24.Kai Kai Kai

Now I know what super busy is.

Update! Update down here :)

Now playing >> Luhan- Our Tomorrow.

---

**Hee Young's POV**

"Kau boleh bangun tak ni?" Kai bertanya kepada saya.

"Aku cuba." Saya memberitahunya.

Saya cuba bangun tapi tumit saya terlalu sakit untuk bangun. Kai memegang tangan saya dan saya tersungkur sedikit menyebabkan saya jatuh di dada Kai. Tangan kiri Kai memegang tangan saya manakala tangan kanan Kai memegang pinggang saya.

Pinggang saya.

"Apa ni?!" Saya jerit diantara dada Kai dan mengundur ke belakang sedikit. Kai melepaskan kedua-dua pegangannya.

"Aku just nak tolong kau kan! Aduh.. Benda tu jadi automatik. Kau dah nak jatuh. Kau expect aku akan buat apa?" Kai membalas.

Isshh. Betul juga. Kalau orang lain pun akan buat macam tu. Benci kalau dia betul. Aissh! Tapi, rasanya tak perlu nak pegang pinggang kan?

Saya hanya menjelingnya dan cuba berjalan sekali lagi.

Sakitnya. Malaslah pula nak pergi sekolah. Tapi saya mesti pergi sebab International Exam dah nak dekat.

"Kau tak payahlah pergi sekolah hari ni." Kai memberitahu saya.

"Gila ehh? Aku nak pergi." Saya membalas.

"Aku tahu kau taknak pergi. Aku pernah jatuh macam kau. Sakit gila. Lepastu, aku rasa malas nak pergi sekolah sebab aku malas nak jalan. Aku taknak juga jalan terjengket-jengket depan orang. Malu duhh." Kai membalas.

Dia betul lagi. Issh! Dia ni budak yang teruk tapi selalu betul. Kenapalah dunia ni kadang-kadang tak adil?

"Tapi International Exam tu dah nak dekat." Saya memberitahunya.

"Kau sebenarnya nak beat aku kan?" Kai tersenyum sinis.

Kalau di dalam semua exam, tempat kedua dan tempat pertama hanya ada dua nama.

Kim Jong In atau Kim Hee Young.

Sayalah yang selalu mendapat nombor satu dan Kai nombor dua.

Kecuali International Senior Exam. Kai yang selalu dapat nombor 1. Saya pun tak fahamlah macam mana dia boleh dapat nombor 1. Saya pernah hanya pernah dua kali mendapat tempat pertama dalam exam yang sangat besar itu. Dua kali sahaja.

"Kenapa? Tak boleh?" Saya membalas.

"Hahahaha! Kau ni bukan nerd biasalah." Kai memberitahu saya.

"Whatever. Tepi sikit." Saya menyuruh Kai ketepi supaya saya boleh mengambil beg saya dan pergi ke sekolah.

7.45 AM.

Aduhh. Dahlah tak breakfast lagi. Kalau Kai tak masuk dalam bilik ni mesti saya tengah breakfast dengan Chen sekarang ni.

"Tak payah pergi sekolah." Kai bersuara dan merampas beg saya.

"Kai. Aku kena pergi and please bagi balik beg aku." Saya memintanya.

Kai memeluk beg saya dengan erat dan memandang saya.

"Tak payahlah pergi." Kai buat suara comelnya.

"Eww Kai! Janganlah buat suara macam tu. Bagilah balik beg aku. Kaki aku tengah sakit ni." Saya membalas.

"KIM HEE YOUNG!!!" Suara Chen daripada bawah memanggil nama saya.

Alamak. Chen dah turun. Apa saya nak jawab dengan Chen pasal Kai ada dalam bilik saya? Dahlah bilik saya ada tingkap.

"Kai. Seriously." Saya memberitahu Kai yang nampak tenang. Dia tak takut ke? Issh! Tak fahamlah dia ni.

Kai berjalan ke arah pintu dengan beg saya dan membuka pintu tersebut. Apa dia nak buat?

Saya hanya berdiri memandangnya.

"CHEN!" Kai memanggil nama Chen.

Saya menarik tangan Kai dan pintu tertutup.

"Apa kau buat ni?!" Saya bertanya dan menahan sakit.

