18

Akhirnya setelah dua minggu yang sangat memenatkan berlalu, hari ni merupakan hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun. Syukurlah hari ini cuma paper biologi, iaitu salah satu subjek kesukaan Hyunji.

Hyunji membuka penutup botol minuman yang baru sahaja dia beli dari kantin sambil dia berjalan untuk kembali semula ke dewan peperiksaan. Semasa dalam perjalanan, Jungkook yang datang entah dari mana muncul di hadapan Hyunji. Hyunji lantas melambai kecil dan Jungkook membalas dengan senyuman manis. Hyunji menutup semula botol air minuman yang dia tak sempat minum tadi.

" Kau nak masuk dewan balik ke? " Tanya Jungkook sebelum dia pergi ke niat utamanya. Hyunji mengangguk dua kali.

" Haah. Paper biologi lagi sejam. Aku ingat nak selak selak buku sikit. Kenapa, Jungkook? " Ujar Hyunji.

" Nak cakap sikit boleh tak? 5 minit je "

Mata Hyunji turun melihat jam yang dililit pada pergelangan tangannya. Ada lagi masa untuk dia memberi ruang untuk Jungkook bercakap. Jungkook nak cakap pun 5 minit je kan? Hyunji mengangguk jua.

" Nak cakap apa tu? " Kening Hyunji terangkat sebelah. Melalui riak muka Jungkook, perkara tersebut seperti penting sahaja. Sampai tak boleh tunggu lepas paper.

" Lepas paper nanti kau nak keluar dengan aku tak? You know, as a date " Beritahu Jungkook dengan niat untuk mengajak Hyunji keluar petang nanti. Dia menggosok belakang tengkuknya mungkin kerana berasa malu.

" Huh? Date? " Soal Hyunji sekali lagi meminta kepastian. Tibeh betul si Jungkook ni mengajak dia date. Hihi maluewwww.

" Eoh, date. Itu pun kalau kau sudi " Jungkook tersengih kelat. Hatinya gugup menunggu jawapan Hyunji walaupun dalam hati dia sudah bersedia untuk ditolak oleh Hyunji.

" Aku onz je. Kita nak pergi mana? " Soal Hyunji, polos. Lagipun hari ini adalah hari terakhir peperiksaan jadi wajar untuk dia melepaskan tekanan selepas bersungguh-sungguh belajar sepanjang satu bulan yang lalu.

Ternganga mulut Jungkook apabila dia tidak menyangka bahawa Hyunji akan menerima ajakannya. Bagaikan mimpi!

" B-betul ke? " Tanya Jungkook meminta kepastian. Mana tahu Hyunji cuma sekadar ingin mempermainkan dirinya dengan memberi harapan palsu.

" Ada nampak macam aku melawak ke, Jeon Jungkook? "

" Ada la sikit " Kata Jungkook perlahan kerana tidak mahu didengari oleh Hyunji.

" Huh? " Kening Hyunji terangkat sebelah.

" Hehe nothing. Umm, let's go for pasta later, shall we? " Jungkook memberi idea. Dia tahu yang Hyunji memang meminati pasta. Ini merupakan salah satu cara untuk meraih hati Hyunji hihi.

" Cool. See you after school " Hyunji tersenyum manis. Tak sabarnya nak makan pasta!

" Nak masuk dewan sekali tak? " Tambah Hyunji kerana tidak lama lagi peperiksaan bakal bermula. Dia tidak mahu membuang masa yang tanpa membuat apa apa. Jungkook pantas menggeleng.

" Kau masuk lah dulu. Aku nak pergi tandas kejap " Beritahu Jungkook.

" Alright. See you " Hyunji mengukirkan senyuman manis kepada Jungkook lalu dia membuka langkah pergi.

Jungkook pula cuma memerhati pemergian Hyunji. Senyuman bahagia tidak pernah lekang dari mukanya sejak tadi.

" Yahoooooo " Jeritnya keriangan. Terlompat-lompat Jungkook kerana tidak dapat menahan rasa gembira. Hatinya melonjak kegembiraan kerana berjaya mengajak Hyunji keluar.

