around you two because we are Chaos Trio right? "
"How-- "
"WAIT A DAMN MINUTE GUYS! " Khai menjerit di tepi.
Aku dan Malik memandangnya. Erk, pahal pula Khai ni nampak terharu?
Khai mengelipkan matanya berkali- kali, "Korang ni dah couple ke? "
"Wait what? Kau tak payah nak merepek! " aku melenting.
Malik pula kelihatan tenang sahaja, "Apahal tiba- tiba kau cakap macam tu? "
Khai menggaru kepalanya, "Urm, well. Ze nampak macam cemburu bila dapat tahu seorang fans kau cuba nak perhatian kau, and kau pula jawab semua soalan Ze. Macam kau cuba nak tenangkan cemburu dia. Right? "
"You-- "
Pintu kelas dibuka, " Sorry for late guys! "
Kami bertiga memandangnya.
"This is the borang you nak, Zedi-- "
"You know my name? " aku mengambil borang serta pen yang diberi.
"Urm, your nametag? " Fira menunjuk name tag di blazerku.
"Ohh, " aku mengangguk.
Malik dan Khai ketawa janggal, ingin cuba menutup maluku.
"Don't worry Fira, Zedi always bergurau macam ni, " Khai menepuk bahuku perlahan.
"Ohh okay! " Fira tersenyum.
'Haha, nasib baik aku dapat kawan macam ni, huhu! ' aku berdesis dalam hati.
Aku terus menulis nama- nama serta kelas mereka. My mean, ZIQHAS.
Tiba- tiba Khai menarik Malik ke belakang. Aku malas nak ambil tahu. Tapi nampak macam gay pun ada. Mana taknya, yang ditariknya tangan, bukannya kolar. Haha!
"Kau pahal?! " Malik merentap lengannya.
"Bila kau nak confess?! " Khai menyoal.
"Confess apa?! " Malik seperti tidak faham.
"Hek eleh, acah je lebih kau ni! Kau pikir kitorang semua ni tak tahu yang kau suka Ze? It's obvious dude! "
Malik terdiam seketika, "W-- what are you talking about? "
"See? Satu kelas dah tahu. Just confess, nanti dia kena kebas, padan muka kau! " Khai menepuk bahu Malik dengan kuat.
Malik mengeluh, "How? Dia akan reject aku macam dia reject Fiyaz. Fiyaz tu hensem kau tahu tak?! Aku ni macam seketul kentang je tau! "
"Huh? Macam mana kau tahu? "
"Group chat Badboy Diamond High lah, semua badboy dah tahu, "
"But, aku dapat rasakan yang Ze pun suka kau lah, "
Malik memandang Khai, "What?! "
"I don't know betul ke tak, but it's obvious for me. Dalam dua minggu ni, aku perasan Ze ni macam cacing kepanasan bila nampak ada budak perempuan dekat dengan kau, " Khai memberitahunya.
"Kau selidik? "
"Hehe, but aku yakin dia suka kau walaupun tak ada bukti and aku akan pastikan korang akan bersama! " Khai menjerit.
Malik memukul kepala Khai, "Slow down, but how? "
Khai tersengih jahat, "Just follow my plan, "
Malik kelihatan ragu- ragu tetapi cuma mengangguk. Mereka pun kembali ke aku. Mereka melihat nama- nama yang ditulis olehku.
"Ehh wait-- " Khai cuba bersuara.
"Nah! " aku menyerahkan borang itu. Aku tahu dia nak cakap apa.
"Ohh group name ZIQHAS. And five ahli. Okay! " Fira tersenyum.
"Okay thank you Fira, bye! " aku terus pergi, diikuti oleh Khai dan Malik.
"Ze! Just five? Setahu aku, ZIQHAS ada enam ahli and bila aku tengok nama-- "
"Shh, " aku menyuruh Khai untuk senyap.
"Aku tahu kau pelik but trust me, I know what's happening and Khai, hantar terus gambar kita bertiga tu ye. Hantar je semua, " aku mengarahnya.
"O-- okay, "
Khai melihat Malik yang hanya diam sahaja.
"Ohh by the way Ze, " Khai memandangku.
"Hmm? "
"Jumaat ni kau free tak? Maksud aku, esok, " Khai menyoalku.
Aku berhenti berjalan. Begitu juga dengan Khai dan Malik.
"Hmm, sabtu ni anniversary ZIQHAS ke-5 kan? " aku bersuara perlahan.
"I don't know, " Khai menjawab dengan pantas.
"No no! Aku cakap dengan diri sendiri! " aku menepuk dahiku perlahan beberapa kali.
"Ohh haha! " Khai tersengih manakala Malik hanya mengangguk.
"Jumaat tak boleh lah tho! Aku nak shopping dengan abang aku. Kitorang nak buat jamuan ZIQHAS, " aku memandang Khai.
"Hmm kalau macam tu, sabtu? "
"Are you stupid Khai? Sabtu tulah anniversary ZIQHAS! " Malik memotong percakapan Khai.
"Haa! How about you two datang jamuan ZIQHAS sekali? " aku gembira.
Malik dan Khai berpandangan sesama sendiri.
"Tak boleh! Tak boleh! " Malik menjerit.
"Haa! Be-- betul tu! Tak-- Tak boleh! " Khai tergagap apabila dijeling oleh Malik.
Aku keliru, apahal pula dua ekor malaun ni?
