3
Malu.
Itu saja perkataan yang aku mampu sebut untuk describe apa yang aku sedang rasai sekarang ini.
Kenapa Jungkook perlu cakap macam tu dekat depan satu kelas? Huwarghhhhh! Habis lah salah faham yang kecil akan jadi besar lepas ni. Sekarang satu kelas aku dah memandai fikir yang aku sukakan Jungkook padahal tak pun! Aku suka kawan Jungkook bukan Jungkook ergh!
Ni semua salah Jungkook la sebab suara sedap sangat. Ish!
Sekarang apa yang aku patut buat to clear the air? Aku tak nak tau terjerumus dalam masalah yang bukan aku timbulkan. Andjsjxjsjcjsj mati lu.
Aku simpan earphone aku di dalam loker lalu menutup pintu loker. Sekarang ni waktu rehat. Aku belum ke kantin sebab nak tunggu keadaan kantin yang sesak itu reda dulu.
" Oi Hyunji " Nama aku dilaung kuat dari hujung hallway lobby sekolah. Aku toleh ke arah suara tersebut.
Aku berdecit meluat apabila aku nampak Jimin yang sedang berjalan ke arah aku bersama Jungkook, " Engko lagi! Aishh "
" Lekle aku bukan nak kacau kau pun. Ni ha, Jungkook yang nak jumpa kau "
Kata-kata Jimin membuatkan aku tersentak. Jungkook nak jumpa aku?
" Jungkook nak jumpa aku? " Perlahan-lahan aku alihkan pandangan aku memandang Jungkook yang lebih tinggi sedikit berbanding Jimin.
" Kau nak jumpa aku? " Aku jungkitkan kening kanan. Jungkook mengangguk lalu mengukirkan senyuman.
" Aku tinggalkan korang lah ek? Cau lu bubye " Terus lesap ke arah kantin si anak Jimin tu.
" Yaa ada apa kau nak jumpa aku? Boleh je kan jumpa kat kelas? " Soal aku, lembut.
Jungkook tersengih segan sambil menggaru belakang tengkuknya, " Aku sebenarnya curious je pasal something "
Aku angkatkan kening menunggu dia untuk sambung bercakap.
" Betul ke kau selalu dengar lagu lagu aku? "
Tergamam aku dibuatnya. Dalam banyak banyak soalan kenapa soalan tu jugak engko kena tanya hoi!
Aku ketawa hambar, " Err heheh haah boleh dikatakan selalu jugak lah. Tapi kau jangan salah faham pulak! Aku dengar sebab aku suka suara kau, bukan sebab aku syok kat kau tau "
Sempat aku menjelaskan kepadanya kenapa aku asyik dengar lagu dia. Kang tak memasal dia syok sendiri pulak jenuh kang huhu.
Jungkook ketawa, " Apa salahnya kalau suka aku? Aku tak hensem ke? "
" Acah sia kau ni HAHAH. Apa apa pun kau bila nak cover lagu lagi? Lama kau menyepi "
" Dalam proses. I'm having a hard time nak tulis lagu baru. Tak ada ilham "
" Oww.. Takpe lah, slow slow cari ilham tu. Dia tengah menyorok lagi tu hihi " Gurau aku. Jungkook turut ketawa.
Okay so sekarang ni aku memang ngamsoi dah dengan Jungkook. Sembang member padahal tak sampai sehari kami sekelas.
Aku dan Jungkook berjalan ke kantin. Nasib la dah tak sesak. Junior junior pun dah berambus so tinggal senior senior je.
" Hyunji-ah! " Soo Ah yang duduk di meja tengah memanggil aku.
" Eo? " Aku mengangkat tangan aku menyatakan yang aku akan pergi ke mereka sebentar lagi.
Aku pandang Jungkook di sebelah, " Kau nak join kitaorang makan? "
Jungkook pandang meja yang diduduki oleh Soo Ah dan Soo Jin lalu dia mengangguk.
" Jom " Dia senyum kepada aku.
Aku dan Jungkook mengambil tempat duduk di hadapan Soo sisters selepas masing masing dah beli makanan. Aku menyuapkan telur gulung ke dalam mulut. Emm sedap..
