Chapter 19.5 : Another Ending

Ini adalah ending kedua.. Maksudnya, kalau korang tak suka ending pertama tu, bacalah ending kedua ni. Kalau ahli-ahli TAPOPS berpangkat tinggi tu tak berjaya menangkap Muahaha, inilah ape yang akan terjadi.......

P/S : Bila ade part sedih, boleh start lagu atas tu.

Cuba tengok langit kat luar tingkap. Kalau nampak bangunan........ Bayangkan je bangunan tu langit. Di siang hari, langit yang berwarna biru muda dan beberapa ketul awan yang indah sedang melihat semua gerak-geri kamu. Di malam hari, langit yang berwarna biru gelap dan bintang-bintang yang berkelip-kelip sedang menstalker kamu semasa tidur.

Boboiboy : Author ni tengah cakap pasal apa ni? =_=

Takdelah. Saje.. Hehe........

*Krik* *Krik* * Krik*

Ehem! Okay lah! Sambung kepada extra chapter ni! Boboiboy dan kawan-kawannya bersama dengan Ain, Tok Aba, K. Kaizo dan Transbot berada di kedai Tok Aba. K. Papa.... Er.... Dengan keluarga dia.

Mereka bergelak ketawa bersama-sama dan sepertinya sedang bergembira meluangkan masa bersama. Er... K. Kaizo terkecuali. Macam OOC pulak kalau dia gelak sama-sama kan? Semua okay sahaja sehinggalah langit tiba-tiba menjadi gelap. Sebuah kapal angkasa mendarat di depan kedai dan membuatkan mereka semua terkejut! Apabila pintu kapal tu terbuka menjelmalah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Anak kucing?!

Apa? Korang fikir Muahaha kan? Betullah anak kucing yang muncul. Tengok ni.

Yaya : Aww! Anak kucing siapa ni?

Ying : Comel ye!

Gopal : Fuh.. Nasib baik... Aku ingatkan Muahaha tadi...

Mereka semua berasa pelik dengan perkara ni. Kecuali Ain... Dia memeluk Transbot dengan erat dan cuba untuk buat dirinya tidak sangat menonjol.

Boboiboy : Aik? Ape pasal kucing buat kat dalam kapal angkasa tu? Kapal angkasa tu serupa dengan Muahaha punya.

??? : Kapal angkasa ini memang kepunyaan Muahaha.

Mereka semua tengok ke arah pencakap tu dengan terkejut besarnya....... Kucing tu yang bercakap. Kucing tu baru bercakap?!

Gopal : Waah!!! Alien kucing bercakap!!!

Kucing : Kamu dah salah anggap. Saya adalah pembantu robot milik Muahaha. Neko desu. *tunduk*

Neko? Tu kucing dalam bahasa jepun kan? Takkan lah Muahaha minat jepun? Kucing tu pun cakap macam orang jepun...... Jap......

Semua kecuali kucing : Muahaha?!

Muahaha muncul dari belakang kucing tu sambil gelak jahat kat mereka. Mereka melihat Muahaha dengan terkejut dan terus berada dalam posisi menyerang.

Boboiboy : Muahaha! Berani kau datang ke Bumi!!

Fang : Aku ingat ahli-ahli TAPOPS berpangkat tinggi dah berjaya tangkap kau!

Muahaha : Heh. *smirk* Aku akan buat apa-apa sahaja untuk dapatkan kuasa tu. *tunjuk kat Ain* Dan terima kasih pada mereka, aku dapat gunakan kuasa-kuasa mereka ni!!!

Ain mengecilkan anak matanya dan mengigil dengan ketakutan. Kapten Kaizo terus meluru ke depan dan memberikan arahan pada mereka.

K. Kaizo : Transbot, Ain, cepat pergi sembunyi! Yaya, Ying, pastikan orang-orang awam tidak berada di kawasan ni! Dan kamu semua, lindungi Ain sebaik mungkin!

