10
Aku berjalan di sekitar taman Sains sementara menunggu Rowoon datang mengambil aku. Aku dah tolak cadangan dia untuk mengambil aku sekeras yang mungkin tapi dia masih berdegil. Lagi pandai, dia guna nama appa. Macam mana aku nak tolak lagi kalau dia gunakan nama appa?
" Hyunji sayang! " Aku mengerutkan dahi tatkala ada seseorang memanggil aku dengan panggilan sebegitu. Mata aku dikecilkan untuk melihat susuk tubuh di depan yang sedang berlari dari jauh.
" Eo? Jungkook? " Jungkook tersengih menampakkan sebaris gigi putih arnabnya itu ketika aku mengecam dirinya.
" Kau nak mati ke panggil aku sayang? Eiy " Aku mengacukan penumbuk di depan muka Jungkook.
" Saja je panggil. Garang betul nak tumbuk aku ek? " Jungkook menurunkan tangan aku seraya tersengih seperti kerang busuk.
" Ha apahal cari aku? " Tanpa ingin berbasa-basi, aku terus ke main point. Ada apa Jungkook nak cari aku? Rindu keeeee HAHAHAHAH jkjk unless...
" Aku nak tanya kau something. Pasal pertandingan bakat tu "
" Kenapa dengan pertandingan tu? " Aku mula berjalan semula dengan kadar langkah yang perlahan diikuti dengan Jungkook di sebelah.
" Kau nak perform apa nanti? Dance ke? "
Soalan Jungkook buat aku ketawa kecil. Dia tak tahu ke aku ni kayu HAHAHAHA.
" Aku kayu lah, Kook. Tak pandai menari "
Jungkook tidak menjawab malah dia menatap muka dengan pandangan yang naif. Anyonyonyo comel lah gigi renab ni! Takut pulak aku beralih hati HAHAHAHAHAHAH.
" Aku mungkin akan cover lagu je. Aku taknak join kumpulan choir, nak solo je kali ini "
Jungkook membulatkan bibirnya menyebut "Oh".
" Kau tak nak cuba tulis lagu sendiri ke, Hyunji? "
Sekali lagi aku tertawa, " Aku tak reti nak cari ilham. Lain lah kau "
Jungkook melepaskan nafas. Dia sebenarnya ada satu idea yang sedang bermain di mindanya tapi tak tahu lah kalau Hyunji suka atau pun tidak. Walau bagaimana pun, dia tetap harus menyuarakan idea nya itu.
" Hyunji-ah " Jungkook yang setia menatap wajah aku memanggil aku. Aku toleh membalas pandangannya.
" Boleh tak kalau aku suarakan idea aku untuk pertandingan bakat tu? "
Aku menghentikan langkah, " Mmm, cakap lah "
Jungkook menarik nafas panjang.
" Kau setuju tak kalau aku ajak kau collab sekali? "
Kata-kata Jungkook membuatkan aku terkelu lidah. P-penyanyi hebat tak diiktiraf ini ajak aku collab sekali? Jeon Jungkook ajak aku collab sekali? Wow what a miracle.
" Kau seriousla, Jungkook? " Soal aku masih tidak percaya. Jungkook mengangguk laju.
" Aku serious nak collab dengan kau. Aku akan tuliskan satu lagu untuk kau dan aku pun boleh mainkan piano untuk kau pada hari pertandingan tu " Jelas Jungkook.
Aku diam menatap Jungkook sebelum sebuah senyuman terbit pada wajah aku.
" Okay, aku setuju "
Kali ini Jungkook pula memandang aku raut wajah yang tidak percaya. Tak dia duga yang jodoh akan terima cadangannya.
" Serious kau onz? "
" Serious lah, Jungkook. Tapi lepas exam baru aku boleh mula berlatih sebab for now, aku nak focus exam dulu "
" Boleh. Kita sama sama focus exam dulu eo? " Jungkook mengusap kepala aku.
" Kau ulat buku jugak ke? "
Kepala Jungkook digeleng dua kali, " Nak tak nak kena lah rajin belajar jugak. Aku tak nak makan pasir "
Aku tertawa mendengarkan tutur kata Jungkook. By the way aku tak sabar nak mula berlatih dengan Jungkook lepas peperiksaan nanti. Yelah selama ni memang aku minat dekat lagu-lagu Jungkook termasuklah suara dia dan aku tak sangka yang aku akan collab dengan dia.
Tiba tiba Taehyung muncul di depan kami berdua. Dia nampak tergesa-gesa seperti sedang mencari seseorang.
" Eoh Hyunji.. jumpa pun kau " Tutur Taehyung kelegaan. Umm dia cari aku ke?
" Kau cari Hyunji ke, Taehyung? " Jungkook menyoal bagi pihak aku. Dalam nada dia itu terselit kecemburuan. Sibuk jela Taehyung ni nak masuk line! Member tak member!
" Aah aku cari dia. Nak cakap pasal pertandingan bakat tu "
Hm? Kenapa dia cari aku nak cakap pasal pertandingan bakat tu? Jangan cakap dengan aku dia pun nak ajak aku collab.
" Kau nak collab dengan aku tak, Hyunji? " Terus Taehyung ke niat dia yang asal tanpa banyak bunyi. Aku terkedu. Anjay masin betul mulut aku ni.
