14

Appa meletakkan sudu di tepi mangkuk nasi kemudian dia memandang aku dengan tenang. Segaris senyuman tercalit pada mukanya.

" Ya, appa dah buat keputusan untuk hadir jugak majlis anugerah tu. Tuan dan Puan Jeon pun setuju nak hadir sama sama dengan appa dan eomma "

Tangan aku menghentak kuat meja. Serta merta punggung aku bangkit dari kerusi. Aku memandang appa dengan tidak percaya.

" Apa?! "

" Hyunji-ah " Bisik Rowoon memanggil nama aku seraya tangannya menyentuh pergelangan tangan aku. Aku tidak menepis. Aku cuma buat tak tahu je. Tuan dan Puan Jeon bersertakan Jungkook turut memandang aku dengan hairan.

Appa tahu yang aku tidak suka akan ideanya untuk menghadiri majlis anugerah tersebut namun appa tetap ingin hadir. Dia memang nak satu sekolah bawang pasal aku ke?

" Hyunji, duduk. Kita boleh bincang pasal ni " Arah appa. Aku merengus kasar lalu duduk semula di atas kerusi makan. Eomma tiri aku cuma menjadi pemerhati sahaja. Dia tidak mahu masuk campur akan hal ini.

" Nak bincang apa lagi? "

" Lagipun kamu nak takutkan apa? Itu sekolah kita. Dan pelajar pelajar dekat sana takkan tahu kamu yang kamu ni anak pemilik sekolah selagi tak ada sesiapa yang bukak mulut. Jungkook pun takkan bukak mulut. Kan, Jungkook? " Appa memandang Jungkook pula.

" Y-ya... " Jawab Jungkook ringkas.

Aku memeluk tubuh, masih tidak puas hati dengan keputusan appa. Tak pernah pernah nak tunjuk muka dekat apa apa majlis sekolah, tiba tiba tahun ni nak tunjuk. Ugh...

" Kau ikut tak? " Aku palingkan muka ke sebelah di mana Rowoon sedang duduk. Dia mengangguk.

Haa sudah... Habislah satu sekolah nanti histeria kalau nampak Rowoon. Tak dinafikan dia ada rupa yang menawan.

" Hyunji dah selesai makan. Jom, Kook "

***

Hari yang aku paling tidak tertunggu akhirnya tiba. Majlis akan berlangsung pada jam 11 pagi nanti. Aku meletakkan beg di kelas sebelum aku melangkah keluar semula untuk ke kantin.

Ketika aku melintasi tandas perempuan yang terletak pada blok hadapan, aku terdengar suara-suara yang aku terdengar tempoh hari. Aku cuba memasang mata dan betul tekaan aku, Hwayeon masih belum berhenti membuli pelajar yang mengambil tempatnya. Haih, dasar minah dengki.

Aku mengeluh berat kemudian berjalan ke arah mereka. Nak tunggu heroin muncul, sampai roboh sekolah ni pun takkan ada heroin yang muncul. Jadi aku lah yang jadi heroin tersebut.

" Aku taknak tahu! Kau jangan tandatangan borang tu! "

" Yah Park Hwayeon! Geumanhae! " Kata aku bersuara kuat. Tangan Hwayeon yang sudah berada di udara terhenti daripada terus menampar pelajar itu. Dia menoleh ke belakang lalu tersenyum sinis selepas nampak aku. Tangannya diturunkan semula dan dia menapak di depan aku.

" Kau jangan masuk campur urusan aku boleh tak? " Ujarnya memandang aku tajam. Aku turut membalas semula pandangan dia dengan lebih tajam.

" Kau memang tak boleh kan tengok orang lebih dari kau? Dengan budak junior pun nak dengki ke? "

" Kau tahu apa? Kau bukan budak sukan, jadi jangan masuk campur "

" Mak kau sendiri tak bagi kau masuk apa apa acara sukan tahun ni disebabkan kau tu loser yang selalu kalah dengan aku dalam pelajaran. Kau masih berkeras nak paksa budak ni untuk tarik diri huh? "

Hwayeon mengerutkan dahinya, bibirnya diketap rapat menahan geram kerana dia barusan saja dipandang rendah oleh aku.

" Bwo? "

" Jangan buat diri kau lagi menyedihkan boleh tak? Cukup lah selama ni kau dah tunjukkan yang kau memang menyedihkan "

Aku menjelingnya tajam kemudian aku menarik lengan pelajar junior tersebut sebelum aku membawanya pergi.