Boboiboy and the geng : Baik!

Tok Aba : Ain! Cepat ikut atok!

Ain : Un.. *ikut Tok Aba dari belakang*

Transbot : Ain... *tengok Ain*

Ain : Transbot, nanti jangan keluar dan tutup mata ye. *tekan butang shut down kat Transbot*

Transbot : O... kay....

Muahaha : *gelak jahat* Macam tu kau nak main ye.. Kalau macam tu, aku akan sertai permainan kau ni.

Boboiboy : Jangan kau berani nak apa-apa kan Ain!!! Boboiboy kuasa dua!! Elemental Fusion! Boboiboy Supra!

Muahaha : Hahaha!! Menarik. Menarik. Mari kita mulakan.

########################

Hanya kerana satu kesalahan kecil... Semuanya berubah menjadi macam ni.. Kawasan di kedai Tok Aba, semuanya sudah hampir hancur.. Kedai Tok Aba pun.. dah tak nampak dah bentuk kedai.. Dan mereka semua... terbaring di atas tanah dengan kecederaan yang mereka dapat. Sukar untuk mereka, berdiri disebabkan kecederaan yang dialami.

Mereka tidak percaya yang Muahaha betul-betul boleh copy kuasa mereka. Tapi.. bukannya dia ambil lalu kuasa tu... Macam copy n paste. Pastu copy n paste balik. Tapi... Mereka tetap sukar untuk mengalahkan Muahaha.

Muahaha : Mari aku habiskan kau!

Muahaha berjalan ke arah Boboiboy sambil mengaktifkan kuasanya yang sebenarnya copy dari Boboiboy. Sebelum sahaja dia hendak menyerang, satu suara telah menghentikan dia.

Ain : Berhenti!!!

Ain terus lari di depan Muahaha dan menjadikan dirinya sebagai perisai kepada Boboiboy. Boboiboy terkejut dengan apa yang Ain buat.

Boboiboy : Ain!? Apa yang Ain buat ni?! Pergi larikan diri dengan atok!

Ain : Ain tak nak!! Ain tak nak... Ain tak sanggup lagi tengok semua orang tercedera disebabkan Ain...

Boboiboy : Ain...

Muahaha : Hmph. *serang Ain*

Sebelum sempat Muahaha dapat serang Ain, Ochobot pegang tangan Muahaha supaya serangan tu tak terkena Ain. Ain dan Boboiboy terkejut.

Boboiboy : Ochobot?!

Ochobot : Aku takkan biarkan Ain disakiti! Aku tak nak tengok muka sedih Boboiboy lagi!!

Boboiboy : Ochobot....!

Muahaha : Ish! *guna perangkap power sphera*

Ochobot : Waaaargh!!!!

Boboiboy : Ochobot!!!!

Ain melihat Ochobot sambil mengecilkan anak matanya di depan matanya.

Muahaha : Tak silap aku... Kau boleh serap kuasa kan. *smirk* Bagus. Ini lebih mudah daripada guna Transbot.

Boboiboy : A-ape yang kau nak buat?!

Ain perlahan-lahan undur ke belakang sambil melihat Muahaha dengan ngeri. Muahaha mendekati Ain sambil memegang Ochobot di sebelah tangannya.

Boboiboy : Ain... Ain, cepat lari!!

Muahaha : Kau dah terlambat. Akhirnya, aku dapat kuasa ni!!! *guna ochobot untuk mengambil kuasa Ain*

Ain menjerit dengan kesakitan apabila cahaya terang berwarna hijau, sepertinya kuasanya keluar dari badannya dan masuk ke dalam Ochobot. Muahaha senyum dengan jahatnya dan melepaskan Ain menyebabkan Ain jatuh ke lantai. Ain melihat Boboiboy dengan pandangan yang sedih dan cuba mencapai tangannya pada Boboiboy tetapi tangannya juga jatuh ke lantai. Boboiboy yang ingin memegang tangan Ain, mengecilkan anak matanya apabila melihat adiknya menutup matanya dan berhenti bergerak.

