23
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi namun Taehyung masih setia menemani Hyunji di sisi walaupun Hyunji sudah lama terlelap. Ibu jari Taehyung mengusap lembut tangan Hyunji. Ria ada, tapi awal awal dah k.o jadi Taehyung berfikir ada baiknya jika dia menemani Hyunji yang masih dalam ketakutan.
" Kenapa kau datang lambat? "
Dahi Taehyung berkerut tatkala ayat Hyunji tadi terlintas di mindanya lantas dia memeriksa telefon bimbitnya. Aplikasi kakaotalk dibuka tapi aneh kerana Hyunji langsung tidak menghantar sebarang chat kepadanya hari ini.
Kemudian mata Taehyung jatuh pada telefon Hyunji yang ada di sebelah bantal. Taehyung menggigit bibirnya sambil memandang Hyunji selang seli, tidak tahu sama ada dia patut menceroboh privasi Hyunji atau pun tidak. Tapi dia tahu ada sesuatu yang sangat aneh.
Taehyung melepaskan nafas berat lalu dia mengambil jua telefon Hyunji. Skrin telefon ditalakan pada wajah Hyunji supaya telefonnya dapat dibuka melalui face id.
Jari jemari Taehyung lincah menekan aplikasi kakaotalk dan tiba tiba dahi Taehyung berkerut seribu. Dia cuba mendekatkan jarak telefon dengan mukanya kerana dia tidak percaya dengan apa saja yang baru dibacanya.
Memang benar ada chat daripada Taehyung yang menyuruh Hyunji untuk bertemu di dalam hutan. Taehyung mengetap bibir cuba mengingati bila masa yang dia hantar chat sebegitu rupa kepada Hyunji? Atau ada orang yang mengambil telefonnya untuk mengenakan Hyunji?
" Hwayeon... "
Sekarang Taehyung sudah ingat bahawa dia ada menyuruh Hwayeon untuk memegang telefonnya sebentar sementara dia ke tandas. Sah, perempuan itu memang ingin mengenakan Hyunji.
Taehyung mendengus kasar. Mati lah Hwayeon esok di tangan Taehyung.
***
Dua ulas bibir nipis mungil milik Hyunji dikemam rapat setelah dia mencalit liptint coral pada bibirnya. Rambut disikat sekali lagi supaya lebih tampak kemas.
Dia merasakan bahawa kondisi dirinya sudah semakin baik berbanding semalam. Dia turut berterima kasih kepada Taehyung kerana sudah menjaga dia semalaman. Jejaka itu baru saja pulang ke bilik untuk membersihkan diri.
Aktiviti hari ini adalah bebas. Semua pelajar boleh melakukan pelbagai aktiviti yang disukai di sekitar kawasan hotel asalkan mereka tidak menjejak keluar daripada lokasi hotel.
Setelah merasakan bahawa dirinya sudah kelihatan cantik seperti selalu, Hyunji segera menyarungkan sandal untuk turun ke bawah. Ria awal awal dah cabut turun.
" Eoh, Hyunji " Tidak sangka Hyunji bertemu dengan Jungkook ketika dia sedang menunggu lif.
" Hey " Hyunji memberikan senyuman tipis. Jungkook menelan kelat liur. Rasa serba salah dalam diri masih ada kerana dia sudah berjanji ingin menjaga dan melindungi Hyunji namun dia gagal.
" Aku mintak maaf sebab tak jaga kau semalam. Actually aku dah nak pergi cari kau tapi sir panggil aku pulak " Jelas Jungkook supaya Hyunji tidak salah faham.
Hyunji menipiskan bibir, " It's okay lah. Aku okay je, cuma sesat "
Jungkook memandang wajah Hyunji dengan pandangan muram. Dia sudah mengecewakan Hyunji. Aishh...
" Hari ni aku akan jaga kau, okay? " Jungkook cuba membuat perjanjian sekali lagi.
