21
Hyunji turun ke bawah sambil membawa bagasinya yang berisi pakaian untuk trip sekolah 3 hari 2 malam di Jeju Island. Ketika dia menuruni tangga terakhir, ibu tirinya yang sedang menyediakan sarapan ditolongi oleh pembantu rumah segera mendapatkan Hyunji.
" Sayang, sini eomma tolong " Puan Lee cuba untuk mengambil bagasi Hyunji namun gadis itu menepis tangan wanita tua yang merangkap kepada ibu tirinya. Puan Lee tersentak dengan sikap Hyunji yang tiba tiba berkasar dengannya.
" Sini lah, biar eomma yang tolong " Sekali lagi Puan Lee mencuba nasib.
" Tepi. " Kata Hyunji dengan keras. Puan Lee melepaskan keluhan lalu menapak ke tepi untuk memberikan ruang buat Hyunji membawa bagasinya. Setelah tiba di bawah, Hyunji menarik bagasi dia hingga ke pintu. Sebenarnya dia sedang marahkan ibu tirinya yang membuat keputusan terburu-buru tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
" Hyunji, nak Rowoon hantarkan kamu tak? " Soal Puan Lee lembut. Hyunji menggulingkan bebola matanya seraya pusing menghadap Puan Lee yang tersenyum nipis bak bidadari di hujung tangga.
" Jangan buat baik boleh tak? " Kasar Hyunji menyindir Puan Lee. Raut wajah Puan Lee terus berubah secara drastik tapi dia tetap cuba untuk mengukirkan senyuman. Tipu la kalau cakap dia tak terasa dengan cara layanan Hyunji terhadapnya. Namun, dia masih tabah menghadapi perangai anak tirinya ini.
" Apa maksud kamu, Hyunji? "
Hyunji ketawa sinis, " Lepas apa yang kau dah buat, kau masih boleh tunjuk muka kau depan aku huh? "
" Hyunji... kenapa ni? " Puan Lee berjalan merapati Hyunji. Lengan Hyunji disentuh lembut tetapi ditepis kasar oleh Hyunji.
" Jangan sentuh aku lah! " Tempik Hyunji kuat sehingga bahu Puan Lee terhincut kerana terkejut. Air mata mula bertakung di kelopak mata Puan Lee.
Tuan Lee yang sudah siap memakai suit kerja segera turun ke bawah bersama Rowoon untuk melihat apa yang berlaku tatkala dia terdengar suara orang berteriak di bawah.
" Bising apa ni pagi-pagi, Hyunji? Sayang? " Wajah Hyunji dan Puan Lee ditatap secara bergilir.
" Appa, kenapa appa benarkan perempuan ni anjurkan trip sekolah tu hah?! " Hyunji bersuara ketidakpuasan hatinya. Tuan Lee mengeluh berat. Dia dah agak, pasti kerana hal ini lagi yang membuatkan anak perempuannya bengang.
" Apa salahnya? Kamu dan kawan kawan kamu kena lah release tension belajar tu, kan? "
" Boleh je kan release tension ikut cara lain?! Perlu sangat ke sponser trip ke Jeju ni?! Sekarang ni satu sekolah dah tahu yang anak pemilik sekolah tu ada dekat sekolah appa. Satu lagi kesilapan, dan semua orang akan tahu pasal Hyunji! "
" Hyunji... eomma mintak maaf ya sebab tak berbincang dengan kamu dulu? Eomma ingat perkara ni boleh buat kamu gembira " Ujar Puan Lee masih berlembut dengan Hyunji. Hyunji sepatutnya bersyukur yang Puan Lee masih boleh melayannya dengan baik setelah apa yang dia buat terhadap Puan Lee. Kalau orang lain ni mahu sepak terus sebab kurang ajar.
" You don't have to do anything. That's how you can keep me happy "
Hyunji menghentakkan kakinya kemudian terus mengorak langkah keluar rumah. Rowoon segera berlari mengikuti Hyunji sejurus mengambil bagasinya. Mungkin Hyunji akan dengar cakap dia.
***
Selepas semua bagasi masing masing sudah dimasukkan ke dalam perut bas, semua pelajar beratur untuk menaiki bas untuk ke lapangan terbang. Sebaik sahaja Hyunji tiba di atas, Jungkook melambaikan tangannya.
" Hyunji, sini " Kata Jungkook. Hyunji yang sudah menyedari kehadiran Jungkook terus menghampiri dia.
" Duduk sebelah aku. Aku dah simpankan tempat untuk kau " Beritahu Jungkook. Hyunji melabuhkan punggungnya di tempat duduk sebelah Jungkook. Nasib lah Jungkook dah cop tempat awal awal jadi dia tak perlu nak duduk dengan orang lain.
Taehyung di tempat duduk belakang memerhati saja si Jungkook itu dengan pandangan tajam seperti helang. Kalau bukan sebab Hwayeon paksa, dah lama dia duduk tepi Hyunji. Ergh!
Hwayeon pula menatap tajam si Hyunji yang bukan main senyum sampai ke telinga. Dalam kepala otak dia ada bermacam-macam rancangan kotor yang dia sudah merancang untuk mengenakan Hyunji. Tunggu masa sahaja untuk dia lancarkan niat jahat dia itu.
Mereka tiba di Pulau Jeju selepas satu jam menaiki kapal terbang. Semua pelajar diarah untuk berehat dulu di dalam bilik hotel masing masing sebelum aktiviti petang nanti bermula.
