EPILOGUE
Will start write new chapter for She Is My Girl tonight :)
Everyone, please enjoy Ya Saya Terima's epilogue! :)
---
**Hee Young's POV**
Dan dengan sekali ciuman, Chen dan In Yung sah menjadi suami isteri.
Saya bangun dari kerusi saya dan terus menepuk tangan saya dengan kuat sekali.
Semua tetamu bersorak gembira dan masing-masing melemparkan kuntum-kuntum bunga ros pada pasangan yang baru berkahwin itu.
Saya dan tetamu yang lain keluar mengiringi Chen dan In Yung untuk ke kereta.
"Okay. The moment of truth!" In Yung tersenyum dan kami semua perempuan menunggu untuk In Yung membaling bunganya.
"One, two, three!"
In Yung baling bunga ros putih dan merah tersebut ke belakang dan saya sedaya upaya cuba untuk tidak melanggar orang lain dan cuba untuk menangkap bunga tersebut.
"Ahh! Yeay! Saya dapat!" Nayun, cousin kepada In Yung menjerit kegembiraan. Saya tersenyum dan semua tetamu menepuk tangan.
"Bye In Yung, bye Chen." Saya tersenyum.
"Can't wait for tonight!" In Yung tiba-tiba tersenyum.
Tonight? Ouhh...
"Woahh Chen, In Yung dah tak sabar malam ni. Hahaha..." Saya tergelak.
Chen tersenyum dan mengangkat keningnya.
"Bye everyone!" In Yung tersenyum dan melambai kepada kami semua.
"Bye! Enjoy your honeymoon!" Saya melambai semula kepada Chen dan In Yung.
Chen mula berjalan dan kami semua masih melambai pada kereta Chen.
***
Sedang saya duduk di meja makan, Jaewoo datang dan duduk di sebelah saya.
"Hi Jaewoo." Saya tersenyum.
"Kak Hee Young janganlah sedih sangat... Kak Hee Young sentiasa jadi cinta pertama abang Kai." Jaewoo memberi saya semangat.
"Tak sangka yang Kai tipu kakak." Saya mengeluh.
"Tujuh tahun Hee Young. Awak masih sama dan awak masih tunggu saya. Boleh saya peluk awak?"
"Kai?" Saya terus berlari ke arahnya dan memeluknya dengan erat sekali.
"Akhirnya awak balik." Saya bersuara.
Kai membalas pelukan saya.
Saya melepaskan pelukan antara kami berdua dan tersenyum. Kai bantu saya mengelap air mata saya dan saya memegang tangannya.
Saya terkejut dan saya terus memandang jari manisnya.
"Cincin?" Saya bertanya.
"Hee Young-"
"Awak dah bertunang..." Saya masih dalam kejutan.
"Hee Young yes saya dah bertunang tapi-"
"Saya taknak tengok muka awak." Saya terus masuk ke dalam dewan semula.
"Hee Young!" Kai memanggil lagi dan saya terus berlari masuk ke dalam bilik air.
Tak sangka yang awak tipu saya Kai. Kononnya awak minta saya tunggu awak. Semuanya tipu.
Tujuh tahun.
"Hanya sia-sia."
"Kakak dah agak dah. Bila Kai stop call kakak tiga tahun lepas, kakak tahu yang dia mesti dah ada orang lain. Kakak nangis Jaewoo, tiap-tiap malam then kakak moved on. Dah taknak fikir pasal dia dah tapi bila dia datang tadi.. Kakak terus lupakan semua tu then terus pergi pada dia." Saya bersuara.
"Kakak menyesal peluk dia tadi atau kakak menyesal halau dia pergi tadi?" Jaewoo bertanya pada saya.
Saya mengeluh.
"Entahlah Jaewoo... Kakak cuba nampak gembira sekarang ni." Saya membalas.
Jaewoo juga hanya mampu mengeluh.
"Jaewoo, Jaewoo dah umur berapa sekarang?" Saya bertanya.
"19." Jaewoo membalas dengan senyuman.
"Itulah. Kakak rasa bersalah sebab berhenti jumpa Jaewoo. Last kakak jumpa Jaewoo masa umur Jaewoo 14 tahun, kan?" Saya bertanya untuk kepastian.
Jaewoo mengangguk.
"Tak apa kakak. Yang penting kakak kena ikut Jaewoo malam ni." Jaewoo tersenyum.
"Pergi mana? Jaewoo nak belanja kakak makan ehh?" Saya tersenyum.
"Sort of ? Hahaha..." Jaewoo tergelak dan saya hanya tersenyum memandangnya.
***
"Kita nak pergi restoran yang fancy ke yang biasa-biasa je?" Saya terus bertanya pada Jaewoo.
