32

Akhirnya tiba jua hari pertandingan yang dinantikan oleh semua pelajar. Masing masing seronok sebab tak payah belajar seharian.

Manakala Hyunji di belakang pentas pula tidak henti bermundar-mandir sejak tadi. Jarinya digigit kerana gelisah.

Dia cuba menarik nafas panjang kemudian jarinya menekan nama Taehyung yang tertera pada skrin telefon lalu mendail number Taehyung.

Namun buat kali keenam, panggilan tersebut masih tidak dijawab oleh Taehyung. Sudah lah pertandingan akan bermula tidak lama lagi dan kumpulan mereka adalah kumpulan pertama yang akan membuat persembahan, dan Taehyung pula masih belum muncul. Batang hidung dia pun tak nampak lagi. Ini yang membuatkan Hyunji semakin gelisah.

Jungkook yang datang mencari Hyunji segera menghampiri Hyunji setelah melihat gadis itu tidak senang duduk, asyik berulang-alik di belakang pentas.

" Hyunji-ah, kau kenapa nampak gelisah? "

Dalam keadaan yang gugup, Hyunji mendongakkan kepalanya sedikit untuk melihat Jungkook yang jauh lebih tinggi.

" Jungkook, aku rasa kita ada masalah " Mata gadis itu sudah mula berair. Perasaan takut, anxious, gelisah mula menguasai dirinya.

" Masalah apa? "

" Taehyung tak jawab call "

Jungkook senyap. Jangan cakap si Taehyung ni buat perangai lagi.

" Dah berapa kali kau cuba call dia? "

" 6 kali aku call dia, mesej pun dia tak baca. Macam mana ni, Kook? Pertandingan dah nak mula "

Jungkook menarik nafas panjang kemudian menghembus perlahan. Kedua tangannya memegang bahu Hyunji lalu memicit perlahan.

" Kau jangan risau pasal Taehyung. Aku akan cuba cari jalan untuk dapatkan dia jugak " Kata Jungkook cuba meyakinkan Hyunji.

" Baik lah para hadirin sekalian! Kumpulan pertama yang akan menunjukkan bakat mereka kepada kita adalah kumpulan The Ace iaitu Jeon Jungkook, Lee Hyunji dan jugak Kim Taehyungggggg! "

Kedua insan tersebut mengalihkan kepala memandang ke arah tirai yang melindungi mereka di belakang pentas tatkala suara pengacara pertandingan mula didengari dari sebalik pentas. Apa yang lebih malang adalah nama kumpulan mereka sudah dipanggil. Jadi ini bermakna mereka harus naik ke pentas dengan segera.

Tapi mana Taehyung?!!!!

Hyunji kembali memandang Jungkook.

" Kook... " Bergetar suara Hyunji menyebut nama Jungkook. Empangan matanya jugak sudah dipenuhi dengan air mata. Dia tidak menyangka bahawa Taehyung sanggup tidak munculkan diri pada hari yang penting sebegini.

" Hyunji, dengar cakap aku. Dalam keadaan macam ni, kita kena lupakan Taehyung. We will proceed our performance like how we practiced, but it's gonna be only the two of us, okay? "

" Tapi siapa nak mainkan piano? "

" I will play it sambil menyanyi bahagian aku "

" Are you sure you can do it, Kook? " Soal Hyunji meminta kepastian.

Jungkook mengangguk kepalanya laju, " Yes, trust me "

" Sekarang ni jom kita naik pentas and do our best. Lupakan Taehyung, he is not coming "

Hyunji mengangguk kepalanya kemudian kedua gadis dan jejaka itu naik beriringan ke atas pentas. Hyunji mengambil tempat di tengah pentas manakala Jungkook pula menyelesakan dirinya di atas kerusi piano.

Hyunji dan Jungkook mengambil nafas panjang. Dalam masa sesaat, jari Jungkook mula menekan kekunci piano dan Hyunji memulakan nyanyiannya.

Dia yakin bahawa Taehyung memang tidak akan datang.

***

Tempat pertama.

Yup, kumpulan Hyunji atau lebih tepat, si duo Jungkook dan Hyunji telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan bakat tersebut.

Pada malam itu, Tuan Hyunki ingin melemparkan parti besar-besaran sempena kemenangan puteri kesayangannya namun dibantah Hyunji kerana dia cuma ingin menyambut secara kecil-kecilan sahaja. Jadi, keluarga Hyunji menjemput keluarga Jungkook untuk datang makan malam. Hal ini kerana Jungkook dan Hyunji sama sama memenangi pertandingan tersebut.

Keesokkan harinya, ketika di dalam kereta yang dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Lee, Hyunji tidak henti mengeluh panjang sambil menatap skrin telefonnya yang mempamerkan perbualan di antara dia dan Taehyung.

