11

Sejurus Rowoon menarik brek tangan, aku terus membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam rumah. Botol air berwarna merah jambu aku diberikan kepada pembantu rumah yang telah menunggu di depan pintu masuk. Aku turut menanggalkan blazer sekolah lalu dihulurkan kepada pembantu rumah.

" Basuhkan blazer saya dan siapkan uniform sekolah putih untuk esok. Thanks " Tidak lupa untuk aku mengucapkan terima kasih kepada pembantu yang seringkali membantu aku dalam kelengkapan harian. Walaupun perangai aku ni macam hanat, aku masih ada adab.

" Baik, cik Hyunji " Maid itu menunduk hormat. Rowoon yang barusan masuk ke dalam rumah mengeluh perlahan ketika dia melihat aku laju saja melangkah ke arah tangga.

" Kau lapar tak, Hyunji? " Aku berhenti di anak tangga pertama.

" Aku masak untuk kau ek? " Tambah Rowoon lagi. Wajah Rowoon jelas menunjukkan bahawa dia sedang berharap yang aku akan terima pelawaannya.

Aku merengus kasar. Aku nak tinggikan ego tapi sumpah hari ni aku lapar sangat siak. Nak keluar tapi cuaca panas sangat.

" Ikut suka kau " Jawab aku ringkas. Serta-merta wajah Rowoon memaparkan raut kegembiraan. Aku malas nak berdrama lebih, aku terus naik ke atas.

" Cik Hyunji suka tofu jigae " Pembantu rumah membisik perlahan ke telinga Rowoon. Rowoon yang mendengarnya terus menganggukkan kepala lalu maju ke arah dapur.

Aku baringkan tubuh ke atas katil usai membersihkan diri sebelum tangan aku mencapai telefon yang berada di sebelah. Aplikasi Instagram disentuh sebaik saja aku memasukkan kata laluan telefon aku.

Sebaik saja aku membuka aplikasi tersebut, sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Taehyung lima minit yang lalu memenuhi skrin aku.

Gambar selfienya tanpa secalit senyuman pada wajah.

Aiguu dingin betul muka pujaan hati aku ni. Fikir cool lah tu kalau asyik tayang muka dingin? Nasib aku tertambat HAHAHA.

Bibir aku terjungkit sedikit ketika memberi like kepada gambarnya. Hensem! Tapi sayang, tak mampu memiliki huhuhuhuhu sendu jap.

Tiba tiba perut aku berkeroncong. Aih, makin lapar lah. Aku menutup telefon lalu turun ke bawah.

Dari tengah tangga aku sudah dapat membau masakan yang dimasak oleh Rowoon. Em? Bau ni macam aku kenal.

Aku segera melangkah ke dapur kerana tidak sabar untuk tahu bau apakah itu sebab aku memang familiar dengan bau tu. Setibanya aku di depan dapur, aku terus menayangkan muka serious lalu aku berdehem. Ceh padahal dalam hati tak sabar nak tau apa yang Rowoon masak.

" Eo Hyunji kau nak makan dah ke? " Rowoon yang sedang membasuh pinggan pusing untuk melihat aku.

" Hm " Aku mengangguk sekali lalu menarik kerusi di meja makan. Punggung aku dihenyak di atas kerusi tersebut.

Sepantas kilat, Rowoon menghampiri meja makan bersama semangkuk sup atau apa apa saja lah di dalam mangkuk itu.

" Panas ni hati hati " Katanya sambil meletakkan mangkuk tersebut di depan aku. Aku menjenguk sedikit untuk melihat isi dan ternyata mata aku membulat tapi dengan segera aku berlakon serius kembali.

WEH TOFU JIGAE SIOTTTTTTTTTT!

" Ni nasi kau. Dan ni sudu " Rowoon meletakkan semangkuk nasi di depan aku dan juga sudu di sebelah mangkuk nasi aku.

" Maid kita bagitau aku yang kau suka makan tofu jigae jadi aku masakan untuk kau " Ujarnya.

" Aku tak berapa pandai masak tapi aku harap kau satisfied dengan tofu jigae buatan aku ni " Sambungnya sambil menggosok belakang tengkuknya.

