IX
TERBUNTANG luas mata Haziq tatkala melihat paparan skrin telefon pintarnya itu, terus disambar kunci kereta dan berlari ke kereta. Usai melangkah masuk ke dalam perut kereta lantas dihidupkan enjin kereta pula, kalut benar dia ketika ini, perasaannya mulai tidak tenteram, antara risau dan menggelabah. Adakah benar apa yang dia lihat tadi?
Daiyan mahu ke Indonesia?
Jika dia tidak stalk gadis itu di aplikasi Instagram, masakan pula dia tahu gadis itu mahu ke sana. Tetapi mengapa? Adakah kerana dirinya? Stereng kereta dipukul, terasa benar-benar terpukul dengan berita ini. Terasa bagaikan mahu menangis sahaja. Keluhan berat dilepaskan...
“Dai... jangan macam ni! Tolong jangan!”
Pedal minyak ditekan. Kereta pacuan empat roda jenama BMW itu bergerak laju memotong setiap kenderaan yang menghalang laluannya.
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2 (KLIA2)
NUR Daiyan Qaisarah tersenyum selepas menadah telinga mendengar setiap pesanan yang hampir setiap saat tidak berhenti meniti di bibir gadis bernama Mariam itu, sehingga bosan dibuatnya. Mariam menjuihkan bibir seketika, lantas berpelukan buat kali terakhir.
“Nanti bila kau dah sampai. Jangan lupa call aku tau! Jaga diri baik-baik. And... tolong jaga elok-elok tau ‘baby’ aku tu.”
Tergelak Nur Daiyan Qaisarah apabila mendengar perkataan ‘baby’ muncul sekali lagi. Siapakah baby yang dimaksudkan oleh Mariam?
“Ya, aku janji akan jaga elok-elok camera kau. Jangan risau okey!”
Sudah tentulah 'baby' itu merupakan sebuah kamera. Kamera berjenama Canon milik Mariam yang diberi pinjam selama seminggu kepada dirinya untuk ke Indonesia. Bertuah bukan ada kawan baik seperti Mariam? Minta apa sahaja, pasti diberi. Tetapi jangan diminta buah hati sudahlah, pasti dicincang.
Pelukan semakin dieratkan buat kali terakhir sebelum dileraikan pelukan. Mariam tersenyum dalam sebak, tiba-tiba sahaja perasaan terujanya kian bertukar sedih. Entah mengapa.
“Kau jaga diri elok-elok tau. Sumpah aku sedih sekarang ni! Tak pernah pun kau pergi tanpa aku sebelum ni. Nak mintak cuti dengan Tuan Mikhail pun tak boleh...”
Air mata menitis membasahi pipi Mariam tanpa dipinta, turut sama Nur Daiyan Qaisarah sebak di situ. Ya, itu benar. Sepanjang mereka berkawan, boleh dikatakan mereka berdua tetap akan bersama walau apa cara sekalipun. Tetapi kali ini lain, rancangan ini tidak terduga.
“Dahlah jangan sedih-sedih tau. Aku akan jaga diri aku baik-baik kat sana nanti. Kau pun kenalah jaga diri jugak kat sini bila aku takde nanti. Janganlah pulak buli Tuan Mikhail lagi.” Mata kanan dikenyitkan.
Tergelak besar Mariam kali ini. Tahu sangat Nur Daiyan Qaisarah dengan rakan baiknya itu. Masakan pula dia tidak kenal dengan kawan sendiri. Sebenarnya, Mariam sudah lama menaruh hati dan perasaan kepada majikan mereka. Siapa lagi kalau bukan Tuan Mikhail? Cuma malu untuk meluah segala isi hati sahaja.
“Aku cabar kau. Nanti apabila aku takde kat sini, cuba kau confess kat dia yang kau dah lama fall in love with him. Ini cabaran tau!” cabar Nur Daiyan Qaisarah sebelum menarik bagasinya sehingga menuju ke pintu balai pelepasan.
Mariam geleng kepala sambil membuat mimik muka tidak mahu. Masakan pula dia mahu berbuat demikian. Seperti perigi mencari timba sahaja. Ini parah! Masih dipanggil normal ke sekiranya dia bertindak sedemikian? Gila apa? Bos sendiri kut. Silap hari bulan kena berhenti kerja. Lagilah dia tidak mahu.
“Dai! Aku tak nak buatlah! Kau kan tahu couple is haram!” jerit Mariam yang tanpa segan-silu berani menjerit di khalayak ramai.
Tanpa disedari ada mata-mata yang memerhati mereka berdua, entah spekulasi bagaimana yang diberikan tetapi apa boleh buat sememangnya mata-mata yang memandang mereka itu benar-benar tidak tahu situasi sekarang. Mariam menghela nafas berat, perginya Si Kawan Baik datangnya pula Si Masalah.
Tuan Mikhail?
Arghhh!
Tergelak kecil Nur Daiyan Qaisarah dari jauh. Lantas mereka berdua memberi lambaian perpisahan buat kali terakhir, dari jauh dapat dia lihat bagaimana reaksi wajah Daiyan. Seakan menanggung kesedihan yang tidak terhingga.
‘Take care my bestie,' bisik Mariam sebelum melihat Daiyan menghilang daripada pandangan mata.
“Mariam..."
Sapa seseorang dari belakang, apabila Mariam menoleh, decitan mulai kedengaran. Tidak disangka-sangka dia akan terjumpa Si Malaun itu di sini.
✿ BERSAMBUNG
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top