'Aku tahu yang kau tak nak confess depan kawan- kawan Ze! Don't worry my friend! ' Khai berdesis dalam hati, faham akan isyarat jelingan tajam Malik.
"Hmm, habistu bila? " aku memandang mereka berdua.
Khai dan Malik terdiam, memikir hari yang sesuai untuk keluar.
"Hmm, ahad boleh? Lagi cepat lagi bagus! " Khai menjerit riang.
"Apa yang cepat? Apa yang bagus? Ahad sekolah, kan? " aku memandang Khai.
Malik menendang punggung Khai kerana terlepas cakap.
Khai mengaduh, "Lagi cepat jumpa lagi bagus! Last minute biasanya selalu menjadi! "
"Betul tu Zedi, kita rehat sama- sama nak? Bertiga? " Malik pula menyoalku.
"Hmm, aku sebenarnya agak tak pasti dan tak yakin kalau hari ahad, " aku bersuara.
"Just say yes Ze! " Khai mendesak aku.
Aku memejamkan mata, cuba untuk berfikir walaupun otak dah sempit haha!
"Just say yes! " Malik pula mendesak.
"Guys, but-- haih! Okay ahad ni rehat sama- sama, " aku bersuara perlahan.
Aku tak nak mungkir janji! Macam mana ni!
"YEAH! " Malik dan Khai berhigh-five. Aku tersenyum hambar.
"HEY PRETTY GIRL! WE MEET AGAIN! " Tiba- tiba ada seorang menjerit dari belakangku.
Kami bertiga memandang. Dari jauh, ada seorang lelaki tersenyum sambil berlari ke arahku.
Aku menyengetkan kepalaku, "Aku macam kenal dia-- ARGHHH! "
Aku terkejut apabila Malik menolakku. Manakala Khai di sebelahku. Kami bertiga seperti berlari jauhkan diri daripada lelaki itu.
"Wey apahal ni! " aku menjerit.
"Jangan dekat dengan lelaki tu! Dia playboy terkemuka dekat Diamond High! " Khai menjerit.
"Huh? " Ohh dia lelaki yang melatah bila aku dengan Malik main mercun dulu.
"Wey, dia dah nak dekat! " Khai menjerit.
Malik berdecit lantas dia pun mengangkatku, aku yang tak tahu apa- apa hanya terdiam. Malik mengangkatku dengan bridal style.
"BAPAK SWEET THO! TAPI SEKARANG KITA LARI DULU! " Khai menjerit teruja melihat kami berdua.
"Lik, turunkan aku-- "
"No! Aku akan turunkan kau bila lelaki tu dah tak ada, okay? " Malik memandangku.
Aku mengeluh, "Okay, " serious rasa berdosa pula bila lelaki lain dukung aku. Lainlah kalau family sendiri macam abang, ayah-- oh lupa aku takde ayah.
Kami bertiga semakin laju meninggalkannya di belakang.
"HEY JANGAN BAWA MY PRETTY GIRL LARI! " Lelaki itu menjerit.
"Shit! AKU BENCI GILA THO DENGAN JEMBALANG TU! DIA PERNAH NAK TRY HARA! PADAHAL DIA TAHU AKU DENGAN HARA COUPLE! " Khai menjerit tidak puas hati.
"HEY-- WHAT? GUYS! LET ME GO! "
Malik dan Khai berhenti berlari apabila mendengar jeritan lelaki itu.
Kami bertiga terus menghadap ke belakang. Lelaki itu diheret oleh kawan- kawannya.
"Dasar satu geng kaki perempuan! "Malik mengutuk mereka.
"HAHA! PADAN MUKA KAU! " Khai menjerit gembira lalu dia pun menunjuk jari tengah berulang kali terhadap lelaki itu.
Aku mengeluh lega, kadang- kadang aku rasa selamat bila dengan diorang.
Malik menurunkan aku.
"Guys! Thank you selalu ada lindungi aku, aku takkan lupakan korang punya jasa sampai bila- bila, " aku memberikan senyuman yang ikhlas untuk mereka berdua.
"No problem lah! " Khai menjerit riang.
Malik hanya tersenyum manis lantas dia pun mengusap kepalaku lembut.
Klik!
Kami berdua memandang Khai yang mengambil gambar.
"Paling lawa, " Khai terus berlari.
"WOI! " Malik mengejarnya.
Aku tersengih. Damn, I will miss them!
(End Zedi P.O.V)
-----
Eric masuk ke bilik bosnya, Miranda. Derick sudah ada di dalam bilik itu.
"Boss? " Eric berdiri di hadapan meja Miranda, bersebelahan dengan abangnya.
" Saya akan ke rumah grandpa untuk jumpa mereka hari jumaat ni, " Miranda bersuara mendatar.
"Marzrios, Marine and Lucas? " Derick menyoal.
Miranda mengangguk.
"Jumaat maksud boss... " Eric mengira hari menggunakan jarinya.
"Esokkan? " Eric memandang Miranda.
"Yeah, "
"Okay tapi mengapa boss tidak cakap esok sahaja? " Eric menyoal kehairanan.
Miranda geram, "Just do what I say! "
"Okay okay! Kita akan jumpa mereka pada hari eso-- urmm jumaat! " Eric terus membetulkan ayatnya apabila mendapat renungan maut daripada Miranda.
"Good! "
Derick hanya menggeleng kepala melihat kebodohan adiknya.
'I don't care what they say. I just want to meet my siblings no matter what happen. After that, I will meet my parents. Step by step! ' Miranda berdesis.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top