Oh aku baru perasan Taehyung pun ada dekat meja ni hshshshsah. Dia duduk dekat kerusi paling hujung sekali dengan seorang perempuan di depannya. Dan aku nampak dia letakkan telur gulung dekat pinggan perempuan tu.
Aku jengukkan sedikit kepala aku untuk melihat wajah gadis itu dengan lebih jelas.
Bwoya? Park Hwayeon?
Dia ada apa apa ke dengan Taehyung? Ahhh tidak retak seribu hatikuuuuuuuuuu....!!!!!
***
Aku masuk dalam perkarangan rumah sejurus tamat sesi persekolahan hari ini. Ketika aku menjejakkan kaki di ruang tamu, suara ibu tiri aku kedengaran memanggil aku.
" Hyunji-ah, macam mana sekolah harini? " Lembut saja nadanya. Aku menjelingnya lalu melangkah ke arah tangga untuk naik ke bilik.
" Hyunji-ah, kamu rehat ya harini? Jangan pergi kerja "
Aku mengeluh berat lantas memusingkan tubuh badan menghadap ibu tiri aku. Aku memberikannya satu pandangan yang meluat. Semak gila perempuan ni.
" Berhenti masuk campur urusan aku " Lalu aku terus naik ke atas.
Puan Kim yang di bawah mengeluh panjang. Payah betul dia nak raih hati Hyunji. Sudah 10 dia berkahwin dengan bapa Hyunji namun Hyunji masih tidak dapat menerima ibu tirinya.
Selepas membersihkan diri dan bersiap, aku turun semula ke bawah untuk keluar bekerja. Aku kerja di kafe tak jauh dari kawasan sekolah.
Aku melalui meja makan begitu saja tanpa mempedulikan panggilan ibu tiri aku. Malas aku nak makan semeja dengan diorang. Akan tetapi langkah aku terhenti tatkala abang tiri aku memanggil nama aku. Serta-merta langkah aku terhenti lalu aku pusing menghadap mereka berdua dengan raut wajah yang tidak puas hati.
" Ibu ajak makan sekali kan? Jom lah " Lembut saja nada suara abang tiri aku bernama Kim Rowoon ini bercakap dengan aku.
" Tak hamak. Aku makan kat luar je " Balas aku kasar.
" Hyunji-ah, kamu penat baru balik sekolah. Takkan nak pergi kerja lagi? "
" Aku dah cakap kan jangan masuk campur urusan aku? Stay in your lane "
" Lee Hyunji! " Tempik Rowoon membuatkan ibu terkejut.
" Jaga percakapan kau. Hormat ibu. Dia ibu kau jugak "
Aku ketawa mendengar ayat sedemikian.
" Dia ibu kau, bukan ibu aku. Ibu aku dah mati lah! "
Aku terus berlalu pergi dengan jiwa yang membara. Tak ada siapa boleh menggantikan tempat ibu walaupun ibu sudah tiada buat 10 tahun.
***
Hari ini pelanggan tak ramai sangat jadi tak adalah aku berasa terlalu letih. Jadi aku mengambil keputusan untuk menolong Yewon yang ke tandas untuk mencuci cawan cawan di dalam singki.
/Kringg
Bunyi loceng pintu yang menandakan ada pelanggan datang berbunyi. Aku segera mengelap tangan aku pada kain bersih lalu melangkah ke kaunter pesanan.
" Welcome, sir. May i get your order, please? " Ramah aku mengalu-alukan pelanggan tersebut. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana ditutupi oleh mask hitam dan juga topi di kepalanya.
" One Cookies and Cream Frappe please " Pesan lelaki bersuara garau itu.
" Nama? "
" Kim Taehyung "
Hampir terjatuh pen marker yang sedang aku pegang itu. K-Kim Taehyung merangkap crush aku?!!
Aku naikkan pandangan melihat wajah Taehyung. Dia menanggalkan topi hitam dan juga mask hitam yang menutup separuh wajahnya.
" Annyeong, Lee Hyunji " Dia mengukirkan senyuman manis.
Eomma... nak mati jugak.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top