• 3 •

Pledis Ent.
Meeting room 017

Keadaan yang senyap dan sunyi walaupun terdapat kesemua 13 orang di dalam bilik itu.

Manager mereka yang baru sampai terkejut melihat keadaan mereka yang senyap sunyi itu.

Kerana biasanya mereka amat bising.

Joshua, Dk, Seungkwan dan Vernon akan rap sambil mengutuk seluruh member Seventeen.

Dino akan memekak nyanyi lagu zero sambil terloncat-loncat di atas kerusi.

The8 dan Mingyu akan bergaduh tetapi secara tiba² berbaik dan kemudian bergaduh kembali.

Jun akan menatap cermin sambil memuji orang yang dilihat di dalam cermin itu.

Woozi dan Jeonghan pula akan menyambung waktu tidur mereka di sambil membuat pertandingan siapa-kumpul-air-liur-basi-paling-banyak-dia-menang.

Wonwoo akan bermain candy crush di telefon pintarnya. Itu pun dah masuk 10 kali dia stuck dekat level yang sama.

Hoshi dan Mingyu pula akan makan biskut tiger sambil melihat keadaan sekeliling. Takut² nanti manager diorang nampak lepastu kena marah sebab asyik makan je :-P

Dan Seungcheol pula akan menjerit menyuruh mereka semua duduk diam².

Tapi harini lain.

Mereka semua hanya diam memandang meja. Ada juga yang memandang sesama sendiri kemudian secara tiba² menjeling.

"Apahal senyap sangat ni? Aku kat kubur ke duh?" kata manager mereka. Mereka hanya diam sehingga Seungcheol bersuara.

"Masing² takde mood sebab pagi tadi banyak bencana jadi. Ada yang kena simbah air, kena kapan, kena hempuk pakai gitar, jatuh tangga,screen protector phone retak seribu," terang Seungcheol.

"Jangan lupa pagi tadi hyung hidangkan kayu manis sebagai sarapan kitorang," kata Wonwoo.

"Alah Won, mana aku tau tu kayu manis. Aku ingat tu wafer coklat yang silinder tu," balas Seungcheol dengan sengihan.

"Wafer your brain skeleton, kayu manis pun tak kenal dah terang² bau dia lain KAU STILL ANGGAP TU WAFER TANG MANA BAU COKLATNYA SEKOPPPP?!" Joshua bangun lalu memarahi Seungcheol.

"Weyh rilek² sekarang ni kalau nak gaduh nanti lepas ni. Sekarang ni aku nak bincang konsep korang untuk comeback show esok kat Music Bank," kata manager mereka.

"Bincang konsep apanya? sudah terang lagi bersuluh dark theme," kata Woozi kepada manager.

"Iye aku tau, kita kena bincang latar belakang stage, prop dan lain². Apa kau fikir semua aku yang kena buat? banyak cantik kaki korang. I is tak kuasa. Korang kena bincang sama²," kata manager.

"Tak payah nak muncung sangat lah Seungkwan. Tau dah kau yang jatuh tangga tu sebab berkejar nak masuk tandas pagi² kan? Dah bincang," arah manager mereka.

Yang disebut bukan menghentikan perbuatannya malah memanjangkan lagi muncungnya.

Ni buat sangkut hanger lepas ni.

Semasa berbincang, Jun yang duduk di sebelah Jeonghan menyedari yang lebih banyak termenung daripada fokus dengan apa yang mereka bincangkan.

"Hyung, kau okey tak?" tanya pemuda itu dengan perlahan seraya menyentuh lengan Jeonghan yang berada di bawah meja.

Jeonghan hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum nipis ke arah Jun.

Dia masih lagi teringat mimpinya semalam.

Dorm ITZY
Ruang makan

"Weyh korang jom makan," ajak Yeji. Mereka telah memesan makanan melalui aplikasi dan makanan mereka telah sampai. Antaranya ketupat, rendang, ayam masak merah k joke.

Antaranya Jjajamyeon, cheese kimbap,pizza, spicy tteobokki dan seasoned chicken.

Semua ahli ITZY lantas pergi ke meja makan kecuali Ryujin.

"YEAY MAKAN!" jerit Yuna yang sedang terlompat-lompat di atas kerusi.

"BONGOK, RUNTUH KERUSI TU NANTI SHIN YUNA! DUDUK!" arah Yeji. Lia yang kebetulan berada di sebelah tergelak melihat wajah cemberut Yuna.

"Eh, Ryujin mana?" tanya Lia.

