27
" Okay kelas, make sure kamu semua siapkan semua latihan yang saya bagi tadi ya? Esok kita akan bincang jawapan " Ujar Cikgu Jung kepada kelas pertama untuk tahun terakhir.
Hyunji menanda mukasurat yang disebut oleh guru tersebut sebelum dia menyimpan bukunya ke dalam beg sekolah.
" Oh ya Hyunji, boleh kamu ikut saya ke pejabat sekejap? Ada benda yang perlu saya bincang dengan kamu " Cikgu Jung memanggil Hyunji. Hyunji mengangkat keningnya. Cikgu Jung menganggukkan kepalanya sekali sebelum beredar keluar daripada kelas mereka. Memahami signal yang diberikan, Hyunji segera mengikut cikgu Jung dari belakang.
Setibanya mereka di pejabat, Hyunji berdiri di sebelah meja cikgu Jung menunggu si guru itu membuka bicara. Cikgu Jung mengeluarkan sebuah kad yg berada di dalam envelop putih lalu menghulurkan kepada Hyunji.
Hyunji memandang envelop itu buat seketika sebelum dia kembali memandang cikgu Jung dengan penuh tanda tanya. Jangan kata cikgu Jung dah nak kahwin? Ambhuii senyap senyap ek?
" Ni kad jemputan untuk pertandingan bakat nanti untuk parents kamu " Cikgu Jung yang memahami air muka Hyunji lantas bersuara.
" Kenapa cikgu tak bagi je terus dekat appa saya? " Kad jemputan tadi bertukar tangan. Hyunji membuka envelop tersebut lalu kad berwarna putih itu dikeluarkan.
" Appa kamu dah pesan dekat kami semua, kalau ada jemputan apa apa, tolong pass dekat kamu dulu sebelum pass dekat diorang. Kalau kamu tak nak diorang datang, kamu boleh je simpan kad jemputan ni dekat kamu sendiri " Jelas Cikgu Jung.
Dahi Hyunji berkerut seketika sebelum dia mengangguk faham. Pandai pulak appa dia nak mintak persetujuan dia dulu? Cis.
" Saya balik kelas dulu cikgu " Hyunji menunduk hormat lalu dia meminta diri untuk pulang ke kelas setelah tiada apa apa lagi yang ingin dibincang oleh guru tersebut.
" Eohhh okay " Balas cikgu Jung seraya kembali memandang komputer ribanya.
Hyunji kembali ke kelas lalu kad jemputan tadi disimpan di dalam beg sekolah. Beg sekolah dizip lalu digalas pada bahu memandangkan sesi persekolahan hari ini sudah tamat.
" Hyunji-ah! Jom balik sekali " Suara Soo Ah dari luar kelas kedengaran di telinga Hyunji. Soo Jin turut ada dengan Soo Ah. Hyunji mengukirkan senyuman lalu berlari anak ke arah mereka berdua.
" Jom "
" Yahh nak tak kita singgah makan tteokbokki dulu? Macam lama je kita tak lepak bertiga sekali " Soo Jin memberi cadangan ketika mereka bertiga sedang berjalan di balkoni tingkat 2 menuju ke tangga yang terletak di hujung blok kelas mereka.
" Boleh je no hal " Jawab Hyunji diikuti dengan anggukan daripada Soo Ah. Jujur Hyunji katakan hatinya berasa sangat lega apabila hubungan dia dan Soo Jin sudah kembali pulih. Dia sendiri pun tidak tahu macam mana mereka boleh berbaik tapi apa yang penting adalah mereka sudah menjadi seperti sediakala semula.
Ketika mereka sedang menuruni anak tangga, tiba tiba sebuah gambar yang tidak jelas menerpa masuk ke dalam minda Hyunji sekaligus membuatkan Hyunji berhenti menurun tangga. Dahinya berkerut seribu.
" Apa tu? " Bisik hatinya.
