Bab 5 Haloba

Seorang lelaki sedang duduk di sebuah bangku di Taman. Dia memegang tin minuman yang masih penuh sambil merenung masa lalunya.

"Kau keluar dari rumah ini!!"
"Anak tak guna!"

Kata-kata itu sering di ingatinya. Dia di lahirkan di sebuah keluarga yang kaya. Namun dia selalu mendapat keputusan ujian cukup makan. Dia hanya 'A' dalam subjek bisnes namun tidak di mata pelajaran yang lain. Dia menganggur di rumahnya setelah tamat persekolahan. Apabila bekerja selalu berhenti yang membuatkan ayahnya marah dan tak tahan dengan sikapnya. Dia abang yang sulung. Kedua adiknya selalu di puji dan ditimang oleh ayahnya dengan manja. Kini 10 tahun berlalu....

Han : ohh jadi kau dulu di buang keluarga ya?
Zul : ye. Sekarang aku dah berjaya. Tapi aku takut nak balik.
Han : hmm balik je lah. Apa masalahnya?
Zul : dah balik. Tapi ....

Zul menceritakan semula sewaktu dia pulang ke rumah.
Ayahnya mengalami kelumpuhan badan. Dari apa yang dia tahu, kemungkinan strok. Dia di jaga oleh pembantu rumah sambil itu menjadi jururawat peribadi.

Zul : ayah.. saya dah balik..

Mata Ayahnya terbeliak melihat anak sulungnya yang dia buang dulu.

Zul : sekarang saya dah berjaya. Terima kasih sebab buang saya. Sekarang masa untuk balas dendam.

.............

Han : ok nanti kejap. Kau buang ayah kau dari tingkat dua ke?
Naim : kau bunuh ayah kau ke ?!!!
Zul : sabar lah. Aku nak cerita

.............

Ayahnya cuba untuk bangun dan melarikan diri. Dalam badan yang lemah itu dia tetap bertekad untuk lari ? Dia mahu selamat dari dendam anaknya...
Tapi, Zul dapat mengangkat ayahnya walau pun dalam keadaan meronta-ronta ingin melepaskan diri. Dia membawa ke dalam bilik mandi.

.........

Nizam : ohh kau lemaskan ayahkau dalam tab mandi? Kejam..

.............

Bukan itu yang di lakukannya, sebaliknya dia memandikan ayahnya. Ayahnya menangis dalam diam. Dia terharu anak yang di buangnya dulu lebih bersifat manusia berbanding dengan adik-beradik nya.

Selesai mandi, ayahnya di pakaikan baju dan kain. Kemudian , adik-beradik nya terjah masuk dan memarahi Abangnya.

Ali : kau kenapa datang sini?
Bazli : entah, ayah dah buang kau dulu. Jangan memandai-mandai jejakkan kaki kat rumah ni.
Zul : huh, anak macam kau orang ni? Ayah sakit tapi sibuk bekerja. Luangkanlah masa untuk ayah tak guna !!
Ali : berani betul kau,. Kan ada pembantu yang jaga. Kau pasal nak sibuk.
Bazli : ayah ni hal kami. Kau jangan sibuk. Lagipun ayah tak lama lagi nak mati.

Zul mengucap panjang mendengar akan kata-kata adiknya.

Zul : sampai hati korang cakap pasal mati depan ayah. Ayah sakit. Bukan nazak nak mati.
Bazli : ahhhhhhh , sama lah tu. Orang tua kalau sakit memang petanda nak mati.
Ali : kau keluar!!

Zul keluar dengan sayu. Ayahnya seolah-olah memanggil Zul. Namun apakan daya, hanya suara yang perlahan dan tersangkut-sangkut.

..............

