67. China
Annyeong :)
---
**Chen's POV**
"Dia jatuh. Serious funny hahaha and then enn-"
"Hee Young." Saya memberhentikan Hee Young yang sedang bercakap.
"Humm?" Hee Young tersenyum dan memasukkan sosej ke dalam mulutnya.
"Jangan bagitahu Hee Young ehh pasal ni. Tolong.. Chen.."
"Macam mana hubungan Hee Young dengan.. In Yung?" Saya bertanya.
Garfu yang dipegang oleh Hee Young tadi terus terhenti menyentuh sosej nya. Saya perasan dan terus melihat mukanya.
"Biasa je." Hee Young menjawab dengan dinginnya.
"Maksud biasa?" Saya bertanya lagi.
Hee Young mengeluh.
Kalaulah Hee Young tahu yang In Yung dah jadi makin teruk sekarang..
"Entahlah Chen. Dia buat hal dia, Hee Young buat hal Hee Young." Hee Young membalas lagi.
"Hee Young tak rasa rindu ke dengan dia?"
"Tak."
"Hee Young tak rasa keseorangan ke?"
"Tak."
"Selama ni Hee Young pernah kisah ke pasal dia?"
"Yang Chen nak tanya pasal dia je ni kenapa? Chen masih sukakan dia?" Hee Young memandang saya.
Ya.
"Tak."
"Then?" Hee Young bertanya.
"Cuma.. Hee Young sekarang keluar dengan budak-budak perempuan yang pernah buli Hee Young dulu and In Yung pula yang.."
"Yang? Dia tak kena buli pun."
"Dia buli diri dia sendiri."
"Huh?"
"Abang kena pergi pejabat hari ni. Nanti abang ambil kat sekolah. Bye." Saya bangun dari kerusi dan memberikan senyuman kepada Hee Young.
Hee Young membalas senyuman saya dan saya terus berjalan keluar dari rumah.
"Harap Hee Young dapat A+ dalam apa yang abang cuba bagitahu tadi. Tolong selamatkan In Yung. Untuk abang."
***
**Hee Young's POV**
"Hi Hee Young."
"Pagi Hee Young."
"Good morning cantik!"
Saya hanya mampu memberikan senyuman pendek kepada mereka semua. Tak cantik pun penat, cantik pun penat. Macam ni ke In Yung rasa tiap-tiap hari dulu?
"In Yung."
Saya berkata perlahan dan saya bersyukur. Kenapa dia lalu jalan nak ke belakang sekolah?
"Nak belajar kot." Saya berfikir positif dan membuat keputusan untuk berjalan sahaja ke loker saya.
"Dia buli diri dia sendiri."
"Dia buli diri dia sendiri?"
"WAHHH!"
"Omo!" Saya terkejut dan mengusap dada saya.
"Princess aku ni cakap dengan siapa? Humm?" Kai bertanya.
"Aku tak dilahirkan untuk jadi princess kau so jangan perasan." Saya menjelingnya dan mengambil buku Ethics saya.
"Tapi aku dilahirkan untuk jadi prince kau, macam mana tu?" Kai bertanya dengan senyumannya. Senyuman yang masih available untuk buat hati saya bekerja 40 kali ganda lebih laju.
"Sorry tapi aku dah jumpa prince aku. Bye." Saya menutup loker di depan mukanya dan mula berjalan ke kelas.
"Princess! Tunggu!" Saya terdengar Kai menjerit dari belakang.
Saya tersenyum dan mempercepatkan langkah saya ke kelas.
"Yah!" Kai masih memanggil.
Sedang saya fokus berjalan dengan laju, saya terlanggar seseorang.
"Aww."
Saya terdengar orang tadi mengeluh kesakitan.
"Sorry..." Saya meminta maaf kepada orang tadi.
"Auntie?" Saya terkejut.
"Umm... Kita kenal ke?" Auntie Qung Yi bertanya dengan muka yang berkerut.
"Auntie. Ni Hee Young lah. Hahaha.." Saya tergelak.
"Omo Omo! Siapa? Hee Young?! Aww Hee Young I miss you!!!" Auntie Qung Yi terus memeluk saya dengan erat dan saya membalas pelukannya.
"Hee Young pun rindu auntie." Saya membalas.
"Hee Young!" Saya terdengar suara Kai dan auntie Qung Yi terus melepaskan pelukannya.
"Kai, kenalkan ni-"
"Annyeong auntie Qung Yi." Kai menunduk hormat ke arahnya dan saya terkejut.
"Ouhh Kai. Annyeong. Long time no see. Hahaha..." Auntie Qung Yi tersenyum ke arah Kai.
Lupa pula. Mestilah diorang kenal sebab dulukan Kai tergila-gilakan In Yung.
"Finally auntie dah jumpa dengan bakal isteri Kai." Kai tersenyum dan saya memandangnya dengan mata-tidak-percaya-yang-dia-baru-cakap-benda-yang-paling-merepek-dalam-dunia.
"Hahaha. Yeah. She's indeed a pretty Wendy. By the way Hee Young, nampak tak In Yung? Dia kena ikut jumpa pengetua ni." Auntie Qung Yi memandang saya.
