Chapter 34

Teacher Irene berjalan dengan lemah menuju ke studio. Sampai sahaja di studio, Teacher Irene mengunci pintu utama lalu dia pun terus duduk di sofa.

Teacher Irene mengeluh lantas mengambil telefon pintarnya untuk menelefon seseorang.

"Hello papa, " Teacher Irene memulakan perbualan.

"Papa, tolong jujur dengan Rin pa. Papa ke yang buat semua ni? " Teacher Irene bersuara lemah.

"Tolonglah papa, papa tahukan apa yang terjadi. Kenapa papa pura- pura tak tahu ni? Rin penat pa, tolonglah bagi Rin bahagia sekejap, " Teacher Irene memicit kepalanya, pening dengan situasi yang berlaku dalam hidupnya.

"Papa, Rin bukannya patung untuk-- "

Teacher Irene terkelu apabila mendengar balasan papanya. Teacher Irene menahan tangisan lalu dia pun membalas, "Baik pa, "

Talian di tamatkan. Teacher Irene menangis semahu- mahunya. Kepala yang semakin pening tidak diendahkan.

Tok tok tok!

"TEACHER! TEACHER! "

Teacher Irene kenal siapa mereka. Mereka lah pelapis- pelapis baru itu.

"TEACHER, ARE YOU THERE? "

Teacher Irene bangun untuk membuka pintu. Silapnya pula mengunci pintu tetapi itu jalan yang terbaik. Dia tak mahu perbualannya didengari.

Dengan lemah, Teacher Irene menuju ke pintu utama. Teacher Irene berhenti sambil membongkok, menahan kesakitan di kepalanya.

"Tadi pening, sekarang sakit. Apa yang papa buat-- ARGHH! " Teacher Irene menjerit dengan kuat.

Teacher Irene menjerit sekuat- kuatnya beberapa kali kerana kesakitan di kepalanya semakin bertambah.

"TEACHER! TEACHER! WHAT'S WRONG? TEACHER, OPEN THIS DOOR! " Mereka di luar menjerit kerisauan apabila mendengar jeritan Teacher Irene tanpa henti.

Teacher Irene terduduk, "Z--ZIQHAS, tolong teacher, "

Teacher Irene terbaring. Tiba- tiba, Teacher Irene melihat bayangan mereka berenam berlari ke arahnya dengan risau sambil menangis. Teacher Irene juga dapat mendengar namanya dijerit beberapa kali oleh mereka berenam.

Teacher Irene cuba ingin mencapai mereka menggunakan tangannya walaupun dia sudah lemah, "ZIQHAS, you berenam datang, " Teacher Irene tersenyum lemah.

Apabila mereka berenam sudah sampai, banyangan- bayangan itu hilang kerana pintu utama sudah dihentak kuat sehingga terbuka luas. Teacher Irene terkejut, bayangan ZIQHAS diganti dengan pelapis- pelapis barunya.

Mereka berlari sambil menjerit risau apabila melihat Teacher Irene terbaring, hampir menutup matanya.

"ZIQ--ZIQHAS, I'm s--sorry for every--thing, " Sebelum sempat Teacher Irene pengsan, dia mengucapkan kata- kata itu.

"TEACHER? "

"CALL AMBULANCE! "

10 minit kemudian,

Ambulance datang untuk mengambil Teacher Irene. Berita kecemasan tentang Teacher Irene itu sudah tersebar satu sekolah. Ada yang simpati, ada yang tidak peduli.

Pengetua merenung pelapis- pelapis itu. Kini, mereka berada di pejabatnya.

"Jadi, boleh kamu semua terangkan apa yang terjadi? " Pengetua memandang mereka yang berdiri di hadapannya. Kerusi tak cukup 3. Dulu, ZIQHAS pernah datang biliknya.

Nak dijadikan cerita, Zedi boleh pula menjongket- jongketkan kerusi itu. Dia punya jongket sampai jatuh ke belakang, patah kerusinya.

Kerusi yang keduanya pula Hara yang patahkan, dia boleh pusing kuat- kuat sampai terlanggar dengan bucu meja. Jatuh terus.

