36.Sebab saya cintakan awak.
Hi everyone :) I'm so happy that finally my Exodus Album arrived!! WooHoo!! I got Lay photocard :) I'm happy :)
Updates down here :)
-
**Kai's POV**
"Rindu saya Ae Hee?"
Dia mengangguk kepalanya dan memeluk tangan saya yang sedang memeluk bahunya.
"Malam ni sejuk, kan?" Ae Hee bertanya.
"Umm. Sejuk sangat." Saya membalas dan meletakkan pipi saya di rambutnya yang lurus lagi wangi itu.
Selepas itu, keadaan senyap semula. Akhirnya, saya dapat memeluk tubuh perempuan yang saya sangat cintai ini. Saya takkan pernah lupakan saat ini di dalam hidup saya.
"Jadi..." Ae Hee melepaskan tangan saya dan mula pusing untuk menghadap saya.
"Kenapa awak nak jumpa saya? Dah lewat ni. Awak rindu saya ehh?" Ae Hee tersenyum.
"Rindu sangat sangat sangat." Saya membalas.
"Hihihihi..." Ae Hee tergelak kecil.
Ae Hee mengambil tangan saya dan membawa saya ke kerusi kayu yang berhampiran dengan pintu belakang rumahnya. Kami berdua duduk sebelah-menyebelah. Ae Hee masih lagi memegang tangan saya.
"Ae Hee." Saya memanggil namanya dengan lembut.
"Humm?" Ae Hee membalas dan meletakkan kepalanya diatas bahu saya. Kalaulah saya cakap benda ini, adakah saya masih lagi dapat merasa situasi romantik ini bersama dengan dia lagi? Haishh... Saya sangat cintakan Ae Hee dan saya tak sanggup nak lepaskan dia.
"S-Saya.. Saya.." Saya tidak dapat menyambung kerana saya takut. Saya mesti juga cakap dengan dia. Saya sudah tidak sanggup lagi bercinta dengan orang yang saya cintai secara diam-diam.
"Saya nak give up Ae Hee." Akhirnya, saya bersuara juga.
"Give up?" Ae Hee bingung dan terus mengangkat kepalanya juga tangannya terus melepaskan dari tangan saya.
"Maksud awak?" Ae Hee bertanya lagi.
"Cinta secara senyap-senyap ni. Saya dah penat. Saya dah tak nak menipu lagi. Saya nak bercinta dengan orang yang saya betul-betul cintai dan orang itu adalah awak." Saya melembutkan muka.
"Maksud awak, awak tak nak lukakan hati Hee Young? Awak dah mula rasa bersalah? Awak tak ingat ke apa yang dia pernah buat dekat saya dulu?" Ae Hee membalas.
"Saya tahu."
"Awak tak percaya saya?" Ae Hee bertanya soalan yang paling silly sekali.
"Awak sa-"
"Awak mula cintakan Hee Young?"
"Tak. Takkan. Tak mungkin. Awak pun tahukan yang saya cintakan awak seorang je tapi, tapi saya dah penat dengan semua penipuan ni."
"Awak, awak buatlah benda ni untuk saya. Awak cintakan saya, kan?" Ae Hee bertanya.
Saya mengambil tangannya.
"Saya sangat sangat sangat cintakan awak. Sangat sangat. Tapi sampai bila saya nak buat benda ni?"
"Sampai awak dapat ciuman pertama dia." Ae Hee membalas. Tangan saya perlahan-lahan jatuh dari tangannya.
"Awak nak saya cium Hee Young?" Saya bertanya.
Ae Hee mengangguk.
"Tapi kenapa cium?" Saya bertanya.
"Sebab masa saya berkawan dengan dia dulu, dia selalu bertanya siapa yang akan ambil ciuman pertama dia. Dia cakap macam tu sebab dia percaya, lelaki yang ambil ciuman pertama dia adalah orang yang dia sangat percayai dan akan membawanya ke alam bahagia selamanya. Ridiculous." Ae Hee menjelaskan.