Hwayeon merengus kegeraman. Bibirnya diketap rapat, kakinya dihentak kuat.

Aku melepaskan pegangan aku pada lengan pelajar junior itu setelah memastikan bahawa kami sudah jauh dari tempat tadi. Aku pandang dia yang sepertinya masih takut.

" Nama kau apa? "

" Eo? " Anak matanya bergetar ketika disoal aku secara tiba tiba. Air liurnya diteguk kelat. Aku melepaskan nafas.

" Jangan takut dengan aku. Aku bukan macam Hwayeon. Aku tanya, nama kau apa? "

" Ji-Jieun. Park Jieun "

" Owh. Kau akan wakilkan sekolah kita ke nanti? "

" Y-ya "

" Jangan tarik diri. Kau layak untuk wakili sekolah kita "

" T-tapi... "

" Tak payah risau pasal Hwayeon. Aku akan protect kau, eo? Dah lah, aku nak masuk dewan "

Menyedari aku yang sudah lewat, aku terus meminta diri untuk masuk ke dalam dewan. Pandai pandai lah budak tu uruskan diri dia. Tugas aku cuma untuk lindungi dia daripada Hwayeon je. Aku takkan biarkan nenek sihir tu sakiti budak budak yang tak bersalah.

Aku mengambil tempat di tepi Jungkook. Jungkook menyedari akan kehadiran aku setelah dia perasan yang aku mencuit bahunya.

" Erm testing mic one two three. Selamat pagi diucapkan kepada tuan-tuan, puan-puan dan pelajar-pelajar sekalian. Pada pagi yang mulia ini, majlis anugerah pelajar pada tahun 2020 akan berlangsung sekarang! " Suara ketua pengawas, Ahn Young Hoon mula kedengaran melalui speaker speaker besar di dalam ruangan dewan besar ini yang disambungkan dengan mikrophone yang dipegang olehnya. Semua pelajar kecuali aku dan Jungkook mula bertepuk tangan. Ada jugak yang bersorak. Seronok sebab tak payah belajar kan?

" Sebelum kita mulakan majlis hari ini, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tetamu VVIP kita iaitu Tuan Jeon Janggut dan Puan Jeon Jamu yang merupakan ketua ahli lembaga sekolah kita!! Berikan tepukan yang gemuruh! " Seisi dewan mula menepuk tangan dengan gemuruh ketika Tuan dan Puan Jeon berjalan di atas karpet merah yang dibentangkan.

Ye, itu ialah ibu bapa Jungkook. Jungkook di sebelah cuma mendiamkan diri saja. Dia juga tidak suka jika ibu bapanya hadir ke sekolah. Lebih kurang macam aku lah.

" Baiklah seterusnya mari kita alu-alukan kedatangan pemilik sekolah Saebeom High School iaitu Tuan Lee Hyunki dan keluarga! "

Aku mengetap rapat bibir ketika appa, eomma tiri aku dan Rowoon berjalan ke hadapan sambil tersenyum manis. Apa yang buatkan aku semakin menyampah adalah semua pelajar perempuan mula menjerit sebaik saja mereka nampak Rowoon. Aih... serabut. Tu abang tiri aku lah woi!

Giliran Jungkook pula yang memandang aku. Dia menggenggam tangan aku dengan erat lalu dia mengangguk kecil.

Manakala Taehyung yang selang beberapa kerusi di belakang mengetap rapat bibirnya melihat adegan tak sweet Jungkook dan Hyunji. Dasar kawan makan kawan!

Namun Hwayeon pula sudah mula memikirkan sesuatu. Dia memandang Tuan Lee, Tuan Jeon, Hyunji dan Jungkook bersilih ganti. Ada sesuatu yang mencurigakan. Lebih lebih lagi tentang Hyunji.

***

Sebaik saja kaki aku melangkah masuk ke dalam kafe yang paling dekat dengan sekolah, aku nampak tiga susuk badan yang sudah duduk di meja yang ditempah. Iaitu Jungkook, Jimin dan Taehyung.
Kami tak jadi nak study dekat perpustakaan harini sebab Namjoon sunbae dan yang lain dah cop dulu nak study dekat sana.

Aku bergerak ke arah mereka kemudian aku menyapa mereka. Serentak mereka bertiga mendongak untuk memandang aku. Aku mengukirkan senyuman tipis.

