• 9 •
welcome back to my channel eh,
Ryujin semakin melajukan langkahnya, terasa seperti dirinya terancam akibat diekori oleh seseorang yang tidak diketahui siapa.
Akibat terlalu takut, dia lantas membuka langkah seribu ke arah dormnya. Hampir sahaja dia terjatuh di jalan kerana tidak berhati-hati.
Lelaki yang mengekorinya lantas mengeluarkan walkie-talkie dari poket seluarnya.
"S304, sekejap lagi dia akan sampai dorm. Perhatikan dia dari jauh. Bagitahu kalau dia ada keluar ke mana²,"
"Baik,"
"S544, teruskan kerja seperti biasa di syarikat tu. Terus perhatikan dia dan lapor pada aku,"
"Baiklah,"
Dorm ITZY
Kedengaran pintu diketuk bertalu-talu sebelum dibuka oleh Lia. Terus sahaja Ryujin masuk dan mengunci pintu. Jantungnya berdetak laju akibat berlari dengan kencang tadi.
"Kau kenapa? Macam kena kejar anjing je aku tengok," tegur Lia. Ryujin hanya mendiamkan diri lantas dibawa oleh Lia untuk duduk di sofa ruang tamu mereka. Chaeryoung yang kebetulan sedang menonton televisyen juga terkejut melihat keadaan Ryujin.
"Weyh, kau kenapa?" tanya Yeji yang baru sahaja tiba di situ setelah diberitahu keadaan Ryujin oleh Lia.
Namun soalan itu hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan. Chaeryoung kemudian terfikir sesuatu.
"Kejap, tadi kau keluar sorang kan? Kau rasa macam diekori lagi ke? Macam yang kau cakap pagi tadi?" tanya Chaeryoung. Lia dan Yuna yang tidak tahu apa² terkejut dengan soalan Chaeryoung.
Lebih mengejutkan lagi apabila Ryujin memandangnya lalu mengangguk laju.
"Wait a minute, diekori? Kejap kenapa aku tak tahu apa²? Can you guys please explain it to us?" arah Yuna. Lia juga memandang ke arahnya meminta penjelasan.
"Pagi tadi sebelum korang berdua masuk practice room, Ryujin cerita yang dia rasa macam ada orang ikut dia sejak akhir² ini," terang Yeji.
"Dan tadi kitorang bertiga pergi jumpa manager sebab nak bagitahu benda itu la," Chaeryoung menambah lagi. Yuna dan Lia mengangguk.
"Dah, pergi bawa Ryujin masuk bilik. Biarkan dia berehat," arah Lia.
"Dia dah masuk dalam bilik, dan dia dah tahu yang ada orang ikut dia,"
"Ya itu aku tahu. Tapi itu tak akan menghalang aku untuk terus perhatikan dia. Jangan sampai dia tahu kau terlibat sama. Kalau dia tahu, mungkin kau akan lebih susah untuk perhatikan dia,"
"Itu tak jadi hal, asalkan ada duit segalanya tak jadi masalah,"
Dorm SEVENTEEN
"Jangan apa² kan dia! Aku dah cakap jangan pernah libatkan dia dalam hal kita. Apa kau lupa tentang perjanjian kita?!"
"Ya aku tahu tu, tapi budak tu boleh membawa keuntungan pada aku. Serahkan budak itu pada aku kalau kau tak mahu terima padahnya!"
"Tak! Aku tak akan serahkan dia! Dia anak aku! Kau tak ada hak atas dia!"
"Sebab kau degil, aku tak ada pilihan lain selain main kasar,"
"Apa kau---arghh!"
"Jangan!"
Jeonghan terbangun dah bernafas kencang. Jantungnya berdetak laju mengingatkan mimpinya tadi. Dia kemudian hampir sahaja menangis kerana ketakutan.
"Han, kau okey?" tanya Joshua. Jejaka itu tersentak sebelum mengangguk perlahan. Air mata yang tidak dapat ditahan segera diseka. Joshua yang melihatnya begitu terus sahaja memeluknya bagi menenangkannya.
uwu finally ada jihan moment hiks v_v
Mereka kemudian menyambung tidur.