Boboiboy : T-tidak.. T-tidak...! A-Ain... Ain!!!!!!!!!!!

Perkara yang terakhir Boboiboy ingat ialah kegelapan. Semuanya gelap. Boboiboy sekarang ni berada di kawasan yang lapang tapi tiada cahaya pun di kawasan itu. Semuanya gelap. Sehinggalah, Boboiboy terdengar satu suara..

??? : -bang.... Abang....

Boboiboy : Ain... Ain! Ain kat mana?!

??? : Abang..... Maafkan Ain...

Boboiboy : Kenapa Ain nak minta maaf pulak... Ain tak buat apa-apa salah pun.

??? : Maafkan Ain...... Maafkan Ain....

Boboiboy : Ain....! Tolonglah! Jangan buat macam ni kat abang!

??? : Maafkan...... Ain....

Boboiboy : Ain!! Bagitau abang! Ain kat mana?!

Dalam sekelip mata, kawasan yang gelap berubah menjadi kawasan yang di penuhi bunga. Di depan Boboiboy, Ain berdiri sambil tersenyum dengan sedih.

Boboiboy : Ain...

Ain : Abang.... Ain rasa gembira sangat dapat luangkan masa dengan abang... Dan kawan-kawan yang lain... Ain tak pernah rasa gembira macam tu... Bagi Ain... Itulah hadiah yang paling bermakna bagi Ain! Arigatou ne!

Boboiboy : Ain....! Kenapa Ain cakap macam tu... Jangan pergi! Jangan tinggalkan abang lagi!

Air mata mula mengalir dan membasahi pipi Boboiboy dan Ain. Angin meniup dengan lembut membuatkan kelopak-kelopak bunga berterbangan.

Ain : Maafkan Ain..... Ain tak sepatutnya hidup lagi.. Ain masih hidup pun sebab kuasa ni... Gomen ne...

Boboiboy : Ain.... Ain lah satu-satunya adik abang yang abang paling sayang!! Tolonglah! Tolonglah! Jangan tinggalkan abang......

Ain perlahan-lahan melangkah ke depan lalu memeluk Boboiboy. Dia menyapu air mata Boboiboy dengan tangannya sambil memberikan senyuman yang lembut.

Ain : Jangan menangis ye. Abang kan lelaki. Lelaki tak sepatutnya menangis.

Ain melepaskan pelukan dan melangkah ke belakang dengan perlahan.

Ain : Sejak kecil lagi, abang selalu berada di sisi Ain. Ramai orang seumur dengan Ain tak bermain dengan Ain dan fikir yang Ain ni menyusahkan sebab Ain ade badan yang lemah... Tapi! Abang tak macam orang lain! Abang tetap bermain dengan. Ain gembira sangat!

Boboiboy hanya memandang ke bawah sambil menahan air matanya.

Ain : Abang, ingat tau. Walaupun Ain takde dengan abang, tapi Ain akan selalu bersama dengan abang. Di dalam hati abang.. Dan ada ramai orang yang masih lagi ambil berat kat abang.

Boboiboy terus pandang Ain.

Ain : Mereka semua perlukan bantuan abang. Ini permintaan Ain.... Tolong selamatkan mereka semua!!

Boboiboy menggenggam tangannya dan memandang Ain dengan penuh membara.

Boboiboy : Abang janji. Abang janji akan selamatkan mereka semua!

Ain : *tutup mata* Baguslah....

Boboiboy meluaskan matanya apabila dia sedar yang Ain semakin menghilang.

Boboiboy : Ain.....?!

Ain : Dan.... Ain ada permintaan yang terakhir..........

Ain berkata sesuatu dengan suara yang rendah. Tapi Boboiboy masih boleh dengar ape yang dikata olehnya. Boboiboy meluaskan matanya.

