30
Kelas PE bermula memandangkan kelas PE merupakan subjek pertama untuk hari ini. Hyunji, Soo Ah dan Soo Jin bergerak ke bilik persalinan perempuan untuk menukar ke pakaian sukan.
Hyunji duduk di bangku dalam bilik persalinan lalu mengikat tali kasut sukannya. Tidak lama kemudian, Soo Jin datang dan berdiri di sebelah Hyunji. Kepalanya menunduk sedikit untuk melihat Hyunji.
" Hyunji-ah, kau dengan Jungkook okay ke? "
Hyunji mengangkat wajah ketika Soo Jin bercakap dengannya.
" Hm? " Soal Hyunji sekali lagi supaya Soo Jin mengulangi ayatnya. Hyunji bangun dari duduk sebaik sahaja dia usai mengikat tali kasut.
" Tak, aku tanya kau dengan Jungkook okay ke? " Soo Jin mengulangi soalannya tadi.
" Kenapa? " Soalan dibalas dengan soalan. Kedua gadis itu berjalan keluar bergerak ke padang sekolah.
" Korang nampak tak friendly dah macam dulu "
Hyunji senyap. Tak sangka Soo Jin perasan akan perubahan dia dan Jungkook. Hyunji berdehem sekali.
" Dulu kami nampak friendly ke? "
" Dah sampai nampak macam couple " Balasan daripada Soo Jin menyebabkan Hyunji mengukirkan senyuman kecil. Sampai tahap tu ye mereka berdua rapat?
" Ada lah masalah sikit antara kami. Biasa lah, aku kan degil. Tak suka dengar nasihat orang "
" Diorang dah start main. Jom " Sambung Hyunji cuma menukar topik. Hyunji pantas berlari ke arah padang di mana pelajar perempuan sudah berkumpul untuk bermain bola baling manakala pelajar lelaki sudah mula bermain bola sepak di sebelah sana.
Soo Jin mengeluh. Faham lah dia yang Hyunji cuba nak mengelak daripada soalan yang diajukan. Haih...
Semua pelajar perempuan nampak begitu gembira bermain bola baling sesama mereka. Itu sahaja permainan sukan yang mereka gemar main setiap kali kelas PE. Yang pelajar lelaki pulak kalau bukan bola sepak, bola keranjang yang dipilih.
Ketika semua sedang leka seronok bermain sesama mereka, tiba tiba bola yang ditendang oleh pelajar lelaki dari sebelah sana tidak sengaja terbang ke arah kumpulan pelajar perempuan lalu terkena kepala Hyunji dengan kuat sehinggakan gadis itu jatuh terduduk.
" Auchh " Hyunji mengerang kesakitan selepas kepalanya terkena bola keras itu.
" Yahh Hyunji! " Semua pelajar berhenti bermain apabila menyedari bahawa Hyunji cedera.
" Hyunji-ah, kau okay tak? " Soo Ah memegang bahu Hyunji risau.
" Dengar tak suara aku? " Soo Jin menambah. Raut wajah mereka bertukar risau apabila Hyunji tidak menjawab.
" Jungkook kau kenapa tendang kuat sangat? Kan dah kena Hyunji " Salah seorang dari mereka memarahi Jungkook.
" Hyunji, jom pergi bilik rawatan. Kau boleh bangun tak? " Kali ini Taehyung pulak yang bersuara.
Jungkook memberikan pandangan yang kosong terhadap Hyunji lalu dia membawa diri pergi meninggalkan mereka semua. Taehyung melihat kepergian Jungkook, dia tidak menyangka yang Jungkook begitu tidak bertanggungjawab. Bibirnya diketap rapat.
Manakala tangan Hyunji memegang kepalanya yang mula berdenyut. Pandangan matanya mula menjadi kabur dan telinga dia berdesing menyebabkan dia tidak dengar suara kawan sekelasnya yang berulang kali memanggil namanya.
Dan tidak sampai sesaat, Hyunji rebah di atas padang yang berumput.
" Wehh wehh bawak dia pergi pharmacy cepat " Suruh Soo Jin kepada Taehyung memandangkan Taehyung turut berada di sebelah Hyunji.