" Hey, Hyunji. Duduk lah, aku simpan tempat untuk kau " Ujar Taehyung segera sambil dia mengubahkah beg sekolahnya yang diletakkan di atas kerusi yang dijaga untuk aku. Jungkook yang tengah tahan sabar cuma lihat dengan mata helangnya.

Aku ambil tempat di sebelah Taehyung. Beg sekolah aku diletakkan di atas lantai bersebelahan dengan meja yang kami duduki sekarang.

" Aku dah pesankan blueberry smoothie untuk kau. Kau okay tak? " Kata Taehyung seraya meminta kepastian aku jika aku okay dengan apa yang dipesannya.

" Dia suka strawberry " Baru saja aku ingin membuka mulut, Jungkook terlebih dahulu sudah mencelah.

" Err tapi blueberry pun boleh je hehehe. Thank you tolong aku pesankan minuman, Taehyung "

Sebenarnya aku agak hampa kerana crush aku tak tahu yang aku suka strawberry, bukan blueberry. Orang lain pulak yang tahu apa kesukaan aku huhu.

" Dah la, jom study. Jimin, mana yang kau tak faham kau tanya ah Taehyung " Tidak mahu Taehyung asyik berbual dengan cinta hati Jungkook, Jungkook segera menukar topik. Taehyung sudah menayangkan wajah menyampah.

Geram!

***

Aku dan Jungkook berjalan sekali ke perhentian bas. Taehyung ada pelawa untuk hantar aku pulang tapi aku menolak. Ye memang rugi tolak pelawaan crush tapi rumah Taehyung tak sehaluan dengan rumah aku. Aku tak nak lah susahkan dia.

Apabila bas sudah tiba, aku dan Jungkook naik ke atas bas. Kami memilih tempat duduk yang kedua dari belakang.

" Letih betul hari ni " Kata aku kemudian menguap besar. Seluruh tubuh aku rasa tidak bermaya langsung. Pening pun ada.

" Kau okay tak? Tidur lah dulu. Nanti dah sampai, aku gerak kau "

Aku menggelengkan kepala, " Takpe. Kejap je nak sampai rumah dah "

Jungkook mengeluh, " Arraso "

" Jungkook-ah "

" Eo? "

Aku naikkan wajah untuk melihat Jungkook yang sedikit tinggi daripada aku.

" Kenapa kau tak suka orang tahu yang kau ni anak ketua ahli lembaga sekolah? " Aku tertanya-tanya kenapa Jungkook tak suka. Selain alasan 'tak nak riak' , aku yakin pasti ada alasan lain kenapa dia tak pernah bagitahu orang tentang identiti dia.

" Saja... aku tak suka orang asyik cakap pasal aku. Lagipun appa aku bukan setakat ketua ahli lembaga sekolah je, tapi dia pun pendakwa raya terkenal dekat kota ni. Kau faham kan? "

Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Aku faham yang menjadi seorang pendakwa raya bukan lah satu kerja yang mudah. Banyak mulut yang akan bercakap.

" Kau pulak? Kenapa tak suka orang tahu yang kau ni anak pemilik sekolah dan anak businesman yang paling kaya dekat kota? "

" Keluarga aku kacau bilau. Aku tak nak orang tahu yang aku sebenarnya tak ada mak. Aku tak suka mak tiri aku "

" Tapi dia baik kan dengan kau? "

" Memang. Tapi hati aku tak terbuka untuk terima orang lain yang menggantikan tempat eomma "

Sebak pulak apabila bercakap soal ini. Kadang kadang aku tertanya, apa yang membuatkan aku susah untuk terima mereka? Aku sendiri tidak tahu jawapannya.

" Mungkin kau patut belajar terima diorang perlahan-lahan. Kau kena cuba terima yang eomma tiri kau pun boleh sayang kau macam eomma kau sendiri. Memang susah, but slowly "

— Sepi

" Hyunji? "

Jungkook menoleh ke tepi untuk melihat Hyunji. Bibirnya menguntumkan senyuman tipis kerana melihat Hyunji yang sudahpun tertidur.

Jungkook menarik kepala Hyunji supaya kepala Hyunji tersandar pada bahunya. Rambut hadapan Hyunji yang menutupi wajahnya diselak ke tepi.

Comel!

==

notes ; lepas ni aku akan guna third person's pov. sebab kalau guna hyunji's pov, dia macam berselerak sikit.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top