Hyunji cuba menarik nafas sedalam yang mungkin lalu dia membuka langkah semula namun sekali lagi gambaran itu melalui mindanya. Langkah kakinya terhenti lagi.
" Oi, kau kenapa? Okay tak? " Soal Soo Ah yang sudah tiba di tangga terakhir.
Hyunji menaikkan kepalanya yang tertunduk tadi untuk melihat Soo Ah. Sebuah senyuman kelat diukirkan.
" Aku okay je. Jom lah " Tanpa ingin berfikir dengan lebih lanjut, gadis itu pergi mendapatkan dua sahabatnya.
***
Selepas Hyunji menghabiskan petangnya bersama dua rakan dia di warung tteokbokki, dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan malas. Bukan apa, dia berasa sangat kepenatan hari ini. Macam macam yang terjadi dalam satu hari sahaja.
Hyunji perasan bahawa keadaan di rumahnya sunyi sepi sahaja. Tapi memang selalu sunyi pun kerana ayahnya sentiasa sibuk di pejabat, ibu tirinya pula sentiasa menghadiri kelas memasak, menjahit, melukis dan lain lain lagi manakala Rowoon pula setiap hari harus ke kolej.
" Cik Hyunji nak makan apa apa tak? " Soal pembantu rumah mereka.
" Diorang balik pukul berapa kejap lagi? " Soalan maid tadi dibalas dengan soalan daripada Hyunji.
" Malam nanti. Tuan dengan Puan nak makan malam dekat rumah je hari ni " Balas maid itu. Hyunji mengangguk saja sebagai balasan.
" Nanti panggil saya ya waktu dinner? Saya join diorang makan sekali " Pesan Hyunji kepada maidnya. Pembantu rumah itu hanya mengangguk faham sebelum Hyunji meminta diri untuk naik ke biliknya.
Usai membersihkan diri, Hyunji membaringkan dirinya di atas katil. Telefon bimbit dicapai lalu jarinya lincah menekan aplikasi instagram. Di saat aplikasi itu terbuka, sekeping foto selfie telah dimuat naik oleh Hwayeon.
Hyunji menatap lama foto itu. Seakan-akan dia pernah melihat pakaian yang dipakai oleh Hwayeon di dalam fotonya. Dahinya berkerut-kerut cuba mengingati di mana dia pernah melihat baju itu namun tiba tiba sahaja gambaran tangga tadi kembali menerpa kotak mindanya.
Satu persatu flashback kini bermain di minda Hyunji. Dari Taehyung menyelamatkan dia yang tersesat di dalam hutan sehingga lah ketika dia terjatuh tangga dek ditolak oleh Hwayeon.
Secara refleks, tubuh Hyunji bangkit daripada pembaringan. Kini dia sudah mengingati segalanya. Dia bukan kemalangan sendiri tapi sebenarnya dia ditolak oleh Hwayeon kerana hasrat dengki gadis itu terhadap dirinya.
Air liur yang terasa pekat ditelan. Park Hwayeon, you bitch.
Buat masa sekarang, sebaiknya Hyunji berpura-pura tidak mengingati apa apa lagi. Lebih baik biar dia sendiri yang berjumpa dengan Hwayeon dan berbincang soal ini. Sebolehnya Hyunji tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi.
Malam menjelma. Hyunji turun ke ruangan makan setelah dipanggil oleh pembantu rumahnya sebaik sahaja dia menukar pakaian ke baju tidur. Dari jauh dia dapat melihat Puan Lee sedang sibuk membantu maid untuk menyediakan makanan di atas meja dan Tuan Lee yang sedang membaca surat khabar di hujung meja makan.
Hyunji menatap pasangan suami isteri itu dengan lama. Betul ke pilihan dia ni nak makan sekali dengan keluarganya? Jangan ayah dia cakap dia gila sudah lah sebab Hyunji memang jarang makan sekali dengan mereka sekeluarga.
Di saat Hyunji masih termenung di tangga, Rowoon yang ingin turun untuk menyertai sesi makan malam perasan akan Hyunji di tangga. Dengan raut muka yang kosong, dia menegur adiknya itu.
