19
Sabtu.
Hari ini Hyunji bekerja di cafe yang dulu dia pernah kerja itu. Tempat di mana Kim Taehyung menggetarkan hatinya. Dah ingat?
Sebenarnya sudah lama dia berhenti bekerja tapi disebabkan hari ini tidak cukup pekerja, jadi dia menawarkan diri untuk menolong. Dia memang rapat dengan manager kafe ini dan lagipun dia tidak ada benda untuk dibuat di rumah.
Hyunji mengelap meja yang baru sahaja lepas diduduki oleh sebuah pasangan. Dia membawa dua mug putih yang sudah kosong ke dapur untuk dicuci oleh pekerja di ruangan dapur.
Penggera pintu masuk kafe ini berbunyi tatkala ada pelanggan yang masuk.
" Selamat datang! " Hyunji mengangkat muka bersertakan senyuman ramah untuk menyambut tetamu yang barusan tiba. Senyuman tadi lantas mati apabila Kim Taehyung yang menjejakkan kaki ke dalam kafe tersebut.
Dengan langkah yang tenang dan wajah yang selamba, Taehyung datang ke arah kaunter untuk membuat pesanan. Matanya mengecil membaca menu di atas kepala Hyunji dengan teliti.
" Bagi aku... satu mango tango frappe " Mata Taehyung turun semula tepat memandang muka Hyunji yang tiada secalit senyuman pun.
Hyunji menerima huluran wang yang dihulurkan oleh Taehyung. Resit diberi kepada Taehyung lalu Taehyung bergerak ke kawasan menunggu.
" Manga Tango Frappe " Sebut Hyunji dengan kuat supaya didengari oleh Taehyung. Taehyung mengambil airnya namun matanya tidak lepas dari menatap Hyunji yang langsung menganggap seperti Taehyung tidak wujud di matanya.
" Hyunji-ah " Taehyung mengambil keputusan untuk menegur Hyunji. Sebenarnya dia sendiri tidak faham kenapa Hyunji mengelak daripadanya. Setahu dia, dia tak ada buat apa apa salah pun dekat Hyunji.
" Hm? " Gumam Hyunji yang masih sibuk di kaunter.
" Boleh kau keluar sekejap? Ada benda aku nak tanya "
Hyunji melepaskan keluhan lalu dia menatap muka Taehyung akhirnya.
" Aku sibuk. Kau tak nampak ke? " Tanya dia datar.
" Sekejap je. Aku tunggu kau dekat luar okay? " Tanpa menunggu balasan daripada Hyunji, Taehyung terus melangkah keluar.
Sebelah bibir Hyunji naik kerana berasa jengkel. Ceh, kau ingat aku nak jumpa kau? Hyunji mencapai semula kain buruk dan sambung kerjanya yang tergendala kerana Taehyung.
Satu jam telah berlalu, masih tiada tanda-tanda Hyunji ingin berjumpa dengan Taehyung. Taehyung pula sudah semakin hilang sabar kerana penat menunggu. Sudah lah cuaca sangat terik hari ini.
" Hyunji, kau tak kesian ke dekat dia? " Rakan sekerja Hyunji, Eunjeong menegur Hyunji. Alis Hyunji dinaikkan.
" Siapa? "
" Tuuu mamat mango tango tu " Bibir Eunjeong dijuihkan ke arah Taehyung yang sedang duduk menunggu Hyunji di bangku luar.
" Malas lah. Aku ada banyak kerja nak kena buat. Biarkan je dia " Balas Hyunji sambil tangannya ligat mengelap cawan cawan yang sudah dicuci. Tanpa disangka, Eunjeong tiba tiba merampas kain lap daripada tangan Hyunji.
" Yahh "
" Pergi lah cakap dengan dia. Kerja ni takpe, aku boleh selesaikan "
" Aku tak nak jumpa dia masalahnya "
" Ah takde takde. Pergi atau kau jangan jejak kaki ke sini dah " Ugut Eunjeong sambil dia menolak-nolak tubuh Hyunji.
Hyunji berdecit geram lalu dia menanggalkan apron sebelum dia berjalan keluar daripada kafe ini untuk berjumpa dengan Taehyung.
Hyunji mengambil tempat di depan Taehyung. Wajah Taehyung sama sekali dia tidak lihat. Bukan apa, takut makin payah kang nak move on. Taehyung pula menghela kelegaan. Akhirnya selepas satu jam menunggu...
" Kau nak tanya apa? " Hyunji memulakan perbualan.