Kerusi ketiga pula, Izla bergaduh dengan Zedi. Dia punya marah tu sampai nak hentak Zedi dengan kerusi. Nasib baik Teacher Irene tahan. Lepastu, boleh pula Izla baling kerusi tu ketepi. Hah sudah! Patahlah.

Sebenarnya, okay saja. Kerusi yang patah pun Teacher Irene dah ambil. Dan paling penting, ketiga- tiga kerusi itu patah pada hari yang sama.

"Maafkan saya ya terlebih dahulu, kerusi ni sebenarnya ada sembilan. Sekarang tinggal enam sebab ada tiga kerusi patah, " Pengetua tersenyum.

Mereka tersengih janggal.

"Patah? " Saidatul menyoal kehairanan.

"Ya, semuanya sebab mereka berenam, " Pengetua tersenyum apabila mengenangkan peristiwa itu.

"Siapa mereka? " Azriq menyoal.

Pengetua berdehem, "ZIQHAS. Dan satu hari selepas ZIQHAS pindah, saya pergi ke studio. Di studio, saya nampak banyak gambar ZIQHAS dan Teacher Irene bersama, "

"Ya, saya pun nampak. Banyak gambar mereka bertujuh bersama, " Sufian membalas dengan suara perlahan.

Pengetua mengangguk.

"Pengetua, pengetua cakap ada tiga kerusi patah bukan? " Azirahin menyoal.

Pengetua mengangguk sekali lagi, "Kenapa ye? "

"Di stor, ada banyak peralatan muzik. Bulan ni, bulan pertama kami jadi singer di Gold High. Setiap bulan, hanya seorang ditugaskan untuk mengemas stor studio. Jadi pada bulan pertama, saya perlu mengemas. Saya nampak dekat stor, ada tiga kerusi seperti kerusi pejabat. Dan ketiga- tiga kerusi itu patah. Saya pernah nak buang tapi Teacher Irene marah saya-- "

"Ya, itulah kerusi yang ZIQHAS patahkan, nampaknya Teacher Irene masih sayangkan mereka-- "

"Tapi kenapa?! " Azirahin memotong percakapan pengetua dengan pantas.

Mereka semua terkejut.

"Hey Azirahin, what are doing?! " Sufian berbisik keras.

"Kenapa? " Pengetua bangun dari duduknya.

"Kamu tak perasan ke? Kenapa Teacher Irene masih lagi tak boleh lupakan ZIQHAS? Kerana dia sayangkan ZIQHAS, " Pengetua membalas.

Azirahin mengetap bibirnya, " Kalau Teacher Irene sayangkan ZIQHAS, kenapa dia buang mereka hanya untuk kami? "

Pengetua mengeluh, "Itu semua berlaku tanpa sedar, "

Mereka semua terdiam, tidak paham apa yang berlaku.

"Cukuplah kamu tahu yang Teacher Irene tak sedar pun yang dia buang ZIQHAS dan dia buat semua tu tanpa kehendak dia sendiri. Dan yang paling penting, kamu perlu tahu bahawa Teacher Irene sayangkan ZIQHAS. Begitu juga dengan ZIQHAS, mereka sayangkan Teacher Irene cuma mereka perlukan masa untuk terima semua ni, " Pengetua membebel.

Mereka yang lain terdiam.

"Ka--kami boleh berubah untuk jadi seperti ZIQHAS, " Azirahin tetap berusaha.

Pengetua mengeluh sambil memicit kepalanya, " Kamu boleh jadi seperti Zedi? Jadi periang dan kuat menyakat? "

Azirahin terdiam.

"Jadi seperti Izla, kasar dan tidak menggedik sesuka hati? "

Sekali lagi Azirahin terdiam, lain teramat. Jujurnya, dia jenis perempuan yang sukakan perhatian seorang lelaki.

"Jadi seperti Qari yang pandai menjaga kehormatan walaupun selalu dipuji oleh lelaki kerana perihalnya? "

"Tidak, " Azirahin membalas perlahan.

"Jadi seperti Hara yang sentiasa mulut lepas walau dengan sesiapa sahaja? Jadi seperti Aisy yang sentiasa tersenyum manis dengan orang? Jadi seperti Syaz yang sentiasa melindungi kawan- kawannya? " Pengetua menyoal Azirahin bertubi- tubi.