Hyunji sekadar mengangguk saja sebagai balasan. Sebenarnya dia agak terkilan kerana Jungkook sudah berjanji ingin spend time dengannya semalam tapi Jungkook sibuk pulak. Walaupun bukan salah Jungkook tapi, faham lah kan rasa kecewa tu?
Ting!
Akhirnya lif pun tiba lalu Jungkook dan Hyunji segera menapak ke dalam. Butang 'G' ditekan sebelum pintu lif tersebut mula ditutup perlahan-lahan. Namun belum sempat pintu lif ditutup sepenuhnya, seseorang menekan butang lif dari luar maka terbuka semula lah pintu lif.
Kim Taehyung.
Taehyung mengerling malas ke arah Jungkook sebelum dia melangkah masuk lalu berdiri di antara Hyunji dan Jungkook. Tangannya menyeluk masuk ke dalam poket, cuba mengawal macho. Padahal dalam hati terketar ketar dah sebab ada crush.
Keadaan di lif sangatlah sepi. Jungkook pun malas nak berbual dengan Taehyung. Semak je nak sailang crush orang ergh!
" Dah rasa okay sikit? " Suara garau Taehyung memecahkan kesunyian di dalam lif. Kepalanya ditundukkan sedikit untuk melihat Hyunji yang lebih pendek berbanding dirinya.
Kening Hyunji terjungkit dek terkejut kerana tiba tiba saja Taehyung bercakap dengannya.
" Haah, dah okay " Balas Hyunji.
" Kejap lagi stay je dengan aku okay? Aku ada " Kata-kata Taehyung membuatkan Jungkook membulatkan matanya memandang Taehyung. Hello, dia dulu okay yang nak jaga Hyunji!!
Jungkook sengaja melepaskan deheman supaya Hyunji ingat akan janji mereka tadi. Tapi kesian, Hyunji langsung tidak membalas kata Taehyung dan juga Jungkook malah dia terus berjalan keluar daripada lif menuju ke lokasi aktiviti.
Maleh nak kata apa sebenarnya.
***
Hyunji cuma sekadar duduk di atas kerusi lipat yang disediakan oleh pelajar yang bertugas sambil menikmati pandangan laut dengan pelajar-pelajar yang sedang bersuka ria melakukan aktiviti yang sedia ada. Memancing, volleyball, banana boat, jet ski dan sebagainya.
Hyunji langsung tidak berminat untuk menyertai apa apa aktiviti kerana dia memang tak ada mood untuk trip Jeju ini tambahan pulak kedua sahabatnya tiada disini dengannya.
Jungkook sedang mengutip siput di sisir pantai bersama Jimin dan Mingyu manakala Taehyung pula entah kemana. Ceh, sembang nak jaga konon. Alih-alih asyik lesap je kerja.
Hwayeon pula asyik perhatikan saja Hyunji dari belakang. Geram pulak bila Hyunji masih hidup.
Tidak lama kemudian seorang pelajar junior menegur Hyunji dengan secawan ais lemon tea aka teh o ais limau di tangan.
" Eonnie, minum lah ni. Cuaca hangat kan? " Pelawa pelajar junior tersebut.
" Eoh, terima kasih " Hyunji ambil saja pemberian juniornya lalu meneguk air tersebut. Memang cuaca panas pun hari ni.
Hwayeon tersenyum senget sebelum dia membawa diri naik ke atas bilik. Baik dia tidur je daripada terus sakit hati tengok Hyunji.
***
Taehyung melangkah pantas ketika dia nampak susuk tubuh Hwayeon yang sedang menuju ke lobby hotel. Lengan Hwayeon ditarik kasar sehingga tubuhnya berpusing menghadap Taehyung. Riak wajah Hwayeon berubah terkejut dan jugak marah.
" Apehal kau main tarik tarik ni?! " Jerkahnya.
