Chapter 25

Aisy (P.O.V)

Aku mengeluh sambil memandang kertas di tanganku. Kenapa? Mengapa? Perlu ke?

PERLU KE ADA HARI SUKAN BAGAI? Aku ni makhluk paling malas nak bersukan! Kenapa sukan ni mesti wujud dekat bumi? Kenapa tak marikh je? Bulan? Matahari? Bintang? Nampak ekstrem gituw.

Aku mengeluh sekali lagi.

"Aisy? " Rakan semeja ku memanggil.

"Ye, Leha? " Aku menyahut.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke? " Leha kelihatan risau.

Aku pelik, "Benda tak kena? Ummm, takde. Kenapa ye? "

Leha tersenyum, "Takde lah. Dari tadi saya dengar awak mengeluh je. Saya takut awak ada masalah. Mana tahu saya boleh bantu? "

Aku tersenyum mendengar, "Saya takde masalah, terima kasih sebab ambil peduli, "

Tiba- tiba ada sehelai kertas di layang- layangkan depan mukaku. Aku memandang wajah orang itu.

"Kau buat apa dekat sini? " Aku menyoal kasar. Terkejut Leha di sebelah.

Zedi ketawa, " Amboi ambooooiii, dengan kawan baru kau, pijak ladybird pun tak mati, dengan aku, pijak kaki gajah pun gajah boleh innalillah tau! "

"What are you doing here Zedi? " Aku terus menyoal. Bukan apa, takut je Zedi kena halau balik kelas dia. Ceh, siapa je yang berani nak buat lepas tersebar dua video dia tu?

"Nah! " Zedi menyerahkan kertas yang tadi dia layangkan depan muka aku. Aku ambil kertas tu.

"Asal kau bagi aku testpad ni? " Aku menyoal kehairanan.

"Aku nak kau tulis wasiat, mana tahu nanti kau innalillah sebab panjat pagar sekolah tapi tak lepas, lepastu kepala terhantuk dekat longkang tepi sekolah ke? Boleh lah kitorang tengok wasiat penting kau, " Zedi menjawab bersahaja tetapi dengan nada yang kuat.

Krik krik, krik krik.

Pap! Aku memukulnya.

Zedi mengaduh, "What was that for? "

"Low down your voice, " Aku memberi nasihat dengan lembut.

"Anyways, Leha, kenalkan, ini Zedi. Kawan baik saya, " Aku menunjuk Zedi.

"Ze! Ini Leha, kawan semeja aku! " Nada aku pun berlainan.

"What the, favoritism tho! Fake! Dengan Leha, bukan main lembut je suara kau, dengan aku, macam nak cari gaduh! " Zedi menyuarakan suara tidak puas hati.

"Itu beza kawan biasa dengan kawan baik, Zedi, " Leha bersuara.

Aku mengangguk, "see? Lain kali, ambil kelas sains tulen. Nak juga masuk kelas sastera, "

"Ngeh! Takde kena mengena langsung!By the way, bacalah iklan aku tu. Leha pun baca ye, " Zedi menyuruh.

Aku dan Leha terus baca.

"Haa? Amalan membaca tabiat kami, 5 Kasturi! Wah, siap ada tanda seru ye. Gempak! " Aku terkejut membaca tajuk 'iklan' Zedi.

"Apa yang anda dapat apabila anda menjadi pelajar 5 Kasturi? Ya, anda memang mambaca iklan yang benar. Disebabkan saya dibayar gaji untuk mempromote kelas saya sendiri, saya tiba- tiba rajin untuk menerangkan sesuatu yang teramat dahsyat lagikan gempak dimata manusia- manusia yang tidak pernah bersyukur apabila dapat hidup di muka bumi Allah SWT, " Leha membaca petikan di iklan Zedi itu.

"Apa benda ni Zedi? " Aku menyoal memandangnya.

Zedi tersenyum, "bacalah sampai habis, selagi tak habis, jangan pandang aku! "

Aku terus sambung membaca. Ya Allah, apa aku buat ni? Ikut je arahan Zedi tapi haih, layankan jelah.

