XVI
KELOPAK mata Nur Daiyan Qaisarah yang masih lagi tertutup itu terasa hangat dengan haba yang panas. Kepala terus dialihkan ke sebelah lain pula untuk mengelakkan diri daripada terus-terusan terkena panahan cahaya tersebut. Dia membuka kelopak mata dan meraba-raba tangan di sebelahnya. Dahi mulai berkerut seribu.
Eh, dia di mana sekarang ini? Tanpa teragak-agak terus dia mencelikkan mata. Siling bilik dipandang lama. Ya, dia kenal di mana tempat ini. Inilah biliknya. Bilik yang disewanya di sebuah hotel yang bernama Hotel Fetrio Retro. Kenapa dia di sini? Adakah dia sedang bermimpi semalam?
Jika dia bermimpi, dia memang rasa lega. Lega kerana itu cumalah mainan tidur bukannya realiti. Nur Daiyan Qaisarah terus terbangun dari tidur dan menoleh ke arah tingkap yang sedia terbuka itu. Langsir tingkap terbuai-buai lembut apabila disapa angin pagi. Berkerut dahinya ketika ini.
Nur Daiyan Qaisarah terus turun dari katil dan mahu menghampiri tingkap itu yang menghadap sebuah balkoni. Belum pun sempat dia melangkah ke sana, anak matanya terpandang pada sesuatu. Cermin. Sebuah cermin yang setinggi dirinya. Mengapa pakaiannya begitu berbeza?
Nur Daiyan Qaisarah segera melangkah mendekati cermin itu. Takut-takut jika dia yang tersalah lihat sekarang ini dibalik pantulan dirinya pada cermin itu. Berbaju kemeja labuh separas peha, berseluar jeans. Eh, bukankah ini baju lelaki?
"Lu udah bangun? Bagus. Senang kerja gue mau urusin lu. (Kau dah bangun? Baguslah. Mudah kerja aku nak uruskan kau nanti.)"
Suara garau milik seorang lelaki menyapa keras pada gegendang telinga Nur Daiyan Qaisarah, terus dia menoleh. Lelaki itu berdiri di hadapan langsir tingkap yang ingin dituju olehnya sebentar tadi.
Bermakna lelaki itu sedari tadi lagi berada di balkoni biliknya. Wajah lelaki itu dipandang lama. Bermakna semalam ianya bukan sebuah mimpi? Mengapa ia nya bukan sebuah mimpi? Mengapa bukan?
"Kenapa aku ada kat sini? Apa yang kau dah buat kat aku, hah?"
Entah mengapa tiba-tiba sahaja tiada perasaan takut yang menggigit sanubari gadis itu ketika ini. Kelmarin takut bukan main lagi. Sekarang sudah berani. Ya, itulah dirinya yang sebenarnya. Degil, dan kasar orangnya walaupun berjiwa sentimental.
Rangga yang sedikit faham Bahasa Melayu yang dituturkan oleh gadis itu melepaskan keluhan. Dengan santainya dia bergerak ke meja yang disusun beberapa botol air mineral. Terus dicapai satu dan dibuka penutup. Entah mengapa tiba-tiba sahaja tekaknya terasa dahaga.
"Gue di sini karena lu. Gue nggak ada hubungan sama lu tapi hanya biarkan lu tidur di kamar ni aja. (Aku ada kat sini disebabkan kau. Aku tak ada buat apa-apa kat kau melainkan hanya biarkan kau tidur dalam bilik ini.)" Air mineral itu terus diteguk sambil berdiri.
Nur Daiyan Qaisarah yang baru perasan akan dirinya yang tidak bertudung itu ingin mencapai kain telekung yang berada berdekatan lelaki itu. Baru sahaja tangannya ingin mencapai kain telekung itu terus tangannya disambar laju. Membuntang luas biji matanya kerana terlampau terkejut.
"Jika lu berani lakuin sesuka lu. Gue jamin lu nggak akan tahan seperti hari ni. (Kalau kau berani buat perkara sesuka hati kau. Aku jamin yang kau takkan selamat macam hari ni.)"
Tangannya masih lagi memegang erat tangan gadis itu yang terasa kecil. Anak mata lelakinya tidak lepas memandang wajah gadis itu yang boleh dikatakan cantik juga jika dibandingkan dengan gadis-gadis di negaranya.
Nur Daiyan Qaisarah mengetap gigi. Dia menarik tangannya berkali-kali tetapi tetap juga tidak berjaya. Rahangnya bergerak-gerak membuatkan Rangga rasa terpesona apabila melihat gadis itu dalam keadaan marah. Baru kali ini dia dapat melihat wajah marah gadis itu walaupun bukan selalu.
"Lepaslah!"
