Bab 1 Idea Baik

Di penjara, seorang banduan akan di lepaskan kerana berkelakuan baik sepanjang di penjara. Dia di hukum sebelum ini atas mencuri wang syarikat dan di penjara selama 5 tahun. Tapi jangka masa nya di pendekkan.

Pagi itu..

Warden : Han! Kamu di lepaskan kerana mendapat pengampunan.

Lelaki itu hanya menuruti perintah dan terus keluar dari situ.

Han : haaa dunia. Apa aku nak buat?

Dia mengecek saki baki wang yang ada di dompetnya. Ada Rm20 sahaja.

Di sebuah kedai makan.

Mat : Han?

Dia di sapa oleh rakan sekerja lama nya.

Han : eh Mat... Wah segak kau ya?
Mat : biasa lah. Perut je besar sekarang.
Han : dah kahwin?
Mat : belum. Kau tahu lah aku. Aku naik pangkat pun sebab aku fokus pada kerjaya aku.
Han : insurans haa?
Mat : ya. Kau baru keluar ke?
Han : ya.

Mat sepertinya sedang berfikir sambil memandang Han.

Mat : aku ada masalah sebenarnya.
Han : huh.. dah agak.
Mat : seorang klien aku mengadu yang duit insurans lelaki atas kematiannya belum di claim. Tapi dalam catatan , dah claim. Aku sendiri keliru.
Han : ohh jadi apa pendapat kau?
Mat : aku rasa syarikat tu dah tak jujur macam dulu.
Han : hahaha.. i think so..
Mat : hmmm?
Han : ..........?
Mat : hmmmm?
Han : apa?
Mat : kau tolong lah aku kena kan syarikat tu. Kau buat lah macam perangkap orang yang menjadi dalang.
Han : hehe idea baik. Tapi aku tak boleh buat seorang. Aku perlukan team.
Mat : kau pilih siapa-siapa saja kau nak. Janji kau dapat tangkap orang itu. Ok...

Selesai makan, Han pergi ke rumah lamanya. Rumah kayu itu memang sudah lama. Berhabuk. Rumah tinggalan keluarganya.

Han : masa untuk kerja!

Di suatu tempat, seorang perempuan yang bentuk tubuh nya sangat menawan lelaki. Kerja nya?...

Lina : hai datuk. Saya dengar Datuk membawa duit yang banyak.
Datuk G : ya. Ini urusan kerja.
Lina : ya ke? Ingatkan nak beli rumah untuk saya.
Datuk G : nantilah.
Lina : ahhh saya pening lah. Bilik Datuk ada ubat tak?
Datuk G : ha ah. Ada.. nak saya teman kan? Hihihi
Lina : tak usah lah. Saya tunggu Datuk dalam bilik saya. Boleh?
Datuk G : Ya boleh..

Lina terus pergi dari situ.

Lina : huh dasar lelaki.

Katanya sambil memegang kunci bilik Datuk G.

Beberapa minit kemudian, Datuk itu mahu ke bilik nya namun kunci nya hilang. Datang lah seorang pekerja membawa kunci spare.

Datuk G : apa yang .... ?

Bilik nya di geledah oleh seseorang. Beg besarnya di koyak.

Datuk G : macamana dia tahu duit saya ada dalam tempat rahsia beg ini?
Pengawal : saya tak tahu.
Datuk G : kamu bawa kan kunci bilik Aishah.

Beberapa minit kemudian, pekerja itu datang semula.

Pekerja : Datuk.. tiada orang yang bernama Aishah menetap di sini.
Datuk G : apa? Aku kena tipu!!!!!!

Di sesuatu tempat , di kawasan bangunan lama.

Naim : sedia?

Ternyata  berhadapan dengan samseng dan melawan mereka semua. Seorang diri. Dia terus menumbuk wajah mereka semua.

Naim : hahaha puas aku.

Naim yang berusia 30 an berwajah garang dan kasar. Suara nya agak garau apabila berkata-kata.

Di jejantas, seorang perempuan berjalan sambil memerhati tingkah laku orang yang lalu di situ. Sambil berjalan tangannya dengan pantas menyeluk saku orang.

Orang 1 : hei Cik ? Kau ambil dompet aku ke?
Wawa : mana ada?
Orang 1 : sini aku check.
Wawa : tolong ! Ada orang buat gangguan seksual!!! Tolonglah sesiapa!!

