4

Aku segera menyediakan pesanan Taehyung sebentar tadi. Shook jugak aku sebab yela aku tak bercakap pun dengan Taehyung tadi dekat sekolah tetiba ni dia tegur aku macam nak lama kenal pulak. Mesra semacam.

" Mr Kim Taehyung! " Aku melaungkan namanya tanda bahawa pesanannya sudah siap. Dia datang ke arah kaunter kemudian senyum pada aku sebelum dia mengambil air nya. Lalu dia kembali ke tempat duduk dia sebentar tadi.

Tidak lama kemudian, seorang pelanggan perempuan masuk ke dalam kafe.

" Selamat datang! " Aku mengangkat kepala aku bersertakan senyuman manis. Senyuman aku mati tatkala wajah Hwayeon yang memghiasi pandangan aku.

Hwayeon berlalu begitu saja kemudian dia melangkah ke arah Taehyung. Ohh...dating ke? Hm hancurnya hati aku.

Tapi nasib lah tiba tiba ramai pelanggan yang datang jadi aku pun menjadi sibuk sampai tak ada masa nak layan hati aku yang dah hancur ni.

Sesekali mata aku curi curi usya jugak pasangan kekasih tu. Aneh jugak bila muka Taehyung dingin je. Padahal elok je tadi senyum kat aku. Dating apa cuk macam tu?

Sedar tak sedar dah tiga jam berlalu dan hari pun sudah hampir malam. Tugas aku dah nak selesai. Tinggal nak tutup kaunter je huhu. Tiba tiba Taehyung datang ke kaunter.

" Hyunji, boleh ambilkan satu lagi pesanan aku? " Soalnya lembut.

" Eo? Boleh boleh " Sebenarnya dah tak boleh tapi disebabkan dia crush aku kan so bagi boleh jela.

" Hmm apa lagi eh yang sedap dekat sini? " Soalnya sambil mata membaca menu di atas aku.

" Err kau boleh try Oreo Frappe since kau macam suka Frappe. But kalau nak tea ice passion tea pun not bad jugak " Jelas aku panjang. Taehyung meng-oh-kan saja sambil mengangguk faham.

" Kau suka minuman apa dekat sini? " Matanya turun memandang aku.

" Aku? " Aku menundingkan jari telunjuk ke arah aku.

Taehyung senyum tipis, " Yaa kau "

" Errmm aku suka Passion Fruit Tea hehe " Aku tersengih.

" Kalau macam tu buatkan satu Passion Fruit Tea untuk aku "

Aku mengangguk faham kemudian Taehyung membuat bayaran. Aku lantas menyediakan pesanan Taehyung. Pelik noh tanya minuman apa yang aku suka dekat sini padahal dia yang nak minum.

" Taehyung, dah siap ! " Aku memanggilnya. Taehyung datang ke arah aku.

" Kau ada marker? Boleh pinjamkan? "

Aku mengangguk lalu menghulurkan pen marker hitam kepadanya kemudian Taehyung menulis sesuatu pada cawan minuman dia.

Dia seterusnya memulangkan semula pen marker tersebut.

" Enjoy your drink. Aku balik dulu. Annyeong, Hyunji " Dia melemparkan satu senyuman manis lalu berjalan keluar.

Manakala aku masih blur tidak dapat menangkap maksud Taehyung.

" Eo? " Aku ambil cawan tadi dan membaca apa yang ditulis oleh Taehyung.

' You've worked hard today. Sugohaessoyo '

Pehhhh biar betul Kim Taehyung ni???!!!

Aku mengemam bibir aku rapat sambil aku terloncat gembira. CRUSH AKU NOTICE AKU WOIIIIIIIIII !!!!!!!

HAJSAJXJSJSJ TAK TIDUR LA AKU MALAM NI KYAAAAAAAAAAAA!!!!!!!

