16. Tolonglah Pergi.

Hye readers. My school is on day off about a week so I'll update. Actually Im a little far away from Malaysia right now because there's something urgent came up.
One more thing. This time I update using my phone. So sorry for typing error. Hihi...Keep on reading! :)
Now playing > Minx- Why Did You Come To My Home.
-----------------------------------------------
**Hee Young's POV**
Saya kembali memandang pekerja tadi selepas Kai memberi saya coffee. Saya sedang cuba untuk melupakan Jackson. Sedang saya berfikir, tiba-tiba phone saya berbunyi.
Saya mengambil phone saya yang berada di dalam beg dan melihat screen. Jackson call saya.
Saya accept call Jackson dan saya menjawab
"Hee Young. Awak kat mana? Dari tadi saya mencari awak."
"Jackson. Sorry. Saya rasa hari ni saya balik naik teksi sebab--" sebelum saya sempat menghabiskan ayat saya Kai mencelah.
"Sebab dia ada dengan aku."
Saya memandang Kai dan Jackson terdengar
"Awak ada dengan siapa tu?" Jackson bertanya.
"Ahh... Saya ada dalam kelas Math. Kelas tambahan." Saya menipunya.
"Kelas Math?" Jackson bertanya sekali lagi.
"Yeahh. Awak kat mana?" Saya bertanya
"Saya ada dekat stadium. Umm... Saya boleh tunggu awak." Jackson membalas.
Wait...What??! Stadium??

Saya memandang belakang dan ternampak kelibat Jackson sedang membelakangi saya dan masih memegang telefon di tangannya.

"Hee Young? Kenapa awak senyap?" Saya tersedar yang Jackson masih bercakap dengan saya dan saya membalasnya dengan suara yang agak panik.

"Um...Uhh... Yeahh... Apa awak cakap tadi?" Saya membalas sambil menunduk kepala ke bawah dan berharap yang Jackson takkan nampak saya. Kai memandang belakang dan saya terus menarik tangannya supaya dia sembunyikan mukanya.

Kalau Jackson nampak Kai mesti dia tegur. Kai terkejut dan saya menguatkan pegangan saya supaya Kai tak panggil Jackson datang sini. Saya masih memegang telefon di tangan saya tanpa menghiraukan apa yang Jackson cakap kepada saya.

"Hee Young... Are you okay? You make me feel worry right now..." Jackson bersuara.

"Jackson... Saya ada dalam kelas lah. Saya balik naik teksi je. Awak balik dulu okay? Bye." Saya membalas dan terus menutup handphone saya. Saya menghela nafas yang amat lega.

Saya tak tersedar langsung yang saya masih memegang tangan Kai sehingga

"Aku tahulah tangan aku lembut tapi kau nak pegang sampai besok ke? Dia dah takde pun."

Saya terus melepaskan tangan Kai dengan laju dan perlahan saya meluruskan diri saya kembali. Saya memandang ke belakang dan Jackson sudah tiada. Saya masih memegang coffee tadi dan terus membukanya. Saya terlupa yang coffee tadi masih panas dan terus menghirupnya.

"Oucchh!" Saya menahan sakit. Saya meletakkan coffee itu di sebelah tempat duduk saya dan memegang bibir saya. Saya memandang Kai dan dia sedang mencari sesuatu di dalam beg nya. Tisu.

Dia mengeluarkan tisu daripada beg nya dan memberikannya kepada saya. Saya mengambilnya dan mengelap bibir saya dengan perlahan-lahan.

"Kalau nak bunuh diri pun janganlah depan aku. Nanti aku pulak kena syak bunuh kau." Kai bercakap dan memandang saya. Saya jeling kepadanya dan membuang tisu itu di sebelah coffee saya.

"Kenapa kau nak lari daripada Jackson?" Kai bertanya dan menghirup sedikit air kopinya yang sedikit panas.

"Bukan masalah kau." Saya menjawab ringkas. "Nanti jadi masalah aku jugak..." Kai menjawab dengan perlahan tetapi saya masih boleh mendengarnya. Saya malas nak fikir tentang Kai kerana saya tahu yang dia hanya membuli saya sahaja.

Saya sebenarnya rasa bersalah kepada Jackson kerana menipu dia.

Saya dan Kai hanya diam menikmati suasana sunyi di stadium dengan musim berangin. Masing-masing memikirkan hal sendiri.

(Selepas 10 minit)

Saya menghabiskan coffee yang diberi oleh Kai dan mengambil beg saya. Kai tersedar dan bertanya "Dah nak pergi?"

"Taklah. Nak tidur." Saya membalas dengan muka malas. "Untunglah bekas pekerja dekat circus." Kai membalas dan mengambil beg nya juga. Dia bangun dan mengeliat.

"Whatever. Aku nak pergi. Tepi sikit." Saya mengarah Kai supaya dia ke tepi sedikit supaya saya boleh lalu. Kai menghirup udara dan melepaskannya dengan agak kuat. Dia berjalan di depan saya dan saya hanya mengekorinya dari belakang.

Kai berhenti di kerusi yang terletak di hujung sekali di mana di depannya adalah pintu pagar untuk keluar daripada stadium. Dia memandang belakang dan melihat saya. Saya memandangnya pelik.

