53.Surat.

Hi everyone :)

---

**Hee Young's POV**

"Haa... Okay okay. Yeee... Kitaorang ada je dekat rumah... Okay bye. Cepat sikit. Bye." Chen menutup telefonnya dan meletakkan telefon itu di tepi.

"Hee Young?" Chen memanggil.

"Humm?" Saya memandangnya.

"Kenapa tak makan?" Chen bertanya lagi.

Saya hanya tersenyum dan mencucuk kepingan beef bacon saya seterusnya masuk ke dalam mulut.

"Rindunya masakan dekat rumah." Saya bersuara dan mengambil sekeping lagi.

Chen hanya tersenyum.

"Taehyung nak datang ke?" Saya bertanya.

Chen mengangguk.

"Dia nak tidur sekali sebelum dia balik ke New York." Chen bersuara.

"Cepatnya?" Saya bertanya.

"Papa dia suruh balik cepat. Kan dia kena start masuk universiti dekat sana."

"Jurusan?"

"Taehyung tak pernah bagitahu?"

Saya menggelengkan kepala saya.

"Jurusan kedoktoran."

"Ouhh wow!"

"Papa diakan ada hospital dekat Sweden so... Dia kenalah belajar."

"Baguslah kalau macam tu." Saya tersenyum.

Kami mula makan semula dan saya teringat tentang sesuatu.

"Chen." Saya memanggil.

"Masa Hee Young tak ada dekat sini, ada tak Kai datang?" Saya bertanya.

Chen berhenti dan seperti berfikir.

"Tak pun. Kenapa?" Chen bertanya.

"Ouhh... B-Baguslah macam tu." Saya tersenyum dan minum sedikit fresh orange yang disediakan di sebelah saya.

Habis, siapa yang hantar surat-surat tu?

***

"The end." Saya membuat suara dramatic di depan Kak Shiema.

"Woahhh!! Great to go girl!" Kak Shiema memberi tepukan High Five kepada saya dan saya menepuk semula.

Sudah lebih tiga jam jugalah saya bercerita kepada Kak Shiema tentang apa yang terjadi. Well, kenalah kotakan janji saya, kan?

Kami sekarang berada di dapur dan Kak Shiema sedang memasak makan malam. Semua maid berada di depan. Jadi, hanya Kak Shiema dan saya sahajalah yang berada di dapur dan itu memberi saya peluang untuk cerita kepada Kak Shiema.

"Oh yeah!" Kak Shiema tiba-tiba memetik jarinya.

"What?" Saya bertanya sambil mengambil sesudu yogurt strawberry kegemaran saya.

"Dah baca surat-surat tu?" Kak Shiema bertanya.

"Speaking about those letters, siapa yang hantar?" Saya bertanya kepada Kak Shiema.

"I don't know. Setiap bulan mesti ada surat untuk Hee Young dekat mailbox. Kak Shiema pun tak tahu bila dia hantar, bila dia letak, sebab Kak Shiema pernah try nak catch dia tapi Kak Shiema tertidur sebab time tu dah pukul 2 pagi. So, Kak Shiema bangun pagi tu then dah ada surat dekat dalam mailbox untuk Hee Young." Kak Shiema menjelaskan lagi.

"Shiema!" Ibu Kak Shiema memanggil dari ruang tamu.

"Sekejap ehh." Kak Shiema meletakkan yogurt nya diatas meja dan meninggalkan saya di dapur.

Pukul 2 pagi? Siapa yang sanggup datang rumah ni setiap bulan pukul 3,4 pagi semata-mata untuk hantar sepucuk surat?

Tiba-tiba saya teringat tentang sesuatu.

Sebelum saya pergi ke New York. Malam sebelum tu. Kai ada datang ke rumah saya.

Saya pasti dia yang duduk diatas motor hari itu bila saya tak dapat tidur dan saya nak lihat pemandangan di luar.

Mesti Kai yang hantar surat-surat tu! Saya pasti!

Saya terus bangun dari kerusi dan naik ke bilik saya.

Menutup pintu dan saya membuka laci dimana saya letak surat-surat yang berada diatas katil saya semalam.

Saya buka surat yang pertama.

Dear my soul,

I miss you. Miss you so much. Awak pergi mana? Saya rindukan awak.

From: Your Handsome Secret Imagine Boyfriend

Saya membuka surat kedua.

Dear my lovely wifey,

Where are you? I miss you. I miss you. I miss YOU. Please back...

From: Your Handsome Secret Imagine Boyfriend

Saya buka lagi surat yang ketiga.

Dear my Hee Young,

My life is really miserable right now. I am only okay if you stay by my side. I miss you...

From: Your Handsome Secret Imagine Boyfriend

Saya dah tak sanggup buka yang lain. Takkanlah Kai yang hantar semua ni?

Saya baru teringat tentang sesuatu.

Surat Kai yang dia pernah hantar dulu saya masih simpan.

Saya membuka laci meja belajar saya dan saya sungguh terkejut.

Surat tu sudah hilang.

Saya mencari dan terus mencari. Setiap laci, bawah katil, bawah bantal dan juga dalam almari.

Tiada.

Mana surat tu pergi?

***

Hari ini adalah kira hari pertama saya bersekolah di sini.

Suasananya masih sama dan saya sampai sedikit awal berbanding pelajar lain.

Habit tak boleh dibuang.

Saya berjalan dan banyak memori mula bermain semula di fikiran saya.

"Hee Young?" Suara memanggil saya.

Saya pusing ke belakang dan dia berdiri di depan saya.

Saya ingin sahaja berlari ke arahnya dan memeluknya dengan erat.

"Hee Young." Dia tersenyum.

Saya hanya senyap dan mengekalkan muka kosong saya.

"Awak nak apa In Yung?" Saya bertanya.

Senyuman yang terpapar di bibirnya tadi mula jatuh.

"Awak masih marah dekat saya ke Hee Young? Maafkan saya..." In Yung memandang bawah.

"Saya tak ada kawan yang sanggup khianati kawan baik dia sendiri." Saya membalas.

"Kalaulah awak tahu... Tak apalah. Saya rindu awak Hee Young. Welcome back." In Yung tersenyum dan matanya berair. Dia jalan di depan saya dan saya hanya berdiri di situ seperti tunggul.

Awak yang sakitkan saya dulu In Yung. Maafkan saya.

Saya membuat keputusan untuk pergi ke tempat persembunyian saya iaitu di bawah pokok epal di taman sekolah untuk menenangkan fikiran saya.

Saya membuka pagar taman dan berjalan ke arah bawah pokok epal tersebut.

Masih kemas dan bersih.

Peliknya.

Sekurang-kurangnya, ada daun-daun pokok yang gugur.

Seingat saya, tiada siapa yang tahu tempat ni selain saya.

Kai.

Kai sahaja yang tahu tempat ni.

Takkanlah dia yang jaga tempat ni? Lepas semua yang terjadi?

Saya duduk di bawah pokok tersebut dan ia memang seperti mana saya tinggalkan sebelum saya pergi ke New York.

Sedang saya menikmati angin yang segar, saya ternampak satu balang yang agak besar di sebelah saya. Ianya agak tersorok.

Ada orang dah jumpa tempat ni ke?

Saya hanya memandang balang itu sebelum satu suara mematikan suasana.

"Hee Young?"

Saya terkejut dan saya tidak mahu memandang belakang.

"Kai." Saya berkata dengan nafas saya.

---

Sorry YSTers sebab pendek :(

After this I'll try make it longer, kay? :)

Votes and comments will make me update the next chapter more faster :)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top