Chapter 2
ZIQHAS memandang 9 orang pelajar tingkatan 3 dihadapannya. 4 daripadanya adalah pelajar perempuan manakala yang selebihnya adalah pelajar lelaki.
"Jadi, inilah pelapis yang dikatakan tu? "soal Zedi.
"Yeah, teacher rasa kamu berenam pernah nampak diorang semua. Am I right? " Teacher Irene kelihatan teruja dengan sesi perkenalan itu.
"Of course, sama sekolah kan? Orang buta je yang tak nampak, " balas Hara selamba.
"Yeah, betul tu. Kan Izla, " Zedi memeluk bahu Izla dengan senyuman manisnya.
"Jangan sentuh aku walau seinci pun, " Izla menolak Zedi dengan kejam.
Zedi ketawa, "Izla merajuk lah. Takkan kes semalam pun kau nak ungkit sampai hari ni? " usik Zedi lalu dia mencubit pipi Izla dengan kuat.
"Jangan. Sentuh. Aku. Dengan. Tangan. Kotor. Kau, " sebut Izla mendatar satu persatu.
"Ohh wow. Makin berani eh kau, " Zedi mengejek lalu dia pun memeluk Izla dengan ketat.
"SAKITLAH ZEDI! LEPASLAH! "jerit Izla dengan lantang.
Zedi tergelak jahat. Lagaknya seperti ibu tiri cinderella yang kedua. Eh, cinderella ada sorang ibu tiri je kan?
Ahli ZIQHAS yang lain hanya melihat sahaja. Seperti biasa, Zedi dan Izla akan bergurau.
Teacher Irene menekup muka. Nasib baik di studio ini hanya ada dia, ZIQHAS, dan pelapis baru.
"Okay, Zedi, Izla. Cukuplah semalam kamu berenam palau teacher. Hari ni jangan, please. Teacher suruh diorang datang untuk berkenalan dengan kamu berenam. Boleh tak kamu berenam jadi normal sekejap? Teacher mohon, " Teacher Irene sudah pasrah melihat sinetron dihadapannya kini.
"I'm sorry, teacher, " Zedi dan Izla memohon maaf.
"Okay everyone, back to our topic. So, inilah pelapis baru yang teacher katakan semalam. Teacher ambil keputusan untuk tubuhkan 2 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang perempuan manakala satu kumpulan lagi terdiri daripada 5 orang lelaki. As you know, this is the time for all of you know each other. Tak kenal maka tak cinta, " bebel Teacher Irene panjang lebar dengan senyuman manisnya.
"Dah kenal macam celaka, " kata Hara selamba.
Qari memandang Aisy lalu dia terus membisik, "Macam ayat twitter je, "
Aisy hanya tersenyum kecil.
"Wait... Teacher suruh kitorang datang studio untuk sesi jejak kasih ni? " soal Zedi, terkejut selepas mendapat tahu mengapa mereka perlu ke sini.
"Yeah. Why? Is it wrong? "soal Teacher Irene bingung.
"Totally wrong! " Qari merungut.
"Why? Kamu berenam ada plan ke time cuti- cuti ni? " soal Teacher Irene.
"Of course lah teacher. Saya nak pergi Popular. Banyak buku yang saya nak beli, " Zedi mengeluh kecil.
"Saya pula nak pergi tengok wayang dengan Hara, " kata Qari.
Hara menyokong.
"Saya nak pergi shopping dengan Izla, " Aisy bersuara perlahan.
"Ya betul! Banyak barang kitorang berdua nak beli tau! " sambung Izla dengan semangat.
"Banyak barang tapi beli jenis sama. Beli heels 4 pasang tapi kakinya ada sepasang je. Mende lah korang, " Zedi memandang kedua rakannya.
"Biarlah! Aku boring duduk rumah. Kau mana faham pasal perempuan, " balas Izla selamba.
"Habis aku ni apa? Pondan? Khunsa? " Zedi menyoal.