Aku diam tidak membalas langsung kata-kata Rowoon. Aku mencapai sudu yang disusun di sebelah mangkuk nasi aku kemudian aku menghirup sedikit kuah tofu jigae tersebut.

Okay sedap.

Aku berdehem perlahan, cuba mengawal diri aku daripada bersorak kegembiraan. Aku sambung makan tofu jigae buatan Rowoon.

Manakala Rowoon di sebelah tersenyum lega melihat adik tirinya begitu menikmati makanan yang dimasaknya. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Hyunji.

Sedang sedap aku menghirup jigae aku, telefon aku berbunyi menandakan ada mesej aku. Aku meletakkan semula sudu lalu membuka telefon untuk membaca mesej tersebut.

Soo Ah
oi, noraebang jom. Aku dengan Soo Jin otw

Bibir aku menguntumkan senyuman pendek. Anat dua ekor ni tak sedar ke lagi dua bulan dah nak exam? Boleh lagi berparti ek?

Aku menolak kerusi seraya bangkit dari meja. Rowoon memandang dengan raut kehairanan.

" Kau dah selesai makan ke? " Soalnya.

" Aku nak pergi noraebang dengan Soo Ah dan Soo Jin " Tutur aku.

Ketika aku ingin mengorak langkah pergi, aku pusing menghadap Rowoon semula.

" Terima kasih sebab masakan untuk aku " Kemudian aku terus pergi.

Rowoon mula tersenyum gembira. Boleh lah ni slow slow dia tarik hati Hyunji.

***

" Hwayeon, exam kamu dah nak dekat kan? "

Hwayeon mengeluh nafas berat selepas disoal sedemikian oleh ibunya. Mood dia yang sudah hancur kerana Taehyung yang menolak untuk makan bersamanya kini lebih hancur apabila ibunya bercakap tentang peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

" Hmm " Gumamnya perlahan lalu melabuhkan punggung di atas sofa berwarna kelabu di ruang tamu utama mereka.

" Eomma dah carikan kamu lebih banyak tutor untuk setiap mata pelajaran jadi jadual kamu akan lebih padat daripada sebelum ni, okay? " Tutur ibunya yang sedang memotong epal di dapur dengan tegas.

Hwayeon mengeluh lagi. Dia sudah tidak tahu bagaimana ingin mengingkar arahan ibunya. Sudah banyak kali dia membangkang tapi ibunya masih dengan keputusan sendiri.

Sejujurnya dia letih dan tertekan dengan ibunya. Tapi apakan daya, ibunya yang menentukan hidupnya.

" Kamu tu kena belajar lebih keras. Kalau tak memang hancur keputusan exam kamu. Cuba tengok Hyunji tu, jadi sikit macam dia. Setiap hari main dengan kawan kawan pun masih boleh kekalkan prestasi. Kamu? Baru main sejam dah hancur satu tahun. Mengecewakan " Ujar ibunya lagi seraya meletakkan pinggan yang berisi buah potong di atas meja kecil di hadapan sofa yang diduduki Hwayeon. Ibunya lalu mengambil tempat di sofa satu lagi.

Hwayeon mengetap bibirnya kegeraman. Pergi balik perg balik pasti dirinya akan dibandingkan dengan musuh utamanya, Lee Hyunji. Sekali pun ibunya tidak pernah bangga dengan prestasi dia di sekolah malahan si Hyunji pulak yang diagung-agungkan. Semakin tebal rasa bencinya terhadap Hyunji.

" Kamu dah sekelas dengan dia kan sekarang? " Hwayeon mengangguk.

" Pastikan kamu tak kalah dengan dia tak kira la dari segi apa pun. Kamu kena berdiri dekat atas dia mulai saat ni "

" Kalau Hyunji belajar sehari 10 jam, kamu harus belajar sehari 20 jam. Faham? "

Lambat-lambat Hwayeon mengangguk kepalanya. Garfu yang baru dicapai tadi digenggam olehnya dengan kuat dek geram. Ingin saja dia membaling semua barang yang ada di depannya.

" Jangan kecewakan eomma lagi " Ibunya bangkit daripada sofa dan ingin melangkah ke atas. Sebelum naik, sempat ibunya berpesan sesuatu.