Boboiboy : Tapi Ain-

Ain : Tolong.

Boboiboy : Baiklah.... Kalau itu yang Ain nak...

Ain : Terima kasih.. Abang, tolong jagakan Transbot untuk Ain ye. *air mata mengalir* Sayonara.... (Selamat tinggal...)

"Matta ne...." (Jumpa lagi....)

Cahaya menerangi kawasan itu.... Boboiboy merasakan badannya diselebungi cahaya yang hangat..

"Ain, sayonara..."

#########################

Yaya menangis sambil menutup mukanya kerana kematian Ain. Dia mahu menyelamatkan Ain tetapi kecederaannya telah menyebabkan badannya sukar untuk bergerak. Sama juga dengan lain-lain.

Muahaha telah mengambil kuasa itu dan mencuba pada kucing jalanan. Dan...

*splash!!*

Darah menitis jatuh ke tanah... Yaya dan lain-lain melihat kejadian itu dengan ngeri.

Muahaha : *smirk* Masa untuk habiskan semuanya...

Tiba-tiba, cahaya yang berbentuk panah meluru ke arah Muahaha. Muahaha mengaktifkan perisainya tetapi perisai itu hancur sebaik sahaja panah itu bersentuhan dengan perisai. Muahaha terkejut dan mengelak dari panah itu secepat yang mungkin.

Muahaha : Siapa yang buat?!

Ochobot yang masih lemah melihat ke arah Boboiboy. Mereka semua mengalihkan pandangan mereka ke arah Boboiboy yang cuba menstabilkan diri.

Ochobot : Boboiboy....

Mata Boboiboy ditutupi oleh rambutnya sambil menuju ke arah Ain. Dia memegang tangan Ain dengan lembut dan memandang ke tepat-tepat pada mata Muahaha dengan perasaan yang marah. Mereka terkejut. Mata Boboiboy sudah berubah menjadi warna ungu.

Boboiboy : Aku... TAK AKAN MAAFKAN KAU!!!

########################

(A/N : Sorry, saya skip tu pun sebab tak reti nak tulis bab-bab lawan ni. Boboiboy menang tau. Bayangkan je ape jenis perlawanan korang nak. Kuasa kegelapan, atau galaxy, macam-macam jelah.)

#Boboiboy P.O.V#

Sudah 2 bulan sejak kejadian tu. Muahaha telah dipenjarakan seketat-ketat yang mungkin selepas ape yang dia telah lakukan. Dan semua orang sudah meneruskan kehidupan mereka masing-masing. Komender meminta maaf bagi pihak TAPOPS disebabkan kerosakan pada kedai Tok Aba dan kawasan persekitarannya. Dan pembinaan semula kedai Tok Aba pun dalam on the way.

Transbot, dia tak nak pergi kat stesen TAPOPS. Sekarang ni dia tinggal dengan kitorang. Berita baik untuk Tok Aba, atok dapat pekerja yang baru!

Masa kejadian tu, Tok Aba yang tolong jagakan Transbot sebelum dia sempat nak hentikan Ain. Aku faham... Atok mesti sedih bila cucu dia dah takde..

Yaya pun menangis seharian. Tapi baguslah... Yaya sekarang ni sudah semakin ceria. Ying dan lain-lain pun sama.

Aku? *sigh* Masih lagi Boboiboy yang sama. Cuma dengan sedikit aura negatif selalu keluar. Aku cuba untuk jadi positif! Nanti Ain tak tenang!

Aku berhenti di depan bilik lama Ain dan teroka dalam bilik tu. Harap-harap Ain tak marah kalau tengok barang-barang dia. Mata aku berhenti melihat loket di atas meja. Aku ambil dan membuka loket itu perlahan-lahan. Di dalam loket tu ade gambar keluarga kami tapi secebis kertas terjatuh dari loket itu. Aku lihat kertas itu dan nampak.

[Abang, tengok kat bawah katil.]

