29

Senyuman tidak lekang dari bibir Hyunji sejak tadi sampaikan Rowoon jugak menegur dia. Angau semacam adik kesayangan dia yang seorang ni. Jarang sekali dia tengok Hyunji berkelakuan sebegini.

" Macam mana ujibakat tadi? Lulus tak? " Rowoon memulakan bicara sambil memberi signal untuk masuk ke selekoh sebelum kawasan perumahan mereka. Risau dia tengok adik dia dah serupa orang gila.

" Mmm lulus je " Ujar Hyunji senang. Rowoon sekadar membalas dengan anggukan sahaja. Tidak dinafikan bahawa Hyunji memang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Dia jugak mahir bermain piano dan violin. Tidak hairan lah jika Hyunji berbakat. Hal ini kerana arwah ibu kandungnya ialah seorang soprano dan pianist yang terkenal di Seoul pada suatu ketika dahulu. Memang dna talents mengalir dalam darah Hyunji.

" Haa lupa nak bagitahu kau yang malam ni kita satu family ada makan malam dengan family Jungkook. Pukul 7 malam kita gerak " Beritahu Rowoon.

" Ada apa sampai nak dinner sekali? "

Rowoon mengangkat bahu seraya menarik handbrek kereta sebaik sahaja dia menghentikan kereta di perkarangan rumah.

" Entah lah. Dengar cerita diorang nak bincang pasal project baru "

" Okayy " Hyunji mengambil beg sekolahnya di belakang lalu keluar daripada kereta dan masuk ke dalam rumah.

Lebih baik dia berehat sekarang atau dia akan berasa letih untuk pergi makan malam nanti. Hyunji ingin bertemu Jungkook kerana lelaki itu terus lesap di sekolah tadi.

***

" Kamu gagal ujibakat tu? "

Hwayeon cuma sekadar menundukkan sahaja kepalanya. Dia sudah bersedia untuk dimarahi oleh ibu nya buat kali ke berapa entah.

" Benda simple pun kamu tak boleh buat ke? Belajar tak pandai, bakat pun kelaut. Berapa lama lagi kamu nak malukan keluarga kita ni? Eomma selalu cerita pasal kamu dekat kawan kawan eomma tapi hakikatnya kamu tu seorang yang mengecewakan! " Marah Puan Park sambil mencekak pinggang.

Bibir Hwayeon diketap rapat. Pedih betul hatinya apabila dihina sedemikian oleh darah dagingnya sendiri.

" Dah, eomma tak nak harapkan apa apa lagi dah dari kamu. Mengecewakan! Cuba jadi macam abang kamu tu! Belajar dah sampai ada double degree dan satu master. Kamu? Hancur! " Puan Park merengus kasar kemudian terus membawa diri naik ke atas.

Setitis demi setitis air mata Hwayeon meluncur keluar. Adakah dia benar benar tidak berguna seperti yang dikatakan oleh ibunya sendiri?

***

Suasana di meja makan yang ditempah oleh keluarga Jeon untuk makan malam bersama keluarga Lee sangat meriah dipenuhi dengan suara kedua buah keluarga ini. Sakan betul mereka berborak. Macam lari dari topik nak bincang pasal business je.

Manakala Jungkook pulak sesekali melirik ke arah Hyunji yang duduk bertentangan dengannya sedang tersenyum malu sambil membalas mesej dengan seseorang melalui telefonnya.

Hyunji tengah mesej dengan siapa?

Jungkook segera mematahkan pandangan apabila Hyunji bangun dari kerusi. Kening Jungkook terjungkit sebelah apabila Hyunji memandangnya.

" Toilet " Beritahu Hyunji perlahan. Jungkook membalas dengan anggukan lalu dia turut bangkit.

" Jom aku teman " Kata Jungkook. Walaupun security di hotel 5 bintang ini sangat ketat, namun dia sebagai seorang yang gentleman, dia haruslah menenami Hyunji. Kita tak tahu apa yang akan berlaku.

Hyunji dan Jungkook sama sama keluar daripada ruangan makan mewah tersebut dan bergerak ke tandas.

" Kook, tolong pegangkan phone aku kejap " Telefon bimbit Hyunji bertukar tangan sebelum dia masuk ke dalam tandas.

Sementara menunggu Hyunji, Jungkook bergerak ke sofa berdekatan. Takde lah lenguh kaki kan. Faham faham lah perempuan kalau dah masuk tandas, memang lambat nak keluar.