" Nanti bila bila ajak Taehyung datang rumah dinner. Eomma lama tak jumpa dia "

Hwayeon membiarkan ibunya naik ke atas. Dalam hati, jiwanya sudah membara.

Dia bencikan Hyunji bukan kerana dia ingin membenci Hyunji. Tapi ibunya yang mengajar dia sedemikian. Ibunya yang mengajarnya supaya sentiasa berdiri di atas semua orang dan jangan biarkan seorang pun yang memijak dirinya. Tapi Hyunji kini menjadi penghalang untuknya.

Kalau Hwayeon tak dapat, Hyunji pun tak boleh dapat. Itu prinsip yang dipegangnya.

Begitu juga dengan Taehyung. Bukannya Hwayeon tidak perasan yang Taehyung menyukai Hyunji.

Tapi kalau Hwayeon tak dapat memiliki Taehyung, Hyunji pun tak boleh.

***

" Kejap lagi ada quiz Geografi, kau dah bersedia belum? " Soal Soo Ah kepada aku. Aku memasukkan lolipop yang sudah dibuka daripada bungkusannya ke dalam mulut.

" Aku berserah je. Kalau ada luck reti jawab, reti lah " Jawab aku ringkas.

" Kau punya berserah tu tak baca buku pun boleh dapat markah penuh " Gurau Soo Jin pula diikuti dengan gelak tawa kami bertiga.

Setakat quiz ni semua aku tak ambil tahu sangat. Asalkan time exam aku perform kaw kaw je.

" Korang pun jangan acah bengap sangat kalau reti jawab tu " Kata aku kepada mereka berdua.

" Kita orang semalam lepak noraebang sampai ke malam. Kau rasa kami boleh jawab ke? "

" Mana lah tahu gifted ke "

Soo Ah dengan Soo Jin ni pun bukannya tak pandai. Diorang pun tergolong dalam golongan top student jugak. Walaupun hari hari noraebang, tapi tetap perform. Salute!

Ketika aku dan Soo sisters dengan bergelak tawa, Soo Jin tiba tiba menyiku siku aku. Aku mengangkat kening.

" Tuu " Bibibrnya dijuihkan ke satu arah. Pandangan mata aku dan Soo Ah mengikuti arah bibirnya dan kami nanpak Hwayeon yang baru masuk ke dalam kelas dengan buku di tangan seraya aku mengeluarkan lolipop daripada mulut. Wah tekun betul musuh aku ni hihi.

" Terpaling tekun lah tu. Nak beat Hyunji lah katakan HAHAHAHA "

Aku mengukirkan senyuman senget. Nak tengok jugak tekun dia tu sampai tahap mana japgi HAHA.

" Class, duduk tempat masing masing sekarang! " Laung cikgu Yeo sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam kelas. Serta merta kami semua berpusu-pusu kembali ke tempat duduk.

" Kita akan adakan quiz Geografi secara individu harini. Minggu depan baru secara berkumpulan eo? Siapa yang dapat markah tertinggi, saya akan bagi bonus dalam peperiksaan kamu nanti "

" Woahhh serious lah??!! " Satu kelas mula terpekik mendengarkan kata-kata cikgu Yeo tadi. Tiba tiba semua orang jadi semangat nak jawab quiz. Yelah, dapat markah bonus kot nanti.

" Okay soalan pertama... "

Quiz Geografi mula dilangsungkan. Soalan soalan yang dilontarkan oleh cikgu Yeo boleh dikatakan agak susah tapi nasib, aku masih mampu menjawab.

" Wahh, sangat sengit ye " Kata cikgu Yeo sejurus dia menulis markah kami pada papan hitam. Quiz masih belum tamat. Aku pandang papan hitam untuk melihat markah aku.

Lee Hyunji - 29
Park Hwayeon - 29
Kang Soo Ah - 26
Kang Soo Jin - 25
Kim Taehyung - 28
Jeon Jungkook - 3
Ahn Jiyun - 18
Seol Daeun - 21

Aku mengetap bibir rapat lalu aku toleh kepala aku ke tepi. Kelibat Hwayeon di tempat duduknya aku tatap dengan tajam. Amboi bersemangat betul perempuan ni nak kalahkan aku. Takpe, kita tengok je japgi.