"Huh? Jumpa pengetua? Untuk apa?" Saya bertanya.
"Umm In Yung tak bagitahu?" Auntie Qung Yi bertanya.
"Uhh.." Saya membalas dengan menggelengkan kepala saya. Nampaknya auntie Qung Yi tak tahu yang kami berdua sudah tidak bercakap lagi.
"Auntie dengan uncle akan berpindah ke China. Uncle ada kerja dekat sana and since that kerja takes time, baik kita pindah terus je kan. Rumah family auntie kat sana so tak adalah susah sangat untuk anak auntie yang cantik tu nak pindah hahaha." Auntie Qung Yi membalas.
Saya terkejut. Atau lebih tepat tergamam.
"Yang auntie terkejut, In Yung terus setuju dengan keputusan auntie. Ingat tak dua tahun lepas masa uncle ajak pindah ke France, dia taknak sampai dia lari dari rumah."
"And dia lari pergi rumah Jackson." Kai mencelah.
Saya memandangnya. Kai perasan yang saya sedang memandangnya.
"What? Kau tahu, kan time tu aku masih suka dekat In Yung. Don't worry sekarang aku suka kau." Kai mengangkat keningnya dan tergelak kecil.
"Honey, we talk later, okay? I need to go now. Bye Kai. Bye my dear." Auntie Qung Yi tersenyum ke arah saya dan Kai seterusnya membuat langkahnya ke bilik pengetua.
"Jom masuk kelas." Kai mengajak saya.
"Uhmm kau pergi dulu. Bye." Saya membalas tanpa memandang Kai dan terus berlari ke arah belakang sekolah.
Saya cuba mencari kelibat In Yung tetapi tiada. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi tapak kasut sedang berjalan ke arah saya.
Itu pasti In Yung.
Saya cuba mencari tempat untuk bersembunyi dan saya bernasib malang hari ini.
"Hee Young?" Suara In Yung kedengaran.
"Hi ?" Saya dengan kekoknya menegur In Yung.
"Hi..." Suara In Yung juga kekok.
Rindunya saya dengan awak, In Yung.
"Auntie Qung Yi datang cari awak tadi." Saya memberitahu.
"Ouhh... Mesti tentang tu.." In Yung memandang bawah.
"China."
In Yung terus memandang saya dengan muka yang terkejut.
"A-Awak tahu?"
Saya mengangguk.
"Kenapa awak tak pernah cerita dekat saya dulu?" Saya bertanya.
"Cerita? Tentang apa-"
"France. Awak lari dari rumah. Semua." Saya memandang mukanya.
In Yung mengeluh.
"Sebenarnya, saya dah tahu yang awak sukakan Jackson." In Yung memulakan cerita.
"Dan apa kena-mengena dengan semua tu?" Saya bertanya.
"Masa awak suka Jackson, saya pun ada perasaan sayang terhadap Jackson. Saya taknak pindah. Pindah ke France pula tu. Terlalu jauh dengan negara yang kecil ni. Then, malam tu saya lari lepas mummy bagitahu yang kami semua akan pindah ke France." In Yung berhenti.
"Dan awak lari ke rumah Jackson." Saya membantunya.
Dia mengangguk.
"Empat tahun yang dulu, saya just fikir pasal Jackson je so saya lari pergi rumah dia. Since ibu dengan ayah dia tak ada, Jackson minta saya supaya tak pergi jauh and just tidur dekat rumah dia sebab time tu dah pukul 1 pagi. Saya tertidur dekat sofa ruang tamu Jackson so Jackson angkat saya ke bilik tetamu then dia pergi bilik dia."
Saya terdiam.
"Ae Hee salah anggap. Dia ingat yang Jackson dan saya buat 'benda' tu." In Yung menghabiskan ayatnya.
Bersalah.
Saya rasa bersalah.
"Saya pun."
"Huh?" In Yung terus memandang saya dengan muka yang pelik.
"Saya pun salah anggap. Maafkan saya In Yung. Saya lagi teruk. Lagi teruk dari dari Ae Hee. Saya yang dah berkawan dengan awak lebih dari tiga tahun pun tak percayakan awak. Saya tak pernah dengar penjelasan awak dan saya terus buat keputusan. Maafkan saya In Yung." Saya memandangnya dan cuba mencapai tangannya.
Saya terkejut.
In Yung baru menepis tangan saya dan memandang saya seperti mahu menampar saya.
"Tamparlah In Yung kalau awak nak. Saya takkan marah-"
"I miss you!" In Yung memotong saya seterusnya memeluk saya dengan eratnya.
Saya terus membalas pelukannya.
"I miss you too." Saya tersenyum.
Tiba-tiba, In Yung melepaskan pelukannya. Saya memandangnya.
"Kenapa In Yung?" Saya bertanya.
"Saya akan ke China, Hee Young." In Yung bersuara.
"Ouhh..."
---
Sorry for typos :(
Long time no updateeeee mianheeeeeeeeeeeeeeeeee.
Miss my Strawberry lollipop and my Chicken pie.
Teehee. Love love.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top