Tiba tiba telefon Hyunji menyala. Secara refleks Jungkook memandang skrin telefon Hyunji. Nama Taehyung tertera pada skrin telefon itu. Wajah Jungkook bertukar ketat. Pandangannya dialihkan dari telefon Hyunji. Buat sakit hati je.

Tidak lama kemudian, Hyunji keluar daripada tandas dan menghampiri Jungkook di sofa. Dia melabuhkan punggung di sebelah Jungkook. Lebih baik lepak di situ sahaja daripada masuk dalam dan mendengar perbualan orang tua.

Jungkook menatap Hyunji lalu matanya turun pada leher Hyunji yang dipakaikan seutas rantai.

" Cantik rantai baru kau " Tegur Jungkook dengan nada mendatar. Saja nak cari pasal.

" Eo? Kau perasan? " Riak wajah Hyunji berubah ceria. Jungkook sememangnya tahu bahawa Hyunji cuma akan mengulang pakai rantai yang sama sahaja namun hari ini dia memakai rantai pemberian Taehyung siang tadi.

" Mm mm... baru beli ke? "

" Oh tak lah... errr Taehyung bagi " Serba salah Hyunji memberitahu Jungkook. Iyalah, baru saja haritu Jungkook sekolahkan dia pasal Taehyung.

" Dah berbaik kan? Patut lah " Ujar Jungkook lebih kepada sindiran. Hyunji mengerutkan dahi.

" Kau tahu? "

Jungkook menganggukkan kepalanya, " Aku nampak "

Hyunji mula menjadi tidak senang duduk. Patut lah Jungkook lesap terus haritu. Jadi dia nampak?

Hyunji menarik nafas lalu dengan teragak-agak dia memengang lengan sasa Jungkook. Jungkook pula cuma memandang ke depan saja dengan riak wajah yang kosong.

Riak wajah kosong, tapi hati dia sangat sakit.

" Kook... aku mintak maaf sangat " Hyunji mengemam bibir.

" Kenapa nak mintak maaf? "

" Sebab kau dah pesan dekat aku pasal Taehyung, tapi aku tak dengar "

" It's okay. Hidup kau, pilihan kau. Aku cuma boleh nasihatkan kau je " Balas Jungkook lalu membalas pandangan Hyunji.

" Taehyung dah janji yang dia akan putus dengan Hwayeon dan- "

" So he confessed? " Jungkook memandang wajah cantik Hyunji.

Hyunji terdiam. Dia menatap dalam anak mata Jungkook yang kelihatan sedikit berair. Bibirnya bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu namun sepatah pun tidak keluar daripada mulutnya.

Jungkook mengangguk lagi kepalanya, " Faham "

" Kau masuk lah dalam dulu. Aku nak ambik angin dekat luar "

Jungkook melepaskan pegangan tangan Hyunji daripada lengannya. Dia bangkit tanpa menghiraukan Hyunji yang masih terkelu lidah.

Sebelum Jungkook membawa dirinya pergi, dia mengatakan sesuatu kepada Hyunji.

" Janji... semua orang boleh janji. Tapi nak kotakan janji tu, tak semua orang boleh buat "

Itu adalah kata-kata terakhir daripada Jungkook sebelum mereka berdua membawa haluan masing masing.

***

Jungkook menghembus nafas panjang buat kali ke lima. Soo Jin di tepi masih bingung dengan kelakuan Jungkook yang tiba tiba sahaja menelefon dia untuk datang ke bar berdekatan dengan hotel tadi.

" Kau ni kenapa macam stress sangat je aku tengok? " Soal Soo Jin jugak buat kali ke lima.

" Cuba bagitahu aku. Ni kau diam je, kau expect aku boleh tahu ke apa dalam kepala otak kau? Cuba bagitahu aku. Kau takkan saja saja ajak aku keluar " Sambung Soo Jin lagi.

" Aku give up "

Dahi Soo Jin berkerut. Give up? Give up apa?

" Huh? "

" Taehyung dah confess dekat Hyunji. And Hyunji nak tunggu Taehyung "

Mata Soo Jin serta merta membulat. Mulutnya yang terbuka luas kerana tidak percaya segera ditutup.

" Weh... serious lah? " Jungkook mengangguk.