Hyunji yang baru saja tiba di hadapan pintu dewan dikejutkan dengan kehadiran Taehyung yang ingin keluar daripada dewan. Hyunji berdehem sekali sebelum dia menginjak ke tepi, memberikan laluan untuk Taehyung.

Namun jejaka itu langsung tidak bergerak walau seinci pun. Mata jejaka itu hanya tertumpu pada wajah cantik Hyunji. Pandangan yang diberikan adalah pandangan yang redup.

Hyunji hanya menundukkan kepalanya. Nak masuk pun tak boleh sebab Taehyung menghalang jalannya. Sebolehnya dia tidak mahu menatap wajah Kim Taehyung kerana itu hanya bakal membuatkan dia semakin merinduinya. Dia masih tidak dapat menerima fakta bahawa Taehyung bakal bertunang dengan musuhnya sendiri.

" Kenapa kau asyik mengelak dari aku? " Suara rendah Kim Taehyung menerpa masuk ke gegendang telinga Hyunji. Hyunji meneguk liur yang pekat seraya kepalanya mendongak untuk membalas pandangan mata Taehyung.

" Mana ada aku mengelak dari kau " Balasnya dingin.

" Dah dua minggu kau macam jauhi diri kau dari aku. Chat aku dan call aku, kau tak jawab pun "

" Aku sibuk belajar " Nafi Hyunji.

" Ke aku ada buat salah apa apa? Kalau ada, bagitahu lah " Ujar Taehyung untuk meminta supaya Hyunji berterus-terang dengannya.

" Dah lah, Taehyung. Kau tu bakal tunang orang, kau tak sepatutnya bercakap dengan aku "

Tanpa menunggu balasan daripada Taehyung, Hyunji terus melangkah masuk ke dalam dewan. Taehyung menginjak sedikit ke tepi untuk membenarkan Hyunji masuk ke dalam.

" Huh? "

***

Lega.

Itu saja perkataan yang mampu Hyunji ucapkan sekarang ini. Selepas setiap hari pagi petang siang malam memerah otak demi menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam peperiksaan, akhirnya tamat jua keperitan yang dilaluinya. Sekarang ini dia cuma perlu menunggu keputusan peperiksaan sahaja yang bakal keluar minggu hadapan. Semoga usahanya membuahkan hasil yang memuaskan.

Hyunji menggalaskan tote bag yang dibawanya pada bahu kemudian dia menuruni anak tangga untuk ke lobby sekolah kerana Jungkook sudah berjanji akan menunggunya di sana sebelum mereka berdua bergerak untuk temu janji pertama mereka.

Sebaik sahaja dia ternampak kelibat Jungkook yang sedang leka bermain telefon di hujung tangga, dia segera berlari anak untuk mendapatkan Jungkook. Hujung lengan baju Jungkook ditarik supaya Jungkook sedar akan kehadiran Hyunji di sana.

" Eoh, kau dah turun " Jungkook memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluar. Bibirnya menguntumkan sebuah senyuman tipis lalu tangannya naik untuk mengusap kepala Hyunji. Jantung Hyunji berdegup kencang dengan tindakan Jungkook yang secara tiba tiba itu.

" Jom? " Hyunji berdehem sekali seraya menukar topik. Pipinya yang kemerahan itu ditekap dengan kedua tapak tangannya. Fuh, hampir saja Jungkook membunuhnya tadi.

Jungkook mengangguk kecil lalu mereka berdua bergerak ke pagar sekolah untuk menaiki bas awam.

Hyunji dan Jungkook tiba di Itaewon, di mana Jungkook telah menempah sebuah restoran pasta kesukaan Hyunji disana.

Mereka berdua menapak masuk ke dalam restoran yang di mana nama restoran itu, ' Pastaderland ' tertera pada papan tanda yang bercahaya dengan lampu neon.