"Dan apa-kena mengena dengan saya?" Saya bertanya.
Ae Hee hanya tersenyum.
"Sebab saya cintakan awak" Ae Hee membalas.
***
"Tapi kenapa cium?"
"Dan apa kena-mengena dengan saya?"
"Sebab saya cintakan awak."
"Sebab saya cintakan awak."
"Sebab saya cintakan awak."
"Haishh!" Saya mengkusutkan kepala saya. Saya melihat jam yang berada di atas meja lampu saya.
12:37 a.m.
Saya tidak boleh tidur kerana asyik memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Ae Hee tadi. Apa maksud dia?
Dia nak saya cium perempuan lain sebab dia cintakan saya. Apa yang dia-Haihh!
Saya mengambil telefon saya disebelah kepala saya dan membuka 'Photos'. Saya mencari gambar Ae Hee dan membukanya.
Saya tersenyum. Dia memang cantik.
"Ae Hee. Cepatlah. Saya nak ambil gambar awak ni."
"Taknak... Make up saya tak cantik hari ni."
"Tak apa.. Cepatlah... 1...2..."
"Kai.. Janganlah..." Ae Hee mencebik. Comel.
Saya memegang telefon saya dengan kuat kerana Ae Hee cuba ingin merampasnya dari saya.
"Kai. Baik bagi telefon tu. Kalau tak..."
"Kalau tak apa??"
"Kalau tak saya pukul awak."
"Pukullah..." Saya bagi belakang saya.
"Kai. Okay okay.. Saya senyum ni." Ae Hee memberitahu.
"Okay. 1...2...3..."
I love you Ae Hee.
**Hee Young's POV**
"Kalau soalan 4 ni macam mana pulak? Kena tambah kuasa dua ke?" Bambam bertanya.
"Ouhh kalau soalan yang ni kena-"
"Hi." Suara menyapa kami berdua. Saya memandang atas dan saya terkejut.
"Hi Chorong!" Bambam tersenyum.
"Boleh saya duduk?" Chorong bertanya kepada saya.
"Uhhh.. D-Duduklah." Saya mengalihkan beg saya dan dia melabuhkan punggungnya di sebelah saya.
"Maths ehh ni?" Chorong bertanya.
"Haah. Awak pun pandai Math ke Chorong?" Bambam bertanya kepadanya.
"Sikit-sikitlah." Chorong membalas.
Kenapa Chorong berada di sini? Kalau Jackson cari dia macam mana? Ka-Kalau Jackson jumpa dia dekat sini macam mana? Dah lah saya ada dekat sini. Haishhh...
"Awak Hee Young, kan?" Chorong bertanya dengan senyuman dia yang cantik itu. Patutlah Jackson suka dia. Dia perfect.
"Uhh.. Yea. Hi." Saya tersenyum.
"Chorong.. Awak dekat sini rupanya..."
Hari ini memang bukan hari saya.
"Hi Jackson!" Chorong menyapa.
Saya sangat terkejut. Mata saya tidak boleh berpaling dari mukanya. Jackson juga sama. Dia hanya memandang saya. Mungkin dia juga terkejut napak saya. Sudah lebih sebulan saya melariakn diri daripadanya dan tidak bercakap dengannya.
Tapi ada satu yang pelik. Hati saya tidak berdebar bila saya nampak dia. Dulu, setiap kali, setiap saat, setia masa, bila saya nampak dia pasti hati saya akan berdebar dengan sangat laju. Tapi, kali ni hati saya hanya duduk diam. Tidur dengan lenanya.
Saya mematikan pandangan tersebut.
"S-Saya pergi dulu." Saya berkata perlahan dan mula mengemas buku saya.
"Ehhh.. Kau nak pergi mana?" Bambam bertanya.
"Umm... Saya kena pergi jumpa Kai." Saya menipunya.
"Kai? Kai tengah jumpa cikgu Han. Tadi dia bagitahu aku." Bambam membalas.