"Kakak turun awal." Jaewoo membalas dan terus membawa keretanya.
Jaewoo baru lepas mengambil saya dari rumah dan kami dalam perjalanan ke tempat makan yang akan dibelanja oleh Jaewoo.
"Dah kakak nampak Jaewoo kat depan pagar rumah, kakak terus keluar je lah." Saya tersenyum.
"Kakak mesti suka restoran ni." Jaewoo memberitahu.
"Seriosuly? Woahh tak sabar!" Saya memandang Jaewoo dan tersenyum.
Kami pun bersembang semasa dalam perjalanan hinga akhirnya kereta Jaewoo berhenti.
"Sekolah?" Saya keluar dari kereta dan memandang Jaewoo.
Jaewoo mengambil tangan saya dan tersenyum.
"Jom!" Jaewoo berlari dan kaki saya terikut sama.
"Aey! Pelan-pelan! Jaewoo!" Saya menjerit.
Akhirnya kami sudah pun sampai ke tempat yang saya rasa saya seperti kenal. Bukan kenal tapi, tempat di mana hanya dua orang sahaja yang tahu tentang tempat ni.
Kami berhenti di depan pagar untuk masuk ke taman.
"Gelapnya. Kenapa Jaewoo bawa kakak ke sini?" Saya bertanya.
"Nah." Jaewoo menghulurkan saya sebatang lilin lavendar yang sudah dinyalakan apinya.
"Kakak ikut je mana kuntum-kuntum bunga ros ni jatuh." Jaewoo menunjukkan ke arah kuntum-kuntum bunga yang berada di tanah.
"Belon pun ada?" Saya terkejut.
Saya pusing ke belakang semula dan Jaewoo sudah hilang.
"Okay. You can do this." Saya berkata kepada diri saya.
Saya pun menghalakan lilin tersebut ke bawah sedikit supaya saya boleh nampak kuntum-kuntum bunga tersebut.
"Banyaknya belon." Saya bercakap dengan diri saya.
Sedang saya berjalan, tiba-tiba ada seorang lelaki yang memakai topeng berwarna hitam dan putih berdiri di depan saya.
Mestilah saya terkejut!
Saya cuba meneliti siapakah orang di sebalik patung itu tapi sebelum saya sempat bertanya, dia menghulurkan saya sekeping kertas.
Saya mengambil kertas tersebut dan membukanya.
Kalaulah saya sebuah traffic light, saya akan sentiasa tukar warna merah supaya setiap kali awak berhenti saya boleh tengok awak dengan lebih lama lagi.
Saya tersenyum. Saya memegang surat tersebut dan meneruskan perjalanan saya.
Selepas beberapa saat saya berjalan, ada lagi seorang memakai topeng yang sama. Dia juga menghulurkan saya surat. Dengan serta merta saya mengambil surat tersebut dan membukanya.
Adakah awak sebuah kamera? Kerana bila saya nampak awak, saya tersenyum.
Saya berjalan lagi dan seorang lagi. Saya dengan cepat ambil surat yang ketiga dari tangannya.
Saya membacanya.
Saya akan berhenti cintakan awak sampai Spongebob dapat lesen memandu dia.
Kali ini saya berjalan dengan laju sedikit. Saya hampir terlepas orang yang keempat. Seperti biasa dia menghulurkan saya sekeping kertas.
Saya cepat-cepat membukanya.
Huruf-huruf kegemaran saya dalam alphabet adalah U R A Q T.
Saya tergelak kecil.
Dari tempat di mana saya berada, saya tahu yang saya hampir sampai ke tempat persembunyian saya.
Sedang saya berjalan, saya bertemu dengan lagi seorang yang memakai teopeng yang sama.
Dia menghulurkan saya kertas dan saya mengambilnya.
Awak mungkin pernah jatuh basikal, awak juga mungkin pernah jatuh dari pokok tapi cara yang terbaik untuk jatuh ialah jatuh cinta pada saya.
Saya tersenyum dan saya meneruskan perjalanan saya.
Akhirnya saya sudah pun sampai di tempat persembunyian saya. Sedang saya melihat sekeliling, ada seseorang meniup api lilin saya.
Belum sempat saya berkata sesuatu, tempat yang saya sedang berdiri menjadi terang.
Satu-satu lampu terbuka dan saya sangat terkejut.
Saya melihat bawah dan belon-belon serta kuntum-kuntum bunga banyak berterabur di rumput.
Saya melihat sekeliling dan saya tak tahu nak berkata apa.
Semua orang yang saya kenal ada disini.
Mummy, daddy, Taehyung, Mark, Bambam even Chen dan In Yung. Semua.