"Aku buat apa yang aku patut buat. Kalau kau nak pergi sekolah semata-mata nak beat aku dalam exam, baik tak perlu pergi." Dia memberitahu saya.

Saya mengeluh. Lupa pula dia boyfriend saya, patutlah dia ambil berat.

"Okay macam ni. Kita adil. Kau tak pergi sekolah, aku tak pergi." Kai memberitahu saya.

Ummm. Bagus juga idea tu. Kalau saya tak belajar, dia pun tak belajarlah kan? Dia dah lah senior. Mesti lagi banyak yang dia belajar.

Knock Knock

Chen.

"Alamak." Saya bersuara.

"Kim Hee Young." Chen memanggil dari luar.

"Kau duduk. Biar aku yang buka pintu." Kai menyuruh saya.

Kai membuka pintu dan Chen menyilangkan tangannya.

"Kai? Jadi betullah suara yang panggil nama aku tu?" Chen bertanya.

"Kenapa? Kau rasa suara siapa? Jackson?" Kai membalas.

Tolonglah jangan sebut namanya. Saya taknak ingat balik.

"Takdelah." Chen membalas dan masuk ke dalam bilik saya.

"Kim Hee Young. Kim Jong In. You have soemthing to explain?" Chen mengambil tempat duduk di kerusi meja belajar saya.

"Kai datang pagi ni and dia datang dekat bilik saya. That's it." Saya cuba untuk bertenang.

"And kitaorang have fun and dia jatuh and aku tolong and dia sakit and dia tak boleh nak pergi sekolah." Kai menyambung. Urggh!

"Have fun?" Chen mengangkat keningnya.

Ishh. Chen ni fikir benda lain ke?

"Umm. Have fun. Kau tahu Chen. Sebagai lelaki.." Kai memandang saya dan tersenyum sinis.

Mulut saya terbuka besar. Dia mesti nak kacau saya lagi ni.

"Mana ada! Abang, jangan percaya cakap dia ni." Saya pertahankan diri saya.

"Kau ni Kai. Buat aku takutlah. Dia dahlah adik perempuan aku. Kau jangan." Chen memberitahunya.

"Hahaha. Relax bro. Aku still waras." Kai menjawab.

"Waras lah sangat. Nafsu kau tu boleh kawal ke? So, Hee Young tak pergi sekolah hari ni?" Chen bertanya kepada saya.

"Tak." Saya sudah membuat keputusan.

"Okay. Jomlah Kai." Chen mengajak Kai untuk turun.

"Aku pun tak pergi sekolah." Kai tersenyum kepada Chen.

"Tak pergi?" Chen pelik.

"Aku nak jaga dik kau. Boyfriend." Kai memberitahu Chen. Chen senyap dan memandang Hee Young.

"Aku takkan sentuh dia. Percayalah. 9 tahun dah kita kawan." Kai meyakinkan Chen.

"Okay. Kalau kau sentuh memang ada majlis pengebumian kau esok." Chen memberitahu Kai.

Hahahahah. Lawaklah Chen ni. Thanks Chen.

"Ye ye." Kai membalas.

"Hee Young. Nanti turun breakfast. Kau pun sama Kai. Jaga adik aku ehh." Chen memberitahu Kai dan dia keluar.

"Jealous aku dengan kau." Kai memberitahu saya.

"Kenapa pula?" Saya bertanya.

"Yelah. Chen sayang kau gila-gila. Dia anggap kau macam adik kandung dia sendiri." Kai memberitahu saya.

Chen. Saya pun anggap macam abang kandung saya sendiri. Dia sangat memahami dan penyayang terhadap saya.

"Aku lapar duhh." Kai memberitahu saya.

Saya pun lapar juga sebenarnya. Kai jaga saya? Wow.

"Jom turun girlfriend." Kai mengajak saya. Saya menggulingkan anak mata saya.

Bermulalah hari saya bersama Kai.

---

Hope its good and I think its a short chapter. Sorry.

I am currently busy with Luhan's story @Kyungsoo_wife

I'll try to update okay?

One more thing. Please watch my another fanfic trailer, 'She Is My Girl'. I want you guys opinions rather it is okay or it is bad? Thanks :)

Love you guys :)

End this with >> Apink- Secret.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top