" I'm gonna make it simple okay? Kenapa kau asyik mengelak daripada aku? Aku ada buat salah apa apa ke? " Taehyung terus ke point. Tidak mahu membuang lebih banyak waktu.
" Tak "
" And then? "
" Kau dah nak bertunang kan dengan dia? " Hyunji mengalihkan muka memandang tajam anak mata Taehyung. Hatinya sakit memikirkan bahawa Taehyung bakal bertunang dengan musuhnya sendiri. Sedangkan dia dengan Taehyung boleh dikatakan agak rapat.
" Huh? Bertunang? " Dahi Taehyung berkerut-kerut kerana tidak memahami apa yang dikatakan oleh Hyunji.
" Bukan ke? "
" Siapa bagitau kau? " Soalan dibalas dengan soalan.
" Hwayeon. Dia bagitau aku yang korang akan bertunang tak lama lagi " Hyunji melemparkan pandangan ke arah lain. Menyampah betul bila teringat balik.
" Bila masa kami nak bertunang? Dia tak ada cakap apa apa pun dengan aku pasal pertunangan ni "
" Huh? " Giliran Hyunji pula yang naik hairan.
***
Taehyung menatap tajam Hwayeon yang sedang menikmati jamuan di hadapannya. Cebisan daging steak disuapkan ke dalam mulut.
Dalam hati, Taehyung sedang menahan geram kerana gadis itu terlalu berani membuat cerita palsu semata-mata untuk menghancurkan persahabatan dia dan Hyunji.
" Jarang kau nak ajak aku keluar " Kata Hwayeon sebelum dia menyuapkan satu lagi cebisan daging ke dalam mulut. Taehyung menjeling sekilas sebelum dia meneguk air sejuk di dalam gelas tinggi.
" Kenapa kau buat macam tu dekat Hyunji? "
Hwayeon mengerutkan dahi, " Aku buat apa? "
Bibir Taehyung terjungkit sebelah. Memang tak tahu atau buat tak tahu?
" Kau tipu dia yang kita nak bertunang "
Tangan Hwayeon yang ligat memotong daging di atas pinggan terhenti. Kedua garfu dan pisau diletakkan di atas pinggan sebelum matanya naik memandang Taehyung.
" So? Tak boleh ke? Lambat laun pun kita akan bertunang jugak kan nanti? Takkan nak bercinta sampai mati? "
" Kut ya pun kalau kau bencikan Hyunji, jangan libatkan hubungan kita. Aku rasa kau tak perlu kot sampai nak buat cerita macam tu. Kau nampak tak matang, macam budak budak. Dan menyedihkan "
" Kim Taehyung " Hwayeon mengetap bibir selepas menyebut tegas nama Taehyung.
" Aku layan kau dengan baik selama ni sebab aku rasa kau tak ada lah jahat mana. Cuma perangai kau yang tak pernah puas hati dengan orang je. Tapi lepas aku dapat tau yang kau buat cerita macam tu semata-mata untuk jauhkan aku dengan orang yang buat aku rasa senang, aku rasa dah tak ada sebab aku nak layan kau dengan baik "
Taehyung menolak kerusi lalu dia bangkit dari duduknya. Sebelum pergi, dia menunduk sedikit untuk memandang Hwayeon lagi sekali.
" Dan hubungan kita bukan berdasarkan cinta. Tapi sebab terpaksa. Jangan anggap yang kita ni bercinta. Aku cuma selesaikan hutang keluarga aku je "
Taehyung lantas melangkah keluar daripada restoran ini meninggalkan Hwayeon yang wajahnya sudah kemerahan kerana geram. Tangannya menggenggam penumbuk, cuba menahan diri.
" Yahh Kim Taehyung!! " Jeritnya tapi Taehyung sekadar memekakkan telinga.
***
Semua pelajar berpusu-pusu ke lobby utama untuk menunggu keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan sebentar lagi.
Hyunji yang baru saja tiba di kelas meletakkan dahulu beg sekolahnya sebelum dia mendapati bahawa Taehyung dan Jungkook juga berada di dalam kelas.
" Kook, tak turun lagi ke? " Hyunji memulakan bicara. Jungkook yang sedang merenung ke luar tingkap mengalihkan wajahnya.
" Tunggu kau " Jawabnya. Mata Hyunji kalih pula ke arah Taehyung yang bermain telefon. Nak tegur ke tak eh?
By the way, mereka berdua sudah berbaik kerana salah faham yang berlaku atas sebab Hwayeon mereka cerita palsu itu. Tapi tulah, dah berbaik pun Taehyung tidak bercakap dengannya.
