Chapter 14
Di Gold High,
Zedi (P.O.V)
Selepas sahaja selesai berjumpa dengan pengetua Diamond High dan lima ketul lelaki yang tak guna tu, kami terus balik ke Gold High. Nak beritahu pengetua sekolah kami tentang pemindahan kami berlima.
Pengetua mengeluh. Kini, kami berlima berjumpa dengan pengetua di biliknya untuk menyatakan hasrat kami. Ya, kami ingin pindah ke Diamond High. Teacher Irene pun dipanggil. Aku cuma terfikir, apa function dia datang sini.
"Kamu berlima betul ke ni? " Pengetua memandang kami berlima.
Kami berlima hanya mengangguk sahaja. Sekali lagi pengetua mengeluh.
Aku tak paham. Kenapa sampai mengeluh. Ohh mungkin faktor umur. Hahaha! Tak ada kena mengena pun! Ampun pengetua.
Berita kitorang berlima nak pindah pun dah tersebar luas. Bukan dekat Gold High saja tetapi dekat Diamond High sekali. Susah lah jadi budak hot ni. Susah sangat- sangat. Haih.
Asal ZIQHAS je mesti hot. Asal cantik je mesti aku. Asal baik je mesti aku. Asal naif je mesti aku. Ceh! Gurau je.
"Kenapa mesti kesemuanya nak berpindah? Ke sekolah yang sama? Ini bukan lawatan tau nak sama- sama. " Pengetua memandang kami semua.
Aku baru perasan dekat tepi mata pengetua ada taik mata. Nak tegur ke tak? Nak ke tak nak? Okay, aku ambil keputusan untuk tegur.
"Pengetua. " aku memanggil. Pengetua menjongketkan keningnya.
Oh wah! Kenapa ramai suka jongket kening dalam cerita ni ehh. Jangan- jangan dekat Diamond High nanti mak cik dengan pak cik cleaner pun suka jongket kening. Mana tahu kan?
Dengan bismillah, aku terus menarik nafas, " Dekat tepi mata pengetua ada taik mata. " Aku lega lepas memberitahu hal tersebut.
Pengetua terus mengambil cermin kecil untuk melihat. Ehh dia ingat aku tipu ke apa. Mana boleh seorang gadis baik seperti Zedi menipu orang sesuka hati. Ehek!
Pak!
Aku mengaduh. Syaz memeluk tubuh, "Jangan buat benda pelik boleh tak! "
Aku mengembungkan pipiku. Dasar pemukul.
"Baiklah. Terima kasih sebab tegur walaupun sebenarnya saya agak malu di tegur. Kita kembali ke topik kita ye. " Pengetua pun meletakkan cermin kecil itu di dalam laci mejanya.
"Baiklah. Mari kita mulakan. Kenapa kamu semua nak pindah ke sekolah baru Qari? " Pengetua memandang kami satu- persatu.
"Kitorang kan ZIQHAS! " Hara menjawab.
Krik krik, krik krik.
Aku pergi ke telinga Hara lalu aku pun berbisik, " Tak ada kena mengena langsung tho. Jangan malukan kitorang. " Aku terus menjarakkan diriku.
Hara menjelingku, " Kau yang selalu buat kitorang malu. "
Aku tersengih. Tipu je tu.
"Kitorang tak boleh kalau kurang satu. So, no matter what happen, we will find Qari and stay together! " Syaz bersuara. Kami semua tersenyum hambar.
Aku dapat tengok yang Teacher Irene terkedu mendengar luahan hati Syaz. It's too late!
"YES!! ZIQHAS ALWAYS TOGETHER!! " Kami berempat menyokong Syaz dengan bersemangat. Teacher Irene menundukkan mukanya.
"Irene? Kamu okay tak ni? Mereka nak pindah. Saya takut je nanti kamu sedih sebab ZIQHAS akan tinggalkan kamu. Dulu Qari tinggalkan kamu, sekarang mereka berlima nak ikut Qari. " Pengetua terus memandang Teacher Irene.
Aku nak tergelak dengar ayat pengetua. Kenapa Teacher Irene nak sedih pula? Dialah dalang semua ni!
