• 13 •
cheol nampak menggoda ya disitu. aye hampir tercurang dengan haohao🐸
.
.
.
Dorm SEVENTEEN
Pada hari ini, kesemua ahli SEVENTEEN telah diberikan cuti selama seminggu selepas apa yang telah terjadi.
Kes Jeonghan dengan Ryujin, Woozi hampir nak bunuh seungcheol, Mingyu dengan jerawat dia, dan Seungcheol sekali lagi hidangkan kayu manis sebagai sarapan pagi.
lagi satu, semalam si seungkwan tu jatuh tangga lagi
bak kata vernon, padan la muka, sape suruh berjoget lagu wannabe masa turun tangga astaga.
Disebabkan hal itu, kebanyakan mereka membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing² kecuali Minghao dan Jun.
jangan risau, minghao ikut mingyu and jun ikut wonu. yela kucing dua ekor tu mana boleh berpisah kan. dan aku yakin nanti parents si galah tu akan utamakan minghao AGAGAGAGGAGAGAA TABAH LA GYU.
Jeonghan telah bercadang untuk pulang ke kediaman keluarganya. Kebetulan juga memang ayahnya meminta dia untuk pulang kerana hal penting.
Dia yang duduk di sofa ruang tamu bermain telefon pintar sebentar sebelum ad--
"ANNYEONGHASEYO YEOREOBUN!"
ha tahulah siapa kan🌚
"Dasar katak, AKU TENGAH MAIN FREE FIRE SIALAN. TAK PASAL² AKU KENA BOM KAU TAHU TAK?! DAHLA TEAM MATE TAK MEMBANTU, DAH NAMPAK AKU TENGAH NYAWA² IKAN BUKAN NAK TOLONG HEAL, PERGI LARI PULA EI," jerit Wonwoo. Mingyu yang berada di atas sofa tersedak.
kenapa? sebab actually wonu mention dia.
pelik kan kenapa wonu main free fire, dia kata nak install pubg tapi storage full, tu yang dia install ff tu ')
"Takyah maghoh, aku excited je sebab dapat cuti," kata Minghao sambil melagakan kedua jari telunjuknya.
"LEE CHAN! BAPAKMU UDAH SAMPE!" jerit Hoshi dari luar.
"REALLY?! DAD I COMING FOR YOU!"
"ANAKKU!"
"BAPAKKU!"
Dan dapat dilihat dua beranak itu sedang berpelukan sambil berpusing di udara sambil dilihat semua ahli svt.
"Taccod bethol tengok diorang tu," kata Joshua. Mereka mengangguk.
"Ha, ahjussi balik dulu ya. Jaga diri semua!" pesan bapa kepada maknae itu. Mereka semua mengangguk sekali lagi.
Setelah itu, terlihat sebuah kereta berhenti di hadapan rumah mereka. Mereka mendapati kereta itu merupakan milik bapa kepada Mingyu.
"Weyh tam, tu bapak kau tuh,"
"Njir, tak habis² nak panggil aku hitam ni dah kenapa?!"
Encik Kim mula memanggil anaknya.
"ANAK KESAYANGANKU!"
"OH MAI GAD BAPAKKU!"
Lalu kelihatan bapa Mingyu berlari ke arah mereka. Mingyu sudah bersedia mendepakan tangannya untuk memeluk bapanya sambil memejamkan mata.
Kejap, kenapa macam tak ada rasa apa² ni.
"Ya ampun anakku ini dah makin hensem dah dia,"
Mingyu lantas membuka mata dan menoleh ke belakang. Kelihatan bapanya sedang memeluk Minghao dan memujinya seperti anak sendiri.
"Tabah gyu, aku tahu kau ni dulu anak pungut je weyh," kata Woozi yang berada di sebelahnya.
"Bapak kau tu tak sayang kau sebab kau hitam en? takyah risau hyung aku akan cuba untuk menyayangi kau sepenuh jiwa raga," tambah Seungkwan.
"Hiks anjing punya member. Bapak aku pun satu, utamakan si katak dalam parit tu hiks. ihateciu,"
Setelah itu kelihatan Minghao bermesra secara berlebihan bersama bapa Mingyu membuatkan mereka terpaksa menahan Mingyu yang sudah terbakar kerana adegan itu.
Setelah itu, mereka mula pulang seorang demi seorang. Kwan balik kampung naik bas agagagaga sian dia.
Jeonghan pula sedang mengunci rumah tersebut kerana pemandu ayahnya baru sahaja sampai.
Setelah menaiki kereta, dia mula melihat pemandangan di luar lalu secara perlahan melelapkan mata.
JYP ENTERTAINMENT
ITZY PRACTICE ROOM
"Ryu, jauh termenung," tegur Chaeryoung.
"Jangan kacau la, dia tengah fikir masa depan negara tu," kata Lia pula. Serentak itu Yuna facepalm.
"Jadah dia nak fikir macam tu,"
"Aku rasa ada yang tak kena," kata Ryujin secara mendadak.
"Apa kau merepek tiba² ni astaga,"
"Aish entahlah, aku rasa appa aku ada sorokkan sesuatu,"
"Sorokkan apa?"
"Erm, tak ada apa lah," balas Ryujin semula lalu terus memikirkan tentang perbualan bersama appanya malam tadi.
flashback
"Appa! appa sihat tak?" tanya Ryujin yang sedang membuat panggilan video bersama Encik Shin.
"Sihat je. Makin cantik anak appa ni," puji Encik Shin.
"Ehe i know la appa, Ryu kan yang paling gojes kat sini,"
"perasan lebih la pulak dia ni,"
"Appa! eeiiii," jawab Ryujin sambil memuncungkan bibir. Appanya tergelak.
"Gurau je. Dah makan?"
"Dah. Appa! Tadi kan, masa Ryujin pergi 7E, Ryujin ada ternampak seorang ahjumma bawa sekuntum bunga ros kuning. Bila Ryu tanya untuk siapa, dia kata untuk anak dia. Anak dia menang pertandingan mewarna dekat sekolah, jadi dia hadiahkan bunga tu sebagai simbol kegembiraan. Lepastu, Ryu teringat dekat aunty Kim. Dulu masa Ryu menang acara larian dekat sekolah, dia hadiahkan bunga tu untuk Ryujin dan alasannya sama, sebagai simbol kegembiraan. Rindunya dekat dia kan appa,"
Kelihatan Encik Shin terdiam seketika selepas mendengar cerita dari Ryujin. Raut wajahnya ketika itu kelihatan sedih namun cepat² digantikan dengan wajah biasa apabila tersedar anaknya masih lagi memandangnya.
"Haah kan,"
"Appa tak kan tak tahu aunty Kim pergi mana?"
"Appa pun tak pasti la Ryujin. Dah malam ni, pergi masuk tidur ya sayang? Selamat malam," kata Encik Shin dengan tergesa-gesa. Ryujin berasa pelik namun akur dengan arahan yang diberi.
"O-okay, selamat malam appa. I love youu!"
"I love you too. Byeeeee,"
end flashback
'Kenapa bila aku sebut pasal aunty Kim, appa macam sedih dan seperti sorokkan sesuatu?' fikir gadis itu di dalam hati.
Dia leka seketika memikirkan tentang hal itu,
tanpa menyedari ada yang memerhati.
_______________
Chapter ini sangatlah hambar hiks😭 mian kawan² semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T
but aku nak promote ff baru akuu, jemput la baca tapi aku baru letak prolog, kalau prolog dah sampai target yang aku nak untuk views dengan vote barulah aku sambung chapter lain. jemput singgah semua ♡♡♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top