16

Hyunji mencelikkan matanya setelah lama tidak menyedarkan diri. Dia memejamkan kembali kelopak matanya untuk sesaat kerana cahaya lampu yang menusuki kornea mata nya sebelum matanya terbuka semula.

Dahinya berkerut seketika manakala otak nya sedang ligat mencerna keberadaan dia sekarang ini. Ini bukan biliknya, tapi hospital. Lalu matanya tertancap pada kelibat seorang lelaki tinggi lampai yang sedang membelakanginya di ruang tamu kecil di bilik yang dia kini berada.

" Jungkook? " Tekanya setelah dia mengecam rambut lelaki itu. Hanya Jungkook yang suka buat rambut kelapa menutup dahi seperti sudah tiada style lain yang dia ingin cuba.

Jungkook yang mendengarkan namanya disebut terus memusingkan sedikit tubuh dan kepalanya untuk pandang ke belakang. Dia nampak Hyunji yang sudah bangun daripada baringan.

" Eo Hyunji, kau dah sedar? " Segera Jungkook meletakkan pisau yang dipegangnya untuk mengupas kulit buah epal di atas meja. Pinggan yang diisi buah potong dibawa sekali ke tepi katil lalu ditempatkan di meja sebelah katil Hyunji.

" Kau okay tak? Rasa sakit lagi? Mual atau pening ke? " Bertubi-tubi soalan yang Jungkook ajurkan kepada Hyunji. Tak rilek betul padahal budak tu baru je sedarkan diri.

" Dah berapa lama aku dekat sini? " Tanpa menjawab pertanyaan Jungkook tadi, Hyunji pula yang menyoal Jungkook.

" Tiga hari. Kau pengsan tiga hari lepas dekat bilik muzik. Parents kau dengan Rowoon hyung baru je datang melawat kau tadi "

" Macam mana aku boleh pengsan? "

Jungkook melepaskan sebuah keluhan berat, " Kenapa kau minum jugak air blueberry tu kalau kau tahu kau allergic dengan blueberry? "

Hyunji terkedu. Jadi sebab tu lah dia jatuh sakit? Memang dia allergic dengan blueberry tapi tak pernah pulak sampai masuk hospital. Paling tidak pun demam biasa je.

" A-aku tak tahu pulak sampai boleh pengsan. Selalunya tak jadi apa apa pun " Hyunji mengemam bibirnya. Kan dah menyusahkan orang. Haih...

" Aku tahu kau tak boleh nak tolak sebab Taehyung yang pesankan minuman tapi at least tolong lah fikir pasal kesihatan kau dulu before anything else. Aku tak suka tengok kau sakit macam ni " Ujar Jungkook penuh prihatin. Perasaan bersalah semakin menguasai diri Hyunji. Tulah, seronok sangat crush pesankan air sampai masuk hospital. Bodoh biar berpada-pada.

Cakap pasal Taehyung, Hyunji tertanya-tanya jika Taehyung ada datang melawatnya.

" Taehyung ada datang tak? "

Pertanyaan Hyunji menyebabkan Jungkook diam. Tengok lah, dalam keadaan macam ni pun dia masih nak cari Taehyung.

Jungkook menggelengkan kepala, " Tak "

" Sekali pun tak ada datang? "

" Ya, sekali pun dia tak ada melawat kau "

" O-oh... " Wajah Hyunji jelas menunjukkan bahawa dia berasa kecewa kerana Taehyung langsung tidak menjenguknya sepanjang tiga hari dia berada di sini. Senyuman hambar ditayangkan pada wajah untuk menutupi rasa sedih itu.

" Aku dah potongkan apple hijau untuk kau. Nah, ambik satu " Jungkook segera menukar topik setelah dia perasan akan perubahan air muka Hyunji. Pinggan tadi diambil kemudian dihulurkan kepada Hyunji.

" Terima kasih, Kook. For everything " Hyunji tersenyum nipis seraya pinggan tadi bertukar tangan.

***

Hyunji mengambil keputusan untuk turun ke taman hospital dengan niat untuk mengambil angin. Dirinya mula terasa bosan asyik terperuk di dalam bilik sahaja. Jungkook pula tak ada. Jejaka itu pulang sebentar ke rumah untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum dia kembali ke hospital semula. Walhal lah sudah empat hari dia tidur di hospital untuk menemani Hyunji.

Auch cair hati Hyunji mengenangkan betapa caringnya seketul Jeon Jungkook. Berbeza pula dengan Taehyung yang langsung tidak menjenguk dirinya walaupun sekali. Perit benor ye crush tak datang melawat sedangkan crush lah punca dia terlantar di hospital. Dasar anjir!

Hyunji mengeluh sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi panjang di hujung taman hospital. Matanya melilau memandang sekeliling. Boleh tahan ramai jugak pesakit yang turun ke bawah untuk berehat sambil ambil angin.

Hyunji menyeluk tangannya ke dalam poket baju pesakit lalu sebiji kimbap yang dibelinya tadi di kafeteria hospital dikeluarkan dari dalam poket. Plastik bungkusan kimbap itu dibuka kemudian Hyunji mengambil satu gigitan kecil kimbap itu.