"Tak tahu. Dalam bilik rasanya. Kejap aku panggilkan," kata Chaeryoung. Dia lantas berjalan ke bilik yang menempatkan katil milik mereka berlima.

Bilik tidur ITZY

Ryujin dari tadi sedang leka termenung. Entah apa yang membuatkan kepalanya berserabut sehingga dia sendiri rimas.

Secara tiba², sebuah kejadian bermain di mindanya.

Kejadian itu memaparkan seorang lelaki yang berusia mungkin 30 tahun sedang cuba untuk mengelar leher seorang wanita.

Lelaki itu memegang rambut wanita itu lalu terus mengelar leher wanita

Terdapat juga seorang kanak² lelaki berhampiran yang diikat tangan dan kakinya yang kelihatan sedang menjerit ke arah lelaki itu.

Ryujin tersentak. Dia tidak pernah nampak kejadian ini.

Sekiranya sebuah kejadian tiba² berlaku di mindanya, ianya pasti berkaitan dengan orang yang baru sahaja dia bersua, tidak kiralah yang kenal ataupun tidak.

Tapi sejak tadi, dia hanya duduk di dalam bilik sahaja seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

Jadi siapa yang terlibat dalam kejadian itu? Kenapa secara tiba² boleh muncul sedangkan Ryujin tidak bersua dengan sesiapa pun sejak 1 jam yang lepas di dalam bilik itu.

"Ryu, mehla makan sekali. Makanan dah sampai," ajak Chaeryoung yang baru sahaja tiba di depan pintu. Tetapi kelihatan Ryujin termenung memikirkan sesuatu.

"Ryujin?" Chaeryoung mula berjalan ke arahnya lalu memegang bahu gadis itu. Ryujin tersentak lalu memandang ke arah Chaeryoung.

"Kau okey? Jom makan," ajak Chaeryoung. Ryujin mengangguk dan mula melangkah ke meja makan.

Mindanya masih memikirkan tentang hal tadi.

skip at Music Bank

Kesemua ahli ITZY telah bersiap dan sedang menunggu giliran untuk melakukan persembahan. Dalam perjalanan ke pentas utama, mereka bertembung dengan SEVENTEEN yang baru sahaja habis membuat persembahan.

Ryujin yang sedang leka berbual dengan Lia sambil berjalan ke pentas utama tiba² tersentak.

Kejadian hari itu bermain kembali di mindanya.

Dia lantas terus memandang ke arah SEVENTEEN yang baru sahaja berjalan melepasi mereka.

Dan kejadian itu bersambung kembali.

Kali ini dia lihat lelaki itu mengelar wanita itu hingga mati, seterusnya melepaskan ikatan budak lelaki di sebelahnya.

Kanak² lelaki itu berlari ke arah wanita itu lalu memeluknya sambil menangis. Lelaki itu terus mengambil kayu dan menghentak kepala kanak² itu sehingga pengsan.

"Ryujin, cepatlah kau pandang apa? lepas ni giliran kita," tegur Yeji yang kebetulan ternampak Ryujin yang secara tiba² kaku.

"Ah ya mian," kata Ryujin. Dia terus berjalan ke pentas utama. Dia masih lagi memikirkan kejadian tadi.

'Kenapa kejadian tu bersambung lepas je aku pandang SEVENTEEN sunbae? kejadian ni ada kaitan dengan mereka ke?'

_____________

So how gais? maaf la lambat update hehe. Satu chapter je okey sebab aku ngantuk HAHA

ni aku nak terangkan, Ryujin dalam ff ni cuma boleh nampak kisah silam seseorang yang baru dia nampak/jumpa. Maksudnya bukanlah dia boleh nampak kisah silam orang yang dia tak kenal je, maksudnya macam ni.

Contoh:

Ryujin pergi jyp ent. lepastu dia kebetulan bertembung dengan Tzuyu. So lepas je dia nampak Tzuyu tu, dia boleh nampak kisah silam Tzuyu.

one more example,

contohnya Ryujin pergi makan dekat restoran. And ofc la ada waiter datang kat meja. lepas je Ryujin pandang muka waiter tu, ryujin boleh nampak kisah silam waiter tu even tak kenal.

and kes tadi, ryujin sorang² dalam dorm. dia tak jumpa sesiapa pun and dia bersendirian. tiba² ada kejadian bermain kat minda dia, so ofc la tak tahu tu kisah silam siapa.

so dah faham? thankyou sebab baca panjang² ni dah 1000 lebih words dah for ch ni sorry panjang hehe>_<

lastly, SELAMAT HARI RAYA to all readers!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top