9
" Hyunji-ah! Hyunji! "
Rowoon mengejar aku dari belakang. Aku tidak berhenti malah memekakkan saja telinga. Mungkin kerana Rowoon penat memanggil aku, dia merentap lengan aku dengan mudah sehingga tubuh aku terpusing.
" Mende lagi? " Tanya aku meluat. Aku menarik lengan aku daripada pegangannya.
" Mianhae.. aku mintak maaf sebab menyibuk hal kau tadi " Dia mengemam bibirnya sejurus meminta maaf daripada aku.
Aku berdecit sinis, " Macam tak biasa pulak kan? "
Sebelah kening aku terangkat. Betul lah tu, dari dulu sampai sekarang dia tak pernah berhenti masuk campur urusan hidup aku. Protective katanya haktuih!
" A-aku cuma ambil berat pasal kau. Kau satu satunya adik perempuan aku that's why aku terlalu protective "
" Tapi aku tak pernah anggap kau sebagai abang aku "
Kata-kata aku menyebabkan Rowoon mengeluh berat. Aku menjeling dia sekilas lalu memusingkan tubuh untuk naik ke atas bilik. Namun aku berhenti melangkah ketika Rowoon bersuara sekali lagi.
" Kenapa kau tak suka sangat dengan aku dan eomma? "
Dengan wajah yang serius, aku berpaling menghadap Rowoon semula. Dia nak tahu sangat ke?
" Bukan ke terlalu obvious sangat kenapa aku tak sukakan korang? "
" Kenapa? Apa sebab kau tu? "
" Sebab aku tak dapat hidup macam orang lain " Aku melangkah dua tapak merapati Rowoon. Aku tatap dia yang lebih tinggi berbanding aku.
" Parti harijadi aku setiap tahun, majlis graduasi aku ketika sekolah menengah dan even persembahan aku, ibu aku tak pernah dapat nak hadir. Yang hadir ialah korang bertiga! " Nada suara aku melonjak naik. Aku dapat dengar derapan tapak kaki yang sedang menuruni anak tangga.
" Hyunji, Rowoon, kamu berdua gaduh ke? " Suara appa.
" Aku tak nak semua tu. Aku cuma nak ibu aku hadir sekali. Aku nak ibu aku bersorak untuk aku macam ibu orang lain. Tapi aku takkan pernah dapat merasa semua tu " Suara aku mula mengendur. Aku menggigit bibir menahan air mata daripada tumpah walaupun empangan mata aku sudah dipenuhi dengan air mata jernih.
" Tapi ibu kau dah tak ada, Hyunji. Dia pergi semasa kau berumur 7 tahun. Jadi macam mana kau nak expect dia hadir dan bersorak untuk kau? "
" That's the problem. Aku tak boleh terima yang orang lain selain ibu aku yang datang bersorak untuk aku. Aku benci sangat, sumpah aku benci. Sampai bila pun aku takkan boleh terima korang dalam hidup aku. I don't care anymore "
Sejurus selepas mengungkapkan ayat terakhir, aku terus melangkah naik ke atas. Aku langsung tidak memandang wajah appa dan isterinya di tangga ketika aku berselisihan dengan mereka.
" Hyunji! " Laungan appa langsung aku abaikan. Aku terus masuk ke bilik dan menghempas pintu. Mood aku sudah pun rosak.
" Tak apa, biar esok saya cakap dengan dia ya? " Pujuk ibu tiri aku pulak.
Aku menghempapkan tubuh aku ke atas katil sebaik saja aku masuk ke dalam bilik. Mata aku tidak sengaja terlirik ke arah meja kecil di sebelah katil lalu mata aku tertancap pada sebuah frame kecil di atas meja tersebut.
Aku bangkit dari baring dan mencapai frame tersebut. Gambar aku, eomma dan appa sedang tersenyum di dalam bingkai gambar itu. Aku mengeluh berat.
Setitik demi setitik air mata aku mengalir sebelum ia bertukar deras.
Aku rindukan eomma...
***
Jungkook merenung ke luar balkoni. Lelaki yang muncul di depan rumah Hyunji semalam masih mengganggu fikirannya.
Jadi itu lah abang tiri Hyunji, lelaki yang datang bersama pemilik sekolah mereka minggu lepas. Jungkook masih mengingati wajah Rowoon kerana mereka berselisahan di sekolah tempoh hari.