***

Aku memasukkan pin number lalu jejak masuk ke dalam rumah. Jacket hitam aku diberikan untuk maid aku yang sudah menunggu di pintu. Dia yang akan membasuh jacket hitam tersebut.

" Lewat kau balik harini " Rowoon yang sedang menonton tv dia ruang tamu utama menegur aku. Aku mengeluh lalu menjelingnya halus. Aku teruskan melangkah menuju ke tangga.

" Eomma tinggalkan makanan untuk kau. Suruh maid panaskan kalau kau nak makan. By the way, esok pagi appa suruh kau breakfast sekali. Ada benda dia nak bincangkan " Beritahu dia dengan lemah lembut. Haih aku dah kasar kasar dengan diorang pun diorang still berlembut dengan aku.

Aku abaikan kata-kata Rowoon dan terus ke atas. Aku rebahkan tubuh ke atas katil sebaik saja aku membersihkan diri.

Telefon bimbit dicapai lalu aku membuka aplikasi Instagram. Terbit sebuah senyuman pada bibir aku tatkala gambar Taehyung yang baru saja dimuat naik muncul di feed aku. Haih lemah gila bila teringat yang dia hadiahkan aku air tadi. Sweet sumpah!

Aku ke bahagian DM lalu nama Taehyung dicari. Aku menaip pada papan kekunci lalu menekan butang hantar. Aku cuma mengucapkan terima kasih saja kepadanya.

Mengantuknyaaaa!

***

Pagi yang indah. Selepas mengikat rambut aku, aku mengambil beg sekolah lalu turun ke bawah. Baru saja tiba di bawah, appa sudah memanggil aku untuk join diorang makan siang.

Sejujurnya aku malas tapi disebabkan aku tak makan dari semalam jadi aku duduk jua semeja dengan mereka.

Roti bakar disuapkan ke dalam mulut tanpa banyak bicara. Hanya mereka bertiga saja yang bersembang.

" Hyunji-ah, minggu depan ada hari penyampaian hadiah murid cemerlang untuk tahun lepas kan? " Tanya appa.

" Haah " Jawab aku sepatah.

" Pengetua kamu suruh appa hadir. Jadi appa ingat nak hadir sekali dengan eomma kamu " Kata-kata appa membuatkan kunyahan aku terhenti. Aku melemparkan roti bakar tadi di atas pinggan.

" Mwo? "

" Kenapa? Ada masalah ke? " Appa cuba memberikan senyuman. Aku memandang ke tepi lalu ketawa sinis. Aku pandang appa semula dengan pandangan yang tajam kali ini.

" Tak pernah pernah appa nak datang. Kenapa tiba tiba nak datang? "

" Salah ke appa nak tengok sekolah yang appa bangunankan tu? "

" Jadi appa nak bangga dengan kekayaan appa lah sekarang ni? "

" Bukan macam tu, Hyunji. Appa cuma- " Tidak sempat appa menghabiskan ayatnya, aku terlebih dahulu mencantas.

" Budak budak dekat sekolah tu tak tahu yang Hyunji ni anak pemilik sekolah dan Hyun taknak pun diorang tahu. Jadi tolong, tolong jangan datang "

" Dan perempuan ni tak layak tunjuk muka dia dekat sekolah yang appa dan eomma usaha untuk bangunkan ini " Aku memberikan pandangan yang tajam kepada Puan Kim.

Aku menolak kerus ke belakang lantas bangun dan mengambil beg sekolah aku lalu aku berjalan keluar dari rumah agam ini.

" Hyunji-ah! Hyunji! Lee Hyunji! " Panggil appa diendahkan.

Tuan Lee mengeluh panjang sambil memicit dahinya. Pening dengan sikap puteri kesayangannya yang sangat keras kepala itu. Puan Kim di sebelah tolong menenangkan Tuan Lee. Rowoon berlari keluar untuk mengejar Hyunji akan tetapi Hyunji sudah hilang dari pandangan matanya.

Haih...