"Kau manusia ke? Sebab aku rasa manusia tak ada perangai hanat macam kau, " Izla menjongketkan keningnya.
"Main halus ye kau, " Zedi mengangkat kakinya untuk menendang Izla namun Izla sempat mengelak.
"Enough girls. So, Syaz. You ada plan apa hari ni? " Teacher Irene memandang Syaz.
"Saya plan nak duduk rumah je, teacher. " Syaz bersuara perlahan tapi cukup untuk semua disitu dengar.
"Alololo, comelnya dia nak duduk rumah je, " usik Hara.
"Gigit kang, "sambung Qari lalu mereka pun ketawa. Syaz pula sudah merenung mereka. Eee menyampah!
"Enough... Kamu berlima ni nak merayap sekali pun, homework yang teacher bagi semalam dah siap? " Teacher Irene memandang keenam anak muridnya itu.
Terdiam ZIQHAS dibuatnya.
"Ermm. Actually.. Teacher. Kitorang akan buat esok. Sebab.. You know. Cuti dua hari kan. Kan? " Zedi memandang kawan- kawannya, cuba untuk menutup kesalahannya.
"Betul tu, " sokong ZIQHAS kecuali Syaz dan Aisy. Mereka yang lain terus ketawa terbahak- bahak. Cuba nak selamatkan diri.
Teacher Irene menggelengkan kepalanya. Hmm biarlah nak tangguh ke apa. Yang dia tahu, kerja rumah siap. Kalau tak, haa jalan itik lah satu sekolah.
"Excuse me, teacher, "sapa seorang pelajar perempuan.
Teacher Irene menoleh.
"Oh my God! " Teacher Irene menekup mukanya.
"I'm so sorry. Teacher lupa pula pasal kamu semua. ZIQHAS lah ni. Boleh buat drama pula? " kata Teacher Irene.
"Ehh. Bukan salah kitorang. Teacher yang leka, " kata Qari.
"Betul tu. Kitorang tak suruh teacher layan drama kitorang sebab kitorang dah biasa dipalau, " sambung Zedi.
"Kau je yang selalu dipalau, "balas Qari.
"Omg Izla! " Zedi memegang dadanya, kononlah tersakiti.
"Okay. Now, FOCUS! "jerit Teacher Irene.
ZIQHAS terus memandang Teacher Irene. Haa dia dah mai tu. Kang tak focus, mulalah teacher jerit. Boleh pekak tau dengar dia menjerit macam nak hilang anak tekak tu.
"Okay. ZIQHAS. THIS IS 2GIRLS6 AND JEENTS, " Teacher Irene berdiri di antara ZIQHAS dan pelapis- pelapis itu.
"So, 2GIRLS6, introduce yourself first, " Teacher Irene memandang pelapis- pelapis perempuan itu.
Zedi memandang pelapis- pelapis itu dihadapannya dengan teliti lalu dia pun bersuara perlahan, "Alright, bring it on! "
"We are not fighting, " Syaz membalas.
Zedi mengetap bibir. Haduh baru nak acah- acah filem action bollywood.
"Okay. Hai! Nama saya Saidatul Aina. Panggil saya Saidatul. Saya adalah ketua 2GIRLS6, " Saidatul memperkenalkan diri dengan gembira.
"Saya pula Azirahin Suhaida. Orang panggil saya Azirahin, " sambung Azirahin.
"Saya Syura Ain Nasuha. Panggil saya Syura, " kata Syura.
"Panjangnya nama... " Izla terus komen tanpa segan silu. Namun Syaz menyikunya, membuatkan Izla terus diam membisu.
"Saya pula Fatin Najwa. Panggil saya Fatin, " kata Fatin.
"Okay, ZIQHAS. Make sure kamu berenam ingat nama mereka berempat, " Teacher Irene memandang ZIQHAS kembali.