Cuma Jungkook hairan, mengapa Hyunji begitu membencikan keluarga tirinya? Dari segi pandangan Jungkook, dia merasakan bahawa Rowoon bukan lah seseorang yang tidak baik. Tapi entah lah, itu urusan keluarga mereka. Dia tidak boleh masuk campur.
Nampaknya Hyunji tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang keluarganya termasuklah Soo Ah dan Soo Jin. Hanya Jungkook saja yang tahu serba sedikit.
Jungkook harus melindungi rahsia Hyunji.
" Jungkook, kau tak sekolah ke? "
" Eo? Nak pergi lah ni " Jungkook menggalas beg sekolahnya selepas ditegur oleh kakaknya, Jungri.
***
Aku menggalas beg sekolah lalu melangkah turun anak tangga untuk ke bawah. Aneh juga sebab tak ada sesiapa dekat ruang tamu mahupun dapur dan meja makan. Mana pergi semua orang? Selalu waktu macam ni mereka pasti berkumpul di meja makan.
Aku menuju ke dapur dan mencapai sekeping roti yang sudah siap dibakar. Hujung roti itu aku gigit sambil keluar daripada dapur.
" Kau dah siap ke nak pergi sekolah? " Satu suara yang datang daripada belakang berjaya menyentakkan aku. Aku toleh ke belakang dengan kunyahan di mulut. Rowoon yang masih bertshirt hitam sedang berdiri statik di hadapan aku.
" Haah. Kenapa? " Balas aku semula dengan soalan.
" Eomma dengan appa tak ada. Diorang pergi Busan tadi sampai mungkin esok atau lusa atas urusan kerja. Pakcik Kim ikut diorang sekali so kau tak boleh nak pergi sekolah dengan driver buat beberapa hari " Jelas Rowoon.
" So? "
" So aku yang kena hantar kau pergi sekolah "
" It's okay. Baik aku naik bas je "
" Bagi aku hantar kau. Appa yang suruh. Kalau jadi apa apa dekat kau nanti, aku nak jawab apa? " Rowoon masih menegaskan yang dia ingin menghantar aku ke sekolah.
Aku mengeluh seraya menggulingkan mata, " Okay "
Aku mengalah jua akhirnya. Rowoon menipiskan bibirnya saja.
***
" Kau boleh drop aku kat depan sana. Tak perlu sampai depan pagar " Jari telunjuk aku menghala ke arah yang aku sebutkan tadi. Aku tak nak nanti budak budak sekolah aku usya semacam. Memalukan!
Rowoon mengangguk lalu dia memberi signal sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan. Brek tangan ditarik ke atas.
" Text aku bila kau dah habis. Aku datang ambil kau "
" Kau tak ada kelas ke? "
" Ada. Tapi sebelah petang sikit "
Aku melepaskan nafas dan membuka pintu kereta.
" Study elok elok! " Pesan Rowoon dari dalam kereta. Aku menjeling halus wajahnya lalu menutup pintu kereta dan mula bergerak menuju ke sekolah.
Dari jauh aku sudah nampak Jungkook. Serta merta aku berlari ke arah Jungkook. Lehernya aku rangkul. Jungkook tersentak buat beberapa saat sebelum dia menyedari kehadiran aku.
" Hey Jungkook "
" Yo Hyunji "
" Kantin jom? " Jungkook mengangguk setuju.
Setiba saja kami di kantin, benda pertama yang aku ambil adalah roti cheese kesukaan aku. Bukan lah nak puji lebih lebih tapi roti cheese yang dijual di kantin aku memang sedap tak terkata! Sedap!
" Hyunji, meh sini jap " Panggil Jungkook di hadapan peti sejuk. Dengan raut muka yang tertanya-tanya, aku pergi ke arahnya.
" Why? "
" Kau suka yogurt yang strawberry kan? " Aku mengangguk dua kali.
Jungkook mengambil lima kotak yogurt strawberry daripada peti sejuk lalu dia berikan kepada aku. Tersentak aku apabila dia berbuat sedemikian.
" Amende kau ni, Kook? " Soal aku bersertakan dahi yang sudah berkerut.
" Aku nak belanja kau la disebabkan ni favourite kau. Jom " Jungkook dengan tenangnya bergerak ke kaunter. Aku di belakang pulak kalut kalut mengekorinya. Dasar anak Jeon gila! Boleh diabetes aku macam ni.
" Makcik, kira semua ni. Termasuk roti cheese ni sekali " Kata Jungkook.
