22.Syarat Hee Young.

Chingu.. I think I am drowning into BTS world right now. What I have to do?! Hahaha.. They just so handsome! Every each of them. I got attracted by this one of the member but I don't know what his name. He's chubby and white skin. Black hair. Whatever! I will study them soon. Anywaysss.. Here's the update! :))

Now playing >> BTS- War Of Hormones.

---

**Hee Young's POV**

"Apa awak cakap Hee Young?" Jackson bertanya kepada saya.

"Saya terima dia sebagai.. Sebagai.." Saya tak sanggup nak jawab dan sebut perkataan itu.

"Boyfriend." Kai membantu saya menjawab. Kai bangun dan pergi ke arah saya.  Dia mengutip bunga ros yang saya terjatuhkan tadi dan berdiri di depan saya. Kai memberikan bunga kepada saya dan saya memandang tepat ke dalam matanya.

Kai tersenyum dan saya mengambil bunga itu daripadanya. Kai mengelap air mata saya menggunakan ibu jarinya. Saya terpaku.

"Chen. Lepaskan aku." Saya terdengar Jackson meminta Chen melepaskan genggamanya. Chen masih tidak melepaskan. "Chen. Aku janji aku takkan buat apa-apa. Aku just nak pergi dari sini." Jackson bercakap dengan suara yang perlahan.

Akhirnya, Chen melepaskan Jackson. Jackson mengambil begnya yang terjatuh dan terus pergi. Dia langsung tidak memandang Chen, Kai ataupun saya. Dia hanya pergi. Hati saya rasa sangat sakit. Hati saya menjadi lebih sakit kerana selama ini Jackson mempunyai perasaan yang sama terhadap saya.

"Kenapa kau buat semua ini Kai? Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau ada perasaan kat adik aku?" Lamunan saya terhenti bila saya mendengar suara Chen bertanya kepada Kai.

Saya memandang tempat dimana Jackson berjalan dan dia sudah pun hilang. 

"Aku tak pasti tentang perasaan aku selama  ni. Tapi aku memang sayang dekat adik kau." Kai membalas dan memandang saya. Saya terus mengalihkan pandangan saya ke arah lain.

"Bila kau start suka kat adik aku ni?" Chen bertanya dan membetulkan begnya.

"Aku tak tahulah. Tapi apa yang aku tahu sejak kebelakangan ni aku baru sedar yang aku memang cintakan Hee Young. Kau tak suka ke aku dengan Hee Young?" Kai bertanya.

Saya memandang Chen dan dia terdiam sebentar.

"Itu aku tak boleh jawab. Walaupun aku ni abang dia, aku tak boleh campur privasi hidup dia." Chen membalas dan saya tersenyum sedikit. Abang yang baik dan memahami.

"Tapi satu je yang aku tak faham." Chen bertanya kepada Kai. Saya mengerutkan dahi saya, tertanya-tanya.

"Kenapa sampai ada banyak belon, kelopak bunga ros atas rumput. Dengan kau yang pakai topeng bagai ni. Kenapa?" Chen menyambung.

"Hahaha. Ini yang aku jumpa dekat internet. Orang yang tulis dekat dalam internet tu cakap yang kalau kita nak confess mesti jadi seorang yang sweet. So aku buat research, discover, interview then dapatlah idea ni." Kai menjelaskan. Saya hanya menggulingkan anak mata saya.

Tapi.. Betul ke Kai memang sebenar-benarnya cintakan saya? Ataupun dia nak prank saya lagi? Ataupun dia nak mencipta rekod prank terbesar dalam hidup dia terhadap saya. Lepas ni saya mesti cakap dengan Kai.

"So. Hee Young betul-betul terima Kai sebagai boyfriend Hee Young yang baru?" Chen bertanya kepada saya.

"Yang pertama dan yang paling handsome sekali maksud kau." Kai menambah.

Chen hanya menjeling Kai. Saya mengambil nafas panjang dan saya menjawab. "Betul Chen."

"Okaylah kalau macam tu. Abang tinggalkan korang berdua. Sebelum pukul 4 petang dah ada dekat rumah ehh Hee Young." Chen memberitahu saya. Saya hanya mengangguk dan Chen mula berjalan pergi. Kami berdua hanya melihat Chen berjalan dan berjalan dan terus berjalan sehingga Chen hilang daripada pandangan.

Saya memandang Kai dan dia tersenyum. Saya hanya menjelingnya.

"Kau nak prank aku kan? SEBENARNYA?!!" Saya terjerit bahagian 'sebenarnya'. Hehe..

"Awak.. Mana ada saya nak prank awak. Kitakan couple. Mana boleh prank prank." Kai memberitahu saya.

Kenapa saya rasa mual tiba-tiba ni?

"Cara kau cakap ayat-ayat macam tu buat aku rasa nak muntah." Saya memberitahunya.

"Kalau awak muntah saya tolong lapkan. Jangan risau." Kai tersenyum.

Someone. Please kill me. Anyone?

"Okay Kai. Macam ni." Saya memberitahunya.

"Macam mana apa? Macam mana kita nak mula sweet sweet?" Kai menjawab dan tersenyum.

"Urrggh!! Kai. Okay, sekarang kan kita dah coup.. cou..cou" Saya memang tak sanggup nak sebut perkataan tu.

"Couple?" Kai membantu saya.

"Haa.. Kena ada syarat." Saya memberitahu niat saya.