"MARILAH KITA BERSAMA- SAMA MENJADI PELAJAR 5 KASTURI AGAR HIDUP LEBIH TENANG DAN DAPAT MENJADI SEORANG YANG BERBAHASA. BAK KATA ZEDI, SASTERA IS LIFE! " Aku membaca dengan penuh semangat, yelah. Dah Zedi tulis guna huruf besar je semua, mestilah aku kena baca macam tu. Intonasi kena ada geng!

Aku dan Leha terus memandang Zedi.

"Zedi, apakah semua ini? " Aku bertanya dengan nada lembut dengan muka menyeramkan.

Zedi mengelap peluh di dahi dengan muka takut. The heck?

Bam! Kami bertiga menoleh orang yang menepuk mejaku.

"Maksud semua ni, kau patut ambil kelas sastera! " Hara bersuara dengan bersemangat.

Aku pelik mendengar kata- kata budak kurang kasih sayang itu uhuk Hara uhuk.

"Untuk apa aku ambil kelas sastera sedangkan aku dah belajar course sains tulen setahun setengah. Aku ni tak bodoh lagi nak buat macam tu, " aku membalas kata- kata Hara dengan muka tak bersalah.

Hara dan Zedi terkebil- kebil melihatku. Hara tiba- tiba sahaja ketawa besar.

"Kena satu kali! " Hara menepuk belakang badan Zedi berkali- kali dengan kuat.

Zedi pula mengelap air mata palsunya.

"Halamak! Buang masa aku je bagi korang baca iklan tu. Baik aku bagi budak form 3. Biar satu batch ambil kelas sastera. Pekena kau satu sekolah tahun depan, " Zedi membuat muka terharunya.

Tak, masalahnya dia tak tahu yang budak tingkatan 3 tu semua nak ambil kelas sastera ke tak. Confident tahap dewa betul budak ni. Ceh, budak konon, padahal Zedi ni lagi tua dari aku. Oopss!

Zedi tiba- tiba sahaja memandang Hara yang berdiri di sebelahnya. Hara pun memandang Zedi. Aku tak sedap hati, aku tahu apa yang Zedi ni nak buat. Tersangat tahu!

"Kau jangan berani nak bu-- "

"Boleh juga try kan? " Zedi memandang Hara dengan penuh harapan untuk Hara mengikut dia membuat kerja haramnya. Hara membuat muka teruja nya.

"Betul! Ya ya ya! Aku tak sabar! " Hara menjerit kesukaan. Satu kelas memandang kami berempat.

"Umm, Aisy. Kenapa kawan kelas kau sorang ni? Yang berdiri sebelah aku ni, dia menjerit tiba- tiba. Tak betul ke? " Zedi pura- pura tidak kenal Hara.

"Umm, awak. Hara kan? Kenapa ye? Awak ada berita gembira nak bagitahu kitorang bertiga ke? " aku pun play along je lah.

Hara memandang kosong terhadap kami berdua manakala Leha ketawa kecil.

"Dasar anjing hulubalang Selangor, STING AKU YAHUU! " Hara menjerit sekali lagi. Terkejut aku dibuatnya. Leha pun ikut terkejut sekali tetapi,

"Pap! Papedap! "

Aku tak paham apa yang Zedi nyanyi. Tapi yang aku dapat tafsirkan ikut logik akal, dia cuba buat music background pakcik itu.

"Ehh? Jomlah Hara! Aku nak jumpa semua budak form 3 ni! " Zedi terus menukar topik asalnya.

"Ehh haah! Bye Aisy, bubye Leha. Jangan rindukan kan ku~ " Hara membuat flying kiss terhadap aku dan Leha. Zedi dan Hara pun keluar dari kelas Tuah.

"Jadi, kelas apa dulu ni? " Hara menyoal aku sambil makan coki- coki.

"Hmm, kelas 3 Tuah dulu! " mestilah nak kena jerat budak- budak kelas pertama dulu.