Aku menyiku lengan Jungkook, " Roti aku biar lah aku yang bayarkan "
" Takpe. Aku nak belanja kau harini baik kau bersyukur sikit. Bukan selalu hati aku baik macam ni " Lagak Jungkook. Ceh! Aku menayangkan muka menyampah. Maleh nak kata apa so aku biarkan je. Jungkook kan kaya HAHA.
" Heol???!!!! Kenapa yogurt strawberry boleh habis ni?! Baru pagi kot! "
Suara lantang seorang perempuan menyebabkan aku dah Jungkook serentak menoleh ke tempat terletaknya peti sejuk. Ceh pagi pagi dah nampak muka perempuan ni.
Hwayeon menatap muka aku dan Jungkook sebelum dia memandang ke arah kaunter. Dia kembali menikam anak mata aku dengan tajam.
" Jadi kau la yang beli semua yogurt strawberry tu? "
Aku menggulingkan mata aku ke atas dan pusing semula untuk ambil yogurt yang sudah dibayar oleh Jungkook sebentar tadi. Aku malas nak bertekak dengan dia ni pagi pagi.
Tidak sempat aku ingin pergi, Hwayeon berdiri di depan aku untuk menghalang aku supaya pergi.
" Tepi " Tegas aku berkata.
" Kau ni tamak sangat kenapa hah?! Beli satu cukup la! "
" Yahh! Kau pehal? Aku yang belikan untuk dia. Ada masalah ke? " Jungkook pula datang mencelah. Eih serabut la perempuan ni. Ada je benda nak gaduh dengan aku.
" Apa ni bising bising? Hwayeon? " Entah dari mana, Kim Taehyung pula muncul.
" Taehyung, aku nak yogurt strawberry tapi perempuan ni dah beli semua yang ada dalam peti sejuk tu " Alah macam budak budak nak mengadu dengan boyfriend bagai.
Taehyung mengeluh berat, memandang Hwayeon di hadapannya dengan pandangan yang malas.
" So? Kau beli je lah yang lain "
" Tapi aku nak yang strawberry! "
" Beli jelah esok. Apa yang kau nak tu dah habis. Faham bahasa tak? "
Aku mengemam bibir aku menahan tawa. Kesian nak mengadu dekat boyfriend tapi boyfriend sendiri fire balik HAHAHA.
Hwayeon kembali beralih memandang aku.
" Kau ingat ni sekolah bapak kau ke sampai kau ingat kau boleh beli semua yogurt tu?! "
Haah memang sekolah bapak aku pun.
" Benda kecik macam ni pun kau nak kecoh ke? Macam budak budak seh " Ujar aku.
" Eeeeeishhh!! " Geram punya pasal, perempuan itu menarik semua kotak yogurt strawberry di tangan aku sehingga jatuh ke lantai.
" YAH!!! " Serentak aku dan Jungkook menjerit kuat. WHAT THE?!!!
Sekarang ni semua kotak yogurt tu dah pecah atas lantai. Great, just great. Tu Jungkook belanja aku kot!!!!!!!
" Park Hwayeon! " Taehyung meninggikan suaranya.
" Kau jangan melampau boleh tak?! Kau taktau malu ke hah?! " Tambah Taehyung yang sedang menahan marahnya.
" Prinsip aku sama je. Kalau aku tak boleh dapat, dia pun tak boleh dapat. It's always like that " Hwayeon menjeling tajam sebelum dia beredar pergi.
Taehyung dan Jungkook melepaskan keluhan berat.
" Hyunji-ah, aku mintak maaf atas perbuatan Hwayeon tadi " Taehyung meminta maaf.
Aku diam tidak berkata apa. Dalam hati rasa macam nak hempuk kepala perempuan tu. Anjir!
" Jungkook, mianhae. Kau dah belanja aku tapi macam ni pulak jadi " Aku mencebik sedih. Kesian Jungkook em...
" Aiguuuu, tak ada apa pun lah. Esok aku belanja kau lagi okay? Senyum sikit " Pujuknya seraya mengusap kepala aku. Serta merta bibir aku mengukirkan senyuman manis.
Taehyung di depan mereka cuma memandang mereka dengan tatapan redup. Hmm... pedih.
***
Masuk je dalam kelas, aku menjeling tajam Hwayeon yang sedang membaca buku. Jangan ingat aku akan maafkan perbuatan dia tadi! Kau tunggu je! Aku akan balas balik tak lama lagi hmmphhh!
Suasana di kelas riuh seperti biasa. Aku sangkutkan beg pada hujung badan kerusi. Anak mata aku turut tertancap pada Taehyung yang tempat duduknya di tepi tingkap.