" Kau kenapa termenung dekat sini? "
Hyunji lantas kembali sedar ke akan realiti. Matanya dikedipkan dua kali seraya kepalanya pusing ke sebelah untuk memandang Rowoon.
" Eoh? T-takda apa "
" Jom lah turun makan " Ujar Rowoon sebelum dia membawa diri turun ke ruangan makan. Hyunji sekadar mengikuti sahaja tanpa membalas apa apa.
Hyunji menarik kerusi meja makan setibanya dia di dalam ruangan makan. Dia melabuhkan punggung bertentangan dengan Rowoon, dan bersebelahan dengan ibu tirinya. Walaupun perasaan kekok mula memenuhi dirinya, namun Hyunji cuba mengawal raut wajahnya. Chill Hyunji chill.
Kedua ibu bapanya sudah berasa aneh kerana jarang sekali puteri mereka ingin makan semeja dengan mereka tapi pada masa yang sama, mereka berasa senang hati. Mana tahu Hyunji dah insaf ke kan?
" Hyunji, kamu demam ke apa tetiba nak makan sekali? " Tanya Tuan Lee diikuti dengan tawa kecil.
Hyunji membuat muka. Dah agak mesti appanya akan menyoal sedemikian.
" Saja " Soalan Tuan Lee dibalas sepatah.
Puan Lee di sebelah sudah tersenyum lebar. Kepingan daging dikepit dengan chopstik lalu diletakkan di dalam mangkuk Hyunji yang berisi nasi putih.
" Makan ye, sayang? "
Hyunji terkedu sebentar sebelum dia menoleh untuk menatap ibu tirinya. Sebuah senyuman pendek yang kekok dilontarkan.
" Gomawo "
" Emm appa, Hyunji ada benda nak bagitau sikit " Kedua chopstik diletakkan di sebelah mangkuk.
" Apa tu? " Kening Tuan Lee terangkat. Curious pulak dengan apa yang ingin disampaikan oleh puterinya itu.
" Festival pertandingan bakat nanti tu... appa boleh datang tak? "
Serta merta Tuan Lee meletakkan chopstiknya. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dirinya teruja dengan apa yang dikatakan oleh Hyunji. Hyunji memintanya untuk datang ke festival itu? Wahh! Lain macam betul.
" Mesti lah boleh. Anything for anak kesayangan appa " Balas Tuan Lee dengan senang hati. Nampaknya Hyunji sudah tidak kisah lagi untuk menghalang ayahnya untuk menghadiri apa apa acara di sekolah mereka.
Lalu Hyunji menoleh untuk menatap ibu tirinya pulak. Tangan Puan Lee yang terletak elok di atas meja itu disentuh oleh Hyunji.
" Eomma... " Sebut Hyunji kekok. Puan Lee segera membalas pandangan Hyunji apabila Hyunji memanggilnya dengan panggilan tersebut. Raut wajah Puan Lee jelas menunjukkan bahawa wanita itu terkejut. Eomma?
" Eomma pun datang sekali boleh? Tengok Hyunji menyanyi "
Kini giliran Puan Lee pula yang tersenyum lebar. Dia benar benar tidak sangka bahawa Hyunji menjemputnya sekali. Adakah Hyunji sudah menerima ibu tirinya?
" Mesti lah eomma akan pergi, sayang " Tangan Puan Lee naik untuk mengusap rambut hitam Hyunji dengan senyuman yang belum lekang daripada wajah cantik Puan Lee.
" Eherm... tak nak ajak aku sekali ke? " Rowoon berdehem perlahan. Ambhuii anak beranak itu memalau dia ek?
" Kau tak payah datang. Budak perempuan sekolah aku semua dah tergilakan kau " Gurau Hyunji lalu dia menjelirkan lidah kepada Rowoon.
Malam itu adalah malam pertama mereka berempat bergelak ketawa seperti sebuah keluarga.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top