• 12 •
Happy 1m album sale svt! and happy 5m subscribers on youtube! lagi satu happy 30m for left&right mv huhuhu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Itu dia seperti yang dijangkakan bahagian pintu masuk utama bangunan PLEDIS telah dikerumuni oleh pihak media dan wartawan yang ingin menemu bual Jeonghan.
Ketiga-tiga pemandu van SEVENTEEN yang sudah tahu keadaan itu memgambil jalan yang sedikit jauh untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak media.
kau jangan main², diorang punya tahap jaga tepi kain orang tu sampai jalan yang biasa svt lalu nak pegi pledis pun diorang intai.
Dk yang berada di dalam van vocal team berasa pelik kerana jalan yang digunakan lain dari biasa.
"Erm hyung, kenapa jalan ni macam tak pernah lalu?" tanya pemuda itu. Pemandu mereka menoleh sekejap ke belakang lalu membalas pernyataan Dk.
"Pintu utama bangunan PLEDIS ada pihak media, jadi kita akan guna jalan jauh sikit untuk pergi PLEDIS, nanti korang akan masuk lalu pintu belakang,"
"Habislah kau hyung, geng makcik bawang dah melebarkan sayap," kata Seungkwan.
"Hotucks anda," balas Jeonghan.
"Apa perasaan anda apabila ada orang menuduh anda bercinta dengan Ryujin?" tanya Joshua sambil menghulurkan botol air yang dianggap sebagai mikrofon kepada Jeonghan.
"Saya rasa--- famous! Ada juga orang yang ambil tahu tentang saya, dan saya rasa sangat terharu hiks," kata Jeonghan sambil berpura-pura mengelap air mata. Kesemua yang berada di dalam van itu termasuk pemandu mereka memasang muka apa-benda-kau-merepek-sial
"Apa kau ni kurang kasih sayang ke apa sampai orang tuduh kau pun kau suka? Pelik betul jadi manusia," kata Woozi yang dari tadi berdiam diri.
"Aku tahu kau jealous ahaks, btw kenapa kita kena lalu pintu belakang? Lalu je lah pintu utama," kata Jeonghan lagi. Joshua lantas menepuk dahi.
"Kan hyung dah kata tadi yang pintu utama tu ada media pe semua, dah kenapa kau ni?" tanya Joshua sambil menatap pelik ke arah cheonsa SEVENTEEN itu.
"Ala lalu je lah, aku kena lah jumpa dengan peminat aku! Kesian diorang berpanas terik tunggu kedatangan idola diorang yang hensem ni semata-mata nak intebiu aku. Aku kena hargai usaha diorang!"
"-_-#"
♥♥♥
Pledis Ent.
Setelah semua ahli SEVENTEEN masuk ke dalam bangunan melalui pintu belakang, Jeonghan terus sahaja menuju ke pejabat CEO mereka. Ahli yang lain pula terus ke bilik latihan mereka.
tak payah tahu apa jadi kat Jeonghan, meh kita tengok svt fufufufu
"Okay gais so kita tunggu Han hyung dulu baru kita start practice," kata Hoshi. Mereka yang berada di dalam bilik latihan itu mengangguk lalu terus membuat hal sendiri.
"Weyhhhhh, muka aku ada jerawat WEYH MACAM MANA NI HABIS HANCUR MUKA HENSEM AKU UWAAAAA," Jerit Mingyu secara tiba² sehingga menyebabkan kesemua mereka terkejut.
"Dasar anjing, TAK PAYAH LA JERIT KETIBAAN MACAM TU," marah Woozi yang kebetulan baru sahaja duduk di sebelah pemuda itu.
"Weyh hiks muka aku hiks huwaaaaa,"
"Kalau aku mengadu pasal ni dekat Jungkook dengan Eunwoo mesti diorang tak ngaku member," kata Joshua.
Secara tiba² Jeonghan masuk ke dalam bilik latihan itu. Kesemua mereka kemudian memandang ke arahnya.
"Han, CEO cakap apa?" tanya Seungcheol.
"Dia kata nanti dia bagi statement pasal tu," balas Jeonghan.
"Ouh,"
"Okey dah, jom sambung latihan!" ajak Dino dengan penuh semangat kesukanan menentang pihak lawan--k staph.
"Yaha!" jerit Hoshi pula. Kelihatan semua yang ada di situ terus bangun dan mengambil posisi masing² kecuali seorang.
"Weyhhhhhhhhhhhh, jerawat aku ni macam mana huaaaaaaaaa," keluh Mingyu. Jeonghan menatap pelik ke arah visual SEVENTEEN itu.
"Apehal si galah tu, mabuk ketum ke apa?"
"Dia bising sebab muka dia naik jerawat," balas Minghao malas.
"Bising la hanat, nah ambil ni," kata Wonwoo seraya membaling kotak berisi acne patch kepunyaannya.
"Hyung, aku ada baca kat twitter tau pasal macam mana nak hilangkan jerawat," kata Dino. Mingyu yang terdengar kemudian terus memandang ke arah maknae.
"Macam mana?"