Teacher Irene memandang pengetua. Nampak jelas yang Teacher Irene tak tahu nak cakap apa. Tercyduk kamu.
"Urmm. Kami dah berbincang dengan teacher awal- awal. " Syaz menyelamatkan keadaan. Nampaknya Teacher Irene tak bagitahu lagi tentang pembuangan kami sebagai penyanyi Gold High dekat pengetua. Takut lah tu.
Teacher Irene memandang Syaz terharu. Mungkin dia tak percaya bahawa kami sanggup menolong dia walaupun dia sudah melukakan hati kami. Haih! Teacher Irene lupa ke yang ZIQHAS ni terdiri daripada pelajar yang baik hati. Oho!
"Baiklah kalau macam tu. Tapi saya nak tanya kamu berlima sesuatu. " Pengetua bersuara. Kami berlima memandangnya.
Teacher Irene terus menunduk. Alahai. Hebatnya lakonan kamu. Ni yang nak kena vote for Oscar Awards ni.
"Kenapa Qari pindah? " Kami terdiam mendengar soalan maut dari pengetua. Takkan nak jujur pula. Kang Teacher Irene kena perambat dengan pengetua pula.
Aku tak naklah ada berlaku sebarang keganasan depan mata aku kalau aku tak terlibat. Aku kalau boleh nak terlibat walaupun tak penting. Haha!
"Sebenarnya Qari merajuk. " Izla menjawab selamba.
"Merajuk? Merajuk apa sampai pindah? Siapa yang buat? " seperti biasa, dari dulu lagi pengetua bagaikan ayah kami. Semua kami buat di sekolah dia tahu.
Termasuklah aku pernah menyamar jadi mak cik cafeteria. Izla jadi cikgu kooperasi dan Hara pernah jadi mak cik cleaner. Ya, kitorang memang nakal. Tahu. Tapi tu dulu, esok dekat sekolah baru, kitorang akan buat yang lebih teruk. Haha!
"Pengetua tak tahu ke? Kami kena buang-- " Hara terus menekup mulut Aisy dengan pantas.
Aduh! Memang pembaris betul lah Aisy ni. Dah berapa lama hidup jadi kawan kitorang? Dasar slow! Haha!
Bergelut Aisy dan Hara.
"Buang apa? " Pengetua menjongketkan keningnya. Ohh. Bergaya juga pengetua kitorang ni. Tak padan dengan perut buncit.
Astaga! Maafkan saya pengetua!
"Kami kena buang sampah hari tu sebab Qari minta tolong. Dia tengah kemas bilik dia. Bilik dia bersepah. Tapi semua tak nak tolong. Malas! Last- last, Qari merajuk. Dia kata kami ni pemalas. " aku bersuara penuh yakin.
Aku tahu yang alasan aku tak musabah. Tapi better daripada duduk diam kan. Ehem! Aku harap Syaz dengan Izla sentap tapi tulah. Aku cakap dekat pov je.
Tapi pasal sampah tu betul cuma dia tak merajuk. Dia tahu yang kitorang semua pemalas.
"Tak ada lah, pengetua. Zedi bergurau je tu. Ada orang sakitkan hati kami. Tapi kami berlima relax je. Qari je yang tak relax. So, dia terus pindah. " Syaz terus bersuara. Hara melepaskan Aisy. Aku tergelak kecil lalu memohon maaf.
"Makan dalam! " Aku mengusap bahu kanan Teacher Irene. Ya, aku duduk di sebelahnya. Diorang berempat tak nak duduk di sebelah Teacher Irene. Marah sangat tu.
Teacher Irene terkejut apabila aku menyentuh bahunya. Aku pelik. Dia ni macam kena kawal pun ada. Haha! Mana taknya, reaksi dia tu dari tadi pelik.
"Kami pergi dulu pengetua. Terima kasih sebab selama ni kesah kan tentang kami. Pelajar yang bermasalah. " Kami berlima menunduk hormat.
Pengetua tersenyum manis, "Kamu semua bukan pelajar yang bermasalah. Kamu semua cuma attention seeker. "
Tercengang kami berlima mendengar kata- kata pengetua. Amboi!