Taehyung mengangguk lalu dia mengangkat Hyunji di belakangnya dan berlari menuju ke bilik rawatan.
***
Mata Hyunji dicelik selepas terdengar nyanyian merdu seseorang di telinganya. Sebaik sahaja matanya terbuka, perkara pertama yang Hyunji nampak ialah siling putih sebelum dia tolehkan kepala untuk pandang ke sebelah.
" Hyunji, kau okay? "
Hyunji tersenyum tatkala figura Taehyung memenuhi ruangan matanya. Kepalanya diangguk sebanyak dua kali.
Taehyung mencapai tangan Hyunji masuk ke dalam genggaman lembutnya.
" Aku mintak maaf sebab tak jaga kau tadi. Tak pasal pasal bola terkena kepala kau " Ujar Taehyung dengan perasaan bersalah. Sepatutnya dia menjaga Hyunji kerana itu lah apa yang dia telah berjanji dengan Hyunji.
" It's okay lah. Lagipun mungkin pelajar tu tak sengaja. Yelah bila dah tengah seronok main, mana nak ingat orang lain dah kan? "
" By the way, siapa yang tendang bola tu? " Soal Hyunji ingin mengetahui hanat mana yang cederakan dia tadi.
" Emm... Jungkook " Balas Taehyung ragu-ragu menyebut nama Jungkook. Dia pun sudah tidak rapat dengan Jungkook sejak insiden Jungkook mengaku bahawa dia turut menyimpan perasaan terhadapan Hyunji.
Hyunji terdiam. Jadi si hanat tu ialah Jungkook? Amboi, dah cederakan dia, lepastu tak datang mintak maaf pulak tu.
" Aku nak balik kelas " Kata Hyunji kemudian dia bangun dari pembaringan sambil dibantu oleh Taehyung. Sesak nafas duduk lama lama dalam bilik rawatan.
***
Selepas menghantar Hyunji ke kelas, Taehyung kembali meninggalkan kelas untuk ke mencari Jungkook. Dia ingin menyuruh Jungkook untuk meminta maaf kepada Hyunji kerana telah mencederakan gadis itu.
Dari jauh, mata Taehyung menangkap figura Jungkook yang sedang berdiri tepi padang bola tempat yang mereka bermain bola tadi siang. Taehyung segera melangkah pergi ke arah Jungkook.
" Jungkook " Taehyung memanggil Jungkook dari belakang. Jejaka itu memusingkan kepalanya namun kembali memandang ke hadapan apabila dia melihat kehadiran Taehyung. Sikit pun dia tidak terasa ingin menyapa Taehyung.
Taehyung mengeluh berat lalu dia berdiri di tepi Jungkook.
" Aku nak kau mintak maaf dekat Hyunji. Kesian dia pengsan tadi sebab terkena bola yang kau tendang " Kata Taehyung kepada Jungkook. Namun Jungkook masih membatu.
" Kau tak rasa bersalah ke cederakan dia? " Tambah Taehyung lagi.
Jungkook masih diam.
" Aku tak tahu kenapa hubungan kita jadi macam ni. Kau marah ke sebab Hyunji pilih aku? "
Sebaik sahaja Taehyung berkata sedemikian, Jungkook memberikan pandangan helang kepada Taehyung. Mamat ni cuba nak cari pasal ke?
" Aku tak marah, cuma aku tak suka. Kau dengan Hwayeon belum putus, and sekarang kau dah couple dengan Hyunji. Kau gila ke, Taehyung? "
Taehyung mengeluh, " Aku dah janji kan yang aku akan cari jalan untuk putus jugak dengan Hwayeon? "
" Macam mana kalau kau tak boleh tepati janji kau? "
Taehyung terkelu.
" Itu... itu- "
" Kau sendiri tahu family Hwayeon tu macam mana kan? They are too powerful and Hwayeon ialah satu-satunya anak perempuan diorang. "
" Habistu perasaan aku macam mana, Jeon Jungkook? "
" What about perasaan Hyunji? Kalau kau tak boleh putus dengan Hwayeon, Hyunji macam mana? Kau nak tinggal dia macam tu je? " Bidas Jungkook semula. Geram betul dia dengan pemikiran kolot Taehyung ni. Tamak!