" Kook, jom turun? " Lantak lah Taehyung tu. Sombong sangat!
Ketika Jungkook ingin bangun, Taehyung turut berbuat sedemikian. Jungkook menatap tajam susuk tubuh Taehyung sekilas sebelum dia menghampiri Hyunji.
" Jom "
" Hyunji, aku join kau boleh? " Celah Taehyung ketika kedua insan itu baru ingin beredar. Hyunji pusingkan tubuhnya untuk melihat Taehyung. Jungkook di tepi pula sudah menayangkan riak muka menyampah. Sibuk lah ish! Bukan ke dia yang buat Hyunji broken berminggu-minggu?
" Boleh je. Jom lah turun sekali dengan kami "
" Jom lah. Nanti lambat pulak " Sengaja ingin mengapi-apikan Taehyung, Jungkook memegang tangan Hyunji lalu membawa Hyunji keluar daripada kelas. Rasain lo!
Taehyung hanya merengus geram sebelum dirinya mengikuti mereka berdua. Dasar kawan makan kawan!
Semua pelajar sudah berkumpul di bawah untuk menunggu keputusan. Pelajar yang berdiri di depan sekali semestinya Hwayeon. Tak sabar betul dia tu. Manakala Jungkook, Hyunji dan Taehyung cuma menunggu di belakang sahaja. Bagi mereka, lebih baik jadi orang terakhir. Tidak lah kecewa sangat kalau keputusan tak memuaskan.
Seketika kemudian, ketua guru berjalan masuk ke dalam lobby dengan segulung kertas putih yang panjang. Semua pelajar berundur sedikit ke belakang untuk memberikan laluan.
Gulungan kertas dibuka kemudian kertas besar yang mempamerkan keputusan ditampalkan pada papan kenyataan besar di tengah tengah lobby. Lalu ketua guru terus beredar.
Kesemua pelajar mula mengerumi kawasan tadi untuk melihat dengan teliti keputusan peperiksaan selaras dengan kedudukan dalam sekolah mereka. Ada yang berasa kecewa dan ada jugak yang berpuas hati dengan apa yang dicapai.
Tiba tiba semua mata meleret ke arah tiga kawan yang masih tenang berdiri di belakang. Jungkook, Hyunji dan Taehyung menayangkan wajah hairan. Kenapa semua orang tengok mereka macam tu?
" Dah agak, mesti Hyunji yang sapu tempat pertama " Bisik salah seorang pelajar disana yang mendapatkan kerutan dahi daripada Hyunji.
Dia dan kedua jejaka kacak tersebut berjalan ke papan kenyataan lalu nama mereka dicari.
1. Lee Hyunji ( 12A )
2. Kim Taehyung ( 11A )
3. Kang Soo Jin ( 11A )
4. Kang Soo Ah ( 11A )
5. Jeon Jungkook ( 10A )
6. Park Jimin ( 9A )
7. Park Hwayeon ( 9A )
Hwayeon memandang keputusannya dengan tidak percaya. Number 7?!!! Sedangkan dia mempunyai lebih daripada 10 orang tutor yang datang untuk mengajarnya setiap hari.
" Congrats, Hyunji. Kau dapat tempat pertama lagi " Taehyung mengucapkan tahniah kepada Hyunji.
Hyunji tersenyum kepuasan. Akhirnya usaha dia tidak sia sia. Dia turut berasa gembira kerana rakan-rakannya turut mendapat keputusan yang baik.
" Woooo Jungkook boek ah aku dapat number 6 siot " Jimin yang muncul entah dari mana merangkul bahu Jungkook. Gembira betul si Jimin sebab akhirnya bukan wajah kacak dia saja yang function. Dan paling penting, tiada alasan lagi untuk ibunya menghantar dia belajar di tempat lain. Jungkook menatap Jimin sekilas dengan senyuman puas hati. Dia turut gembira kerana keputusannya sangat memuaskan.
" Thanks do korang sebab dah banyak tolong aku. Nasib lah aku tak payah pergi belajar dekat kampung dah " Sambung Jimin lagi. Dia betul betul bersyukur dan berterima kasih terhadap Hyunji dan Taehyung yang sudah banyak membantunya. Tak sabar dia nak flex dekat Puan Parkoff nanti. Ketahui lah yang Jimin bukan sekadar ada rupa je!
" Yahh Lee Hyunji!! " Entah dari mana jeritan itu datang. Semua pelajar yang sedang rancak bersembang terus terdiam, kawasan itu turut menjadi sepi.