"Ti-- tidak, " Azirahin hampir menangis.

Pengetua mengeluh, sedar akan kesilapannya, " Saya tak kenal ZIQHAS seperti mana Teacher Irene kenal ZIQHAS. Walaupun saya rapat dengan ZIQHAS, hubungan ZIQHAS dan Teacher Irene lebih erat, "

Azirahin menunduk hormat, " Saya minta maaf, saya melampau. Saya hilang hormat terhadap pengetua. Saya-- saya-- "

"Tidak mengapa Azirahin, saya tahu kamu tidak sengaja. Kamu mesti kecil hati sebab sampai sekarang Teacher Irene ingatkan ZIQHAS bukan? " Pengetua datang ke Azirahin lalu dia pun mengusap kepalanya.

Sufian tersenyum janggal, "Bukan je Teacher Irene masih ingatkan ZIQHAS, "

"Malah Teacher Irene masih tak nak terima kami, " Saidatul tersenyum tawar. Mereka semua menunduk, perit hati untuk menerima hakikat.

Pengetua terdiam, bersimpati dengan pelajar- pelajar di hadapannya.

"Kalau kamu nak tahu, "

Mereka semua memandang pengetua yang tersenyum tawar.

"Teacher Irene hanyalah mangsa keadaan semua ini. Semua yang berlaku bukan kehendak dia, dia terseksa, terseksa teramat. Jadi, kamu semua tolong jangan sesekali mengejek ZIQHAS di hadapannya ye, "

Mereka yang lain mengangguk, patuh dengan arahan.

Pengetua tersenyum bahagia namun tampak lemah, 'Rin, uncle akan cuba selamatkan kamu, ' Pengetua berdesis dalam hati.

"Tapi kan, "

Semua mata memandang Fahmi yang bersuara tiba- tiba.

"Pengetua cakap yang Kak Syaz lindungi kawan- kawannya, maksudnya ZIQHAS lah kan? " Fahmi memandang pengetua.

Pengetua mengangguk.

"Jadi, Kak Syaz juga perlu sentiasa kawal kegilaan ahli ZIQHAS yang lain lah kan? " Fahmi menyambung tanpa bertapis.

"Woit! " Sufian dan Saidatul memarahinya.

Pengetua ketawa kecil, "Ya, betullah tu, "

10 minit kemudian,

Pelapis- pelapis itu sudah pun keluar. Pengetua duduk di tempatnya.

Tok tok!

"Masuk! "

Guru penolong kanan, Puan Halizah masuk.

"Puan Halizah, kenapa ye? " Pengetua menyoal.

"Ambulance yang bawa Teacher Irene tadi dah sampai tetapi.. " Puan Halizah mendiamkan diri, berat hati ingin berkata.

"Tapi apa Puan Halizah? " Pengetua berdiri di tempat duduknya.

"Bial mereka baru sahaja sampai di hospital, mereka diserang oleh beberapa lelaki berpakaian hitam yang bersenjata. Mereka hanya datang untuk mengambil Teacher Irene, " Puan Halizah kelihatan risau.

Pengetua terkejut, 'Tak mungkin itu mereka! ' Pengetua berdesis.

"APA? ZIQHAS perlu tahu-- " Baru sahaja Pengetua ingin mengambil telefon pintarnya, Puan Halizah bersuara.

"Mereka mungkin akan risau, "

Pengetua terdiam lalu dia pun membalas, "Saya tetap akan beritahu mereka, "

------

(Qari P.O.V)

Sekarang ni, kami berlima dalam dorm Zedi. Syaz duduk di kerusi meja belajar Zedi, bersebelahan dengan katil. Aisy duduk di sebelah kepala Zedi sambil mengusap kepala Zedi yang sudah tertidur. Aku pula duduk di lantai bersebelahan dengan Hara. Izla pula duduk di sebelah kaki Zedi sambil memeluk bantal peluk Zedi.

Syaz mengeluh lalu dia pun bangun. Kami berempat memandangnya.

"I can't believe it. She-- no no! Lutfi tu nak revenge? ARE YOU KIDDING ME?! " Syaz menjerit.

