62.Pintu hati.

So now I am gonna put music into every chapter, kay? The music only can be heard when you reading and there is internet with you.

Please listen to it if you got internet, kay? There is like a sound symbol and you just click it then wait for seconds to retrieve the song then you can enjoy it while you read it :)

Thanks to Soundcloud.

---

**Hee Young's POV**

"Kita nak jumpa siapa?" Kai bertanya.

"Tu. Tu ada kosong." Saya menunjukkan ke arah tempat ksosong di tempat parkir.

Kai terus menuju ke arah tempat yang saya tunjuk tadi dan meletakkan keretanya disitu.

Kai membuka seatbelt dan saya juga sama. Kai menutup enjin kereta dan saya keluar dari keretanya.

Panas matahari terasa dan saya menunggu Kai untuk keluar dari kereta.

"Dah?" Saya bertanya kepadanya dan dia menutup pintu seterusnya lock keretanya.

"Dah." Kai membalas dan kami berdua masuk ke dalam.

***

**Jackson's POV**

"Jackson?" Warden penjara memanggil.

Saya memandangnya.

"Ada orang nak jumpa." Warden tadi membalas dan membuka pintu penjara.

"Siapa?" Saya bertanya.

Warden itu hanya senyap dan membawa saya masuk ke dalam sebuah bilik.

Kai?

Warden tadi mendudukkan saya di atas kerusi berhadapan dengan Kai dan Hee Young.

"Jackson? Macam mana kau... Boleh... Penjara?" Kai terkejut.

Hee Young dah bagitahu ke?

Saya memandang Hee Young dan dia hanya memandang bawah.

"Kau tak tahu?" Saya bertanya kepada Kai. Nampaknya Hee Young tidak ceritakan tentang apa yang berlaku kepada Kai lagi.

Baguslah.

Kalau Hee Young yang cerita, pasti Kai akan cuba menahan marahnya sampai dia menyakiti orang lain.

Dan lebih teruk lagi, dia boleh menyakiti Hee Young.

"Tak." Kai membalas sepatah.

"Aku sakitkan Hee Young." Saya membalas pendek.

"Huh?" Kai bingung.

"Dia bukan milik kau pun kan?" Saya bertanya.

"Apa kau merepek ni Jackson?" Kai bertanya.

"Aku dengan Ae Hee buat rancangan untuk culik Hee Young dan aku sepatutnya rogol dia tapi—"

"KAU SEPATUTNYA APA?!" Kai terus bangun dari kerusinya dan tangannya genggam meja tersebut. Dia cuba menahan marah kerana urat-urat dari tangannya timbul.

Kai memang sedang marah.

"Kai..." Hee Young memegang hujung bajunya dan saya memandang tangannya.

Kai duduk semula dan matanya masih fokus pada saya.

"Tapi, Hee Young terlalu berharga sampai aku tak sanggup nak sakitkan dia. Dia merayu, dia sanggup merayu supaya aku lepaskan dia dan aku buat. Aku lepaskan dia." Saya membalas.

"Kau bukan seorang yang macam tu. Kalau kau dah dapat something, mesti kau discover dulu benda tu. Apa lagi yang kau buat dekat Hee Young?" Kai bertanya dengan mukanya sedikit lembut.

"Aku cium dia dan dia balas." Saya tersenyum pada Hee Young.

Kai juga memandang Hee Young.

"Awak yang paksa saya." Hee Young membalas.

"Itu je selama ni yang saya nak. Saya tahu. Dalam game ni saya hanya seorang pemain tambahan yang dibeli oleh Ae Hee. Saya tak mungkin dapat melepasi pemain utama, kan?" Saya bertanya.

Saya memandang Hee Young dan dia mungkin tidak faham dengan apa yang saya beritahu tetapi Kai seperti dapat apa yang saya cuba beritahu.

"Mana pemain utama lagi satu?" Kai bertanya.

"Tak tahu. Apa yang aku tahu, bila aku suruh pegawai polis tu cari dia then dia hilang. Dah tak ada." Saya menjawab.

"Bukan kau yang suruh dia lari?" Kai meragui saya.

"Kalaulah orang lain lempang perempuan yang kau sayang depan mata kau, apa kau akan buat?" Saya menjawab dan bertanya pada masa yang sama.

