17
Hyunji, Soo Ah dan Soo Jin sama sama berjalan ke dalam perkarangan sekolah dengan kadar yang perlahan kerana masih awal. Ada pelajar-pelajar yang pagi pagi sudah bermandi peluh di padang bermain bola sepak. Ew, habis lah nanti satu kelas bau peluh uwekkk.
Soo Ah dan Soo Jin sedang rancak bergossip di sebelah manakala Hyunji pula dari rumah sehingga dalam kereta sehingga di sekolah asyik khusyuk melayan telefon bimbitnya. Dari tadi dia asyik berbalas mesej dengan seorang manusia yang misteri.
010-xxxxxxxxx
Teka lah siapa aku :p
Aku dari kelas tingkat 3
Me
Bagitau jela kau ni siapa.
Aku malas nak main cak cak
010-xxxxxxxxx
Aku kawan Jungkook jugak
Me
Haah memang kau sorang je kawan Jungkook 🙄
010-xxxxxxxxx
Hihi 🙈
Hyunji mengeluh panjang. Dari tadi dia asyik mintak lelaki misteri ni untuk reveal identitinya tapi lelaki tersebut masih tidak mahu mengalah. Stress betul!
" Oit Hyunji, busy betul kau hari ni. Dari tadi main telefon je. Kitaorang tengah gossip pasal Hwayeon pun kau tak join " Mungkin setelah Soo Ah sedar yang hanya mereka berdua yang asyik membawang dari tadi, dia menegur Hyunji.
" Eo? " Langkah kaki diberhentikan.
" Haah kau dari tadi asyik pandang telefon. Kau dah ada boyfriend ek? " Soal Soo Jin pula bersertakan usikan di hujung ayatnya. Laju Hyunji menggeleng kepala. Boyfriend? Katakan tidak kepada semua jejaka yang bukan Kim Taehyung!
" Tak ada lah. Ni ha, ada budak sekolah kita chat aku " Hyunji menunjukkan chat dia antara lelaki itu kepada Soo Ah dan Soo Jin. Mereka membaca chat tersebut kemudian kembali memandangnya dengan perasaan yang penuh tertanya. Hyunji cuma sekadar mengangkat bahu saja.
" Tak terkejut lah kalau Hyunji ada secret admire " Ujar Soo Ah seraya memulangkan semula telefon bimbit Hyunji. Bagi mereka, ini adalah perkara biasa kerana bukan pertama kali Hyunji mendapat mesej sebegini. Orang berupa kan? Hyunji menghela nafas panjang. Mereka bertiga mula membuka semula langkah yang terhenti tadi.
Ting!
Tiba tiba telefon Hyunji berbunyi menandakan ada chat masuk. Dia membuka semula telefonnya untuk membaca chat yang baru saja masuk sebentar tadi.
" Eoh dia chat lagi " Beritahu Hyunji kepada Soo sisters. Mereka berdua bergegas melihat skrin telefon Hyunji yang menyala.
" Dia chat apa? "
010-xxxxxxxxx
Pandang dekat tempat duduk penonton di padang.
Aku ada dekat sana :*
Bagaikan lembu yang dicucuk hidung, Hyunji mengalihkan pandangan ke arah tempat duduk penonton di sebelah kanan trek sukan yang besar. Terlalu ramai pelajar di sana sampaikan dia tak dapat mengecam lelaki misteri itu. Semuanya adalah wajah wajah yang tidak mencurigakan.
Lantas Hyunji mengeluarkan semula telefon bimbitnya untuk menghantar chat kepada jejaka misteri itu dengan tujuan menyoal sekali lagi tentang keberadaannya. Takut pulak kalau lelaki misteri itu cuma ingin prank Hyunji.
Baru sahaja Hyunji ingin menghantar pesanan, tiba tiba ada satu tangan melambai ke arah Hyunji dengan senyuman lebar. Serta-merta jantungnya bagaikan diserang sesuatu.
" Y-Younghoon? "
Senyuman Soo Jin mati.