8:10 a.m
"Wahai setan² sekalian BANGUNLAH MENUJU KEINSAFAN DI PAGI HARI INI! SUDAH² LA TIDUR! SESUNGGUHNYA KEJAYAAN SEDANG MENANTI KITA. BANGKITLAH WAHAI BAKAL² JENAZAH SEKALIAN, BANGKITLAH!" jerit sang leader di pagi hari menggunakan mikrofon.
dia jerit pakai mic weyh, laki sape mohon kutip😪
"Dasar unta single tak laku, YANG KAU PERGI JERIT PAKAI MIC TU DAH KENAPA?! CAKAP ELOK² SUDAHLA BINGIT TAHU TAK?!" itu dia abe wonu da maghoh.
"Kalau aku tak buat macam ni, korang semua tak akan bangun," balas Seungcheol.
"Dah bangun la syiel, cuma tak keluar bilik je haduh," kata Mingyu lalu terus berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat mereka. Jun juga turut serta untuk membantu Mingyu.
"Eh, Han hyung dengan Josh hyung mana? biasa diorang awal turun," tanya Dk.
"WOIIII! SINI NAIK SINI ADA BERITA TERHANGAT RAKAN² YANG TAK DIKASIHI SEKALIAN!" jerit Hoshi dari tingkat atas. Lantas semua yang berada di situ terus sahaja berlari naik ke atas untuk mengetahui apa yang berlaku.
Tidak juga ketinggalan Mingyu dan Jun yang turut berlari ke tingkat atas.
Apabila mereka semua melihat ke dalam bilik 95 line, terdapat pemandangan yang sangat indah ya kawan².
Kelihatan Jeonghan dan Joshua masih lagi sedang lena dibuai mimpi sambil berpelukan di atas katil Jeonghan.
"Ohmaigad, aku nak ambil phone,"
"Sesiapa pergi panggil Dispatch sekarang,"
"JOSHUA HONG SHARK DODO, JEONGHAN CHEONSA FROM HELL BANGUN SEKARANG!"
.
.
.
.
.
"Erm, boleh aku tak aku nak tahu kenapa Han hyung kerap termenung akhir² ni?" tanya Dk setelah selesai makan. Soalannya berjaya membuatkan semua manusia yang ada di situ memandang Jeonghan meminta penjelasan.
"Tak ada apalah, aku cuma penat je," terang Jeonghan.
"Tapi kan asal Han hyung berpeluk dengan Josh hyung tadi? buat apa ha semalam? Nasib baik Jun tak panggil pejabat agama tadi," tanya Woozi.
"Dia menangis semalam, itu yang aku peluk dia," terang Joshua. Seungcheol yang kebetulan duduk di sebelahnya mendengus perlahan.
"Dah la peluk tak ajak aku, menyesal tidur kat depan tv semalam," kata Seungcheol.
ya kawan² si unta ni tidur depan tv sebab nak tengok spongebob ffuh 🌚
"Siapa suruh tidur kat situ? Padan mukanya,"
"Eh dasar ikan jerung,"
"Lebih baik ikan jerung, kuat apa. Dari unta,"
"YAH!"
JYP Ent.
"Eo, annyeonghaseyo sunbaenim!" ucap ITZY kepada GOT7. Mereka tersenyum sesama sendiri sebelum duduk di meja mesyuarat itu. Terdapat juga TWICE dan SKZ dan beberapa artis lain di bawah syarikat yang sama di dalam bilik itu.
dun worry gais bilik tu panjang ya, semestinya muat untuk mereka hewhew :)
Setelah CEO mereka sampai iaitu Park Jinyoung, mesyuarat pun dimulakan.
jangan tanya, aku pun tak tahu diorang mesyuarat pasal apa ●_●
Ryujin sepanjang mesyuarat itu berlangsung tidak bercakap walau sepatah perkataan.
Tanpa disedari, ada di antara mereka semua yang berpandangan sesama sendiri lalu memerhatikan Ryujin dengan kerap sepanjang mesyuarat itu berlangsung.
______________
Hambar siaa chapter ni huhu maafkan saya ye kawan², saya kan cuma ikan ๏︿๏
next chap em adela hehe mesti korang nak tahu en siapa yang tengok ryujin tu haaa nanti i bagi clue hehe =)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top