Han : ohhh, ermm macam ni lah. Kami hanya kenakan orang yang menipu. Bukan menyelesaikan masalah keluarga.
Zul : sebab itulah aku datang sini. Aku tanya dengan pembantu tu. Dia kata beberapa minggu lepas, mereka dapat tahu jumlah harta yang akan mereka dapat sekira Ayah aku meninggal. Memang banyak. Bukan setakat rumah, tanah, duit je dapat. Saham, syarikat pun dapat. Sejak itu, mereka cuba mencari pelabur sebanyak yang boleh untuk bertambah kaya lagi.
Han : haloba betul. Tapi sorry lah. Kami tak....
Lina : kami terima!
Han : ehhh!!!! What the....?
Naim : kenapa?
Lina : tugas kita menipu orang jahat. Tapi kali ni kita kena kan mereka untuk bagi kesedaran.
Han : errrrr...
Zul : aku minta tolong dengan korang.. kenakan adik-adik aku supaya diorang sedar.
Han : emm ye lah.. tapi kami tak janji dapat tunaikan seperti yang kau harapkan..
Zul : ya.. yang penting cuba dulu. Aku akan bayar berapa pun kau minta.
Han : pertama sekali, bisnes apa yang kau jalankan?
Zul : aku jual herba.
Han : mereka berdua?
Zul : mereka jual ubat-ubatan dari daun dan buah.

Mereka pun mula merancang satu persatu. Beberapa hari kemudian,.. di pejabat ubat-ubatan.

Bazli : ni siapa?
P/A : orang ni nak jumpa Bos dari tadi. Tapi tak ada temujanji di buat.
Bazli : tak apa. Biar saya uruskan.

Bazli pun pergi ke kerusi menunggu.

Bazli : encik? Ada apa datang sini? Kami tak terima pekerja buat masa ni..
Han : Saya Dan. Saya bukan nak temuduga kerja ke apa. Saya nak melabur dalam syarikat encik.
Bazli : ohh maafkan atas sikap saya Tuan. Kalau macam tu mari masuk ke pejabat saya.

Sampai di pejabat..

Han : saya bukan sahaja nak melabur saja. Tapi nak memperkenalkan ubat baru. Pil ini dapat memberi oksigen yang segar. Tahap kebarangkalian nya 80% dari biasa.
Bazli : ohh ini biasa. Makan gula-gula getah pun ok.
Han : hmm ? Are you sure?
Bazli : saya lebih berminat tentang pelaburan yang Tuan nak cakap tadi.
Han : apa kata cuba dulu.
Bazli : ok baik. Tak ada racun kan?
Han : tak ada. 100 peratus terbuat dari bahan herba organik dan buah.

Bazli pun mencubanya.

Bazli : tak ada apa-apa perubahan.?
Han : cuba hirup udara dulu.

Bazli pun menarik nafas.

Bazli : wow! Seperti oksigen dalam hutan. Macamana Tuan buat?
Han : udara kita sekarang sangat kotor. Masa tu saya dapat idea kalau dapat buat oksigen..
Bazli : ini memang bagus jika dipasarkan... Orang akan fikir syarikat ini mementingkan kehijauan.

Bazli mencelah.

Bazli : apa kata kita buat temujanji esok. Saya akan bawa seseorang. Masa tu tuan boleh cakap dengan banyak.
Han : ohh ye. Pastinya boleh..

Lepas dia berjabat tangan, dia terus keluar dari pejabat itu.

Han : stage one selesai.

Dalam van,..

Nizam : dia banyak mencelah ya bos.
Han : tu lah. Tak guna.
Wawa : haha, yang penting kita dah tahu macamana diorang.
Han : persoalan nya abang dia lagi satu. Ali. Esok aku akan jumpa dia. Aku kena bawa Lina.
Wawa : kenapa tak bawa saya? Saya tak cukup cantik ke?
Naim : kau cantik. Cuma garang sikit.
Wawa : diam ah!...
Naim : ah ye ye.
Han : sekarang aku dah boleh tengok masa depan.

Han tersengih sambil melirik mata pada mereka berdua.
Di pejabat Han...

Dahlia : saya tak ada kerja lah ni?
Han : ermm.. pasti ada nanti..
Lina : tapi macamana kau nak buat ni.. macam biasa kita kenakan mereka sampai kena tangkap. Tapi ni kes lain
Han : kita buat mereka muflis.
Naim : woo... Apa faedahnya?
Han : kau tengok lah nanti. Ni macam cerita 3 Abdul je.
Wawa : ohhh.. aku nak balik. Tidur lagi bagus.
Han : haaa balik lah. Aku nak tidur dengan Dahlia.
Dahlia : jangan harap!!

Mereka semua terus balik, tinggal Han seorang ..

Bersambung ....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top