Nur Daiyan Qaisarah rasa benar-benar rasa terbakar ketika ini. Begitu berani lelaki itu menyentuhnya sebarangan apatah lagi berada di biliknya. Melampau!
Tidak kiralah dia membuat salah sekalipun tetapi salahnya hanyalah melihat pembunuhan itu sahaja. Dia saksi. Saksi utama pembunuhan pada malam itu.
"Siap cepet. Kemasi semua barang lu. Gue mau bisnis kita selesai hari ini juga. (Cepat bersiap. Kemas semua barang kau. Aku nak urusan kita berdua selesai hari ni jugak.)"
Tangan gadis itu dilepaskan perlahan-lahan. Nur Daiyan Qaisarah yang memahami setiap kata-kata lelaki itu ternyata benar-benar terkejut. Ke mana harus dia dibawa pergi? Mengapa dia harus meninggalkan tempat ini yang dirasakan sedikit selamat? Apa yang akan terjadi kepadanya nanti?
Hari ini telah pun masuknya hari ketiga dia bersama lelaki itu. Baru tiga hari bukannya tiga bulan. Jika dia mengambil cuti selama tempoh itu sudah lama dia arwah. Dia mahu segera pulang ke tanah air. Mahu meninggalkan semua penderitaan ini secepat yang mungkin.
"Kau tak boleh sesuka hati nak arahkan aku. Aku akan buat laporan polis ke atas pembunuh macam kau!" ugut Nur Daiyan Qaisarah sambil berundur ke belakang. Dia tidak mahu mengikut telunjuk lelaki itu sebenarnya.
Rangga terus mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang pinggangnya dan diletakkan di atas meja berdekatan. Seakan memberi amaran tanpa banyak bercakap.
Nur Daiyan Qaisarah yang melihatkan itu benar-benar rasa kecewa. Lelaki itu benar-benar pandai menakutkan dirinya yang sedia maklum memang pengecut jika diugut dengan macam-macam.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
SEMENTARA di Malaysia pula, entah ke berapa kalinya dia membuat panggilan telefon kepada Nur Daiyan Qaisarah tetapi tetap juga tidak berangkat. Buat risau sahaja. Ini lebih baik tiada telefon daripada ada. Patutlah Haziq telefon tetap juga tidak berjawab. Sama juga sepertinya. Tidak berjawab juga. Mahu tidak meroyan dia.
"Isy... geram aku ngan dia ni!" Mariam mencampakkan telefon pintarnya di atas meja pejabat sambil melabuh duduk di atas kerusi.
"Amboi, sedapnya main campak-campak telefon Yam. Kalau telefon tu terkena komputer tu. Kau nak gantikan ke?"
Entah dari mana Tuan Mikhail muncul dia sendiri tidak perasan. Tengok-tengok sudah berdiri di hadapannya. Bermakna lelaki itu sudah lama memerhati dirinya sedari tadi lagi barangkali.
Haih... malu pula dia dibuatnya. Tetapi nasib baik juga telefon pintarnya itu tidak terkena pada komputer berjenama Apple itu. Jika tidak sudahlah dia nanti.
"Maaf-maaf. Saya tadi... ermmm... eh, tuan buat apa kat sini?"
Cepat-cepat Mariam menukar topik perbualan. Tidak mahu terus-terusan bercakap soal itu nanti akan dibebel pula. Tak mahulah dia.
"Oh, tadi aku lalu sana. Lepas tu, aku ternampaklah kau duk marah-marah tadi. Kenapa? Ada masalah ke? Gaduh dengan boyfriend eh?"
Tuan Mikhail mula ingin tahu. Mariam sudah tersipu malu. Haih...
"Eh, manalah ada orang nakkan saya. Bukan gaduh ngan boyfriend tapi ngan telefon ni..."
Jari telunjuk menunding jari ke arah telefon pintarnya yang dihempaskan tadi di atas meja. Terjongket kening lelaki itu sekejap.
"Kenapa pulak dah nak bergaduh dengan dia?"
"Maklumlah... talian telefon tak mau saya bersambung dengan hati tuan sendiri," ujar Mariam tanpa sedar. Terbuntang luas biji mata lelaki itu pula.
"Eh, eh, nak menggatal pulak dah dia ni. Dah! Pergi sambung kerja. Silap hari bulan aku ketuk kepala kau ngan buku ni!" marah Tuan Mikhail lantas mengorak langkah beredar dari situ. Tetapi jauh di sudut hati. Perasaan suka terbit di hatinya. Alahai, malu saya.
Mariam menarik muka masam. Kan udahku bilang. Lelaki itu sudah pasti tidak mahu punya memandangnya apatah lagi menginginkan dirinya. Maklumlah dia bukanlah cantik mana pun. Artis Korea pun tidak mahu memandangnya melainkan beruk sahaja mahu memandangnya.
✿ BERSAMBUNG
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top