***

" Oit Hyunji " Lamunan aku terhenti ketika aku merasakan bahawa bahu aku dicuit oleh seseorang. Dengan raut wajah yang masih masam, aku toleh ke sebelah. Ada muka Jungkook yang kacak di tepi.

" Hmm " Gumam aku murung sambil pandang ke hadapan semula.

" Pagi pagi je muka dah masam. What's wrong? " Soal Jungkook. Aku menggeleng kepala aku perlahan.

" Tak ada apa pun "

" Dah la jangan nak sedih sedih sangat. Kau comel kalau ceria so kau kena ceria selalu. Tak pun dengar la lagu lagu aku, kutkut boleh naikkan semangat kau balik " Lalu Jungkook memaparkan sengihan comel yang sedikit sebanyak membuat aku tersenyum kecil.

" Aku cau lu. Nak g cari Yoongi dekat kelas dia. See you later, Hyunji " Jungkook mengusap kepala aku lalu dia berlari masuk ke dalam sekolah.

Aku berdecit kecil sambil membetulkan rambut aku. Anjay Jeon Jungkook!

Ketika aku ingin sambung berjalan ke lobby sekolah, aku nampak Hwayeon sedang berdiri tidak jauh dari lokasi aku kini.

Hwayeon ni dah la rival aku. Bila tahu dia ada hubungan dengan Taehyung, lagi benci lah aku dekat dia.

Aku pusingkan kepala ke belakang dan aku nampak Taehyung yang baru saja turun dari kereta yang dipandu oleh pemandunya. Aku pandang Hwayeon semula. Oh tengah tunggu bofen rupanya.

Aku berjalan ke arah Hwayeon lalu dengan sengaja aku melanggar bahunya sehingga dia terjatuh. Aku terus melangkah pergi tanpa satu kata maaf pun.

Taehyung yang barusan tiba memandang Hwayeon aneh. Dah kenapa melutut dekat depan orang ramai?

" Kau kenapa? " Dingin Taehyung menyoal.

" Terjatuh tadi. Ada orang langgar " Disebabkan Taehyung tak bantu Hwayeon untuk bangun, terpaksa lah gadis itu bangkit sendiri.

" Pergi masuk kelas kau. Aku dah cakap jangan tunggu aku kan? " Taehyung menjeling Hwayeon lantas dia berjalan pergi dengan muka selamba.

" Taehyung-ah! Kim Taehyung! " Hwayeon merengus kesal. Kenapa Taehyung tak pernah nak layan dia baik baik?

***

Aku nampak Taehyung masuk ke dalam kelas dengan raut wajah dingin diikuti dengan Jungkook dan Mingyu di belakang.

Aku cuba menembungkan mata aku dengan mata Taehyung sebab aku terlalu gugup nak tegur dia. Memang tuah aku, Taehyung membalas pandangan mata aku. Aku memberinya sebuah senyuman.

Saja habaq dm aku semalam dia seen je HAHAHAHAHAH k. Taehyung mengeluh perlahan, tanpa membalas senyuman aku, dia memandang ke depan semula.

Anjing.

Aku berdehem kecil lalu menyelak helaian buku aku. Boek la Taehyung malukan aku cenni siot. Padahal semalam elok je dia sembang dengan aku macam kitaorang ni member. Ke aku yang silap orang semalam?

Kelas berlangsung seperti biasa.

Selepas tamatnya kelas Hangul, kelas aku bergerak ke bilik muzik untuk berlatih. Disebabkan kami adalah kelas pertama, jadi nak tak nak setiap pelajar dari kelas kami memang harus mengambil serta dalam kelas muzik. Aku join kumpulan choir je. Lagipun memang dari dulu aku ada ambil latihan choir. Cuma malas nak berlatih je HAHAHAH.

Masing masing sibuk berlatih bahagian masing masing. Disebabkan cikgu tak masuk harini, jadi kami hanya berlatih sendiri saja. Sesekali aku melirik ke arah Taehyung yang bermain piano dengan penuh rasa itu. Main piano pun hensem emmmm!