Kami berempat terkejut. Dah lah kita dekat dorm orang, boleh pula dia melenting.

"Shh! " Kami berempat menyuruh Syaz diam.

"NO NO! Which one Lutfi is? Don't tell me, that Lutfi is in our class. That nerd guy? IT'S HIM? ARE YOU FUCKING REAL? " Kali ini, semakin kuat Syaz menjerit.

Kawan- kawan dorm Zedi sudah menoleh.

Belum sempat aku dengan Hara bangun untuk mengheret Syaz keluar dari dorm, Izla sudah melompat ke Syaz. Bantal peluk Zedi ditekup di muka Syaz.

"A--AKU TAK BO--LEH NAFAS!! " Syaz menjerit.

"Shut up, Syaz. Zedi is sleeping, " Aku bersuara.

"And Lutfi tu memang budak nerd kelas kita, " Hara membalas dengan selamba. Izla melepaskan Syaz, Syaz merampas bantal di tangan Izla.

Bak!

Terkejut kami apabila Syaz membaling bantal itu ke Zedi.

"SYAZ! " Kami berempat menjerit.

"Opps!, " Syaz tersenyum.

Kami menarik nafas. Pening bila Syaz pula mereng.

"Kalau Zedi bangun lepastu nangis macam tadi, aku smackdown kau! " Hara memberi amaran.

"Rilek rilek, kitkat kan ada, " Syaz memberi kitkat kepada Hara.

"Mana kau dapat benda ni? " Hara menyoal sambil memandang kitkat itu tanpa ada niat ingin mengambil.

"Haah, mana aku dapat kitkat ni? " Syaz memusing- musingkan badannya.

"Are you kidding me? " Aku pelik betul.

Zedi dengan Syaz ni memang selalu tukar- tukar perangai. Bila Zedi sedih, Syaz pula macam gila. Bila Syaz sedih, Zedi macam biasalah, gila.

Aisy menggelengkan kepalanya.

"Ehh haah, aku ambil dekat meja sebelah, " Syaz menunjuk meja sebelah.

Krik krik, krik krik.

Kami berempat melihat meja di sebelah. Aku terus merampas kitkat di tangan Syaz lalu aku pun duduk di lantai kembali.

Syaz tersengih, dia masih berdiri.

"Kau kenapa tak duduk lagi? " Aisy menyoal kehairanan. Syaz tersenyum sinis.

Aku terdiam, shit! Apa benda dia nak buat ni? Patut ke aku lari?

Sekelip mata, Syaz sudah melompat di atas Zedi. Kami terkejut.

"ZEDI!! "

Kami berempat menjerit kerisauan. Risau kalau patah tulang Zedi bila kena dudukkan dengan Syaz.

Syaz ketawa, "Don't worry lah, "

Kami menarik nafas lega.

Tiba- tiba telefon Syaz berbunyi, Syaz terkejut melihat gerangan yang menelefonnya. Kami semua pelik.

"Urm, guys. Aku nak keluar kejap, ada orang call, " Syaz bangun dengan pantas tanpa menunggu balasan kami.

"JODOH CALL! " Hara menjerit.

"NASI MINYAK! NASI MINYAK! " Izla pual yang menyakat.

Aisy menggelengkan kepalanya lalu dia pun membetulkan postur Zedi agar Zedi selesa untuk tidur.

Tidak lama selepas itu, Syaz masuk dengan riaksi seperti biasa. Beku~

"Why? Siapa call? " Aisy menyoal.

"Nothing! Urm, tak bangun lagi ke? Even aku dah lompat atas dia? " Syaz menunjuk Zedi.

Kami berempat mengangguk serentak. Syaz mengeluh.

"Guess we have to go now. Zedi must be really tired. Esok kan ada, " Syaz menyuruh kami kembali ke dorm masing- masing.

"But-- "

"Aisy! " Syaz memandang Aisy, memberi amaran.

Aisy mengeluh lalu dia pun bangun, begitu juga dengan Hara dan Izla. Aku bangun lalu aku pun berbisik di telinga Zedi,

"Take care Zedi, "

------

Keesokan paginya, kami berjalan bersama- sama ke sekolah. Zedi dah kembali seperti biasa.