MUAHAHAHAHA!

"Ehh! Tengok tu! " Zedi menunjuk suatu arah. Hara pun mengikut melihat arah itu.

"Ehh? Apa yang Syaz dengan Izla buat dekat situ? " Hara menyoal Zedi dengan pelik.

"Kau tanya aku macam aku ni boleh baca pemikiran orang dari jarak jauh! " Zedi bersarkastik.

Hara tersengih.

"Batalkan niat nak jerat budak masuk kelas sastera. Jom pergi kacau anak dara orang. Aku ni dah lama single, " Zedi membuat muka jahat kerana dia ingin mengacau Syaz dan Izla.

Hara teruja, "Jom! "

Zedi merenyukkan kertasnya lalu dia pun baling masuk ke dalam tong sampah. Masuk! Mereka berdua pun berjalan perlahan menuju ke Syaz dan Izla.

(End Aisy P.O.V)

------

(Syaz P.O.V)

Aku dan Izla berbual tentang info yang baru saja kitorang lihat di papan kenyataan sekolah. Sports day Diamond High!

Bah!

Menjerit aku dan Izla apabila disergah dari belakang. Aku dengan geram memandang ke belakang dimana Zedi dan Hara ketawa terbahak- bahak.

"What the hell both are you doing? " Aku menyoal dengan senyuman manis yang menyeramkan.

"Chill chill! " Zedi mengangkat kedua tangannya. Hara pula tersengih.

"Aku ingatkan jodoh yang kacau. Pusing belakang, rupanya dua ekor monyet yang kurang kasih sayang, " Izla mengejek mereka berdua.

"APA KAU CAKAP? " Zedi dan Hara menjerit lalu Izla pun ketawa.

"Sudah sudah! Kenapa korang boleh berdua pula ni? Tak belajar ke? " Aku menyoal, ingin meleraikan pergaduhan tak matang itu.

"Tak, semua cikgu tengah ada mesyuarat pasal hari sukan sekolah nanti, " Zedi menjawab.

Kami bertiga mengangguk kepala.

"Kelas kitorang, Madam Liya tak cakap apa- apa pun dia nak pergi mana. Dia cuma cakap yang dia ada hal. Jaga diri! Itu je dia cakap sebelum dia blah! " Hara pula memberitahu tentang guru di kelasnya.

"Kelas kitorang, Miss Sue bagitahu, " Zedi pula bersuara.

Aku dan Izla mengangguk paham sebab kitorang tak ada pun dekat kelas tadi. Izla kata nak buang hajat. Lepastu aku pula yang diangkutnya sekali. Katanya takut nanti ada orang skodeng, kepala bana dia lah.

"Ehh kejap! Hari sukan? Bila tho? " Hara menyoal dengan anda terkejut.

"Minggu depan, " kami bertiga menjawab dengan serentak.

Hara mengeluh kasar sambil menggenggam rambutnya. Kitorang semua tahu yang Hara dari dulu lagi benci sukan. Tu yang tak tinggi- tinggi. Kemetot je 24 jam. Oppss, tak ada kena mengena.

Zedi tersenyum jahat sambil memandang Izla. Izla pula membuat muka bingungnya. Zedi menepuk dahinya, sekali lagi Zedi membuat senyuman jahat sambil memandang Izla.

"Kau kenapa Ze? " Izla menyoal Zedi dengan bingung.

Zedi terus membuat muka pasrah. Pasrah dengan kebingungan kawannya. Aku pula ketawa kecil, aku paham kenapa Zedi senyum jahat tiba- tiba. Hara pula masih genggam rambut dia.

"Tak perlu tahu lah, Izla! Aku boleh buat sendiri, " Zedi terus berdehem dengan kuat di sebelah Hara.

Hara terus meleraikan genggaman di rambutnya lalu dia pun memandang Zedi, "kau nak apa? "

"Ohohoho, garangnya~~ takut titew~~ " Zedi menganjing Hara.