" How...? Taehyung tu bukan buat apa pun. Takat jadi tunggul kayu je pun "

" Entah lah, Soo Jin. Nak buat macam mana kan kalau hati dia dekat Taehyung? Even aku tunjuk effort macam mana pun dia takkan nampak dah kalau hati dia memang tak ada dekat aku "

" Kook, kau jangan lah give up awal sangat. Ada lagi peluang ni untuk kau ambik hati dia "

Jungkook menggeleng, " Tak nak lah, Soo Jin. Aku nak stop dekat sini je. Asalkan dia happy, aku pun happy "

" Lagipun penantian tu sakit. Lagi lagi penantian yang sia sia "

***

Sudah masuk dua minggu Jungkook dan Hyunji tidak bersapa lagi seperti sediakala. Jungkook sememangnya tidak mahu menganggu hubungan Hyunji dan Taehyung yang nampak bahagia. Sementara Hyunji pula bingung dengan kelakuan Jungkook yang tiba tiba sahaja menjadi dingin dengannya.

Tiada lagi senyuman yang sama, tiada lagi pandangan yang sama dan setiap kali Hyunji cuba menegur Jungkook, Jungkook pantas sahaja mengelak.

Taehyung <3
aku dah sampai

Bibir Hyunji menguntumkan sebuah senyuman tatkala dia membaca pesanan daripada Taehyung. Dia segera mencapai beg sandangnya lalu turun ke bawah untuk memakai kasut. Heels putih menjadi pilihannya.

Hyunji terus masuk ke dalam perut kereta Taehyung yang sedang menunggunya seminit yang lalu.

" Hii " Sapa Taehyung. Matanya tidak lepas daripada menghargai kecantikkan gadis kesayangan dia hari ini. Hari hari pun cantik!

" Cantiknya kau malam ni " Kata Taehyung. Hyunji tersipu malu. Ish jangan la puji puji tite.

" Hari lain tak cantik ke? " Hyunji menjongketkan kening.

" Eh mana ada. Hari lain pun cantik tapi malam ni dua kali ganda lagi cantik " Taehyung tersengih lebar.

" Macam macam lah kau ni. So, kita nak pergi mana ni? "

" Jom pergi Itaewon nak? Malam malam macam ni meriah dekat sana " Balas Taehyung.

Hyunji mengangguk setuju, " Jom "

Taehyung senyum ke arah Hyunji sebelum dia melemparkan pandangan ke hadapan semula. Tali pinggang keledar dipakai.

" Wear your seatbelts, sweetie " Pesan Taehyung. Brek tangan diturunkan lalu pedal minyak ditekan sebelum kereta mercedes milik Taehyung meluncur laju.

***

Selepas makan malam, Taehyung dan Hyunji mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitat Itaewon. Banyak gerai gerai yang menjual accessories dan makanan ringan di sepanjang jalan Itaewon.

Termasuk lah gerai yang menjual accessories rambut yang menarik perhatian Hyunji. Hyunji menghampiri gerai tersebut sambil diikuti Taehyung.

" Tae, comel tak yang ni? " Sebuah pin rambut bercorak beruang diambil oleh Hyunji kemudian dicubakan pada rambutnya.

" Comel, macam tuan dia "

Taehyung turut melihat pin-pin rambut yang lain. Satu lagi pin rambut bercorak bunga dicapai.

" Ni pun cantik " Taehyung menunjukkan pin tersebut kepada Hyunji.

" Eo... yeppeo " Hyunji tersenyum kecil.

Hyunji memilih pin bercorak bunga tadi lalu membuat bayaran. Pin tadi terus dipakaikan pada rambut.

Taehyung dan Hyunji sambung berjalan sambil memegang tangan. Saja nak ingatkan mereka masih belum menjadi pasangan yang sah. Uncertified couple.

" Okayy pandang sini. 1...2...3... "

Tiba tiba seorang photographer menarik perhatian Hyunji. Baru lah dia teringat bahawa photographer itu lah yang mengambil gambarnya bersama Jungkook beberapa bulan yang lalu ketika mereka datang disini. Ia merupakan salah satu memori manis yang menggetarkan hatinya.

Hyunji tersenyum pahit. Sungguh dia merindukan Jungkook.

Kenapa dia merasakan hati nya kosong seakan-akan ada sebuah lubang apabila Jungkook tiada lagi di dalam hidupnya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top