Orang ramai di situ terus menghalang tidakkan orang itu.

Orang 1 : dia curi dompet aku.
Wawa : mana ada ..

Katanya sambil menunjukkan poketnya yang kosong.

Orang 1 : tapi tapi...

Orang ramai mula memandang seorang pada lelaki itu. Wawa melepaskan diri dari situ.

Di sebuah hotel...

Lina : hahah enjoy aku hari ni. Eh kertas apa ni?

Di atap,..

Naim : tumbukan aku macam besi.. hehhe . Kertas apa pula terbang ke sini?

Di keramaian, Wawa membuka dompet yang di curi nya.

Wawa : kertas ?

"Pernahkah kamu berfikir untuk gunakan kelebihan kamu dengan cara yang lebih baik? Datanglah ke alamat ini."

Pintu rumah Han terbuka..

Wawa : hello Assalamualaikum?
Han : arghhh???
Wawa : ahhhhhh!! Fuh ingat hantu tadi.
Han : boleh tahan. Patut jadi pramugari.
Wawa : saya nak balik..
Naim : ehem i-ni ke-tem-pat..
Han : (menepuk Naim) kenapa kau gagap ni?
Naim : bi bi da-ri ...
Han : ohh hahaha muka ganas...
Lina : saya ingatkan tempat ni berkelas.
Han : kau dah sampai.. aku tak perasan..
Naim : a a pa yang kau n-ak da da ri kami?
Han : hmm kita tunggu seorang lagi..
Wawa : siapa?
Dahlia : assalamualaikum.. err ini ke tempat yang..
Han : ya.

Dahlia gadis yang berumur 27, muda setahun dari Han. Dia seorang penggodam yang berwajah takut-takut. Dia penuh dengan rasa ragu. Walaupun begitu, tubuhnya kecil molek dan kurus.
Wawa pula tinggi lampai. Seorang penyeluk saku yang pantas. Dia selaku mengikat rambut dah membiarkan rambut depannya.
Lina seorang penggoda yang menipu orang-orang kaya untuk duit. Dia seperti model.
Naim pula seorang kaki pukul yang kuat namun agak gugup berhadapan dengan wanita.
Han bekas pekerja insurans yang di berhentikan kerja atas sebab mencuri namun Han sendiri tidak pasti kenapa...

Han : kita semua dah berkumpul. Dalam kerja ni, kamu semua adalah team saya. Saya memanggil kamu semua sebab kamu semua tak terikat dengan peraturan. Kamu jadi diri kamu sendiri. Itu yang membuatkan saya tertarik untuk ambil kamu bekerja.
Lina : adakah kami akan di bayar?
Han : huh tak kan lah saya panggil kamu tanpa bayaran.
Lina : jangan cuba mempermainkan penipu.

Wawa yang sedang mengunyah gula-gula getah mengangkat tangan.

Han : ya wawa?
Wawa : apa faedah kepada kami?
Han : kita selalu buat jahat macam ni. Jadi saya terfikir why not gunakan kelebihan kamu untuk benda yang baik. Kita tolong orang dengan cara ini.
Dahlia : errr kenapa saya ada?
Han : wow kamu kecil dan sangat comel..

Dahlia menundukkan wajahnya kerana malu.

Han : tak perlu malu. Awak ada sebab saya perlukan awak.
Dahlia : ohh.. saya faham kerja awak perlukan saya..
Han : ya saya perlu kan awak untuk selamanya..

Dahlia menundukkan mukanya

Dahlia : sudah laa aaa...
Han : haha aku suka. Dia aku chop eh.. haha Naim kenapa kamu diam?
Naim : eng-kau tak tak per-nah ca-kap yang akan a da pe pe rempuan.
Han : ala sekejap je. Biasakan diri.

Team Han sudah lengkap. Dia memiliki kaki tipu, kaki curi, kaki godam dan kaki pukul. Semestinya Han kaki prank.. hahaha.. maksud nya master mind dalam kerja mereka.

Lina : ok apa kerja yang kami kena buat?
Han : kamu terima?

Mereka mengangguk.

Han : ok. Apa kamu semua tahu tentang insurans?

Bersambung .....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top