Kai hanya senyap.

"Cium je? Itu je? Sentuhan fizikal yang lain?" Kai bertanya lagi.

"Semua tu tanya Hee Young. Aku penat. Nak tidur." Saya membalas.

Warden tadi masuk dan membawa saya keluar.

"Bye Hee Young." Saya tersenyum padanya.

Dan maafkan saya.

***

**Kai's POV**

"Eja ni. T, A, K, A, D, A." Dia membalas.

Saya hanya mempu mengeluh.

Kenapalah hati ni susah sangat nak percaya cakap budak kecik ni?

Saya memandangnya.

"Dia just cium aku dan habis." Hee Young membalas.

"Dan kau balas dengan passionate nya. Yup. Baru habis." Saya memandang luar semula.

"Suka hati kau. Aku dalam bahaya dan hanya tu je yang boleh selamatkan nyawa aku then kau nak suruh aku buat apa?" Hee Young bertanya.

"Tumbuklah dia. Kau pandai tumbuk, kan?" Saya membalas tanpa memandangnya.

Kenapa saya taknak tengok muka dia?

Kerana saya fokus pada drive dan saya taknak marah saya ni cepat sejuk kalau saya pandang muka dia.

Diakan bidadari saya.

"Tangan aku diikat and tak lupa juga kaki aku diikat. Macam mana aku nak tumbuk?" Dia menjawab.

"Fine. Yang penting kau cium dia." Saya membalas.

"Jealous ke?" Dia bertanya.

"Sangat jealous."

"Kau bukan boyfriend aku pun."

"Soon to be."

"Soon to be? Kau rasa aku akan accept kau ke?"

"Yup! Aku yakin kau akan accept aku."

"Kenapa kau yakin pulak?"

"Sebab aku lah satu-satunya yang selalu tunggu depan pintu hati kau walaupun aku terpaksa tahan panas, air hujan yang mencurah dan angin yang bertiup kencang. Aku yang selalu ada dekat dengan kau."

Senyap.

Itu yang berlaku sekarang.

Saya memandangnya.

Dia memandang bawah.

"Relaxlah. Aku main-main je. Hahaha..." Saya cuba membunuh suasana senyap antara kami.

"Macam mana kalau betul?" Dia bersuara.

"Betul apa?" Saya mula membawa kereta dengan sedikit perlahan.

"Betul yang kau selalu tunggu aku depan pintu hati aku. Cuma kau tak pernah ketuk."

"Aku tak sanggup nak ketuk pintu hati kau." Saya membalas.

"Kenapa kau tak ketuk?" Dia bertanya semula tanpa memandang saya. Dia masih mengekalkan pandangannya di bawah.

"Sebab aku takut kalau aku ketuk dan kau buka then aku just senyum dan pergi."

"Jadi, kau hanya main-main depan pintu hati aku dan aku just tengok kau dari tingkap?"

Kali ini dia memandang saya.

"Ye. Kau memang tengok aku dari tingkap tapi kau buka tingkap tu dan kau terlalu tinggi untuk aku capai."

"Kenapa kau tak berusaha untuk capai?" Dia bertanya.

"Sebab walaupun aku berusaha sungguh-sungguh untuk naik, aku akan putus asa akhirnya. Aku akan turun balik dan pergi." Saya membalas dan mata saya mula berair.

Saya taknak menangis depan Hee Young.

"This conversation is over." Dia membalas dengan suaranya bercampur nafas.

Hee Young mengelap pipinya dan memandang ke luar tingkap.

"Aku sayang kau Hee Young." Saya bersuara.

"Stop. I don't want, just stop." Dia membalas.

Saya rasa, sayalah penjahat yang sebenar dalam game ni bukan Ae Hee. Saya adalah orang yang paling banyak buat dia menangis.

Ya, sayalah penjahat dalam game ni dan sayalah penjahat yang berlegar di depan pintu hati Hee Young.

---

Faham tak chapter ni? I hope faham :) Siapa yang create ayat ni? Bukan saya. Hehehehe... Saya tak berapa faham sebenarnya tapi dia cakap ayat ni lebih gramatis so saya just salin balik ayat dia.

Lol

Sorry for typos :(

Votes and comments YSTers :))

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top