XII

                 SEBAIK sahaja daftar keluar dari Hotel Fetrio Retro itu, lantas dia dipaksa oleh anak buah lelaki itu masuk ke dalam perut kereta walaupun dia memberontak tidak mahu.

Apabila berdegil, terus ditolak masuk pula. Nasib baik tidak didukung masuk. Entah ke mana lagi dia dibawa pergi. Dia sendiri tidak tahu. Entah hidup ke tidak dia selepas ini. Dia juga tidak tahu.

“Lepas! Jangan berani sentuh aku!” marah Nur Daiyan Qaisarah apabila ada seseorang menyentuh bahunya. Lantas ditepis kasar tangan lelaki itu.

Terangkat sebelah kening Tano sekejap. Garang betul! Pintu ditutup oleh salah seorang konco mereka. Hendak marah, jangan. Jika boleh mahu sahaja dia berkasar dengan gadis itu tetapi harapkan sahaja bosnya kata jangan.

Sempat Tano melirik sekilas kepada gadis itu yang seakan ketakutan. Walaupun tidak ditunjuk, tetapi dia dapat merasainya.

Kali ini mereka terpaksa bergerak berasingan tanpa Rangga di sisi kerana bosnya itu ada sesuatu yang akan diuruskan. Jadi terpaksalah juga dia mengambil alih tugas bosnya itu untuk memantau gadis itu. Walaupun enggan tetapi terpaksa juga diambil alih kerana memikirkan kerja ini akan segera beres selepas ini.

Kring! Kring! Kring!

Tano mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek dalam baju kotnya lantas melihat nama yang terpapar pada skrin telefon. Melissa. Dia keluh kesah jadinya. Apa yang gadis itu mahu dia sendiri tidak tahu.

Sempat dia memandang sekali lagi gadis di sebelahnya itu yang tidak memandangnya langsung.

Ayo! (Jom!)” arah Tano kepada salah seorang konco mereka itu lantas mematikan telefon pintarnya dan disimpan semula ke dalam kocek dalam baju kotnya.

Kereta pacuan empat roda itu akhirnya bergerak jua dibuntuti oleh beberapa buah kenderaan yang lain di belakang.

Ketika ini barulah Nur Daiyan Qaisarah sedar bahawa dia tidak akan selamat selepas ini. Fikirannya sudah berfikir macam-macam perkara sehingga mahu menangis dia dibuatnya.

Apabila matanya beralih di hadapan pintu utama hotel itu. Berdirinya lelaki itu di situ yang sedia memerhatinya sedari tadi lagi yang diiringi oleh dua orang konco-konco lelaki itu.

Mata mereka bertembung dari jauh. Raut wajah serius lelaki itu dapat dilihat oleh Nur Daiyan Qaisarah dari dalam kereta. Cepat-cepat dia berkalih memandang ke arah lain. Perasaan tidak enak mula hadir di hatinya ketika ini.

Berserta debaran yang kian mencengkam jiwa.

Dub dab! Dub dab! Dub dab!

           RANGGA tidak lepas memandang gadis itu sehingga kereta yang dinaiki oleh gadis itu mula menghilang dari pandangan matanya. Saat dia memandang wajah gadis itu entah mengapa pelbagai perasaan menjengah hatinya. Perasaan yang dia sendiri tidak pasti.

Dia mula mengorak langkah mendekati kenderaan yang akan dinaikinya bersama beberapa lagi anak buahnya yang lain untuk ke suatu tempat. Di mana tempat itu dia akan menguruskan seseorang di sana. Seseorang yang menjadi punca pembunuhan ini berlaku. Dan pada hari ini juga dia akan mengakhiri semua ini.

Pintu kereta dibuka oleh salah seorang anak buahnya dan dia mula melangkah masuk ke dalam. Usai pintu ditutup, mereka berdua bergerak masuk ke dalam perut kereta dan bergerak ke lokasi tersebut.

Rangga membuang pandang ke luar tingkap, sambil-sambil itu fikirannya mula terfikir kepada gadis itu.

‘Nur Daiyan Qaisarah.’

Nama itu sudah dihafalnya semenjak dia membaca kad pengenalan gadis itu sebelum ini. Semua barangan milik gadis itu masih lagi ada dengannya. Entah bagaimana dia harus menguruskan gadis itu. Dia sendiri tidak pasti. Hendak dibunuh, jangan. Hendak diugut, nanti dia fikirkan pula.

Dia masih lagi tidak berjaya berurusan dengan gadis itu secara baik lagi. Itupun dia tidak dapat jawapan yang selayaknya. Kalau boleh dia mahu urusan ini dapat diselesaikan dengan segera agar dia dapat pulang semula ke Yokyakarta.

                  MELISSA cuba menghubungi Tano sekali lagi. Tetapi tetap juga tidak berangkat. Dia rasa tidak sedap hati pula. Entah mengapa. Kali terakhir dia melihat lelaki itupun pada beberapa minggu lalu semasa dia dapat tahu lelaki itu pulang ke Bali bersama Rangga. Sudah pasti ketika itu dia rasa benar-benar gembira.

Gembira tidak terkata. Tetapi hari ini dia sudah tidak tahu keberadaan lelaki itu pula. Apabila bertanya kepada papanya di mana Rangga, jawab papanya hanya satu. Uruskan beberapa urusan penting di sini. Dia tidak tahu urusan apa kerana papanya tidak mahu dia ikut masuk campur.

Lebih-lebih lagi Tano juga sejak dari itu tidak pernah muncul-muncul di rumah agamnya. Entah mengapa rindunya dia kepada lelaki itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sesungguhnya hanya dia sahaja yang menanggung cinta yang tidak terbalas itu seorang diri.

“Kamu harus tau bahwa kita nggak bisa bersama, Mel. Kamu sama aku itu banyak bedanya.”

Air mata Melissa mula gugur. Tiba-tiba sahaja dia mula teringatkan kata-kata yang pernah diujarkan oleh lelaki itu kepadanya suatu ketika dahulu sebelum lelaki itu membawa diri pergi ke Yokyakarta bersama Rangga atas urusan perniagaan. Ketika itu jugalah hatinya hampir hancur.

“Tapi kenapa? Kamu taukan yang aku benar-benar cinta sama kamu. Cinta aku nggak ada bedanya.”

Melissa menangis semahu-mahunya ketika ini berseorangan dalam bilik menghadap tingkap biliknya. Hatinya benar-benar sayu. Galeri terus dibuka dalam telefon dan beberapa gambar milik lelaki itu yang diambil secara diam-diam sebelum ini ditiliknya.

“Aku benar-benar suka sama kamu, Tano... kamu harus tau itu.”

Entah bagaimana lagi dia mahu menyatakan cintanya itu kepada lelaki itu. Sumpah semenjak dia mengenali lelaki itu. Perasaan sukanya semakin membuak-buak kepada lelaki itu. Melissa terus menangis sambil menyandarkan kepalanya pada cermin tingkap.

“Tano...”

✿ BERSAMBUNG

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top