"Aku harap balik sekolah ni kau kena kejar dengan anjing depan pagar sekolah sampai depan pagar asrama, " Hara terus berdoa.

Aku menepuk badan belakang Hara, "Mana boleh doa macam tu, nanti kena dekat batan hidung kau sendiri, "

Zedi, Hara dan Izla terus memandang ku. Aku pelik, pahal pula tiga ketul ni?

"Batan? " Izla menyoalku dengan nada mengejek.

"Pfttt! " Zedi menahan tawanya. Hara pula menyorokkan dirinya di belakang Zedi untuk ketawa tanpa aku nampak. Tapi aku nampak. It's obvious duh!

Aku tersenyum menyeramkan, "What did you all fucking say? "

Mereka bertiga terus berdiri normal, seperti tiada apa yang berlaku tadi.

"Wow! Sports day! " Zedi menjerit keriangan.

"I hate sports! " Hara mengeluh lagi. Aku tak tahu dah berapa kali dia mengeluh harini.

"Aku simpati dengan kau. Kau tak perlu masuk acara balapan, " Zedi bersuara.

"Abistu aku nak kena masuk apa? Aku nak markah kokurikulum! " Hara membalas dengan kasar.

"Ehem! Aku simpati dan aku rasa kau patut masuk lari dalam guni jelah! " Zedi terus memeluk bahu Hara.

"Pehal tho? " Hara menyoal kehairanan.

"Kalau kau lemas sekali pun dalam guni tu, tak ada siapa perasan! BWAHAHAHAHAHA! " Zedi ketawa seperti iblis betina. Izla pula ketawa mendengar.

"Sial kau-- "

Pak! Pak! Zedi dan Hara mengaduh kesakitan.

"Don't cursing, little bitches! " aku tersenyum menakutkan.

"Ta-- tapi kau-- "

"Are you gonna question me? " aku memandang Zedi.

"No-- no! " Zedi terus tersenyum manis.

"Good! " aku terus memandang ketiga- tiga kawan malangku.

"Gehh! " Mereka bertiga bersuara refleks. Mungkin dapat rasa aura kekejaman aku.

"Masuk saja acara yang korang masuk tahun lepas! Siapa tak masuk, aku denda korang belikan aku dengan Aisy Iphone 11 , paham? " Aku terus berjalan menuju ke kelas, meninggalkan mereka bertiga terpinga- pinga.

"APA? " aku dengar mereka menjerit. Aku hanya membuat tak tahu sahaja.

Hara terus jatuh pengsan bak cinderella tiruan.

"NANI? " Zedi menjerit.

"HUWAAAA, HARA PENGSAN! " Izla menjerit risau.

"Biar jelah, kejap lagi dalam 10 saat, bangunlah tu. Kita biar je dia terbiar dekat sini, " Zedi terus berjalan perlahan meninggalkan Hara dan Izla.

"Betul juga! " Izla mengekori Zedi, meninggalkan Hara berseorangan terbaring di lantai sekolah.

"Ehh sebelum tu, " Zedi terus berlari ke Hara lalu dia pun menyeluk tangan kanannya di dalam kocek blazer Hara. Coki-coki Hara yang masih ada lagi 4 batang diambil lalu Zedi pun berlari ke arah Izla.

"KURANG AJAR KORANG! " Hara tiba- tiba menjerit dengan kuat.

Zedi dan Izla menoleh ke belakang. Zedi memasukkan tangan kanannya yang ada coki- coki Hara di kocek blazer nya manakala tangan kirinya memegang kepalanya, "Lah, hidup lagi rupanya. Aku baru nak buat announcement dekat pejabat, sediakan kain kafan kau! "

"DASAR LOH! " Hara terus mengejar Zedi dan Izla.

Zedi dan Izla berlari dengan pantas. Aku dari tingkat 3 mengeluh melihat mereka bertiga di bawah. Macam budak kurang kasih sayang je tiga orang tu, aku ketuk kepala, bocor kang.

Well, cepat kan aku naik ke tingkat 3? Heh! This is Syaz lah!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top