Zedi terus mengalihkan pandangannya ke Teacher Irene, "Tak boleh... Takkan boleh-- "
Aisy menolak kepala Zedi dengan kuat, "Boleh, teacher, "
"Teacher ! I ada soalan, " Hara mengangkat tangan kanannya.
"What is it Hara? " soal Teacher Irene.
"Apa maksud 2GIRLS6? " soal Hara kehairanan.
"6 tu tolak 2. Jumlah total 4. 4 ahli kumpulan. 4 girls. " jawab Zedi. Terlalu merepek jawapannya.
"Ohh. Macam tu rupanya. Ehh. Macam tak ada kena mengena je. " Izla terkejut, riak dia macam baru discover sesuatu yang luar biasa.
Zedi menoleh ke arah Izla.
"Saja je tipu. Tak tahu pula yang kau ni bodoh level 100, " Zedi membuat muka selambanya.
"Ehh shit betul kau ni, " Izla sudah mula mencarut. Izla terus cuba mencekik Zedi. Zedi pula bergelut, ingin selamatkan diri.
"Language Zedi, Izla! " tegur Teacher Irene tegas.
"Urmm. Actually 26 is total huruf nama kami berempat. And girls tu kamilah. Nak tunjuk yang group kami perempuan. Bila dengar nama group je orang dah dapat fikir yang kami ni group perempuan, " terang Saidatul panjang lebar.
ZIQHAS mengangguk- anggukkan kepalanya. Zedi dan Izla juga turut mengangguk. Mereka masih bercekik leher ye...Syaz terus meleraikan mereka dengan paksaan sebab nampak sangat memalukan.
"Okay. Now JEENTS, " Teacher Irene memandang selebih pelapisnya itu.
ZIQHAS terus memandang JEENTS.
"Wau!! Handsomenya!! " Zedi menepuk tangannya dengan teruja, suka pula mengusik mereka berlima.
"Be mine please, " sakat Izla.
"Akak single lagi, " Hara mengguntilkan lengan bajunya, cuba nak menggoda walaupun sekarang ni dia nampak macam dugong lautan segi tiga bermuda.
"Akak boleh je buat couple 5 dalam 1 masa. Akak on je, " Qari terus mengeluarkan aura gatalnya itu. Semakin galak mereka berlima mengusik JEENTS.
Syaz hanya mendiamkan diri. Aisy menggelengkan kepalanya perlahan. Tak pernah pun mereka berlima normal walaupun sekejap.
Aisy memandang Syaz ditepi, "Siapa tu? Kawan kau ke? "
"Aku kutip diorang dekat tepi sekolah tadi. Nampak terbiar sangat, " Syaz bersuara perlahan.
Aisy ketawa kecil.
"Guys, behave please. Look at Aisy and Syaz. Jadi normal kejap please, " rayu Teacher Irene.
Mereka berempat ketawa girang.
Syaz tersenyum hambar. Entah kenapa, dia dapat rasakan bahawa ZIQHAS akan berpecah tak lama lagi.
Syaz hanya mendiamkan diri. Dia tengok Aisy disebelahnya. Aisy nampak tenang je, dengan senyuman manisnya. Jadi, dia seorang je yang pikir bukan- bukan sekarang ni?
"Ermm. Hi. Saya Sufian. Saya adalah leader JEENTS, "
"Saya pula Mikael, "
"Saya Andrick, "
"Saya Adam Fahmi. Panggil saya Fahmi, "
"Nama diberi Azriq. Jadi saya Azriq, "
"JEENTS tu apa? " soal Syaz setelah lama berdiam diri. ZIQHAS memandangnya.
"Ya Allah, Syaz. Kau ada kat sini? Aku ingatkan kau dah balik tadi. Diam je, " Izla menekup kedua pipinya, konon terkejut.
Syaz hanya tersenyum. Dia tak ambil hati langsung. Malah dia harap keadaan ini akan berkekalan.
