Bab 3 Jom Melancong

Wawa : haih bosan nya..

Di pejabat, mereka gunakan pejabat itu sebagai penyamaran untuk menutup kegiatan mereka. Han masih berniaga dengan betul. Mereka mengeluh kerana tiada pelanggan yang ingin mengenakan orang.

Lina : memang bosan. Eh nama betul kau apa?
Naim : a a ku ke?
Lina : tak lah. Nama pasu tu. (Menjeling pada Naim)
Naim : na-ma a a ku Naib Naim.
Wawa : pelik betul.
Dahlia : kalau mama saya Bunga Dahlia.
Wawa : wah cantik nama. Nama aku Hawa.
Lina : tapi jadi Wawa?
Wawa : sukati aku lah. Nama aku. Nama kau apa?
Lina : nama aku ...

Bunyi ketukan di pintu pejabat.

Han : hai. Ada apa-apa keperluan ?
Anis : err ni ke tempat yang siasat sesuatu yang tak kena pada syarikat orang?
Han : ermm lebih tepat lagi, kami menyediakan perkhidmatan memerangkap orang jahat.
Anis : oh great.
Lina : adakah kamu pelanggan?
Anis : errr ya?
Wawa : woooo dia first pelanggan!!

Wawa kegirangan bersama mereka.

Han : duduk Cik. Apa masalahnya?
Anis : adik saya, dia pergi melancong ke Korea tapi tak balik sampai sekarang.
Lina : haaa Cik , ni bukan pejabat cari orang. Baik pergi report polis.
Anis : dah. Sebab tu saya ke mari.
Han : jadi apa yang pelik?
Anis : dia sepatutnya boleh telefon jika ada masalah. Tapi tiada apa-apa. Bila saya minta kepada sebuah agensi pelancongan untuk mencari adik saya mereka kena kan Caj.
Wawa : Caj? Caj apa?
Anis : caj untuk memulangkan adik saya. Sangat mahal dalam 20k.
Han : ok aku nampak yang pelik. Apa nama agensi tu.
Anis : Lion Corporation. Sebuah agensi pelancongan.
Han : ada orang lain senasib Cik?
Anis : tak tahu.
Naim : kita a-kan si si asat.
Wawa : bila nak hilang gagap kau ni? Kami semua dah selesa satu sama lain.
Han : tak apa. Slowly.

Petang itu, mereka mula merancang..

Han : ok. Aku nak dua orang untuk menyamar sebagai orang yang ingin melancong. Siasat latar belakang syarikat itu.
Lina : aku dengan Wawa boleh kot.
Naim : ba ba gus..
Han : hmm.. Naim tolong Dahlia ambil catatan data mereka.
Dahlia : apa?! Saya kena keluar?
Han : hanya kau yang boleh buat ni. Tolong. (Sambil buat muka kesian).
Dahlia : ya lah.

Naim ingin mengatakan sesuatu tetapi Wawa menunjuk kan buku lima nya sambil meniup nya.

Naim : macamana kami nak masuk?
Wawa : nasib baik tak gagap.
Han : kejap aku fikir.

.......
Han : haaa Dahlia kau boleh buat kad palsu tak?
Dahlia : senang. Tapi untuk apa?
Han : jadi pekerja baru kat sana.
Dahlia : saya tak pandai menyamar.
Naim : tak apa. Aku backup kau.
Dahlia : ya lah.

............

Esok nya...
Di dalam syarikat itu, mereka menunggu seseorang.

Encik Ramli : ya ? Nak melancong?
Lina : ya kami nak tempah pelancongan dekat pulau jeju. Tempat tu dengar kata popular.
Wawa : ya ya. Dengar ni. Araseo? Mianhe. Anyeong. Saya tahu sikit-sikit cakap Korea.
E. Ramli : wah. Bagus. Nak tiket ekonomi ke kelas?
Lina : ermm kami nak yang mewah.
E. Ramli : ohh kelas lah tu. Bila nak pergi?
Wawa : saya kerja minggu ni. Minggu depan lah. Saya dapat cuti seminggu.
E. Ramli : wow, jarang orang dapat cuti seminggu. Kerja mana?
Wawa : aaaaa (memandang Lina)
Lina : butik! Dia kerja butik. Butik Rock!! Tengok baju dia lah. Jenis brutal punya orang. Hahaha.
Wawa : haa ya ya ya.

Han : tanya harga pergi balik.