"Kau kenapa?" Saya bertanya kepadanya. Dia senyum kepada saya dan terus berjalan pergi.

Kenapa dengan dia? Sekarang saya nak pergi mana? Kelas Math lah sangat. Haisshhh...

(Di library)

Perfect place. Saya sedang mencari buku yang best untuk dibaca. Baru saya teringat yang Teacher Park ada bagi saya homework Sejarah. Saya keluarkan buku tulis dan teks saya serta tab saya supaya saya senang untuk mencari maklumat.

Saya suka duduk di hujung sekali library sebab saya rasa di situlah tempat paling tenang dan senyap. Saya juga senang fokus di situ. Saya melihat jam saya dan menunjukkan pukul 2.48 petang.

Selepas selesai semua kerja sekolah saya dan mengemas semua buku di dalam beg saya, saya terus bangun dan meletakkan kerusi di bawah menja perlahan-lahan. Saya berjalan keluar daripada library tersebut dan terus menuju ke pintu pagar.

Sedang saya berjalan ke arah pintu pagar, saya terdengar seperti ada seseorang memanggil saya. Saya pusing ke belakang dan saya terkejut.

Jackson.

Saya melihat jam dan menunjukkan pukul 3.30 petang. Saya pergi ke arahnya dan dia tersenyum.

"Kenapa awak ada kat sini lagi?" Saya bertanya. "Saya tunggu awak." Dia menjawab dan masih tersenyum. Sanggup awak tunggu saya Jackson? Saya tidak tahan lagi dan saya terjerit padanya.

"Kenapa awak tunggu saya?! Saya suruh awak pergi dulukan?!!"

Jackson nampak seperti terkejut. Kenapa awak buatkan saya lebih suka kepada awak Jackson? Cukuplah tu. Saya taknak jadi pemusnah hubungan orang. Awak dah jumpa dengan first love awak kan? Kenapa awak masih ada dalam hati saya?

"Hee Young...." Jackson memanggil lembut nama saya. Saya membuat langkah ke belakang sedikit dan membalas "Daah lah Jackson! Tolonglah pergi. Tolonglah! Esok awak dah tak perlu ambil saya lagi dekat rumah. Saya boleh pergi naik teksi. Tolonglah pergi daripada saya!"

"Hee Young... Saya ada buat salah ke sampai awak marah macam ni?" Jackson berjalan ke depan sikit supaya dia dekat dengan saya. Saya masih berjalan ke belakang dan menahan air mata saya.

"Jackson stop! Tolonglah jangan muncul dalam hidup saya lagi! Tolonglah!" Selepas saya menjawab dengan suara yang agak lantang, saya terus berjalan pergi dengan laju ke arah pagar.

Saya dengar yang Jackson mengejari saya daripada belakang dan saya mempercepatkan langkah saya. Tiba-tiba saya rasa yang Jackson memegang tangan saya.

Dia menarik saya supaya saya memandang dia dan dia memegang kedua-dua bahu saya supaya saya hanya boleh memandang dia. Saya tidak boleh lagi menahan air mata saya dan air mata saya turun dengan laju.

Jackson memandang saya dan saya memandang dia. Jackson mengelap air mata saya dengan ibu jarinya dan bertanya "Hee Young... Tapi kenapa?"

Saya terdiam dan cuba mencari alasan supaya saya boleh keluar tapi satu pun tak datang dalam otak saya. Saya hanya memandang ke bawah dan mengelap air mata saya yang masih ada.

"Lepaskan saya." Saya mengarah dia. Dia masih memegang bahu saya. "Saya kata lepaskan saya." Saya bercakap sedikit kuat tetapi masih memandang ke bawah. Dia masih juga tidak mahu melepaskan saya.

Saya memandangnya "Saya cakap Lepaskan saya!!" Saya memarahinya. Dia terkedu dan melepaskan pegangannya dengan perlahan-lahan. Saya mengundur sedikit daripada dia dan melihat dia dengan mata saya yang berair.

Dia masih tidak bercakap apa-apa. Maafkan saya Jackson. Maafkan saya. Saya terpaksa buat semua ini supaya awak akan bahagia dengan first love awak. Mungkin sekarang saya masih tak dapat lepaskan awak tapi bila saya nampak first love awak akan berikan kebahagiaan kepada awak, mungkin... mungkin saya akan lepaskan awak.

Dengan itu, saya memandangnya dan memberitahu "Saya benci awak Jackson. Sangat-sangat. Jadi awak tolonglah pergi daripada hidup saya."

Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Saya benci awak? Memang tak pernah terfikir pun Jackson. Tak pernah. Tetapi... saya terpaksa buat semua ini. Demi saya dan awak. Maafkan saya Jackson. Maafkan saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So... I don't know what to say.. Hahaha.. Kesian Jackson.. Hihi... Next chapter? I don't know but I'll try update as soon as possible :)

My phone just going crazy right now and I know that my story for this chapter also going crazy so I am really really really sorry but for the next chapter I will using laptop. Thanks for read :))

End this with >> VIXX- What U Waiting For

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top