Hari ini sudah masuk hari kedua Taehyung tidak menjawab mesej dan mengangkat panggilan telefonnya. Hyunji sendiri tidak tahu apa yang sudah terjadi terhadap Taehyung.

Sudah kira baik Hyunji tidak mengungkit sikap tidak bertanggungjawab Taehyung dimana dia tidak munculkan diri pada hari pertandingan tempoh hari.

Sekali lagi Hyunji mengeluh sebelum dia membawa dirinya keluar daripada perut kereta. Dia menutup pintu kereta lalu memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket blazer.

Ketika gadis itu sedang berjalan masuk ke perkarangan sekolah, dia perasan bahawa para pelajar disana mula memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Kening Hyunji bertaut, " Kenapa? " bisik hatinya. Pelik benau semua orang asyik pandang dia.

" Patut la boleh menang semua pertandingan " Kata salah seorang pelajar yang berdiri tidak jauh daripadanya dengan perlahan namun masih dapat didengari oleh Hyunji.

Ofc la dia akan menang semua pertandingan. Dah dia berbakat kut?

Hyunji mengabaikan sahaja mereka semua dan menyambung perjalanannya ke kelas.

Sampai sahaja di dalam kelas, tiga rakan sekelas Hyunji iaitu Jihee, Daeun dan Jiwon datang menghampiri Hyunji. Jiwon mengetuk meja Hyunji.

" Yah, Hyunji. Betul ke? "

Hyunji mendongakkan sedikit kepalanya untuk memandang ketiga rakan kelasnya itu.

" Apa yang betul? "

" So selama ni kau menang semua pertandingan dekat sekolah and even dapat tempat pertama setiap kali exam sebab ayah kau ni pemilik sekolah kita ke? " Jawab Jiwon.

Jantung Hyunji terhenti seketika apabila Jiwon menyebut tentang dia merupakan anak pemilik sekolah ini. Wajah Hyunji mula menjadi pucat, bibirnya juga menjadi kering.

" H-huh? "

Jiwon menyuakan skrin telefonnya di hadapan Hyunji. Hyunji mengecilkan matanya untuk membaca setiap patah perkataan yang tertera pada skrin telefon itu.

' Lee Hyunji . Anak pemilik sekolah . Lee Hyunki '

Apa yang penting, matanya hanya tertumpu kepada tiga perkataan itu.

Jiwon menarik semula telefonnya.

" Jadi betul lah kau ni anak pemilik sekolah kita? "

Hyunji meneguk liurnya yang terasa pekat.

" Siapa yang tulis artikel ni? " Soal Hyunji gugup.

" Entah " Balas Jiwon.

" Untung kan jadi anak pemilik sekolah? Senang betul hidup kau. Tch " Daeun.

" Entah entah kau tu senanya tak pandai mana pun " Tambah Jihee pulak.

Hyunji meliarkan pandangannya di sekeliling kelas. Semua rakan kelasnya sedang memandangnya dengan pandangan tanda mereka tidak suka mengetahui identiti dirinya. Mungkin mereka berasa tidak adil kerana Hyunji mudah mencapai apa apa sahaja kerana sekolah ini merupakan milik ayahnya.

" Kau dengan Jungkook sama je. Mengambil kesempatan atas kuasa ayah korang " Si mangkuk bernama Hoon bersuara.

" Yah " Hyunji mencerlung tajam si Hoon.

" Kau nak cakap buruk pasal aku, silakan. But not Jungkook. Dia tak ada kena mengena dengan hal ni " Kata Hyunji dengan tegas. Bibirnya diketap rapat.

" Lah salah ke? Ayah Jungkook pun vvip sekolah kita kan? Korang dua ni sama je, main kotor "

" Yah Park Hoon! " Bukan Hyunji yang bersuara namun Soo Jin yang bersuara. Serentak Hyunji dan rakan kelasnya semua memandang ke arah pintu di mana Soo Jin sedang berdiri bersama Soo Ah.

Soo Jin dan Soo Ah datang menghampiri Hyunji kemudian Soo Jin bersuara lagi.

" Jaga mulut korang sikit boleh tak?! Aku berkawan dengan Hyunji dah bertahun. Aku pernah tengok dia belajar sampai macam nak gila untuk achieve everything yang dia dah capai selama ni. Jangan suka hati nak tuduh dia kalau korang tak tahu pape! "

" Oh jadi kau pun tahu la yang Hyunji ni anak pemilik sekolah kita? "

Hyunji memandang Soo Jin yang diam sebentar sebelum dia membuka semula mulutnya.

" Haah, kitaorang memang dah lama tahu. Kenapa? Tak puas hati ke? Nak cakap yang kitaorang pun tumpang kesenangan Hyunji? And kenapa korang nak kecoh sangat kalau dia anak pemilik sekolah ni pun? Ke sebab korang dengki yang Hyunji ni full package? Lol losers "

Hyunji tersenyum nipis. Sejuk hatinya apabila Soo Jin dan Soo Ah membela dirinya walaupun mereka berdua turut tidak mengetahui identiti sebenarnya.

