IV

JAKARTA, INDONESIA

     SEORANG lelaki berkot hitam diiringi oleh dua orang lelaki bertubuh sasa melangkah masuk ke dalam sebuah bilik peribadi di sebuah Restoran Li Feng Mandarin Oriental Jakarta. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, ada beberapa orang lelaki menunggu kehadirannya di situ.

Lelaki itu membongkokkan sedikit badan ke bawah, memberi tanda hormat kepada tiga orang lelaki berbangsa Cina itu. Sebaik sahaja memberi penghormatan, dia dipelawa duduk oleh mereka bertiga. Usai melabuh duduk di sebuah kerusi meja makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan dari negara China itu, dia kembali serius.

Dua orang lagi pengikutnya turut sama berada di situ, berdiri di tepi dinding dan mengawal keadaan di situ. Bebola matanya beralih pula kepada salah seorang lelaki yang lebih tua dari umurnya, selewat usia 40-an. Jari-jemarinya membuka butang baju kot bawah, agar lebih selesa. Senyuman mulai terbit pada bibirnya.

" hǎo ma, Rǎng? (Kau apa khabar, Rang?)" sapa lelaki berbangsa Cina lingkungan 40-an itu.

Rangga tersenyum sambil mengangguk kepala tanda dia benar-benar dalam keadaan baik. Percakapan lelaki berbangsa Cina itu cukup difahami kerana sebelum ini dia pernah mempelajari hampir tujuh bahasa dari serata dunia pada usia remaja tanpa berasa lelah walaupun hanya sedikit.

"Měihǎo de. (Khabar baik)."

Lelaki lingkungan 40-an itu angguk kepala sambil ketawa halus, semestinya lelaki muda itu sihat dan dalam keadaan baik kerana Rangga Seorang yang kental jiwanya. Tidak seperti anak muda yang lain, yang mudah lemah sebelum diuji terlebih dahulu.

"Lu miliki pekerjaan baru, Rangga. Temukan orang ini dan singkirkan dia. (Kau ada kerja baru, Rangga. Cari orang ini dan hapuskan dia)."

Sebuah sampul surat berwarna coklat diserahkan kepada Rangga, terus diambil sampul surat itu dan dilihat isi di dalamnya. Sebuah foto bersaiz sederhana memaparkan seorang lelaki 20-an yang berkepala botak, bertatu ular pada lengan kanannya dan bercucuk subang pada telinga kanannya. Usai menilik sekejap foto itu, Rangga angguk kepala tanda akur.

"Jadi... siapa dia untuk lu? Apa hubungan lu sama dia? (Jadi... siapa dia bagi kau? Apa hubungan kau dengan dia?)"

Foto itu dimasukkan kembali oleh Rangga dalam sampul dan disimpan dalam poket baju kot yang dipakainya. Bebola matanya merenung wajah lelaki tua itu. Serius.

"Itu bukan urusan lu, Rangga. Lu hanya perlu singkirkan dia aja. (Bukan urusan kau Rangga. Kau hanya perlu hapuskan dia saja)," ujar lelaki tua itu sambil menyilang kedua-dua belah tangannya di dada.

Rangga angguk kepala tanda faham tetapi hendak buat bagaimana lagi sekiranya Sang Rangga tidak mahu berputus asa untuk mengetahui kenapa harus dia diupah untuk menghapuskan lelaki itu. Semestinya dia ingin tahu. Setiap perkara yang dilakukan olehnya harus dia ketahui dari titik awal hingga akhir. Itulah cara dia bekerja.

"Gue nggak peduli jika lu nggak mau kasi tau sama gue, tapi... lu harus tau gimana bekerja sama gue, kan? (Aku tak peduli kalau kau tak mahu beritahu aku, tapi... kau perlu tahu macam mana cara kalau bekerja dengan aku, kan?)"

Rangga mengeluarkan pemetik api buatan khas dari Itali. Tangannya yang memegang pemetik api itu diletakkan di atas meja sambil bermain dengannya. Situasi menjadi sedikit tegang selepas dia berkata begitu sebentar tadi. Lelaki 40-an itu seakan khuatir sekiranya anak muda itu berubah fikiran.

"Rangga. Maafin gue. Gue bukannya nggak mau kasi tau tentang ini sama lu. Tapi... masalah ini harus menjadi rahasia daripada siapa pun. (Rangga. Maafkan aku. Aku bukannya tak mahu beritahu kau perihal hal ini kepada kau. Tapi... masalahnya perkara ini harus dirahsiakan daripada sesiapa pun)," ujar lelaki 40-an itu, sedikit khuatir.

Pemetik api ditutup kasar, lantas disimpan semula ke dalam poket baju kot. Dia mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan kepada tiga orang lelaki berbangsa Cina itu buat kali terakhir.

"Itu artinya bisnis kite akan berakhir seperti ini, gue rasa. Dalam hal ini, gue nolak tawaran lu. Cari orang lain. (Bermakna urusan kita berdua akan berakhir macam ni aje agaknya. Dalam kes ni, aku tolak tawaran kau. Cari orang lain)."

Rangga mengeluarkan semula sampul coklat yang disimpannya di awal pertemuan mereka awal tadi, dan dicampak ke atas meja makan itu. Tergamam mereka bertiga. Usai berbuat demikian, Rangga terus bangkit dari kerusi. Sempat mereka bertiga berbincang sesuatu dalam Bahasa Cina, kalut. Rangga memusingkan badan dan bersedia melangkah pergi dari situ bersama dua orang pengikutnya.