Ni... Daripada Ain... Aku cepat-cepat tengok di bawah katil dan nampak sebuah kotak. Aku mengambil kotak itu dan melihat barang di dalamnya. Ni semua.... Barang lama Ain... Aku tengok lagi dalam kotak tu dan nampak sepucuk surat. Ia daripada Ain....

[Kalau abang baca surat ni, maknanya Ain dah takde. Maafkan Ain.... Ain tak dapat luangkan masa dengan abang lagi.. Ain nak sangat hidup dengan abang sampai dewasa tapi.... Kuasa ni ade sumpahannya tersendiri. Jadi... Terima kasih sebab musnahkan kuasa tu. Dan sekarang ni... Ain mungkin boleh tenang sekarang ni. Semuanya sebab abang.]

Aku tak boleh tahan tangisan lagi. Air mata mula menitis, membasahi surat itu.

[Abang, jangan menangis. Ape yang Ain nak adalah.... Melihat abang tersenyum gembira dengan kawan-kawan lain. Ketawa bersama dan memulakan hidup yang baharu. Ain harap... Abang akan menuju ke arah masa depan yang cerah bersama kawan-kawan lain. Dan terima kasih sebab jagakan Transbot. Ain nak minta maaf sangat kat Transbot. Tolong bagitau Transbot yang Ain betul-betul minta maaf ye. Kepada Yaya pun. Dan kawan-kawan yang lain.. Bagi Ain, Ain dah rasa cukup bertuah dapat kawan macam diorang. Tolong jaga diorang baik-baik.]

Ain... Selama ni.. Dia tahu yang dia akan mati.... Eh. Ade surat lagi? Dan peta dengan tanda merah?

[Jangan risau! Kita akan berjumpa lagi di masa yang akan datang. Oh! Yelah! Abang, tolong pergi ke tempat di mana peta ni tunjuk! Di situ, abang mungkin akan menjadi lebih gembira dari sebelum ni!]

Tanpa aku sedar, aku terus menuju ke lokasi di dalam peta.

Tok Aba : Boboiboy! Kau nak pergi mana tu?

Boboiboy : Ambil angin sekejap!!

Aku terus lari dan lari sehingga aku sampai di kawasan yang lapang dipenuhi rumput hijau.

[Kat tempat tu, Ain selalu duduk di situ pada waktu malam dan menyanyi. Tempat tulah tempat yang boleh menenangkan diri Ain. Abang cuba datang kat situ juga tau.]

Aku ternampak dia...

"Tadaima.." (Saya dah pulang)

Boboiboy : Ain......!

Sejak kecil lagi Ain minat sangat dengan Jepun. Kalau macam tu...

Boboiboy : Okaeri.. Ain. (Selamat pulang) *senyum*

Ain tersenyum dengan gembira.

Ain : Abang..!

#The End#

Yeah!! Another Ending!!! Korang tak faham ape jadi? Faham-faham jelah. Nanti kang spoiler untuk buku kedua yang saya rancang. Ah? Ye!

Saya merancang untuk buat sequel daripada ending kedua ini!! Bila saya kata 'merancang', maknanya saya belum buat lagi buku tu. Kena tunggu beberapa bulan okay?

Korang lagi suka ending mana satu? Yang pertama ke? Atau kedua?

Dan hadiah daripada saya kepada readers yang setia!!

Saya lukis gambar ni daripada ending pertama. Perempuan bertudung tu Ain, bukan Yaya. Ye. Ain pakai tudung masa tu. Huruf 'B' kat topi Boboiboy tu pelik? Biar jelah! Malas aku nak betulkan huruf tu..

Ni pulak ending yang kedua. Susah betul nak lukis air mata... Gambar tu sebenarnya Boboiboy yang tengah memeluk badan Ain yang dah tak bernyawa.

Thank you very much for read this book. Untuk sequel, saya akan inform pada korang bila saya dah publish!

See you next time!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top