Aku tersenyum kecil menyedari yang pujaan hati aku sedang khusyuk membuat latihan sekolah sementara menunggu cikgu masuk. Haih kacak betul la bila lelaki sedang focus em.
" Selamat pagi semua!! "
Semua pelajar kembali ke tempat duduk mereka selepas Sir Han masuk ke dalam kelas. Perhimpunan kecil pagi akan diadakan di kelas hari ini jadi sebab itu lah Sir Han yang masuk.
" Okay saya ada pengumuman penting harini untuk kamu semua "
" Seperti yang kamu semua tahu, dah 2 tahun sekolah kita tak adakan pertandingan bakat disebabkan tak ramai pelajar yang nak sertai. Pergi balik pergi balik pun orang yang sama je nak join iaitu Lee Hyunji dan Park Hwayeon "
" Jadi selepas pengetua sudah berbincang dengan semua guru dan jugak persatuan ibu bapa, kami semua sebulat suara bersetuju untuk adakan pertandingan bakat pada tahun ini !! "
Serta-merta satu kelas bersorak kuat. Tak faham aku kenapa nak bersorak padahal diorang tak nak masuk pun. Cis.
" Tapi tahun ni agak berbeza ya. Kamu bukan saja boleh cover lagu-lagu malah kamu boleh mempersembahkan lagu buatan kamu sendiri kalau kamu ada bakat dalam bidang itu " Jelas Sir Han lagi. Wow, menarik gila bila boleh collaboration dengan pelajar yang berbakat dalam produce lagu atau menulis lirik. Sebab tak semua orang reti menyanyi.
" Dan kita jugak akan ada festival ye selepas pertandingan tu nanti. Ada apa apa soalan nak tanya? "
" Sir! Bila tarikh pertandingan tu? " Tanya pelajar kelas aku, Jimong.
" Empat bulan dari sekarang iaitu selepas peperiksaan pertama kamu "
" Bila audition dia pulak, Sir? "
" Dua bulan sebelum pertandingan "
" Pemenang akan dapat apa? "
" Pemenang akan dapat hadiah wang tunai dan trophy. Trophy ni akan memudahkan kamu untuk masuk ke Universiti yang melibatkan seni muzik nanti "
" Ada apa apa lagi soalan yang nak ditanya? " Soal Sir Han sekali lagi.
" Tak ada!! "
" Kalau macam tu, perhimpunan kita sampai sini saja. Jumpa lagi lepas rehat nanti " Ujar Sir Han sebelum dia membawa dirinya keluar.
" Yah yah Hyunji! " Soo Ah dan Soo Jin cepat cepat datang ke tempat aku.
" Ha apa? "
" So acane? Kau nak masuk ke tak? " Tanya Soo Ah.
" Aku pun tak pasti lagi sebab dah nak exam kan? Aku takut tak sempat nak prepare untuk persembahan tu nanti " Aku mengemam bibir. Tak lama lagi musim peperiksaan bakal tiba. Aku tak akan ada masa untuk persembahan tu nanti.
" Alah mesti sempat punya. Kau tu berbakat tau tak? Takkan kau nak sia-siakan peluang ni? Dah lah lepas dua tahun baru pihak sekolah nak adakan pertandingan ni balik " Celah Soo Jin pulak.
Aku mengeluh panjang, " Tengok lah dulu macam mana "
Tiba tiba ada seseorang mengetuk meja aku. Aku mengangkat muka. Hak alah dia ni lagi.
" Kau join kan pertandingan tu? "
Soo Ah dan Soo Jin memandang Hwayeon dengan tidak puas hati.
" Blah lah kau! Jangan nak kacau Hyunji kami boleh tak? " Halau Soo Ah dengan kasar.
" Semak je kau ni " Tambah Soo Jin.
Hwayeon menjeling mereka berdua tajam, " Diam lah. Aku bukan cakap dengan korang "
" Kau join ke tak, Lee Hyunji? " Hwayeon mengulangi soalannya tadi.
" Entah " Jawab aku sepatah.
" Aku join. Baguslah kalau kau tak join, senang sikit aku nak menang "
Aku mengetap bibir aku rapat. Aku mana boleh biarkan perempuan ni kalahkan aku. Seronok lah dia memikirkan yang dia ada peluang untuk berdiri di atas aku.
Aku bangun dan menatap mata Hwayeon dengan tajam.
" Siapa cakap kau ada peluang untuk menang? "
" Aku akan join jugak " Akhirnya aku memberi kata putus.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top