6

Malu bhai Jungkook cakap macam tu kat aku semalam. Aku tak balas pun apa yang dia katakan semalam. Aku lari masuk dalam rumah terus sebab terlalu malu.

Sekarang ni aku baru saja tiba di sekolah. Aku nampak ramai pelajar sedang berkumpul di papan kenyataan. Minda aku tertanya-tanya apa yang sedang berlaku ni sana?

Aku menghampiri kumpulan tersebut lalu mencuit bahu salah seorang dari mereka. Pelajar perempuan itu menoleh.

" Ada apa yang panas ke? " Soal aku.

" Ohh ni ada rumour yang sekolah kita akan adakan pertandingan bakat tahun ni. Tapi tak tahu lah betul ke tak " Jelas pelajar itu. Aku mengangguk saja lalu beredar pergi. Tak minat aku dengan pertandingan ni semua.

Aku berjalan ke kantin untuk membeli sarapan. Roti saja sudah cukup untuk melapik perut aku terlebih dahulu. Ketika aku mencapai roti Mexico yang terakhir di rak roti, ada satu tangan yang turut mencapai roti sama.

Aku mengetap bibir rapat seraya menoleh ke tepi. Ohh virus ni rupanya. Kekasih gelap Kim Taehyung tu.

" Tepi. Aku yang ambil dulu " Kata aku tegas.

" Aku nak makan roti ni " Balasnya tidak mahu mengalah.

Aku menggenggam roti itu dengan kuat lalu aku menarik roti tersebut. Roti itu sekarang berada di tangan aku.

" Pergi makan roti lain " Sempat aku menolak bahu Hwayeon sehingga tubuhnya kebelakang sedikit. Sumpah aku memang bencikan dia. Selepas dapat tahu yang dia bercinta dengan Taehyung, makin tebal lah benci aku terhadapnya.

Selepas Hyunji pergi, si Taehyung pula masuk ke kantin. Air yogurt strawberry dicapai sebelum matanya memandang Hwayeon yang masih di rak roti sekilas.

" Kau buat apa kat sini? " Taehyung menjeling Hwayeon lantas ke kaunter membuat pembayaran. Dompet kulitnya di keluarkan. Hwayeon kemudian bergegas ke arah Taehyung. Lengannya dipegang.

" Taehyung-ah.. Hyunji tolak aku tadi " Mengadu si Hwayeon bagaikan anak kecil yang dibuli.

" Bukan hal aku " Taehyung melepaskan pegangan Hwayeon pada lengannya dan berura-ura ingin beredar. Tapi Hwayeon menghentikannya.

" Kau tahu kan yang Hyunji ni rival aku? Dia suka sakitkan aku "

Taehyung mengeluh berat. Dia pusingkan tubuhnya menghadap Hwayeon dengan malas. Semak gila perempuan ni.

" Aku tak kisah. Kau cedera atau pun tak, semua tu bukan hal aku "

Sekali lagi ketika Taehyung ingin melangkah pergi, Hwayeon mengatakan sesuatu yang membuatkan Taehyung toleh pandangnya semula.

" Kau cakap apa tadi, Park Hwayeon? " Kedua belah kening Taehyung bertaut.

" Aku akan pindah masuk ke kelas kau "

***

Suasana di dalam kelas tersangatlah riuh seperti hari hari yang biasa. Aku sibuk berbual bersama Soo sisters yang dari tadi tak habis habis membawang pasal junior selang dua kelas dari kitaorang.

" By the way, malam ni kita pergi karaoke nak tak? Lama do tak release stress " Ajak Soo Ah.

" Yah baru je semalam kau curi curi masuk disco dengan si Kijun tu lagi kau nak kata kau dah lama tak release stress? " Aku menjentik dahi Soo Ah membuatkan dia tersengih busuk.

Mentang mentang Kijun tu anak menteri, bukan main lagi Soo Ah ambil kesempatan atas Kijun. Tambah tambah pulak Kijun memang ada hati dekat Soo Ah. Makin senang la kerja Soo Ah nak mempergunakan Kijun. Aiguuu kawan siapa lah ni?

" Alaa jom la malam ni. Lagipun dok rumah bukan buat pape pun kan? " Soo Ah masih belum berhenti memujuk aku dan Soo Jin.

" Haih yela yela " Akhirnya kami berdua akur jua.

" Class, duduk tempat masing masing sekarang! " Laung cikgu Han dengan kuat. Kami masing masing terus mengambil tempat duduk.