" Jom, Hyunji " Soo Ah dan Soo Jin membawa Hyunji keluar ke kafeteria.

Di kafeteria jugak turut ramai sedang bergossip tentang Hyunji namun gadis itu sudah malas nak ambil tahu. Hyunji tidak berhenti cuba mendail number Taehyung tetapi jejaka itu masih tidak dapat dikesan. Di saat seperti ini lah dia amat memerlukan Taehyung. Tipu lah kalau Hyunji cakap dia tak ada rasa nak menangis. Tapi dia harus kuat. Dia tidak boleh tunjuk lemah.

Tepat pada masanya, Jungkook datang ke arah mereka bertiga.

" Hyunji-ah " Dia datang dan terus memeluk Hyunji. Jungkook juga sudah terdengar tentang gossip murahan sekolah ini.

Hyunji tercengang dalam pelukan Jungkook. Dia mengharapkan Taehyung yang datang, tapi orang lain yang datang. Auch pedih.

" Kau okay tak? " Soal Jungkook setelah melepaskan pelukan. Dia memandang tepat ke arah mata Hyunji. Hyunji menipiskan bibirnya lalu menganggukkan kepala. Walaupun dalam hati dia sebenarnya tak okay langsung.

" Aku mintak maaf sebab aku, kau pun kena tempias sekali " Kata Hyunji serba salah.

" Heyy, kau tak salah pun okay? Aku tak kisah apa yang dorang nak cakap pasal aku. As long as aku boleh protect kau "

Aduh sweet pulak si Jungkook ni.

" Aku mintak maaf jugak dekat korang sebab tak jujur dengan korang pasal ni " Hyunji menolehkan pandangannya ke arah Soo Ah dan Soo Jin pula.

Soo Ah menggeleng kepalanya, " It's okay. Nanti bila kau dah ready baru kau cerita pun tak apa. Sekarang ni, aku cuma nak tahu je siapa yang sebarkan berita ni dan macam mana dia tahu pasal kau? I bet she's someone that we know "

" Aku rasa aku tahu siapa punya kerja ni "

Kini semua mata memandang ke arah Soo Jin. Siapa punya kerja?

" Hwayeon "

***

So, Taehyung ajak Hyunji berjumpa dengannya di taman dekat perumahan Hyunji. Dari jauh Hyunji sudah nampak kelibat Taehyung yang sedang menunggu ketibaannya. Pantas sahaja dia mendekatinya dengan senyuman yang tertampal pada wajah Hyunji.

Walaupun dia masih terasa dengan Taehyung yang tidak ada sewaktu dia memerlukannya.

" Hi, Taehyung " Hyunji menyapanya. Taehyung yang sedang duduk mendongak sikit untuk melihatnya. Lalu dia segera bangkit.

" Hey " Balasnya datar tanpa perasaan. Dia ni membuatkan Hyunji semakin pelik. Dah la menghilang tiba tiba. Hmm.

" Kau okay, Taehyung? Kau menghilang tiba tiba, kau buat aku risau "

" Aku okay, kau tak perlu risau "

" By the way, aku dah dengar pasal apa yang terjadi tadi dekat sekolah and... pasal kau " Sambung Taehyung.

" Ohh pasal tu kau tak perlu risau pun aku okay je cuma ma- "

" That's why aku datang sini untuk bagitahu kau sesuatu " Tidak sempat Hyunji ingin menghabiskan ayat, Taehyung pantas mencelah.

" Apa dia tu? " Kening Hyunji dijungkit. Buat suspen betul lah Kim Taehyung ni.

" Aku nak hentikan apa saja hubungan antara kita berdua. I don't want to have anything to do with you anymore. Let's stop here "

Kata-kata Taehyung menghentikan jantung Hyunji buat sesaat. Hah?

Hyunji ketawa kekok, " Apa ni Taehyung? Tak fahamlah. Cuba cakap bagi betul "

" Ayah kau Lee Hyunki kan? Kau nak tahu siapa ayah kau? "

" Dia lah lelaki yang melingkupkan business keluarga aku sampaikan keluarga aku tak mampu nak survive langsung tiga tahun lepas "

" Dan kalau bukan sebab keluarga Hwayeon, aku rasa keluarga aku dah jadi pengemis " Sambungnya lagi.

Manakala Hyunji pula terkedu. Otaknya langsung tidak dapat memproses info yang baru saja terkeluar dari mulut Kim Taehyung.

" H-hah...? " Itu sahaja yang Hyunji mampu menutur ketika ini.

***

fuh this chapter took me more than 3 months to publish it 😭😭 malas betul aku nak type ye sampai jalan cerita pun dah aku dah terlupa senanya.

takpe, tak lama lagi nak end dah huehue.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top