" Aku akan pastikan yang aku akan putus jugak dengan Hwayeon. Aku akan tepati janji aku dekat Hyunji. There is no way I would leave her. Aku sayang dia " Balas Taehyung dengan yakin.
Jungkook tersenyum sinis, " Okay, kita tengok. If you failed to fulfill your promise, I won't hesitate to take her away from you. Aku pun sayang dia jugak "
***
Hyunji beredar keluar daripada bilik guru selepas dipanggil oleh Puan Choi untuk bertanya tentang keadaannya tadi. Sebenarnya Hyunji tidak ada luka apa apa pun, tapi entah mengapa semua orang begitu risau tentangnya. Tidak sangka dia begitu disayangi oleh semua orang ehek.
Ketika dia sedang berjalan pulang ke kelas, tidak semena-mena dia terserempak dengan Jungkook yang turut sedang berjalan ke arahnya dari arah bertentangan. Langkah kaki Hyunji terhenti. Matanya pulak tidak lepas mengikuti figura jejaka itu yang semakin mendekatinya.
Namun sebelum Jungkook benar-benar di hadapannya, Hyunji segera mematahkan pandangan tersebut. Dia melepaskan nafas berat lalu sambung mengatur langkah ke kelas.
Kedua insan yang pernah mempunyai hubungan rapat pada suatu ketika dahulu tidak lagi menyapa sesama lain di saat tubuh mereka melintasi satu sama lain sebentar tadi.
Mata Hyunji berkaca. Entah mengapa hatinya sakit melihat hubungan dia dengan Jungkook yang sudah rosak hanya kerana dia tetap berkeras memilih Taehyung. Akan tetap hati nya kosong tanpa kehadiran Jungkook di dalam hidupnya.
Hyunji yakin yang dia menyukai Taehyung tapi kenapa...? Kenapa dia berasa lain tanpa Jungkook?
***
Setelah loceng tamat sekolah berbunyi, semua pelajar berlari keluar daripada kelas kerana tidak sabar ingin pulang ke rumah. Hyunji menggalas begnya lalu dia segera mengorak langkah ke tempat duduk Taehyung. Taehyung sudah berjanji yang mereka ingin menghabiskan petang mereka dengan menonton wayang.
" Tae, kita nak tengok movie apa kejap lagi? " Soal Hyunji penuh keterujaan. Taehyung mengzip begnya lalu memandang Hyunji dengan riak wajah yang bersalah.
" Umm Hyunji " Taehyung menjilat bibirnya yang kering itu supaya jadi basah.
" Kenapa, Tae? " Kening Hyunji bertaut.
" Aku mintak maaf sangat tapi aku rasa kita kena cancel date kita petang ni " Ujar Taehyung.
" Kenapa? Kau busy eh? "
" Umm sebenarnya aku kena temankan Hwayeon pergi beli barang yang eomma dia suruh and then malam ni kitaorang ada family dinner " Jujur Taehyung.
Raut wajah Hyunji berubah menjadi lain apabila Taehyung memberikan alasan mengapa date mereka dibatalkan harini. For real Taehyung sanggup cancel plan mereka demi Hwayeon? Demi Hwayeon? Oh god...
" Tae dah siap ke belum? Eomma dah tunggu dekat bawah " Lantang sahaja suara Hwayeon dari luar kelas memanggil Taehyung. Sengaja nak apikan Hyunji.
" Aku mintak maaf sangat. Aku janji nanti aku bawak kau tengok wayang okay? Got to go, take care " Taehyung memberikan senyuman tipis sebelum dia menggalas begnya dan berlari ke arah Hwayeon.
Begitu sahaja dia meninggalkan Hyunji. Hyunji masih membatu di posisi yang sama. Bibirnya diketap rapat sambil menahan air matanya daripada tumpah. Sakit betul hatinya. Seriously Kim Taehyung?
Hyunji benar-benar berasa seperti kekasih gelap Kim Taehyung. Pedih.
" Nak balik sekali? "
Dalam keadaan yang masih sakit hati, Hyunji toleh ke sebelah. Alangkah terkejutnya dia melihat insan itu di tepinya.
Jeon Jungkook.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top