Kitorang tahu, walaupun dia nampak biasa dari luaran namun dalaman, dia masih tersakiti. Keadaan sangat janggal sehinggalah,

"NAMPAKNYA SYAITAN BETINA INI SUDAH BANGKIT DARI TIDURNYA~~ " Hara mengejek Zedi.

Kami berlima melihat Hara. Zedi melompat ke Hara lalu dia pun menyekeh kepala Hara.

"Berani betul hamba abdi ni ye, " Zedi tetap menyekeh kepala Hara.

Kami ketawa.

"Zedi, " Syaz memanggil.

"Yow nenek! " Zedi membuat muka syaitannya.

"Damn you! Sebelum tu, lepas kitoramg pergi balik ke dorm kitorang, kau ada buat apa- apa ke? " Syaz menyoal serius.

Aisy memberi aku tisu. Aku terus mengambil sambil mengucapkan terima kasih. Peluh di dahi dilap dengan riak ketakutan. Hah!

"Study? " Zedi ragu- ragu menjawab.

"I pray for you, Ze, " Hara menepuk bahu Zedi. Zedi hairan.

"It's nice to know you as a bestfriend, " Izla tersenyum manis sambil menangis palsu.

"What? " Zedi pelik.

"I will never forget about you, Ze, " Aku masih lagi mengelap peluh di dahi yang dari tadi tak berhenti keluar. Haha! Gurau je, saja nak habiskan tisu Aisy.

"Nani the fuck?! " Zedi mencarut.

Kami bertiga ketawa manakala Aisy menggelengkan kepalanya sambil senyuman.

Syaz mengeluh, "Kau tak perlu belajar sangat, "

"Aku cuma nak rasa perasaan student bila SPM nak dekat, " Zedi menjawab bersahaja.

"The heck? Kita akan duduki SPM tahun ni, sabarlah kalau ye pun, " Hara membalas.

Aku mengangguk, setuju dengan apa yang dikatakan Hara.

"Haha, aku saja je nak rasa perasaannya macam mana. Nanti kalau aku tak dapat rasa macam mana? " Zedi menjongketkan keningnya.

Kami berlima membuat muka, rasa macam nak lempang Zedi sampai ke Africa.

"Pebenda kau merepek ni jilake? " Izla menyoal geram.

Zedi menoleh ke arahnya, "Hahahaha, jangan pikir lain. Aku cuma takut kalau aku confident sangat sampai tak nak belajar, "

"Tipu! Kau ingat aku tak tahu kau nak cakap apa?! " Aku pula bersuara.

Zedi hanya tersengih janggal.

Aisy hanya tersenyum manakala Syaz tersengih jahat lalu dia pun memanggil Zedi. Zedi memandangnya.

"Kalau kau cakap benda merepek lagi, aku akan pastikan gambar kau masa kau tengah tidur semalam, aku jadikan sticker whatsapp! " Syaz mengugutnya.

Zedi ketawa sinis, "Kalau kau nak tahu, gambar hodoh korang, semua ada dalam gallery aku. Aku boleh je buat sticker hodoh korang banyak- banyak~~ "

Kami terdiam.

Zedi meninggalkan kami dengan muka kemenangan.

"Ara ara sayonara~~ " Zedi melambaikan tangannya.

"ZEDI! " aku mengejar Zedi.

"YOU PIECE OF SHIT! " Hara melemparkan begnya ke Syaz agar lariannya bertambah laju. Syaz hampir tumbang akibat lemparan Hara tetapi dia hanya tersenyum. This is the moment yang dah lama dia tak rasa.

"AKU LANYAK KAU GUNA LORI MINYAK MASAK! DAN AKU AKAN PASTIKAN JENAMANYA SAJI! " Izla menjerit tanpa berlari.

"Kau tak nak lari Izla? " Aisy menyoal kehairanan.

Izla terdiam seketika lalu dia pun membulatkan matanya, "HAAH, AKU LUPA! WOIT! KAU TUNGGU ZEDI! "

Izla berlari mengejar Zedi yang sudah jauh berlari ke depan, dikejar oleh Hara dan aku.

"Dumb, " Aisy memberi komen terhadap tingkah laku Izla.

"Dumb as hell, " Syaz menyambung.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top