" Atas nama Jungkook " Kata Jungkook kepada penjaga kaunter yang menguruskan tempahan meja. Seorang pelayan wanita dalam baya 30-an datang ke arah mereka lalu membawa mereka ke meja yang agak tersorok di penjuru restoran. Tujuan Jungkook menempah meja yang sedikit jauh daripada orang ramai adalah kerana dia ingin meluangkan masa sepuasnya bersama Hyunji tanpa diganggu oleh sesiapa pun.

" Pesan je apa yang kau nak makan. Everything is on me, tonight " Kata Jungkook. Tangan Hyunji menggapai menu makanan yang terletak di atas meja. Matanya ralit melihat graphic makanan makanan yang dipamerkan pada menu yang dipegangnya.

" Dah sedia untuk buat pesanan ke? " Pelayan tadi datang semula ke meja kami untuk mengambil pesanan. Sebuah buku nota kecil disertai dengan pen biru dikeluarkan daripada apron hitam yang dipakainya.

" Bagi saya satu creamy fettucine carbonara dan... kau nak yang mana Hyunji? " Jungkook membuat pesanannya lalu dia mengalihkan mata ke arah aku.

" Saya nak bolognese pasta satu " Pesan Hyunji kepada pelayan tersebut. Kepala pelayan itu terangguk faham sambil dia mencatat pesanan kami pada buku nota kecil yang dipegangnya tadi.

" Ice lemon tea satu dan untuk dia, ice chocolate with low fat milk " Jungkook senyum ramah sebelum dia memandang Hyunji sekilas. Hyunji pula sudah terkedu macam mana Jungkook boleh tahu air kesukaannya? Pelayan tersebut mengangguk faham. Setelah selesai mengambil pesanan mereka, menu diambil semula lalu pelayan itu beredar pergi ke ruangan dapur.

Jungkook yang sedar bahawa Hyunji sedang menatap mukanya dari tadi terus mengangkat sebelah keningnya.

" Kenapa pandang aku sampai macam tu? Hensem sangat ke aku ni? " Soal Jungkook berbaur guraun. Hyunji cuma ketawa kecil sahaja.

" Aku cuma pelik macam mana kau boleh tahu yang aku memang sukakan ice chocolate dekat sini? That's my go-to-drink you know? "

" Apa gunanya Soo Jin? "

Hyunji mengerutkan dahinya tatkala nama Soo Jin disebut oleh Jungkook.

" Soo Jin? " Haih rindu pulak dekat Soo Jin. Hyunji langsung tidak bertegur sapa sejak kejadian itu dan dia masih belum sempat untuk menjelaskan kepada Soo Jin tentang Younghoon kerana Soo Jin sama sekali tidak membalas chat nya di kakaotalk.

" Yup, Soo Jin. Dia yang bagitahu aku that kau suka makan pasta dekat sini " Jelas Jungkook supaya Hyunji lebih faham.

" Jadi sebab tu lah kau bawak aku datang sini? "

Jungkook mencapai sebelah tangan Hyunji yang berada di atas meja lalu dia mengusap lembut kulit tangan Hyunji sebelum senyuman terukir pada wajah kacaknya.

" You deserve this as a reward for working hard, so why not? " Katanya sebelum dia melepaskan semula tangan Hyunji. Hyunji yang tersentak kerana terkejut dengan tindakannya itu tidak berkata apa malah cuma mengangguk kepala saja. Tidak dinafikan jantungnya sedang berdetak sakan. Kenapa Jungkook ni suka melemahkan hati dia?!

" So kau dengan Soo Jin macam mana? " Jungkook cuba mengubah topik setelah dia perasan yang wajah Hyunji telah berubah kemerahan kerana menahan malu.

Hyunji mengeluh berat, " Dia still tak nak layan aku. Aku sampai tak tahu nak buat macam mana dah. Aku kena explain dekat dia pasal Younghoon "

" Betul lah yang Younghoon tu sukakan kau? " Soal Jungkook dengan nada yang tidak puas hati. Ingatkan Taehyung seorang je rival dia, rupanya Younghoon selaku team basketball dia pun turut menyukai Hyunji! Ada jugak yang nak kena sembelih kang.