"Kau kena sayang jerawat tu, sebab selalunya yang kita sayang tu lah banyak hilang,"
"Kalau aku hempuk dia pakai buku tak salah kan? -_-"
♥♥♥
Dorm ITZY
Suasana di dalam bilik tidur itu amat sunyi. Ryujin berseorangan di dalam bilik itu manakala ahli lain sedang menonton filem di ruang tamu.
Secara tiba-tiba, telefon pintar milik gadis itu berdering. Dia lantas menekan butang berwarna hijau untuk menjawab panggilan tanpa melihat siapa yang memanggil. Kebetulan dia sedang memakai earphone jadi tidak perlulah dia mendekatkan telefon itu ke telinganya.
"Ya nak apa?"
"Nak apa? Kamu tahu tak kamu cakap dengan siapa ni?!" Terus sahaja Ryujin memandang skrin telefon pintarnya.
eomma❤
"Ha ya omma call ni ada apa?" tanya Ryujin seraya mengetuk kepalanya perlahan kerana tidak melihat dahulu siapa pemanggilnya tadi.
"Bila kamu nak tengok omma kat sini? Rindu tahu dengan kamu,"
"Nantilah, omma pun tahu kan Ryu sibuk sikit. Mana boleh cuti macam tu je,"
"Iyelah, apa pun omma nak bila kamu balik nanti bawa boyfriend. Kalau tak omma yang akan tentukan jodoh kamu,"
"Omma ni dah kenapa?! Asal call je cakap pasal kahwin. Tahulah Ryu nak tentukan hidup Ryu sendiri. Omma tak perlulah nak sibuk! Dah la bye," balas Ryujin lalu menamatkan panggilan itu.
"Bah!"
Serentak itu, gadis itu terkejut lalu terhantuk di papan katil di atasnya. Dia lalu memarahi gerangan yang membuatnya terkejut.
"Yah Shin Yuna! Kau nak aku mati awal ke ha?!"
"Ehe, tadi omma unnie call suruh cari boyfriend lagi ke?" tanya Yuna. Ryujin kemudian mengeluh perlahan.
"Macam kau tak tahu," balas Ryujin.
"Sudah, jangan stress². Nah ramen, dimasak sehingga pecah minyak membangkitkan selera," kata Yuna seraya menghulurkan mangkuk berisi ramen yang telah siap direbus itu.
"Apa kau ingat iklan maggi ke? Thank you so much dear," kata Ryujin lalu mengambil mangkuk tersebut.
"Unnie tengah tak ada mood kan? Meh aku hiburkan kau. Kenapa basikal tak boleh berdiri sendiri?" tanya Yuna sambil menaikkan kedua belah keningnya berulang kali.
"Eum, sebab tu basikal bukan manusia?" teka Ryujin. Yuna menggelengkan kepala.
"Salah, nak tahu jawapan dia apa?"
"Ha apa?"
"Sebab dia two tired," balas Yuna lalu ketawa terbahak-bahak sambil berguling di atas lantai.
Ryujin pula facepalm.
"Kau mengaku sekarang, kau baru lepas tengok compilation dad jokes yang jin sunbaenim buat kan?"
"Ehe, makanlah ramen tu. Aku keluar dulu," kata Yuna lalu bergegas keluar dari bilik tersebut. Ryujin yang melihat perbuatan Yuna itu berasa curiga namun mengendahkannya.
"Bagus budak ni, buat ramen siap letak mini meatball lagi," kata Ryujin lantas menyuapkan meatball tersebut ke dalam mulut. Dia kemudian cuba untuk tidak mencarut.
"SHIN YUNA! BANYAK BANYAK BENDA KENAPA KAU LETAK COKLAT DALAM RAMEN AKU? PATUTLAH KAU BERLARI KELUAR BILIK TADI! KAU TENGOK KAU AKU BAKO ALBUM BTS KAU DASAR BUDAK KURANG KALSIUM!"
"Bos, tadi omma dia dah call dia. Sekarang ni dia dalam bilik,"
"Bagus, omma dia dah jalankan tugas. Kau terus perhatikan dia. Jadual kumpulan kau yang harini mana? Hantar pat,"
"Sabo la, tengah nak hantar la ni,"
"Banyaklah kau punya sabo, DARI PUKUL 7 PAGI AKU MINTA SAMPAI SEKARANG DAH PUKUL 2 LEPASTU KAU ASYIK CAKAP NAK HANTAR LA NI MANA JADUALNYA SIAL!"
"Takyahla marah, wifi kat dorm rosak tu yang lambat,"
"Lepastu? That's your problem,"
"Ouh okay dah hantar la actually 14 minit yang lepas,"
"Okay tapi kenapa aku tak dapat jadualnya?"
"That's your problem,"
"-_-,"
____________________
Sorry kawan² sekalian baru update😭 minggu ni srs cikgu dah start suruh buat kk, astu hw nya lagi duh i is nak nangis😩
btw yeah aku tuka username sebab aku kalah main game haritu dengan member em.
from wonuhao_ to cheekyhao
ehe
gose semalam kelako sia, jeonghan kalau tak cheat tak sah😂😂
and lagi satu sorry kalau ff ni makin hambar hiks
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top