***
Hyunji mengeluh berat sebaik sahaja dia usai membasuh tangan di tandas. Dirinya sekarang dilanda masalah tatkala lelaki itu ialah Younghoon, iaitu crush Soo Jin sejak tingkatan satu lagi. Sudah lama Soo Jin menaruh harapan terhadap Younghoon malah Soo Jin tidak henti cuba mendapatkan perhatian Younghoon tapi know know Younghoon menaruh perasaan terhadap Hyunji yang tidak tahu apa apa.
Sekarang ini dia sudah block Younghoon di semua laman sosial tetapi Soo Jin langsung tidak bercakap dengannya. Hyunji juga tidak menyalahkan Soo Jin akan perubahan tersebut kerana dia tahu betapa peritnya jika orang yang kita suka, menyukai orang lain. Tapi yang janji, Hyunji akan membetulkan keadaan menjadi seperti sediakala.
Selepas merapikan diri, Hyunji melangkah keluar daripada tandas sebelum matanya terhenti pada kelibat Taehyung yang sememangnya sudah menunggunya di hadapan tandas dari tadi. Riak wajah Hyunji berubah terkejut. Ada apa Taehyung berdiri di depan tandas perempuan?
Disebabkan Hyunji tak nak lah perasan yang Taehyung mencari dia, jadi dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi sahaja namun Taehyung pantas menahan Hyunji dengan memegang pergelangan tangannya. Hyunji toleh lalu keningnya dijungkit.
" A-aku nak mintak maaf pasal kejadian blueberry tu. Aku tak tahu yang kau allergic dengan blueberry " Ujarnya serba salah. Hyunji senyum segaris. Walaupun beberapa hari ini Taehyung langsung tidak bercakap dengannya, mendengarkan suara Taehyung memberikan ketenangan di dalam hati.
" Gwenchana. Aku dah sihat "
Perlahan-lahan Taehyung melepaskan pegangan tangannya daripada tangan Hyunji sebelum bibirnya mengukiran senyuman tipis. Tanpa berkata apa, Taehyung terus meninggalkan Hyunji keseorangan. Senyuman Hyuji mati sesaat dia tersentak kerana terkejut dengan layanan yang tidak pernah diberikan oleh Taehyung kepadanya. Taehyung tak akan melayan dia dengan dingin seperti itu.
Hyunji memandang figura Taehyung yang semakin kecil dengan pandangan sayu. Mengapa Taehyung seakan-akan sedang menjauhi dirinya? Hyunji melepaskan keluhan. Dia rindukan Taehyung. Sangat.
" Dah puas tengok lelaki aku? " Suara yang tiba tiba menerpa ke gegendang telinga Hyunji menyentakannya. Hyunji alihkan pandangannya ke suara tersebut. Hwayeon mendekati Hyunji dengan tatapan yang tajam dan penuh kebencian. Panas betul hatinya melihat adegan jejak kasih Taehyung dan Hyunji sebentar tadi.
" Kau nak apa lagi? " Soal Hyunji malas. Dia memang bukan dalam mood yang baik untuk bertekak dengan Hwayeon. Cukuplah dia sudah serabut dengan masalah lain. Tunggu masa keputusan peperiksaan diumumkan baru dia nak bertekak dengan Hwayeon.
" Berhenti kacau hubungan aku dengan Taehyung. Jaga je lah hubungan kau dengan Jungkook yang baru nak terbina tu "
Hyunji senyum sinis. Beria betul minah ni nak pertahankan hubungan cinta tepuk sebelah tangan dia tu.
" Ada nampak macam aku kisah ke? "
" I bet kau pun tak suka kan kalau aku cuba nak ambik Jungkook dari kau? "
" For what? Bukannya aku ada hati dekat Jungkook pun " Jawab aku tenang. Buat apa aku perlu gelabah kalau aku tak sukakan Jungkook pun?
Hwayeon merapati lagi dirinya dengan Hyunji sebelum kedua belah tangannya dilipatkan ke dada. Sedikit pun Hyunji tidak gentar malah dia masih di tempat yang sama, langsung tidak berundur ke belakang. Dia membalas tatapan Hwayeon dengan malas.
" Aku dengan Taehyung akan bertunang tak lama lagi so jauh jauh lah ek dengan bakal tunang aku "
Kata-kata Hwayeon mematikan riak wajah Hyunji.