" Entah lah tapi aku dah tolak Younghoon tu. Aku tak nak friendship aku dengan Soo Jin musnah. Yang Younghoon tu pun satu, nak jugak sukakan aku tu kenapa? Ramai lagi perempuan dekat sekolah ni " Hyunji mencebik kegeraman seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Kedua tangan disilangkan. Dia masih tidak puas hati kerana Younghoon lah punca dia bergaduh dengan Soo Jin. Nampak tak yang Hyunji lebih pentingkan persahabatan berbanding perkara lain?

" Jangan risau. Aku akan bantu kau eo? Nanti aku cuba cakap dengan Soo Jin. Okay? "

" Boleh ke? "

" Laa kenapa pulak tak boleh? Untuk kau, semua boleh "

***

Setelah selesai menjamu selera dan semestinya Jungkook yang membuat bayaran, kedua pasangan tak diiktiraf ini mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Itaewon sambil mencuci mata. Malam malam macam ni memang meriah dekat Itaewon.

Bukannya mereka tidak perasan yang tangan mereka asyik berlaga ketika berjalan tapi masing masing cuba menyorokkan rasa malu itu. Kalau diikutkan hati, ingin saja Jungkook menyatukan jari jemarinya dengan kepunyaan Hyunji tapi dia cuba menahan diri kerana tidak mahu Hyunji berasa tidak selesa.

" Kook, tengok tu " Hyunji memberhentikan langkahnya di sisi jalan sebelum jari telunjuknya dihalakan pada bulan mengambang yang menyinari langit malam yang gelap ini. Kepala dan mata Jungkook mengikut arah jari Hyunji yang menunjuk ke arah bulan.

" Cantiknya bulan malam ni, kan? "

Jungkook mengangguk setuju, " Eo cantik. Macam kau "

Hyunji memandang Jungkook sekilas sebelum dia berdehem. Aish malu.

" Ani. Bulan tu lagi cantik "

" Hi, maaf menganggu " Seorang lelaki yang berpakaian kemeja hitam dengan camera di tangan menegur kedua insan yang leka melihat bulan. Hyunji dan Jungkook serentak menoleh ke arah lelaki tersebut.

" Ya? "

" Saya seorang freelance photographer. Kalau tak keberatan boleh saya ambil gambar cik dan encik berdua? " Tanya lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang photographer itu dengan sopan.

" Gambar kami berdua? " Soal Hyunji meminta kepastian.

" Yup. Boleh? "

Kepala Hyunji terdongak sedikit untuk memandang Jungkook yang lebih tinggi berbandingnya.

" Kook, nak tak? "

" Sure, why not? " Jungkook menyetujui idea tersebut.

" Okay kejap saya set camera "

Hyunji mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merapikan diri melalui pantulan skrin telefon. Dia berdiri di sebelah Jungkook setelah mendapat arahan daripada photographer tadi. Mereka disuruh berdiri bersebelahan.

" Rapat sikit " Arah photographer tersebut kepada mereka berdua.

Hyunji merapatkan dirinya dengan Jungkook sehingga tiada ruang lagi di antara mereka.

" Alright one two three "

Klark! Klark! Klark!

" Satu lagi freestyle "

Tanpa diduga, Jungkook menarik Hyunji supaya lebih rapat dengannya kemudian dia merangkulkan tangannya pada bahu Hyunji. Hyunji yang terkejut dengan tindakan Jungkook segera mendongak menatap Jungkook. Jungkook membalas pandangan Hyunji dengan wajah naif tidak bersalahnya.

Klark!

Foto mereka memandang satu sama lain berjaya diambil.

" Pandang camera " Jungkook membisik perlahan di telinga Hyunji sebelum dia kalih tepat ke arah kamera. Hyunji yang masih terkedu turut berbuat sedemikian.

Kali ini kedua insan tersebut tersenyum manis disertai jari yang menunjukkan lambang 'peace'.

Klark!

Di saat ini, Hyunji hanya ingin mati kerana jantungnya tidak berhenti berdegup kencang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top