"Kami tak tahu apa maksud JEENTS tapi bagi kami nama tu ohsem. "kata Sufian .
ZIQHAS hanya ternganga mendengar. Ada yang tak bergerak langsung. That's the reason?
Syaz memandang kelima kawannya yang mendiamkan diri. Dia terus memandang juniornya itu, "That's a wonderful name, "
Syaz tersenyum kecil lalu dia pun berbisik kepada dirinya sendiri, "But should pick another one. There's ton of better name, "
Teacher Irene menepuk tangannya didepan muka ZIQHAS apabila mereka masih lagi 'shock' era mereka. Mereka terus memandang Teacher Irene.
"Okay now, ZIQHAS. Introduce yourself, " Teacher Irene tersenyum.
"Amarilah kita mulakan mukadimah tak bebayar ni, " Zedi meregangkan badannya. Dia terus berjalan ke arah mereka.
"For the second time, we are not fighting, " sekali lagi Syaz menegur tapi kalini agak kuat sebab Zedi dah semakin jauh dengannya.
"Hello! Akak, Zedi. Korang boleh panggil Kak Zedi. Yang paling gempak. Akak sentiasa kena mengalah dengan diorang berlima. Akak ahli ZIQHAS yang paling baik, peramah, bertanggungjawab dan sopan santun, " kata Zedi dengan yakin. Yakin dan Zedi berpisah tiada. Bagaikan Fazura dan Fattah Amin. Hashtag Fattzura. Hashtag sissupport.
ZIQHAS memandang jengkel terhadap Zedi. Paling auta dalam Asia.
"Okay. Jangan percaya cakap dia. Semalam dia baru je buli akak. Nama akak, Izla. Panggil je Yummy . Okay? " gurau Izla.
"Kampung people, " Qari meniru suara 'yummy' .
"Hellooo, " Hara tak mahu lepaskan peluang, terus berbunyi sekali.
"Okay okay. Gurau je cuyy. Panggil je Kak Izla, " Gelabah Izla apabila melihat Syaz sudah bersedia membaling kerusi yang sudah diangkatnya. Hilang kejelitaan aku woyh kalau kena baling dengan kerusi plastik tu. Lari semua anak ikan aku. Okay gurau gurau.
"Nama Akak yang comel ni Aisy. Panggil je Kak Aisy, "kata Aisy sambil membuat gaya 'peace'.
Zedi terus membuat gaya muntahnya. Ee geli tekak den tengok dia berlembut- lembut..
"Nak muntah! Baldi please, " pinta Hara.
"Jeles! " Aisy menepuk bahu Zedi dan Hara sedikit kuat. Cukup kuat untuk buat Zedi dengan Hara mengaduh.
"Tak cukup lah aku rasa. Nak tong sekali tak? " Izla menyakat. Hamboi makin menjadi eh kalau tiga ketul ni.
"Nama Akak Qari. Panggil ke Akak Qari. Bukan kari ayam ye anak- anak. Akak ni ahli ZIQHAS yang paling baik, " sempat lagi Qari memuji diri sendiri.
"Masuk bakul angkat sendiri, "ejek Hara.
"Tak masalahnya muat ke masuk? " Zedi menyoal, sengaja betul minah senget ni!
"Bolehlah muat tapi tak boleh angkat bakulnya, " sambung Izla lalu mereka bertiga pun ketawa terbahak- bahak.
"Okay. Sakit perut! Nama Akak Hara. Panggil je Akak Hara. Okay? "sapa Hara ceria.
"Panggil je Akak Kak Syaz. "Syaz tersenyum manis terhadap mereka. Cukuplah mereka berlima je yang wayar putus hari ni. Mungkin esok baru Syaz pun wayar putus.
"Akak ahli yang paling baik dalam ZIQHAS. "sambung Syaz.
"HEH! KAU PUN SAMA JE! "jerit ZIQHAS serentak. Syaz hanya tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top