Serentak semua orang disana memandang ke arah suara yang menjerit memanggil nama Hyunji tadi. Lantas Hwayeon mendekati Hyunji sebelum tubuh Hyunji ditolak ke belakang dengan kuat.
" Yah Park Hwayeon. Kau pehal?! " Jungkook selaku hero hari ini melangkah ke depan Hyunji untuk melindungi Hyunji daripada serangan tak berakal Hwayeon.
" Kau tepi " Hwayeon menolak tubuh sasa Jungkook namun sedikit pun jejaka itu tidak bergerak.
" Apa lagi, Hwayeon? " Hyunji menggulingkan matanya ke atas sebelum dia menapak ke depan.
" Kau! Kenapa kau asyik nak menang ha??! Aku memang tak puas hati dengan kau ni! " Sekali lagi tubuh Hyunji ditolak.
" Park Hwayeon! " Tegas Jungkook seraya menapak semula ke hadapan. Hyunji menahan lengan sasa Jungkook kemudian kepala digeleng dua kali. Hyunji mengalihkan pandangan semula ke arah Hwayeon yang menayangkan wajah tidak puas hatinya itu.
Hyunji ketawa sinis, " Siapa suruh kau kalah? Aku rasa paper tak susah pun. Takkan aku pun kau tak boleh nak kalahkan? "
" Mesti kau dapat soalan bocor kan?! Sebab tak mungkin kau boleh score 100% untuk semua paper! "
" Kau yang bodoh lepastu nak salahkan aku pulak? " Bidas Hyunji semula. Semua pelajar yang menyaksikan adegan tidak berbayar ini ketawa kecil.
Hwayeon mengetap bibirnya sambil matanya melilau melihat semua orang yang mentertawakannya. Dirinya mula berasa malu.
Namun, kerana rasa tidak puas hati masih ada di dalam hati, tangannya laju menarik rambut Hyunji dengan kuat.
" Yahh yahh! Perempuan gila lepaskan lah!! " Jerit Hyunji dengan kuat. Dia turut menarik rambut Hwayeon untuk mempertahankan diri.
" Hwayeon! " Panggil Taehyung dengan kuat tapi tidak didengari oleh gadis itu.
Jungkook dan Taehyung sudah gelabah. Jungkook mengambil keputusan untuk menghalang Hwayeon dengan menarik tubuh Hwayeon sementara Taehyung cuba melepaskan tangan Hwayeon daripada rambut Hyunji. Berkat tenaga jantan mereka, tangan Hwayeon terlepas daripada rambut Hyunji. Habis kusut-masai rambut kedua gadis itu.
" Kau memang sial!! " Jerit Hwayeon kemudian dia menolak kuat tubuh Hyunji sehingga gadis itu terjelopok jatuh ke lantai.
" Auch " Hyunji mengaduh kesakitan tatkala sikunya terkena lantai. Sakit hanet!
" Park Hwayeon! " Sekali lagi Taehyung memanggilnya dengan tegas. Jungkook pula segera membantu Hyunji yang kesakitan.
Dada Hwayeon berombak kerana geram. Tangannya mengepal tumbukan. Dia kalih menatap Taehyung dengan tajam.
" Kau tak malu ke hah? Sampai bila kau nak jadi macam budak budak ni? " Soal Taehyung, tegas dan keras di depan semua orang. Bertambah malu lah Hwayeon kerana kebodohan dia telah memalukan dirinya sendiri di khayalak ramai.
" Kenapa kau kena backup perempuan lain hah?! " Bidas Hwayeon semula.
" Sebab perangai kau tak matang! Kenapa kau nak salahkan dia kalau kau sendiri yang tak usaha? Sudah lah Hwayeon. Berhenti malukan diri kau sendiri. Kau nampak pathetic sangat " Taehyung menggelengkan kepala kemudian dia menarik tangan Hyunji untuk menolongnya bangun.
" Kau buat aku jijik dengan kau " Kata Taehyung sebelum dia membawa Hyunji pergi. Sempat Hyunji memberikan Hwayeon senyuman kemenangan yang mana tindakan itu membuatkan Hwayeon semakin marah.
Jungkook berdiri di depan Hwayeon dengan pandangan yang tidak puas hati.
" Sekali lagi kau kacau Hyunji, aku tak teragak nak report kau supaya kau kena buang sekolah " Jungkook memberikan amaran keras sebelum dia meloloskan diri untuk mencari Hyunji.
" YAHHHHHHHHHH !! " Hwayeon menjerit kegeraman.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top