"Rangga! Gue akan kasi tau sama lu segalanya. Tapi tolong... tolong jangan kasi tau hal ini pada siapapun. Gue mohon sama lu. (Rangga! Aku akan bagitahu kau semuanya. Tapi tolong... tolong jangan bagitahu perkara ini kepada sesiapa pun. Aku merayu pada kau)."

Langkah kakinya terhenti seketika, terus senyuman sinis mulai terukir di bibirnya. Ternyata mereka bertiga masih lagi memerlukan dirinya. Tidak sewenang-wenang, umpannya termakan juga oleh mereka bertiga. Nice job! Rangga memusingkan badan ke belakang. Dia masih lagi mengukir senyuman kepada mereka bertiga.

      BABE! Untunglah kau dapat cuti. Aku excited gila weh!" Mariam menggoncang tubuh Nur Daiyan Qaisarah berkali-kali.

"Ya Allah! Sakitlah aku. Lepaslah!" Tubuh Mariam ditolak kasar, sekali gus menghentikan perbuatan gila Mariam. Macam dia pula yang dapat cuti. Tersengih kerang busuk Si Mariam itu seketika.

"Sakit tau tak. Aku yang dapat cuti, tapi kau yang excited dah kenapa?"

Bahunya yang terasa sakit itu diurut seketika. Bukan main ganas lagi Si Mariam ini menggoncang tubuhnya, mahu bergegar otak geliganya ini gamaknya. Ingat tidak sakit ke apa.

"Mana aku tak excitednya sebab kau dapat cuti. Bermakna... kau akan bebas dari bebanan kerja, babe! Tepuklah tangan!" Mariam menepuk tangan dengan girangnya seperti baru sahaja menyaksikan kemenangan perlawanan bola sepak sahaja.

Nur Daiyan Qaisarah geleng kepala lantas menyandarkan badan pada kepala katil, segera dicapai novel karya Anjell yang bertajuk King Haidar lalu dibaca muka surat yang tergendala sebentar tadi.

"Takde maknanya aku nak happy bagai," balas Nur Daiyan Qaisarah, selamba tanpa mengalih sedikit pun perhatiannya pada bahan bacaannya itu.

Mariam mencebik muka. Tiada lagi sesi bertepuk tangan seperti tadi, kini sesi ingin tahu pula. Dia mendekatkan diri kepada Nur Daiyan Qaisarah, lantas bersandar di kepala katil seperti gadis itu. Bantal peluk terus dicapai lantas dipeluk erat.

"Bila difikirkan balik, betul jugak apa kau cakap tu babe. Buat apa nak happy sakan, kan? Sebabnya segala kerja kau yang tergendala tu aku yang kena buatkan. Huhuhuhu... aku dahlah takde idea nak buat novel baru tau. Tuan Mikhail pun satu, bagi kat aku kerja susah-susah tapi kalau dengan kau, bukan main lagi dia bagi muka, kan. Betul tak?" Mariam menyiku lembut lengan Nur Daiyan Qaisarah.

"Hermmm..." balas Nur Daiyan Qaisarah, acuh tak acuh.

Matanya masih lagi tertumpu pada bahan bacaannya itu. Kusyuk betul membacanya sehingga setiap tutur bicara Si Mariam sudah tidak didengarinya lagi. Entahlah rakan baiknya itu membebel tentang apa. Mariam menarik muncung, tanda geram dengan tingkah-laku Si Daiyan.

"Aku bercakap dengan kau ni, babe. Dengar tak?" Sekali lagi Mariam menyiku lengan Nur Daiyan Qaisarah tetapi kali ini sedikit kasar sehingga tubuh gadis itu terdorong ke bucu katil.

"Ya... aku dengarlah!" marah Nur Daiyan Qaisarah, lantas menutup novel selepas meletakkan penanda buku pada muka surat yang terhenti. Diletakkan novel itu di atas meja bersebelahan katilnya pula.

"Baguslah kalau kau dengar. Ni aku nak tanya kau sesuatu..." Mariam memusingkan badannya mengadap Nur Daiyan Qaisarah, sambil tersengih dengan penuh makna.

'Apa hal pulak budak ni?' gerutu Nur Daiyan Qaisarah di dalam hati. Naik pelik dia.

"Kau ada plan apa-apa tak sepanjang kau bercuti nanti?"

Membulat biji mata Nur Daiyan Qaisarah mendengarkan soalan itu. Malasnya dia ingin merencana apa-apa aktiviti untuk percutiannya kali ini. Tanpa membuang masa terus dia bangkit berdiri dan beredar dari bilik tidurnya meninggalkan Si Mariam itu keseorangan. Lebih baik mengelak sekarang daripada mengelak besok.

"Aku rasa aku hauslah. Aku pergi dapur dulu eh." Cepat-cepat Nur Daiyan Qaisarah mengorak langkah beredar dari situ. Siap berlari lagi.

"Weh! Jangan mengelak boleh tak? Aku taulah kau mengelak daripada aku, kan? Daiyan!" Mariam turut sama turun dari katil dan mengejari rakan baiknya itu. Habis rumah itu bergegar dengan suara pekikan mereka berdua.

✿ BERSAMBUNG

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top