Jungkook yang di dance team turut memandang Hyunji yang sedang memandang Taehyung. Takkan lah.......

Setelah mengumpulkan keberanian, aku pergi menegur Taehyung jua.

" Pandai kau main piano " Tegur aku. Jari jemari Taehyung berhenti menekan kekunci piano kemudian dia mendongak melihat aku.

" Hobi " Dia senyum.

" By the way, thank you untuk air semalam "

" Tak ada apa apa lah. Oh ya, aku mintak maaf sebab seen dm kau semalam and tadi aku tak senyum balik. Mood aku tak berapa nak okay " Taehyung menggosok belakang lehernya. Kekok.

Laa ingatkan sebab aku kena reject. Rupanya sebab dia takde mood. Huhuhuhu iyolah Kim Taehyung ku.

" Gwenchana. Nanti biar aku pulak belanja kau ek? "

" Boleh je " Sekali lagi dia memberikan aku senyuman yang membuat jantung aku berdetak sakan. Kuat betul damagenya.

" Weh weh weh !!!! " Tiba tiba kaki gossip kelas kami aka Seok Kyu menjerit kuat. Kami semua mengalihkan perhatian memandangnya.

" Amenda? " Tanya Soo Jin meluat.

" Aku nampak pemilik sekolah kita datang weh! Anak dia bapak hensem siot! "

" BWO?! " Soal aku dengan suara yang sangat kuat. Sejujurnya aku sangat terkejut. Kenapa appa datang harini?

Tanpa berkata apa, aku segera keluar dan pergi mencari appa.

Bingo! Aku nampak appa barusan habis berbual dengan pengetua sekolah di hallway loker. Di sebelahnya ada Rowoon yang mungkin datang menemani appa.

Aku mengetap bibir rapat, melangkah dengan geram ke arah mereka berdua.

" Appa! " Panggil aku kuat.

Appa menoleh ke belakang dan dia tampak terkejut dengan kehadiran aku di sini.

" Eo Hyunji-ah, kamu buat apa dekat sini? Kamu tak ada kelas ke? "

" Hyun yang patut tanya appa soalan tu. Apa yang appa buat dekat sini?! Bukan ke Hyun dah pesan dekat appa supaya jangan datang ke sekolah ni?!! " Semakin meninggi ton suara aku dek kegeraman yang menebal di dalam jiwa. Rowoon di tepi cuma kekal diam. Tidak mahu masuk campur.

" Appa cuma datang untuk bagi cheque je dekat pengetua kamu. Lagipun ni sekolah kita. Apa yang kamu takutkan sangat sebenarnya? "

" Hyun tak suka kalau budak budak dekat sini tahu yang Hyun anak pemilik sekolah ni! Hyun tak nak diorang gossip pasal Hyun dan paling penting, Hyun tak suka kalau diorang tahu yang perempuan yang ada dekat rumah kita sekarang bukan ibu kandung Hyun!! " Jerit aku sekaligus melepaskan geram. Empangan mata aku sudah berair tapi aku cuba menahan diri daripada menangis.

" Hyunji-ah... " Rowoon cuba memegang lengan aku untuk menenangkan diri aku tapi aku menepis kasar.

" Tolong jangan datang lagi " Aku terus pergi meninggalkan mereka berdua.

Siapa sangka di hujung hallway yang tidak jauh dari keberadaan Hyunji tadi, ada Jungkook yang terdengar segalanya.

***

Aku mengeluh berat. Tapak tangan cuba menyeka air mata yang mengada mengada ingin tumpah. Aku ni Lee Hyunji yang kuat! Aku tak boleh menangis. Crying is for the weak only!

" Lap air mata kau "

Aku pandang sapu tangan yang dihulurkan kepada aku lalu aku dongakkan kepala.

Mata aku membesar kerana terkejut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top