Lina : berapa eh pergi balik?
E. Ramli : kalau seminggu mahal lah. Tapi kami bagi diskaun. 30k.
Wawa : macam mahal je?
E. Ramle : eh tak lah. Ni sekali harga penerbangan, hotel, makan dengan bayaran pemandu pelancong. Murah tu. Harga asal mahunya 50k ke atas.
Wawa : oh murah murah.
E. Ramli : saya perlukan IC cik berdua. Passport dah ada?
Lina : errr..

Han :  cuba cakap tak ada.

Lina : kami tak ada passport. Kena buat kat mana?
E. Ramli : laaa ye ke? Jangan risau. Kami ada perkhidmatan buat passport. Harga dalam 300 gitu.
Lina : ok. Bayar dulu ya. Nah 300.
Wawa : (wow, dia korbankan duit dia)..

Kata Wawa dalam hati.

Han : percaya lah dia sedang menangis dalam diam. Haha.

Lina : diamlah!
E. Ramli : err kenapa?
Lina : ehh tak ada apa-apa. Pendengaran saya kuat. Bunyi kereta kat luar pun boleh dengan.
E. Ramli : sebab tu anda perlukan cuti.

Dalam pada masa yang sama, Naim dan Wawa berpakaian pejabat masuk ke dalam agensi itu dengan selamba.
Dalam Lif.

Naim : err ma ma na tempat akses tu?
Dahlia : tingkat 3.

Di tingkat 2, ada dua orang wanita masuk. Mereka berbual tentang bos mereka yang tiada pada hari ini.
Han juga dengar melalui alat komunikasi itu.

P 1 : bos kita tak ada kan hari ni?
P 2 : bagus lah. Tak ada lah kita nak kelam kabut. Dia tu benda kecil pun nak heboh.

Han : Naim, kau pura-pura jadi bos ganti. Ingat tu.

Naim : ya aku ingat.

Flashback ........ Semalam Han menyuruh Naim untuk mengikat Bos itu dalam satu hari. Nanti mereka lepaskan.

Dahlia : kita dah sampai.

Naim terus keluar dan berlagak seperti bos.

Naim : kamu buat apa ni haa? Macam pasar malam bersembang sana sini. Buat kerja.
Orang 1 : encik siapa?
Naim : tak nampak ke kad ni? Aku bos ganti hari ni.
Orang 2 : ohh maafkan kami bos.
Naim : tak apa lah. Janji buat kerja.

Han : jaga jarak dengan CCTV.

Naim : mana pejabat bos korang? Aku kena siapkan kerja bos korang ni. Aduh.
Orang 1 : kat hujung sana Tuan.
Naim : terima kasih. Haa ni PA saya. Jom Hawai .
Dahlia : hawai eh?

Han : good job guys.

Sampai di pintu itu, Dahlia terus masuk dan menyalin data.

Naim : cepat aku cover kau.

Di sebuah cafe, Wawa dan Lina pergi ke arah Han.

Han : dah?
Lina : dah siap.
Han : macamana? Encik Ramli kau orang rasa ...
Lina : dia tak bersalah. Dia hanya buat kerja dia dengan betul.
Han : (tersenyum) haaa seperti yang di harapkan. Untuk seorang kaki tipu kau pandai menilai orang.
Wawa : nah kunci pejabat.
Han : wow cepat. Bila masa?
Lina : hah masa aku bersembang dengan dia lah. Wawa sempat ambil.

Naim : tak bahaya ke ambil kunci pejabat? Nanti diorang cari macamana?
Han : setiap pejabat ada kunci pendua. Jangan risau.
Dahlia : kesian encik Ramli. Dia hanya buat kerja dia.
Han : jangan risau. Aku ada plan baik.

Dahlia : ok siap. Jom pergi.

Mereka pun menuju ke lift.

Naim : (tepuk tangan laju) dengar sini. Saya ada lunch dengan klien. Jaga pejabat elok-elok nya.

Mereka pun pergi.

Orang : tapi baru pukul 10...

Di pejabat Han....

Lina : siapa yang tak bertanggung jawab dengan kehilangan ni?
Dahlia : dalam list nama agen ni... Ada 2 orang dalam pengawasan kerana berperilaku buruk.
Han : ermmm, kejap. Ada tak list orang yang errrr apa ya.. aku lupa. List orang yang menempah pelancongan antara mereka berdua.
Dahlia : kejap. ..... Haaa ada. Mazir.
Han : tepi jap.

Han pun melihat semua data...

Han : hah! Aku faham. Dia cuma kenakan orang yang tak ada passport. Bijak.
Lina : macamana dia boleh lepas penerbangan dari Malaysia?
Han : hihihi itu yang kita kena tahu. Kamu berdua akan pergi korea.
Lina & Wawa : what!!!?????

Bersambung.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top