" Okay soalan terakhir... "

Aku kembali menatap cikgu Yeo. Nafas kasar dihela. Aku tak boleh biarkan Hwayeon menang kali ni.

" Soalan ni tak ada kena mengena dengan Geografi tapi cikgu saja nak test betapa luas ilmu pengetahuan kamu "

" Soalannya, siapakah Hera? Explain dengan jelas. 10 markah ye soalan ni "

Kedua belah tangan yang berada di atas meja aku genggam dengan kuat. Aku pernah terbaca tentang Hera tapi aku tidak dapat ingat dengan jelas. Samar-samar saja di dalam kepala otak aku.

Aku melirik sedikit ke arah Hwayeon dan dia nampak anxious. Lebih anxious daripada aku. Tapi aku mengabaikan semua itu, lebih baik aku perah otak aku sekarang. Aku cuba sedaya upaya mengingati tentang Hera.

Setelah beberapa minit, aku mengangkat tangan aku. Walaupun aku tidak yakin sepenuhnya dengan jawapan aku, tapi biar lah asalkan aku cuba. Aku dapat ingat sikit sikit je. Haduh tak sangka pulak cikgu Yeo nak tanya pasal ni.

" Ya, Hyunji. Sila jawab "

" Hera is the Queen of the Gods and is the wife and sister of Zeus in the Olympian pantheon. She is known for being the Goddess of Marriage & Birth. Despite being the Goddess of Marriage, she was known to be jealous and vengeful towards the many lovers and offspring of her husband Zeus " Aku menjelaskan dengan tenang dan lancar. Acah yakin je padahal dalam hati, rasa macam nak meletup.

Aku menatap cikgu Yeo dengan perasaan yang gugup. Kalau salah memang memalukan lah weh.

Namun, lambat-lambat sebuah senyuman terukir pada wajah cikgu Yeo.

" Bingo! " Cikgu Yeo mencapai kapur putih kemudian dia memadam markah aku tadi lalu menulis markah terbaru aku.

Lee Hyunji - 39

" Jadi pemenang kuiz kita kali ini ialah Hyunji. Tahniah Hyunji. Kamu akan dapat markah bonus dalam peperiksaan nanti. Class dismissed " Kata cikgu Yeo sebelum dia melangkah keluar daripada kelas.

Aku sandarkan tubuh aku pada badan kerusi seraya menghela nafas kelegaan. Tuah memihak kepada aku sekali lagi. Aku lirikkan pandangan menatap Hwayeon, dia nampak kesal sekali. Dia menundukkan kepalanya sambil menyerabutkan rambutnya. Disebabkan aku malas nak nyalakan api, jadi aku biarkan saja. Itu lah, jangan kerja nak dengki je dengan aku.

" Woahhh Hyunji, aku dah agak kau mesti menang punya! " Sudah mula Seok Kyu membuat kecoh tentang pencapaian aku. Aiguu, aku seganlah.

" Well, jarang lah kawan aku tak perform kan? " Soo Ah kemudian merangkul leher aku dengan perasaan yang bangga. Soo Jin di sebelahnya pula mendabik dada.

" Hyunji tak baca buku pun rilek je boleh jawab, tak macam sorang tu " Sinis Soo Jin memerli Hwayeon. Aku dah boleh nampak muka Hwayeon berubah jadi bengang.

Aku menyenggol lengan Soo Jin, " Nuckal "

Kemudian pandangan aku tertancap pada Jungkook yang sememangnya sudah lama memerhatikan aku. Dia memberikan aku sebuah senyuman sambil ibu jarinya membentuk tanda ' good '. Aku membalas senyumannya.

" Yahh! "

Tiba tiba bahu aku ditarik dari belakang secara kasar sehingga rangkulan Soo Ah terlepas daripada leher aku dan tubuh aku berpusing ke belakang.

Pakk!

Pipi aku terteleng ke tepi.

===

character Hyunji ni macam Joo Seok Kyung ( Penthouse ) tapi tak ada lah extreme sangat macam dia dalam drama. Sikit sikit je.

while Hwayeon pulak macam Ha Eun Byul ( Penthouse ) hehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top