Ketika matanya sedang meliar ke sekeliling, anak matanya tiba tiba terhenti di saat dia nampak seseorang yang seakan-akan dia amat mengenali. Dahinya berkerut cuba untuk melihat figura tersebut dengan lebih jelas. Aduh payah jugak jadi rabun jauh ni. Figura tersebut turut sedang memandang ke arahnya.

Apa yang membuatkan Hyunji lebih senang untuk mengecam orang tersebut itu adalah keychain yang tergantung pada beg sekolahnya. Keychain penguin berwarna biru.

" Taehyung? " Bisik Hyunji kepada dirinya sendiri.

" Kau kat sini rupanya, Hyunji " Sebuah suara yang menegur Hyunji dari belakang membuatkan Hyunji mengalihkan pandangannya daripada seseorang yang dianggap 'Taehyung' itu. Hyunji memandang semula ke belakang dan Jungkook rupanya yang menegurnya.

" Kau tengok siapa, Hyun? " Soal Jungkook hairan.

Hyunji pusing semula ke arah tadi untuk melihat Taehyung tapi Taehyung sudah tiada di sana. Kening Jungkook bercantum ketika dia mengikut arah mata Hyunji. Nampak hantu ke apa budak ni?

***

Akhirnya selepas lima hari terlantar di hospital, Hyunji sudah boleh bersekolah seperti selalu. Amat yang memenatkan cuma lah banyak kerja sekolah yang dia sudah ketinggalan dan perkara ini mungkin akan memberi kesan kepada Hyunji semasa peperiksaan nanti. Sudah lah minggu depan peperiksaan bakal bermula. Dia tidak boleh melepaskan statusnya sebagai top student ini kepada tangan Hwayeon. Nanti tercetus perang dunia ketiga.

Hyunji ke sekolah bersama Jungkook hari ni. Jungkook yang datang menjemput Hyunji kerana dia masih risau akan kesihatan Hyunji. Walaupun Hyunji sudah berkeras mengatakan bahawa dia sihat sihat sahaja.

Sebaik sahaja Hyunji dan Jungkook melangkah masuk ke dalam kelas, semua pelajar mula bersorak mengusik mereka. Terkejut sekali dengan terdiam Hyunji dengan Jungkook.

" Fuyooohhh korang ada apa apa ke? " Suara Hyun Kyu bergema di seluruh kelas. Semakin blur Hyunji dibuatnya apabila disoal sedemikian. Soo Ah dan Soo Jin turut berada di sana untuk mengusik Hyunji. Cis, member tak guna.

" Eo? Kitaorang tak ada apa apa pun lah " Hyunji cuba menafikan berita palsu yang entah siapa yang reka itu. Jungkook di sebelah tidak berkata apa apa malah dia sedang cuba menahan senyuman. Bestnyeeee satu kelas ship dia dengan Hyunji.

" Menipunya! Bukan Jungkook ke yang setiap hari teman kau dekat hospital? Sampai dia ponteng sekolah tiga hari " Celah Jinjin pulak. Ha sudah...

" Korang bila nak couple doh? Aku suka tengok korang berdua sebab korang memang sesuai gila! "

" Jungkook, cepat lah sikit tackle Hyunji. Aku tak sabar nak makan nasi minyak "

" Yah yah, jangan merepek lah " Hyunji yang sudah gelabah cuba menghentikan budak budak kelasnya dari terus mereka cerita palsu. Bahaya do kalau berita palsu ni tersebar dekat satu sekolah. Lagipun dia tak ada hati dengan Jungkok. Dia nak Taehyung!

Jungkook di sisi pula sudah merah seluruh wajah dan juga telinganya menahan malu.

" Aku dengan Hyunji tak ada apa apa pun. Kami cuma bestfriend " Jungkook menggosok belakang lehernya malu.

" Buat masa sekarang aku cuma guardian angel dia je. Who knows nanti aku dapat tackle ke? Hihi " Gurau Jungkook yang mendapatkan sorakan daripada seluruh kelas.

Mata Hyunji terus membulat apabila Jungkook bergurau sedemikian. Jangan merumitkan keadaan lagi lah! Hyunji menampar lengan sasa Jungkook seraya menjegilkan matanya. Jungkook tersengih nakal. Seronok dia dapat mengusik Hyunji.

" Yah! Jangan nak melebih boleh tak?

Jungkook merendahkan sedikit tubuhnya lalu berbisik kepada Hyunji, " Aku gurau je "

" Hotak kau gurau! Ee dah lah " Hyunji merengus geram lalu melangkah ke tempat duduknya diikuti oleh Jungkook dari belakang. Sabar je dia dengan Jungkook ni. Kalau cerita palsu ni tersebar, memang dia bunuh Jungkook dahulu.

Soo Jin membalas pandangan isyarat mata Jungkook. Ibu jarinya dinaikkan tanda 'good'. Nice Jungkook. Jangan kalah nak tambat hati Hyunji"

Manakala Taehyung yang dari tadi berdiri di luar kelas mengepal tangannya menjadi penumbuk. Jiwanya yang membara, dirinya yang geram dengan Jungkook menguasai perasaannya. Tidak dia sangka bahawa Jungkook menikam diri dia sebagai seorang sahabat.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top