Jungkook di sebelah sudah mengepal tumbukan. Jiwanya mula membara. Kenapa Taehyung nak kena ganggu rancangan dia dengan Hyunji? Bukan senang dia nak rapat rapat dengan Hyunji! Setiap kali pasti ada Taehyung yang menganggu. Ish!!
Aku melirikkan mata ke arah Jungkook sebelum aku pandangan Taehyung semula.
" Mian, aku dah janji nak collab dengan Jungkook " Aku mengukirkan senyuman tipis. Ye memang rugi bila aku tolak ajakan crush untuk collab tapi kalau nak dibandingkan antara Taehyung dan Jungkook, aku lebih selesa untuk collab dengan Jungkook sebab aku memang sukakan lagu-lagunya. Lagipun Jungkook pun dah tahu yang aku minat akan kesemua lagu lagu dia. Mudah lah untuk kami bekerjasama. Kalau dengan Taehyung, em aku kekok dan segan.
" Oh... kau dah ada partner rupanya " Nada Taehyung mengendur perlahan. Dia tersenyum tawar.
" It's okay kalau macam tu. Aku ingatkan kau nak perform solo je " Sambungnya lagi. Jungkook di tepi cuma kekal diam. Ha dah berambus berambus.
" Erm mungkin kau boleh mainkan piano untuk aku masa hari pertandingan. Sebab kesian lah dengan Jungkook nak kena tulis lagu then nak kena practice piano lagi " Aku menyuarakan idea aku.
" Boleh kan macam tu, Jungkook? " Aku dongakkan kepala untuk menatap Jungkook. Lambat-lambat Jungkook mengangguk. Hm sabar jelah Jungkook oi!
" Piano? "
" Ya, piano. Kau handal kan bermain piano? "
Taehyung mengangguk laju, " Okay, setuju "
Serentak aku dan Taehyung tersenyum. Jungkook pula buat buat senyum. Geram masih tak habis lagi. Dia mula mengesyaki Taehyung.
Tiba tiba telefon aku berdering. Aku keluarkan telefon daripada poket blazer dan aku nampak nama Rowoon tertera pada skrin. Aku tekan decline.
" Aku balik dulu ek? Pemandu aku dah sampai. Bye korang! " Aku melambai ke arah Jungkook dan Taehyung sebelum berlari pergi.
" Hati hati balik! " Laung Jungkook kuat.
Setelah memastikan yang Hyunji sudah hilang dari pandangan, Jungkook kembali menatap Taehyung.
" Tae, kau nak balik dah ke? "
" Belum. Kenapa? "
" Jom pergi minum "
***
Jungkook menyisip sedikit espresso panas yang dipesan olehnya sebentar tadi. Bertentangan dengannya pula ada Taehyung yang sedang melihat skrin telefon dengan kaki yang disilangkan.
" Kau dengan Hwayeon macam mana? " Jungkook memulakan bicara setelah menyedari yang mereka sudah lama menyepi.
Taehyung yang ralit bermain telefon tadi mengangkat wajahnya. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket seluar.
" Macam tu lah, Kook. Tak ada perubahan pun dalam hubungan kami "
" Kau tak ada rasa nak ubah hubungan kau ke? Kau dah besar, takkan nak buang masa dengan hubungan tak betul? "
Taehyung berdecit sinis, " Buat apa aku nak ubah hubungan tu kalau aku sendiri tak ada rasa suka untuk dia? "
" Biarkan je dia syok sendiri. Lama lama nanti dia tahu lah penat. Aku malas nak ajak break sebab dia takkan nak pun. Buang masa bertekak " Jelas Taehyung lagi. Giliran Jungkook pula yang melepaskan keluhan berat.
Kadang kala dia kasihankan Taehyung juga. Hwayeon yang membuatkan Taehyung tiada pilihan selain menjalinkan hubungan bersamanya. Ini semua kerana keluarga Hwayeon yang pernah membantu keluarga Taehyung suatu ketika dahulu.
" Sikit pun kau tak ada rasa suka dekat Hwayeon ke, Tae? Sebab dia nampak betul betul sukakan kau "
" Tak "
Jungkook mengemam bibirnya. Dia meneka bahawa firasat hatinya semakin betul. Taehyung tak sukakan Hwayeon dan Taehyung banyak bagi perhatian dengan Hyunji. Takkan lah...
" Kau sukakan Hyunji ke, Tae? " Terus Jungkook menebak. Dia sudah malas ingin berteka-teki. Sekurangnya kalau dia tahu perasaan Taehyung, boleh lah dia buat perancangan awal.
Taehyung menayangkan raut wajah hairan sambil sebelah keningnya terangkat, " Mwo? "
Jungkook menggulingkan matanya.
" Kau sukakan Hyunji kan? Sebab tu kau tak ada perasaan dekat Hwayeon " Jungkook mengulangi soalannya.
" Apa yang membuatkan kau rasa aku sukakan Hyunji? " Soalan dibalas dengan soalan.
" Cara kau layan Hyunji menunjukkan yang kau macam berminat dengan dia "
" Minat, ya. Suka? Aku tak berani nak declare apa apa lagi tentang perasaan aku dekat dia sebab aku takut rasa ni cuma sementara "
" Tapi jujur lah aku cakap, dari sekolah kita belum digabungkan lagi aku dah perhati Hyunji "
Jungkook terdiam. Jadi betul lah kan?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top