"Saya gurau je lah. Haa. Cepat betul pemindahan kamu berlima ye. Senang masuk. Biasanya sekolah takkan terima pelajar pindah yang banyak dalam satu masa. "
Kami tersengih.
"Kami guna cable! " Kitorang pun keluar. Aku agak tak suka perkataan cable tu.
Aku bukannya apa. Cable yang dimaksudkan tu budak lelaki lima ketul tu lah.
Pengetua Diamond High yang bagitahu. Sebenarnya semalam, 10 minit pun cukup pasal hal Qari. Tapi pengetua tu boleh pula cerita pasal Princes tiba- tiba. Kitorang tak cakap apa- apa pun pasal Princes. Pengetua diorang yang mulakan. Katanya, Princes tu anak- anak penyumbang dana terbesar di sekolah. Kitorang tak percaya. Bila kitorang cakap Princes yang bawa kitorang ke pejabat, terus pengetua diorang daftarkan kitorang sebagai pelajar Diamond High. Nampak tak dekat situ yang kitorang dapat guna cable.
Walau apa pun jadi, aku tetap menyampah dengan lima ketul tu. Menyampah aku nak panggil diorang Princes. Aku bukan peminat diorang. Nak aku panggil diorang Princes? Jadi kuli aku dulu lah. Haha!
------
Izla (P.O.V)
Kami duduk di sofa ruang tamu.
"Kenapa teacher boleh ada tadi. Siapa yang panggil? " Aisy memandang kami satu persatu.
Dia ingat kitorang yang panggil? Memang tak lah. Kalau boleh aku nak hapuskan kewujudan dia dekat bumi. Aku bukan nak bunuh dia. Aku cuma nak hantar dia ke planet yang sesuai untuk dia. Marikh? Jupiter?
"Mak cik cafeteria lah panggil! " Hara menyindir pedas.
Aisy menjelingnya. Syaz pula menggeleng melihat perangai tak semenggah Hara.
"Aku sabar je dari tadi duduk sebelah teacher. Ikutkan hati, aku nak je buat home run dekat dia! "Zedi menyuarakan ketidak puas hatinya.
Sebenarnya kami sampai dulu di pejabat. Pengetua kata Teacher Irene pun akan ada. Jadi, kami lat tali lat. Siapa ganjil kena duduk sebelah Teacher Irene. Dan Zedi yang kalah. Dia terpaksa duduk sebelah Teacher Irene.
Zedi tu memang lah. Nasib malang. Main uno card kalah. Main lat tali lat pun kalah. Tapi kalau nak perdajal orang lain, terus jadi paling genius dalam dunia. Semua idea dia menjadi.
"Sabar! " Syaz memandang tajam terhadap Zedi. Zedi ni bukan betul. Ada kang nanti malam ni dia pergi rumah Teacher Irene semata- mata nak buat home run. Mana tahu kan?
"Cuba kita ingat kenangan manis kita dengan teacher. Dijamin hati akan tenang. " Syaz cuba memujuk kami berempat.
"Tapi kalau fake semuanya, macam mana nak tenang! " Aku berdebat. Syaz menarik nafas panjang.
"Jom kita ingat sama- sama. " Syaz mengajak. Kami hanya mengikut sahaja. Selagi tak ikut, selagi itu Syaz akan paksa.
"Tengok atas! " Syaz mengarah. Kami pelik.
"Nak buat apa tengok atas? " Hara menyoal kehairanan.
"Baru kita boleh bayangkan. " ujar Syaz teruja. Aku menepuk dahi. Tak betul juga Syaz ni.
Zedi bangun sambil mengangkat bantal sofa untuk memukul Syaz. Alhamdulillah, tak ada sesiapa tahan. Jadi, di sini aku, Hara dan Aisy menyaksikan detik- detik Syaz dibelasah oleh Zedi.
"Hoi! Sakitlah anjir! " Syaz melawan. Zedi tetap memukul Syaz.
Aisy bangun dan kami semua memandangnya. Zedi dan Syaz sudah berhenti bergelut.
"Jom kita pack barang. Kan sekolah tu tingkatan lima semua kena duduk asrama! " Aisy mengajak ceria. Kami tersenyum.
'Tunggu kitorang Qari. ' aku mendesis dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top