iv-CHALLENGE PLAYING B-DAMAN

"Oh baguslah awak sudah sampai, Shirogane.Jadi tidak perlu lah saya nak teruskan apa-apa lagi." kata pengetua

"Apa maksudnya, pengetua?" tanya Haruka

"Kamu berdua bakal menjadi teman sebilik mulai hari ini.Baiklah sila lah memperkenalkan diri memasing ye.Gerak dulu." kata pengetua dengan selamba

"Tun...tunggu sebentar pengetua." kata Haruka dengan gelabah

Namun nasib tidak menyebelahi nya. Pengetua keluar dari pejabat dengan begitu pantas sehingga Haruka tidak sempat untuk berkata sesuatu.

'Perkara yang paling aku benci.Bosan nya apabila kena kenalkan diri sendiri pada orang yang langsung aku tidak kenal.Haih, apalah nasib aku hari.'

Dan tidak sangka yang Subaru merenung Haruka hingga tidak memandang ke arah lain.Sungguh pandangan Subaru seperti ingin menerkam mangsa nya dengan panahan mata yang tajam bak mata naga.

'Just relaks and be cool like usualy you been for many year,Haruka'

Suasana di bilik pengetua agak dingin walaupun belum memulakan sesi suia kenal antara satu sama lain.Keadaan itu jadi agak tegang disebabkan tiada seorang pun yang ingin memulakan perbualan sehingga

"Nampak nya kita bertemu balik,Dravise.Dan lelaki ini mesti partner awak, betul atau tidak?" kata Raven

"Saya Shirogane Subaru.Apa nama awak?" tanya Subaru

"Haruka.Hanya panggil sahaja Haruka." kata Haruka  

'Hurm... pelik sungguh perempuan di depan aku ni.' desis Subaru

ERHEM...

Tersentak mereka berdua apabila pengetua muncul secara mengejut dan paling tidak sangka ketua WBNA turut berada di sini secara nyata nya.

"Tuan Takakura." kata Subaru sambil menunduk hormat pada nya

"Shirogane, angkat kepala kamu.Ohohoh... tidak sangka kamu ada juga ya, Haruka." kata Tuan Takakura sambil ketawa

Tanpa berkata apa-apa, Haruka menunduk sedikit kepala nya sebagai tanda hormat pada seseorang.Tuan Takakura bergerak ke arah Haruka dan memegang bahunya. Lalu mengangkat kepala Haruka dengan lembut.

"Kamu tidak perlu menunduk hormat pada saya, tuan puteri.Lagipun patik hanyalah rakyat biasa yang tiada kuasa seperti tuanku." bisik Tuan Takakura

'Kejap.Dia panggil aku tuan puteri?Tak mungkin... lagipun tiada seorang pun tahu aku puteri diraja.Macam mana Tuan Takakura boleh tahu?Siapa dia ni sebenarnya?' monolog Haruka

Haruka bagaikan tergamam dengan kata-kata Tuan Takakura.Raven,Subaru,Dravise dan pengetua memandang pelik pada Tuan Takakura.Seperti Tuan Takakura menyembunyikan sesuatu yang mereka semua langsung tidak tahu kecuali Haruka.

'Apa yang dirahsiakan oleh Tuan Takakura ni sebenarnya?'persoalan yang berlegar di dalam kepala Subaru sekarang ini.

Namum Haruka seorang perempuan yang bijak jadi dia perlu berlakon seperti tiada perkara yang terjadi.

"Terima kasih Tuan Takakura.Lagipun tuan lebih tua daripada saya maka menunduk hormat adalah sikap baik yang perlu dipupuk dari kanak-kanak lagi untuk menghormati seseorang." ujar Haruka dengan sopan dan tenang.

'Kalau orang lain diorang mampu percaya dengan kata-kata Haruka tapi tidak untuk aku.Haruka, haruka... ' fikir Raven yang sudah masak dengan Haruka sejak mereka menjadi partner b-daman.

Pengetua melihat Tuan Takakura dengan tajam seperti ingin memberitahu sesuatu.Dan Tuan Takakura mengangguk kepala lalu memandang ke arah Haruka dan Subaru.

"Nampak nya kamu berdua sudah berkenalan.Maka kamu berdua akan menjadi teman sebilik sehingga akhir semestar." kata pengetua

Satu saat...

Dua saat...

dan 

Tiga saat...

"APA!!!" jerit Haruka dan Subaru dengan serentak sehingga mampu mengegarkan sebuah bilik

"Tapi pengetua bukan ada pelajar perempuan,kan? Kenapa saya boleh dapat lelaki sebagai teman sebilik saya pulak?" tanya Haruka yang seperti tidak percaya

"Itu memang telah ditetapkan oleh saya, Haruka.Dan keputusanan nya juga telah muktamad.Tidak kira lah awak buat sekalipun ini keputusan saya jadi tidak apa lagi yang boleh awak buat." kata pengetua dengan tegas

"Saya tidak setuju pengetua.Lagipun bukan akan jadi satu masalah jika seorang perempuan dan lelaki berada dalam bilik yang sama tanpa ada sebarang pertalian adik-beradik.Lagipun mesti kami berdua akan berebut tempat nama kami di hadapan bilik." bantah Subaru

"Baiklah.Saya boleh nampak yang kamu berdua tidak mahu mengalahkan.Maka kamu perlu berlawan.Setuju kamu berdua?" ujar Tuan Takakura

Haruka dan Subaru melihat antara satu sama lain dan mengangguk.

"Selamat berjaya." kata Raven

"Awak pun." kata Dravise

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top