" A-apa? "
***
Aku melangkah masuk ke dalam kelas dengan penuh rasa tanya atas apa yang disampaikan oleh Hwayeon sebentar tadi. Fikiran aku tidak henti memikirkan tentang Taehyung. Wajar lah jika Taehyung melayannya seperti orang asing. Sebab nak bertunang dah rupanya.
Tapi kenapa sebelum ni cara layanan Taehyung sangat baik? Seakan-akan Taehyung begitu mengambil berat terhadapnya. Dan tentang pertandingan ujibakat itu, boleh saja Taehyung mengajak kekasihnya collab tapi kenapa dia mencari Hyunji jugak? Ah, mixed signals. Meluat! Fakehope! Huhu sendu betul hidup seketul Lee Hyunji. Dia ada segalanya kecuali Taehyung. Hm!
Hyunji memandang ke depan di mana Soo Ah dan rakan sekelas mereka yang lain sedang rancak berbual manakala Soo Jin sedang menumpukan perhatiannya pada kerja sekolah yang diberikan oleh guru kimia mereka tadi. Selalunya Soo Jin bukanlah jenis yang akan siapkan kerja sekolah di sekolah tapi disebabkan apa yang terjadi hari ini benar benar memberi kesan kepada mood nya. Sekali Hyunji mengeluh berat. Serabut! Younghoon lah punca semua benda jadi kucar-kacir!
Sebaik sahaja Hyunji ingin menyelak buku rujukunnya, ketua kelas mereka yang bernama Gihoon memanggil nama Hyunji dengan lantang sampaikan seluruh kelas memandangnya. Hyunji lantas mendongak sedikit sambil alis keningnya terjungkit ke atas.
" Ada orang nak jumpa kau "
" Siapa? " Soal Hyunji penuh rasa ingin tahu.
Tidak disangka, Younghoon yang muncul di hadapan kelas mereka. Raut wajah Hyunji berubah terkejut dan bibirnya bergetar ingin menutur sesuatu tetapi tidak terlepas dari mulutnya. Pandangannya beralih pula kepada Soo Jin. Gadis itu kelihatan sedang menggenggam kuat pen di tangan sambil matanya tidak terlepas menatap Younghoon yang sedang tersenyum lebar.
Semakin resah diri Hyunji. Perasaan serba salah terhadap Soo Jin semakin menebal. Dia tak nak Soo Jin salah anggapnya sebagai kawan makan kawan. Dia bukan seseorang yang akan makan kawannya. Kenapa Younghoon harus merumitkan lagi keadaan?!
Lantas Hyunji bergegas keluar kelas dan membawa Younghoon ke belakang sekolah. Hari ni jugak dia harus menjelaskan kepada Younghoon tentang masalah ini.
" Hi, Hyunji " Younghoon tersengih lebar namun tidak buat Hyunji. Wajah gadis itu ketat sahaja.
" So kau dah tahu aku siapa kan? Apa pandangan kau terhadap aku? " Soal lelaki itu lagi.
Hyunji mengetap bibirnya sebelum mengutarakan niat sebenarnya, " Younghoon-ah, geumanhae "
Dahi Younghoon berkerut seribu dan dia melihat Hyunji dengan penuh tanda tanya. Apa yang gadis itu cuba sampaikan?
" Aku hormat perasaan kau dekat aku tapi aku kena hormat kawan baik aku sendiri, Soo Jin. Dia sukakan kau sejak tingkatan satu lagi dan aku rasa kau pun mesti notis kan dia asyik dm kau? Aku tak nak disebabkan perasaan kau dekat aku, persahabatan aku dengan dia musnah sekelip mata... "
" Jadi tolong, tolong sangat jangan sukakan aku "
Hyunji terus meninggalkan Younghoon yang masih terpinga-pinga sedang mencerna ayat Hyunji. Dia memandang susuk tubuh Hyunji yang kian kecil di matanya dengan tatapan yang bingung.
Manakala di satu sudut, Hwayeon yang dari tadi mendengar segala perbualan antara Hyunji dan Younghoon tersenyum sinis.
" Akhirnya aku ada something yang boleh digunakan terhadap kau, Hyunji " Katanya perlahan. Di dalam hati dia sudah melonjak gembira kerana mampu menewaskan Hyunji kali ini. Hwayeon tersenyum kemenangan sebelum melangkah pergi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top