Taehyung memandang tajam anak mata Hwayeon manakala pegangan tangannya pada lengan gadis itu jugak semakin kuat sampaikan gadis itu merintih kesakitan.
" Sakit lah, Tae "
" Sakit lagi hati aku bila kau buat Hyunji macam tu " Ujar Taehyung keras.
" Huh? " Sengaja Hwayeon berlakon bodoh.
" Kau ingat aku taktahu kau yang kenakan Hyunji semalam huh? "
" I'm warning you, Park Hwayeon. Sekali lagi kau sentuh Hyunji, aku tak teragak nak bunuh kau "
Hwayeon membalas pandangan Taehyung yang menggerunkan itu dengan pandangan yang sama tajam. Fikir dia takut?
***
Sudah sekian kali Hyunji menguap. Entah mengapa tiba tiba saja dia berasa mengantuk. Takkan tak cukup tidur? Kad bilik dikeluarkan daripada beg. Yup, Hyunji membuat keputusan untuk naik saja ke bilik kerana dia benar benar berasa mengantuk seakan-akan tidak tidur seminggu. Kepalanya jugak berasa pening dan pandangannya agak kabur.
" Kenapa kau tak mati je? " Langkah kaki Hyunji terhenti ketika seseorang seperti sedang bercakap dengannya. Dia pusingkan tubuh dan dia dapat melihat yang Hwayeon sedang berdiri di belakangnya dengan tangan yang disilang pada dada.
" Kau nak apa lagi? " Soal Hyunji selepas keluhan berat dilepaskan.
Hwayeon melangkah ke depan supaya merapati Hyunji. Dia merenung wajah Hyunji dengan penuh kebencian. Sumpah, dia betul betul membencikan Hyunji.
" Aku nak kau mati "
" Malas lah nak layan kau. Aku mengantuk " Balas Hyunji. Dia merasakan bahawa tubuhnya semakin ringan seakan-akan sedang terapung di udara.
Tiba tiba Hwayeon menarik tangan Hyunji dengan kasar lalu membawa Hyunji ke tangga tingkat 12 ini.
" Yahh, lepaskan lah " Hyunji cuba meloloskan diri daripada Hwayeon namun tubuhnya benar benar lemah. Kenapa tiba tiba dia jadi lemah semacam ni?
" Kau tau tak kalau kau mati, berapa ramai yang akan bahagia huh? "
" Ish tepi lah, Hwayeon! "
Hwayeon menggenggam kuat pergelangan Hyunji seolah-olah dia sedang melepaskan semua geram yang tersimpan di dalam hati terhadap Hyunji.
" Cari saja apa apa cara supaya kamu boleh kalahkan Hyunji, termasuk lah melesapkan dia jika perlu "
Dengan semua kekuatan yang ada, Hwayeon menolak kuat tubuh badan Hyunji yang sememangnya sudah shut down. Hwayeon menyaksikan dengan matanya sendiri tubuh Hyunji yang jatuh terguling-guling di tangga.
Senyuman puas terukir pada wajahnya. Lega. Dia berasa lega dan puas hati. Hwayeon terus melarikan diri sebaik saja tubuh Hyunji sudah terlentang di hujung tangga sebelum ada orang lain yang menangkapnya.
***
Seol A yang baru keluar daripada lif terdengar bunyi rintihan seseorang. Dahinya berkerut hairan. Ada orang ke dekat sini? Dia cuba mengabaikan bunyi tersebut namun dia masih dapat mendengar suara seseorang dari kawasan tangga. Walaupun perlahan, dia masih dapat mendengar.
Seol A segera melangkah ke arah tangga dan perkara pertama yang dia nampak menyebabkan lututnya lemah sehingga dia jatuh terduduk sebelum dia menjerit dengan kuat.
" Ahhhhhhhh!!! "
Apa yang dia saksikan adalah sekujur tubuh manusia yang berlumuran darah sudah tidak menyedarkan diri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top