Apa apa pun, apa yang Hwayeon buat dekat sini?!!!!

" Kamu akan ada kawan baru mulai hari ni. Park Hwayeon dari kelas 5-2 akan pindah masuk ke kelas kita " Ujar cikgu Han.

Apa?!!! Dia masuk kelas aku?!! Dah kenapa minah ni?!!

Rata-rata budak kelas aku sedang berbisik tentang ini. Alang alang tu tengah mengumpat la. Lagipun diorang tahu yang Hwayeon merupakan rival aku dari semua segi kecuali sukan sebab aku tak minat sukan.

" Hwayeon, kamu boleh duduk dekat sebelah sana " Arah cikgu Han. Hwayeon menurut perintah. Acah syal minah ni.

Aku menggulingkan mata ke atas ketika melihat dia bergerak ke tempat duduknya. Aku menyembamkan wajah aku pada meja dengan beralaskan lengan. Mood nak belajar pun dah hilang. Benci odo aku dengan dia ni!

Selepas tamatnya kelas Mathematic, aku pergi ke loker untuk mengambil buku rujukan yang harus dipulangkan kepada perpustakaan. Ketika aku sibuk dengan kerja di loker, ada seseorang datang dan membuka loker sebelah.

Aku melirik sekilas. Haihhh! Dia ni lagi! Aku menjeling figura Hwayeon dengan kebencian. Tengoklah, tahap rival aku dengan dia sampai loker pun bersebelahan. Semak!

" Kita dah sekelas sekarang " Tegurnya. Astu nak suruh aku buat apa? Gelabah?

" Apa masalah kau nak kena pindah masuk kelas aku? " Soal aku tidak puas hati. Buku-buku matematik disusun ke dalam loker dengan kegeraman.

" Aku dah bosan asyik dapat number satu dekat dalam kelas. Teringin pulak nak compete dengan kau. Kau pun top student kan? " Sinis saja soalannya. Dia membuatkan aku rasa nak hayun penumbuk dekat muka tak berapa nak lawa dia tu. Btw, kalau dalam kedudukan sekolah, selalunya aku dengan Hwayeon akan compete untuk dapatkan tempat pertama. Sebabtu aku cakap rival aku ni bukan kaleng kaleng.

Aku tolehkan kepala memandang si dia, lalu aku ketawa sinis.

" Dengki betul kan kau dengan aku? "

" Sebab aku tak sukakan kau "

" Habis kau ingat aku sukakan kau ke? Tapi ada kau nampak aku pindah masuk kelas kau semata-mata nak lawan kau dalam exam? " Dahi aku berkerut menahan geram. Eiyyy eiyyy eiyyyy

Hwayeon sekadar ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

" Kita tak sama. Itu lah masalahnya "

" Euw kau ingat aku nak ke samakan diri aku dengan kau? " Balas aku sakarstik. Aku menjelingnya lalu menoleh ke arah loker semula. Buku rujukan sains yang harus dipulangkan itu aku ambil dari dalam loker.

" By the way, kau ada dengar pasal rumor yang pertandingan bakat akan diadakan tahun ni? " Tanya Hwayeon. Apa pulak agenda dia kalini?

Aku berdiri kaku di depan loker, " Ha ada. Apahal? "

" Aku cabar kau join jugak. Siapa kalah, kena dengar segala perintah dan permintaan si pemenang "

Bibir aku diketap rapat. Berani pompuan ni nak cabar aku bagai? Takkan dia tak tahu aku ni siapa? Aku ni Lee Hyunji lah! Sikit pun gua tak takut sama lu!!!

Tapi tidak dinafikan Hwayeon ada suara yang powerful dan merdu. Ahhh! Semua tu tidak boleh jadi penghalang buat aku! Aku kena lawan dia jugak!

Aku pandang Hwayeon dengan tatapan menyampah, " Okay, deal "

Pang!

Aku menghayun pintu loker tersebut dengan kuat sehingga tertutup. Wajah Hwayeon aku pandang sekilas buat kali terakhir kemudian aku berjalan pergi.

===

cerita ni senanya dah ada plot tapi dalam kepala otak aku, dia still tak tersusun rapi. plus, aku ni jenis kalau dah publish fanfic, otak auto jammed HAHAHAHAH.

jadi maaf lah kalau jalan cerita terlalu slow. aku cuba nak focus dekat setiap watak.

stay safe everyone! pakai mask selalu. jangan keluar rumah kecuali jika perlu. wash your hand frequently okay!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top