"Saya mendengar." Kai mendekatkan dirinya kepada saya. Saya terundur kebelakang.

"Kai. Syarat yang pertama. Kita panggil kau aku je." Saya memberitahunya.

"Saya bangkang girlfriend baru." Kai mengangkat tangannya. Issh!

Saya menggulingkan anak mata saya.

"Kau aku." Saya membalas.

"Saya awak." Kai melawan.

"Kau aku!" Saya membalas.

"Saya awak!!" Kai tidak mahu mengalah.

"Kau aku! Kau aku!" Saya menyilangkan tangan saya.

"Saya. Awak. Kita couple, ingat?" Dia memberitahu saya.

"Kau aku. Kalau tak kita putus sekarang!" Apa saya cakap ni? Putus? Memang taklah. Saya nak gunakan dia ni demi kepentingan saya dan Jackson. Hahaha! My evil side.

Kai terdiam dan memandang bawah. "Okay..." Kai akhirnya menjawab.

"Bagus. Yang kedua--" Saya terhenti kerana Kai memotong.

"Macam mana kalau baby baby?" 

"Kai!" Saya menghela nafas panjang.

"Okay okay. Sorry. Teruskan girlfirend." Kai membalas.

"Yang kedua. Jangan sampai satu sekolah tahu yang kita tengah couple." Saya memberitahunya.

"Tapi saya. Sorry. Aku.. kan famous. Aku penolong ketua pengawas dan anak kepada pengetua sekolah. Macam mana kita nak sorok?" Kai bertanya.

"Mulut." Saya menjawab ringkas.

"Tapi nanti orang tahu juga. Nanti kita mesti buat apa yang couple buat." Dia membalas.

"Sebab itulah wujudnya syarat ketiga." Saya memberitahunya.

Kai nampak bingung. Saya tersenyum.

"Syarat ketiga dan yang terakhir. No touch. No hug. No kiss. Especially kiss!" Saya memberitahunya.

"This is a nightmare." Kai membalas.

"Indeed it is boyfriend." Saya menjawab dan tersenyum sinis.

"Tapi. Kau ni! Aissh!" Kai membalas dan mengangkat tangannya seperti mahu mencekik saya. Kai pusing ke belakang dan seperti mengambil nafas yang panajng. Hahaha.

"Senangkan syarat aku? Kalau kau langgar tiga-tiga syarat ni, kita putus!" Saya menyilangkan tangan saya dan tersenyum. Sebab saya cakap putus, untuk menakutkannya sahaja. Lagipun saya tidak percaya yang Kai betul-betul cintakan saya.

"Okay. Aku try.Tiga syarat je kan?" Kai bertanya. Saya mengangguk.

"Kalau macam tu, aku setuju. Tapi aku tak boleh janji yang aku akan sentiasa jaga syarat-syarat tu. Mungkin satu hari nanti aku akan langgar semua. Hahahaha.." Kai memberiahu saya.

Bila dengar dia cakap macam itu, saya rasa takut pula. Dia tak mungkin berani buat benda-benda pelikkan?

"Dahlah. Jomlah girlfriend. Boyfriend baru nak hantar balik." Kai mengajak saya.

Kai berjalan dahulu dan saya baru tersedar sesuatu.

"Kai." Saya memanggilnya.

"Yes girlfriend? Nak suruh budak handsome ni angkat kau ke, sampai kereta?" Kai membalas.

"Haha. Funny." Saya memasamkan muka.

"Kalau kau buat muka macam tu pun comel. Ada gaya muka yang lain tak?" Kai membalas dan tersenyum.

"Nanti siapa yang nak kemas semua ni?" Saya bertanya dan menunjuk ke arah belon-belon dan kelopak-kelopak bunga yang bertaburan.

"Nahh... Leave it there. Cleaner ada kan? Buat apa mak aku bayar gaji diorang?" Kai menjawab dan mula berjalan. Issh! Berlagak. Macam ni nak jadi first boyfriend saya? Memang tak!

Saya terkejut bila saya terdengar bunyi phone saya. Saya mengambil dari poket blazer saya dan nombor yang saya tak kenal terpapar di skrin. Saya menjawab.

"Hello?" Saya menyapa.

"Hello girlfriend. Save number ni." Suara Kai kedengaran di dalam telefon saya. Dia sudah berada di pagar taman sekolah dan melambai ke arah saya. Saya menggulingkan anak mata saya.

"And lagi satu. Letak nama contact aku 'The Best Boyfriend Ever'. Nanti aku check. Bye! Love you!" Dia menutup phone nya dan saya memandang dia. Dia memucungkan mulutnya tanda seperti dia mencium saya dan terus keluar daripada pintu pagar.

Call emergency room. Sekarang!!

Saya tak percaya yang saya couple dengan pembuli saya. Tapi, apalah yang saya boleh buat. Saya terpaksa gunakan Kai untuk kepentingan saya. Lebih-lebih lagi Jackson. Jackson, saya harap awak gembira dengan cinta pertama awak. Saya akan korbankan diri saya dengan mempunyai hubungan bersama Kai.

---

Dung dung! So how was it? Humm... I hope it's okay :)

Thanks to whoever support this story and I hope you didn't get boring reading my works. Hehehe. Hope some votes too. I decided to put a goal, so I can rearrange my update time. Hope it is okay with you. :))

Next goal update-- 9K reads and 10 votes. *Help me*

End this with >> Apink- LUV

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top