12

Aku memegang pipi aku yang barusan ditampar oleh perempuan gila di hadapan aku. Rasa panas mula terasa pada permukaan pipi. Aku meniup perlahan bangs aku sebelum aku angkatkan kembali wajah aku.

Jungkook dengan Taehyung pula masing masing dah berdiri dekat tempat masing masing sambil melihat kejadian yang tengah berlaku.

" Kau apahal?! " Aku menolak kuat badannya ke belakang dan lantang suara aku menyoal dia yang tanpa sebab tiba tiba berkelakuan macam orang gila datang tampar aku.

" Kau tu yang apahal?! " Hwayeon menapak satu tapak ke depan semula dan menatap aku dengan tatapan yang penuh kemarahan. Aik dia tanya aku balik.

" Kau boleh tak jangan tamak sangat?! Semua benda kau nak sapu! " Kini gilirannya pula yang bersuara kuat. Atau patut aku kata lebih kepada jeritan?

Aku mengerutkan dahi, cuba menangkap maksud kata-kata yang diucapnya tadi. Wait... jangan cakap...

Aku ketawa kecil penuh dengan rasa tidak percaya, " Laa sebab tak menang quiz tadi ke? Itu je pun nak melenting sampai macam ni "

Pelajar pelajar di dalam kelas turut melepaskan tawa. Ada yang sudah mula berbisik melihat perilaku Hwayeon yang boleh dikatakan tidak matang itu. Kelakar betul lah dia ni sampai kalah quiz pun nak gaduh dengan aku.

" Aku penat penat study dari semalam tapi kau jugak yang menang! Kau rasuah cikgu tu ke hah?! " Dia menolak lagi bahu aku lalu selangkah dia maju ke hadapan mendekati aku.

Aku sama sekali tidak takut dengannya jadi dengan tenangnya aku pula yang menolaknya beberapa langkah ke belakang dengan cara mendekatinya. Namun mata aku setia menatapnya dengan tajam.

" Kau kalau study 24 jam sehari pun, kalau dah bodoh tetap bodoh jugak "

" Tinggi betul angan-angan kau ek nak kalahkan aku? Kau ingat aku nak bagi kau muka ke? " Aku mengukirkan senyuman sinis sengaja ingin menambah lagi api di dalam dirinya yang sedang membara.

" Yahhh!! "

Tiba tiba tangannya laju menggenggam akar rambut aku dengan kuat lalu dia menarik rambut aku sampaikan aku rasa rambut aku macam nak tercabut.

Aku cuba lepaskan diri tapi dia enggan melepaskan rambut aku. Justeru itu aku membuat perkara yang sama iaitu menarik rambutnya jugak.

Maka mula lah adegan menarik rambut masing masing.

Sehingga lah...

" APA YANG KAMU BERDUA TENGAH BUAT NI?!!! "

Serta-merta tangannya dan tangan aku melepaskan rambut masing masing. Aku melirik ke arah pintu kelas sebelum aku pandang Hwayeon dengan tajam semula. Ada Madam Chae di pintu, guru kelas sebelah yang sememangnya sangat garang dan menyeramkan.

" Lee Hyunji! Park Hwayeon! Ke bilik saya sekarang! "

Kini aku dan Hwayeon berada di bilik guru. Kami bernasib baik kerana tidak diheret ke bilik disiplin.

" Seronok ke main tarik rambut? " Soal Madam Chae dengan tegas. Kaca matanya dilorotkan sehingga ke batang hidungnya sambil dia memandang kami dengan serius.

" Dah tak ada benda lain nak dibuat ke Hwayeon? Kamu pindah kelas lepastu kamu nak main main? " Giliran Hwayeon pula yang disoal. Hwayeon cuma sekadar mengetap bibir sambil memandang lantai. Ceh baru nak tahu takut ke?

" Hyunji, kamu nak saya call ayah kamu ke? "

Laju saja mata aku membulat. Segera aku menggeleng laju kepala. Uish bahaya kalau berita ni sampai ke telinga appa. Pasti aku akan dimarahi dan paling penting, pasti appa akan datang ke sekolah.

" Kalau tak nak saya panggil appa kamu berdua datang, better jaga kelakuan. Faham tak? "

" Faham " Kami berdua menjawab serentak.

" Dah, kamu berdua boleh balik ke kelas sekarang " Suruh Madam Chae. Aku dan Hwayeon menunduk hormat kepadanya sebelum meminta diri. Namun, langkah aku terbantut tatkala Madam Chae memanggil aku semula.

" Hyunji, saya nak cakap pasal ayah kamu sekejap. Pasal hari anugerah tu "

Hwayeon toleh ke belakang semula selepas melangkah beberapa tapak. Samar-samar dia terdengar apa yang dikatakan oleh Madam Chae kepada Hyunji. Dia nak dengar lebih lebih tak boleh sebab dah disuruh pulang ke kelas.

Ketika perjalanannya pulang ke kelas, dahinya berkerut mengingati kata-kata Madam Chae yang berlayar di mindanya. Apa kena mengena ayah Hyunji dengan hari anugerah sekolah diorang?