"Ouhh." Saya memang tak boleh lari dari ni.
"Alaaa... Okay macam ni, lagi 2 soalan then kau pergi, kay? Please.... Tolonglah aku kali ni. Nanti mak aku masukkan aku dalam kelas tuition yang lain lagi. Please...?" Bambam membuat muka sedihnya.
"Haihhh..." Saya mengeluh.
"Jackson? Kenapa berdiri je? Duduklah." Chorong berkata kepadanya sambil tersenyum.
Jackson membuat langkahnya dan duduk di depan saya. Saya hanya memandang buku diatas meja. Saya tidak berani memandang mukanya.
"Bambam, mana 2 soalan tu?" Saya bertanya.
"Ahh yang ni." Bambam menunjukkan soalan statistik kepada saya.
"First, awak kena ambil kertas graf then-"
"Haus lah pulak, kan?" Bambam bersuara.
Saya memandangnya.
"Jap ehh Hee Young. Aku nak beli air. Sekejap je." Bambam bangun dan mengambil duit yang berada di dalam begnya.
"Bambam, belikan saya air sekali. Air lemon ehh." Chorong meminta.
"Okay." Bambam tersenyum kepada Chorong dan mengambil duit yang dhulurkan untuk membeli air tersebut. Bambam dengan cepat berlari anak-anak pergi ke kaunter untuk membeli.
"Jackson. Tadi saya cari awak dalam kelas." Chorong bertanya. Saya hanya membelek-belek buku latihan Bambam untuk menampakkan yang saya tidak kisah langsung dengan apa yang saya dengar.
"O-Ouhh.. Umm.. Saya pergi tolet sekejap tadi. Hehehe.. Sorry babe." Jackson membalas.
Babe. Okay.
"Chorong! Air lemon yang mana satu?" Suara Bambam bergema di dalam cafe.
"Huhh? Ahhhh yang ada oren..." Chorong bangun dan pergi ke Bambam meninggalkan saya dan Jackson di meja.
Berdua.
Keadaan memang sangat awkward pada saat ini. Jackson dan saya masing-masing tidak bersuara.
Saya nak pergi dari sini sekarang juga!
"Math pun boleh dibaca macam baca novel ke?" Jackson bersuara.
Saya memandangnya.
"U-Uhh?" Saya membalas.
"Dari tadi muka surat yang sama je. Awak tak belek-belek pun. Itu soalan kelas umur saya. Saya rasa kelas awak tak belajar lagi." Jackson membalas.
Great. Benda tu pun dia boleh perasan???
"Umm... Saja je nak study sendiri dulu." Saya membalas pendek.
"Ouhh.. Baguslah."
"Awak dengan Kai nampak bahagia." Jackson menyambung.
"Awak dengan Chorong pun sama. The Couple Of The School. Hahaha.." Saya tergelak paksa.
Jackson hanya tersenyum.
"Hee Young." Jackson memanggil.
"Humm?" Saya memandangnya.
"Malam ni. Jom jumpa dekat Fridays. Awak tahu, dekat tempat hari tu. Masa kita keluar sam-sama dulu." Jackson memberitahu.
"Jumpa? Kenapa?" Saya bingung.
"Saya nak cakap sesuatu." Jackson membalas.
"Nahh. Ini untuk awak Hee Young." Chorong menghulurkan air lemon kepada saya.
Saya mengambilnya.
"terima kasih Chorong." Saya tersenyum.
Dia tak dengar kan apa yang Jackson dan saya cakap tadi?
"Jackson. Jom?" Chorong mengajak dan mengambil begnya.
Jackson bangun dan senyum kepada saya dan menggerakkan mulutnya berkata "Malam ini".
Dia just nak cakap something kan? Hati saya mula berdegup laju. Apa yang dia nak cakap sampai harus jumpa dia di luar?
Tak mungkin dia... Jackson. Awak masih cintakan saya ke?
-
Sorry for typosss :((
Saranghae :))
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top