Disebabkan Soo Ah dan Soo Jin tidak mengikuti trip ini kerana Soo Jin mempunyai recital piano di Berlin, maka Hyunji terpaksa lah berkongsi bilik dengan Ria. Hyunji berasa agak sunyi kerana kawan baiknya tiada bersama dia tapi nasib lah Jungkook ada.
" Hyunji, aku nak turun bawah ambil angin. Kau nak ikut tak? " Soal Ria yang sudah siap mengeluarkan pakaiannya daripada bagasi.
" Tak kot. Kau pergi lah dulu. Aku nak rehat kejap " Balas Hyunji seraya membaringkan tubuhnya di katil yang empuk ini.
Ria mengangguk faham, " Okie. See you later "
Ria menukar kasutnya kepada selipar kemudian terus membuka langkah keluar dari bilik mereka. Hyunji cuma sekadar menghantar Ria melalui pandangan mata sahaja sehingga kelibat Ria tidak kelihatan lagi.
Hyunji menghela nafas. Kini dia berseorangan di bilik jadi dia bercadang untuk tidur sebentar sebelum aktiviti malam nanti bermula. Sebaik saja dia ingin memejamkan kelopak matanya, bunyi deringan telefon di tepi berbunyi.
Telefon bimbit di sebelah dicapai dengan segera. Nama Jungkook tertera pada skrin telefon. Hyunji membuka aplikasi kakaotalk untuk membaca pesanan daripada Jungkook.
Jeon Jungkook
kau tak turun ke?
Jari jemari Hyunji lantas menekan papan kekunci untuk membalas pesanan Jungkook yang dihantar dua minit lalu.
HyunjiLee
tak kot. takda aktiviti lagi
Tidak sampai seminit, Jungkook menghantar balasan mesej Hyunji. Fast texter sungguh.
Jeon Jungkook
kau sorang ke dekat bilik?
HyunjiLee
haah sorang. Ria dah turun
Jeon Jungkook
jom lah turun. aku ada dekat bawah ni
HyunjiLee
nak buat apa je kat bawah?
Jeon Jungkook
aku dengar ada tasik dekat hujung hotel ni. nak pergi tak?
HyunjiLee
okay.
one minute.
Hyunji segera bangun dan merapikan diri sebelum dia menyarungkan selipar lalu turun ke bawah.
Jungkook mensisip tangannya ke dalam poket sementara menunggu jantung hati nya tiba di lobi. Sesekali dia merapikan rambutnya supaya kelihatan kemas melalui pantulan cermin di lobi hotel ini. Gugup pulak nak berjumpa dengan Hyunji.
Tidak lama kemudian, Hyunji yang barusan tiba mencuit bahu Jungkook dari belakang. Jungkook toleh ke belakang namun bibirnya tidak mampu mengungkap sebarang kata kerana terpegun melihat Hyunji yang begitu cantik di depan matanya.
Walaupun cuma berpakaian tshirt biru muda comel dimasukkan ke dalam skirt putih bersertakan beg silang putih, Hyunji tetap kelihatan menawan.
Jatuh ego lelaki Jeon Jungkook!
" Yeppeo... " Kata Jungkook perlahan.
" Hm? " Dahi Hyunji berkerut. Jungkook segera menggelengkan kepalanya supaya dia kembali ke alam realiti.
" Eo? Tak ada apa. Jom lah " Segera Jungkook mencapai tangan Hyunji lalu mereka berdua berjalan ke tasik yang disebut oleh Jungkook tadi.
Setibanya mereka di sana, Hyunji kagum dengan keluasan dan kecantikan tasik itu. Ramai juga pengunjung yang berlepak disini.
" Woahhh... cantiknya, Jungkook " Ujar Hyunji masih dalam fasa kekaguman. Macam nampak syurga pulak.
" Cantik kan? " Jungkook tersenyum suka melihat reaksi Hyunji. Dia berasa senang kerana sekali lagi, dia berjaya menggembirakan Hyunji.
" Haah, cantik sangat. Macam mana kau tahu tempat ni, Kook? "
" Aku pernah datang sini masa bercuti dengan family aku. Aku selalu teringin nak bawak orang yang aku sayang datang sini jugak. Because she deserves to admire this beautiful nature as well " Jelas Jungkook. Hyunji mengemam bibir cuba menahan diri daripada terus tersenyum. Kira dia ni orang pertama yang Jungkook bawak datang sini lah? Haih, perasaan apakah ini?
Hyunji kalihkan pandangan memandang ke arah pelancong yang sedang membina batu hajat di sebelah.
" Jungkook, jom pergi sana " Tanpa menunggu balasan daripada Jungkook, Hyunji lantas menarik tangan Jungkook lalu menuju ke arah batu hajat.
" Jom buat batu hajat nak tak? "
" Nak hajat apa? " Soal Jungkook.
" Umm... apa apa je yang kau nak dalam hidup kau. Nak tak? "
" Untuk kau semua boleh ehek " Jungkook mengenyit sebelah mata nakal namun menerima tamparan kecil pada lengannya oleh Hyunji.
Hyunji dan Jungkook masing masing menyusun batu-batu yang berlainan bentuk dan size menjadi tinggi seperti bukit sebelum mereka berdua memejam mata dan menyatukan kedua belah tangan mereka lalu mereka pun membuat hajat di dalam hati.
Nak tahu hajat mereka? Jawapannya di chapter terakhir nanti hehe ~
•••
Lake scene ni saya nak give credit untuk drama Extraordinary You <3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top