Fishy...

***

Aku kembali ke kelas dengan ekspresi muka yang tenang. Buat apa nak gelabah kan setakat kena panggil dengan cikgu je?

Sebenarnya lagi 10 minit dah nak masuk waktu rehat tapi aku pulang ke kelas dahulu sebab aku tak bawak dompet aku sekali dengan aku tadi. Jadi nak tak nak terpaksa la aku masuk kelas dulu.

Aku terus ke tempat duduk aku walaupun pelajar-pelajar kelas aku sedang memandang aku mungkin untuk tahu apa yang terjadi di bilik guru tadi. Tapi aku abaikan saja. Malas lah nak adakah sesi teh.

Tiba tiba Jungkook meluru ke arah aku. Bahu aku dicuitnya perlahan. Segera aku mengangkat wajah untuk melihatnya yang lebih tinggi daripada aku. Sebelah kening aku diangkat.

" Kau okay tak? " Soal Jungkook dengan wajahnya yang polos. Alamak saya harap saya tak terjatuh! Sebab Jungkook comel sangat!!

" Okay je. Kenapa? " Aku mengajukan soalan kepadanya kembali.

Jungkook menggeleng kepala sambil menguntumkan senyuman tipis, " Tak ada apa pun. Aku cuma risau takut kau ada cedera "

Saya dah terjatuh...

Tidak dinafikan hati aku seperti dicuit sesuatu apabila Jungkook beritahu aku bahawa dia risau akan aku. Dia... care pasal aku?

" Gwenchana. Biasalah gaduh budak budak kan " Sinis aku memerli Hwayeon yang baru masuk ke kelas dengan wajah yang masam mencuka. Hok aloh dia ni. Sendiri yang cari pasal, sendiri yang bad mood. LOL!

Kringgg

" Eo? Dah rehat lah. Nak rehat sekali tak, Jungkook? " Tanya aku sekaligus mengajak Jungkook untuk menyertai aku dan Soo Sisters berehat sekali.

" Onz " Ringkas Jungkook membalas.

" Jom Soo Ah, Soo Jin. Jungkook pun jom " Lalu kami berempat melangkah keluar daripada kelas ke kafeteria.

Manakala Taehyung di tempat duduknya pula dari tadi menjadi tukang perhati saja. Sebenarnya dia ingin menegur Hyunji tadi tapi Jungkook bertindak lebih pantas daripadanya. Haduh...

Taehyung melirik ke arah Hwayeon yang masih berada di tempat duduk. Satu keluhan berat dihela sebelum Taehyung bangun dan menghampiri Hwayeon.

" Jom pergi rehat " Kata Taehyung datar kemudian dia berjalan pergi. Terpaksa dia melayan Hwayeon dengan baik selepas dia dimarahi oleh ibunya semalam.

Aku dan mereka bertiga bersama pelajar kelas kami yang lain duduk di meja panjang di hujung sekali. Memang sudah menjadi port kami berehat disini sampaikan tiada seorang pun yang berani duduk di tempat kami.

The power of being a senior HEHE.

Aku menyuapkan nasi ke dalam mulut aku diikuti dengan telur gulung. Menu hari ini adalah kesukaan aku iaitu telur gulung, sup rumpai laut dan sotong kering! Aku letakkan sotong kering di tepi kerana bak kata orang, save the best for the last!

Aku nampak muka Jimin mogok saja padahal setiap kali rehat dia lah yang paling riuh, cakap tak pernah boleh berhenti. Tapi hari ni, mendung saja raut mukanya.

" Jimin, kau okay tak? " Sebagai seorang rakan yang baik, aku menyoal dia. Tapi memang aku risau pun tengok perubahan dia hari ni.

Jimin mengangkat mata memandang aku sebelum lambat lambat dia mengangukkan kepalanya.

Jungkook di sebelah aku juga turut melihat perubahan Jimin pada hari ini.

" Kalau ada masalah, cerita tau dekat kitaorang. Jangan pendam " Pesan Jungkook pula.

Jimin menghela nafas lalu mengangguk kepalanya, " Aku okay "

Namun tanpa berkata lanjut, dia terus bangun meninggalkan meja makan kami tanpa mengambil makanannya sekali. Aku dan Jungkook tersentak sebelum kami berdua memandang sesama sendiri dan mengangkat bahu.

Pandai pandai la aku pujuk Jimin japgi.

" Oi kau tak makan ke sotong kering ni? Sedap do "

Aku pandang Jungkook yang mencapai chopstick dia lalu terus mengambil sotong kering yang aku letak dekat tepi pinggan aku tadi. Mata aku membulat laju sebelum aku menjerit kuat.

" Yah !!! "

Bahu Jungkook terhincut mendengar jeritan aku. Bukan setakat Jungkook je, satu kafeteria terdiam dan semua pelajar memandang aku.

Kunyahan mulut Jungkook terhenti tatkala dijerkah oleh aku. Dia memandang aku dengan makanan yang memenuhi mulutnya serta mata yang bulat seperti bola.