Taehyung, Mark, Bambam, Chen juga Jaewoo memegang topeng hitam dan putih di tangan mereka. Baru saya tahu yang mereka adalah orang di sebalik topeng tersebut.
"In Yung? Chen?" Saya bertanya.
In Yung menyuruh saya senyap dan memandang depan.
Saya mengikut kata In Yung dan saya terkejut.
"Kai."
Dia menghulurkan saya sekeping kertas dan saya perlahan-lahan mengambil kertas tersebut.
Saya membuka kertas itu.
Awak ada pensel dan pemadam, tak? Boleh saya pinjam? Sebab saya nak padam semua memori tujuh tahun awak tanpa saya dan tulis memori kita yang baru.
Saya hampir menangis kerana terlalu terharu dan teruja pada masa yang sama.
Kai mengambil lilin dan kertas yang ada di tangan saya dan meletakkannya dia bawah.
Dia mengambil tangan saya.
"Awak nak tahu kenapa saya pakai cincin ni?" Kai bertanya.
Saya mengangguk.
"Masa dekat Stamford, saya nak orang tahu yang saya dah tak boleh didekati kerana saya milik awak." Kai membalas.
Saya tersenyum.
"Awak nak tahu kenapa keluarga awak, semua orang yang awak kenal ada disini?" Kai bertanya lagi.
Saya mengangguk dan saya boleh rasa air mata kegembiraan saya jatuh.
"Sebab saya nak orang ingat macam mana saya propose awak." Kai menjawab.
Saya menahan air mata saya.
Kai melepaskan tangan saya dan melutut di depan saya. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya dan menunjukkannya kepada saya.
"Ada satu benda yang saya nak buat bila saya mula sukakan awak. Saya nak tukar nama keluarga awak. Jadi, Bae Hee Young, sudikah awak terima saya yang tak sempurna ini menjadi sebahagian dari hidup awak atau lebih tepat lagi menjadi suami kepada awak?" Kai akhirnya bertanya kepada saya soalan itu.
Saya mengelap air mata saya.
"Ya, Saya Terima."
Dan dengan hanya satu ayat, tempat yang senyap tadi menjadi bising dan riuh. Mereka semua bertepuk tangan dan menyambut dengan riang sekali.
Kai bangun dari tempatnya dan memasukkan cincin emas putih tersebut ke jari manis saya. Kai menurunkan mukanya hingga paras bibir saya dan saya menutup mata.
"Ehemm.. Ehemm.."
Kami berdua terdengar uncle Kim membersihkan tekaknya. Kai hanya tersengih dan saya tergelak kecil.
"Uncle, apa kata kita pergi makan?" Taehyung mencelah.
"Haa betul tu daddy. Jom, jom?" Chen dan In Yung juga cuba menarik daddy pergi.
Kai dan saya hanya mampu gelak.
Kai memeluk saya dan saya membalas pelukannya.
"Kai." Saya memanggil.
Kami berdua memandang sesama sendiri.
"Yes tunang saya?" Kai membalas.
"Boleh saya try?" Saya bertanya.
"Try?" Kai bingung.
"Pick up line?"
Kai tergelak dan mengangguk kepalanya. Saya memandang sekeliling dahulu dan semua orang sedang sibuk makan.
Saya tersenyum.
"Adakah awak sebuah buku? Sebab favorite genre saya adalah awak." Saya tergelak kecil.
Kai tersenyum.
"Boleh saya rosakkan muka awak... Dengan bibir saya?" Kai bertanya.
Saya tersenyum dan terus tergelak.
"Kai, jom ponteng sekolah?" Saya mengajak.
"Ponteng sekolah?" Kai bingung.
"Jom lari dari sini?" Saya memegang tangannya dan mula berlari.
"Hee Young! Hee Young! Saya nak Nerdy saya balik!"
---
Cut cut cut!
Dan itulah epilogue untuk cerita Ya, Saya Terima ni.
Okay yang pertama, sorry for typos :(
Yang kedua, terima kasih kepada semua yang menyokong fanfic ni. Seriously dah dua tahun cerita ni. Woahh!
Yang ketiga terima kasih kepada semua YSTers dan semua pembaca-pembaca cerita ni. Kepada silent readers, mulalah suarakan comment anda di ruang comment. ;) Juseyo hehe...
Yang keempat saya sayang anda semua. SANGAT SANGAT SANGAT.
Yang kelima saya minta maaf kalau saya pernah sakitkan hati sesiapa selama saya buat fanfic ini. Segala perkataan atau bahasa yang kurang sopan. Mianheeee...
And the last one, CHECK OUT SHE IS MY GIRL NOW sebab saya akan start update cerita tu, okay? :) Kamsahamnida everyone :)
SARANGHAE, IKHLAS FROM AUTHOR, KYUNGSOOMYRAE
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top