26.Hari saya & Kai [Part 2]
Happy reading :)
Now playing >> IKON- Long Time No See (Studio ver.)
**Hee Young's POV**
"Urghh.. Dah pukul berapa dah ni?" Saya bertanya yang pastinya tiada siapa yang akan jawab.
"Dalam pukul 11 pagi." Suara menjawab. Siapa pula yang jawab? Bukan saya sorang je ke dalam bilik? Saya terus bangun dan menggosok mata saya.
Kabur.
Mestilah. Saya tak pakai spek. Saya cuba mencari spek saya diatas meja tetapi tiada. Malangnya.
Orang itu menarik tangan saya dan memakaikan spek di mata saya. Wahhh.. Baru nampak.
"Terima kasih." Saya memberitahu. Saya tak sedar langsung saya cakap dengan siapa.
"Sama-sama girlfriend." Orang itu membalas.
Girlfriend. Perkataan itu hanya disebut oleh manusia yang saya harap tak pernah wujud di dunia ni.
Kai.
Saya terus mengundur kebelakang.
"Morning girlfriend." Kai tersenyum dan melambai tangannya di depan muka saya.
"Urghhh! Kau buat apa huh masa aku tengah tidur?" Saya bertanya sambil bercekak pinggang.
"Tak buat apa-apa. Duduk depan kau, baca buku then.. Tu je la." Kai tersenyum.
Mana boleh dengan senangnya percaya dia ni. Saya melihatnya dengan mata tidak percaya.
"Hey! Kenapa dengan muka kau?" Kai menyilangkan tangannya.
"Hummm.. Boleh percaya ke kau ni?" Saya bertanya.
"Kau rasa?" Kai bertanya kembali.
"Aku rasa? Entah." Saya membalas.
"Dahlah. Makin tak faham aku. Boleh aku tanya something?" Kai bertanya.
"3 soalan je." Saya menjawab dan duduk semula diatas katil saya.
"Dan kau dah tanya satu soalan. Satu tolak tiga jadi dua. So kau boleh tanya aku 2 soalan je." Saya menyambung.
"Susahlah couple dengan budak nerd nihh." Kai membalas.
Saya menggulingkan mata saya.
"Okay okay. Kenapa kau pakai spek?" Kai bertanya.
"Kenapa aku pakai spek? Sebab aku rabunlah, apa lagi." Saya menjawab. Peliknya soalan dia nihh. Haihh.
"Kenapa kau taknak tunjuk kecantikan kau?" Kai bertanya lagi. Okayy.. Sekarang saya agak takut dengan Kai.
"Kecantikan apa ni?" Saya bertanya. Dia selak skirt saya ke masa tidur tadi???
Kai senyap sekejap.
"Kai?" Saya memanggil.
"2 soalan je boleh kan? Tak apalah." Kai membalas.
"Urgghh! Tak faham lah kau ni." Saya membalas dan menyikat rambut saya kerana rambut saya sekarang terlalu kusut.
Saya boleh nampak Kai melihat saya dari hujung mata saya. Okayyy.. Saya terus memandang dia.
"Kau kenapa tengok-tengok aku?" Saya bertanya dan tangan saya masih sibuk menyikat rambut saya.
Kai hanya tersenyum.
"Kau sayang aku tak?" Kai bertanya sambil tersenyum. Saya boleh nampak mukanya yang serius bila dia tanya soalan tersebut.
Tangan saya yang tadinya sibuk, mula memperlahankan kelajuannya. Saya memandang bawah.
"Kenapalah dia mesti tanya soalan yang awkward macam tu? Haissshhh." Saya bercakap di dalam hati.
Saya cuba memandang mukanya. Semuanya senyap. Kenapa senyap ni terasa bising sangat?
Jackson.
Kenapa Jackson tiba-tiba ada dalam kepala ni??? Haishh. Ya. Saya buat semua ni demi Jackson. Saya korbankan cinta saya kepada Kai kerana Jackson.
Saya mengangguk kepada jawapan Kai dan memandang Kai.
Kai tersenyum.
"Tak sangka. Aku pun sayang kau juga." Kai menjawab.
Saya tersenyum pendek.
"Betul ke kau akan lupakan Jackson demi aku?"
BOOM!! Itu dia!
Mungkin sudah sampai masanya saya lepaskan hujung jari Jackson untuk memegang tangan Kai.
Sepenuhnya.
Saya menutup mata saya dan menjawab.
"Ya. Demi kau aku akan lupakan Jackson." Saya membalas.
"Thanks Hee Young." Kai bersuara. Saya membuka mata saya dan melihat Kai.
Mata kami bertembung. Saya cepat-cepat mematikan pandangan tersebut.
"Hahahaha.." Kai tergelak.
"K-Kenapa?" Saya bertanya. Kenapa dia gelak? Takkanlah itu pun prank juga???
"Kenapalah kita tak boleh tunjuk kat dunia ni yang kita tengah couple? Kitalah couple paling sweet sekali kat dunia ni tahu tak?" Kai tersenyum dan mula bangun, berjalan sekeliling bilik saya. Saya hanya duduk diatas katil.
"Kenapa kau rasa macam tu?" Saya bingung.
"Yelah. Tengok ehh. Kita punya panggilan kau aku. Unique. Kalau kau aku, kita boleh anggap yang kita ni macam couple dengan bestfriend pada satu masa. Betul tak? Hahaha." Kai tersenyum. Saya juga sama.
Kai ni tak adalah teruk sangat. Hahahaha.
"Then kita tak boleh pegang, peluk, cium sebab apa?" Kai bertanya kepada saya.
"Sebab aku punya syarat?" Saya menjawab.
"Tak. Sebab kau nak tunggu sampai kau betul-betul bersedia untuk aku." Kai menjawab dan duduk di tempat tingkap saya.
"Huhh?" Saya bingung. Saya buat syarat tu sebab memang tak lah kan saya nak ber sweet sweet dengan Kai. Eww.
"Belum sampai masanya. Kita tunggu jelah waktu tu sampai." Kai membalas.
Pandai juga dia ni berkata-kata. Patutlah semua perempuan dekat sekolah tu nak sangat dekat dia ni. Hummm. Not bad.
"Hee Young." Kai memanggil.
"Humm?" Saya menjawab sambil bermain dengan telefon saya.
"Mama aku cakap nanti ada budak baru masuk kelas kau nanti." Kai memberitahu.
"Masuk kelas aku? Siapa?" Saya bertanya.
"Tak silap aku hari tu aku ada terpandang dia punya profil." Kai membalas.
Saya bukannya nak ambil kisah sangat pun pasal pelajar baru ke apa ke. Saya malas sebenarnya. Masalah saya dah cukup banyak.
"Haaa!!!" Kai menjerit.
"Kau dah kenapa Kai? Buat aku terkejut je!" Saya memandangnya.
"Park Chorong. Nama budak baru tu." Kai menjawab.
"Chorong?" Saya mengulanginya.
"Emm." Kai menjawab.
Macam pernah dengar nama tu. Siapa ehh?
Chorong?
---
Hi everyone :)
Last updated a month ago and im sorry because of that :(
End this with >> IKON- Long Time No See. (Live ver.)
I got really addicted to IKON. Love you Hanbin and Jinhyeong. Lots of love :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top