" Wae? " Soalnya perlahan dan naif.

" Tu favourite aku lah!! "

***

" Jieun, tahun ni kamu wakilkan sekolah kita ya untuk acara larian? " Bicara Coach Dong kepada pelajar junior bernama Jieun ini.

Mata Jieun membulat sedikit, tidak percaya apa yang dikatakan oleh Coach Dong. Dia akan mewakili sekolahnya? Wahh!

" S-saya? " Jari telunjuk ditunjukkan kepada dirinya. Coach Dong membalas dengan anggukan.

" Ya, kamu "

" Kenapa saya? Bukan ke senior Hwayeon yang akan wakilkan sekolah kita tahun ni? " Mustahil Jieun yang akan wakilkan sekolah dalam acara larian kerana setiap tahun pasti Hwayeon yang akan mewakili sekolah mereka. Ini kerana Hwayeon sangat hebat dalam larian.

Coach Dong berdecit perlahan, " Eomma dia tak bagi dia masuk apa apa acara tahun ni sebab dia kena focus belajar. Kamu kan atlet kedua terbaik sekolah jadi kamu jelah ye yang wakilkan sekolah kita? "

Satu senyuman gembira dan teruja tertayang pada wajah comel Jieun. Tidak sangka akhirnya peluang dia untuk menaikkan nama sekolah tiba jua.

***

" APA?!!! " Terpekik suara Hwayeon apabila team larian memberitahunya bahawa dia tidak akan mewakili sekolah mereka pada tahun ini.

" Ya, Coach Dong yang bagitahu kita orang tadi " Ujar Doo Bin, rakan sekelas Hwayeon dulu.

Hwayeon menggenggam penumbuk di sisi tubuh. Bibirnya diketap rapat menahan geram. Setiap tahun pasti dia akan mewakili sekolahnya, kenapa tahun ni ada orang lain yang berani ambil tempatnya??

" Bawak dia datang jumpa aku esok pagi. Kelas aku tak ada cikgu untuk 3 masa " Arah Hwayeon. Doo Bin dan seorang lagi rakannya, Rijung mengangguk faham.

Dada Hwayeon mula berombak menahan geram. Ingin saja dia membaling semua barang yang ada di depannya sekarang ini. Siap kau Jieun!

***

Tap tap tap

Langit yang mendung sejak pagi tadi akhirnya menurunkan hujan rintik yang mungkin akan berubah menjadi lebat sebentar lagi.

Aku melepaskan nafas berat. Aku tak bawa payung hari ni jadi nampaknya aku terpaksa lah berteduh di sekolah dulu sementara menunggu Rowoon tiba. Aku sudah memberitahunya untuk menunggu aku di perhentian bas kerana tidak ingin pelajar pelajar disini membawang.

Dari jauh ada sepasang mata memerhatikan aku. Setapak demi setapak dia mendekati aku sebelum dia menegur aku.

" Hyunji-ah "

Aku palingkan wajah ke tepi untuk melihat tuan suara. Jungkook.

" Eo Jungkook " Aku membalas sapaannya. Jangan ingat aku dah maafkan dia ek lepas dia makan sotong kering aku! Naik hantu aku tadi maklumlah dua minggu sekali je ada menu sotong kering.

" Pemandu kau tak sampai lagi ke? " Aku menggeleng kepala.

" Pemandu aku ikut parents aku outstation. Abang aku yang ambil harini " Rasa pelik pula bila aku gelarkan Rowoon sebagai 'abang' aku. Tak pernah pernah aku nak mengaku dia sebagai abang aku.

" Dia tak sampai lagi ke? "

" Belum. Lagipun aku tak ada payung nak pergi dekat perhentian bas depan sekolah kita ni " Balas aku.

" Aku ada payung. Nak tak kita tunggu dekat perhentian bas? Pemandu aku pun tunggu aku dekat sana " Ujar Jungkook memberi cadangan. Aku menatap matanya semula. Jungkook tersengih kecil sambil menunjuk payung yang dipegangnya.

" Jom " Aku menerima pelawaannya untuk membawa aku ke bus stop yang dikatakan tadi.

Jungkook membuka payungnya lalu dia menarik bahu aku masuk ke dalam payung. Dia langsung tidak melepaskan pegangannya pada bahu aku. Aku naikkan pandangan, dan Jungkook membalas tatapan aku. Lambat lambat segaris senyuman terukir pada wajah kacaknya.

" Kajja "

Hati aku...... berdetak sakan! Macam dalam drama pulak.

Seorang lelaki termengah-mengah mencari nafas selepas dia berlari ke lobi sekolah. Matanya melihat Hyunji yang sudah pergi bersama Jungkook. Dadanya berombak kerana berlari dari blok Muzik sehingga ke lobi, di tempat dia sedang berdiri sekarang.

Nafas kasar dihela seraya dia meneguk air liur. Payung di tangan ditatap sayu sebelum sekali lagi matanya membawa pemergian Hyunji. Aish, dia terlambat seminit sahaja.

Taehyung palingkan tubuhnya dan kembali masuk ke dalam sekolah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top