12. Siapa yang bagi?

Here's the update!

Now playing >> SES - Im Your Girl ( Remember D.O's 90:2014 video remake? )

---

**Hee Young's POV**

"I guess that's all for today. Remember our project next week? Don't forget to bring your extra clean shirt. Thanks." Sir Lee mengingatkan kepada kelas tentang projek yang bedah katak, next week.

Sir Lee sudah keluar dari kelas dan itu tandanya waktu rehat.

Saya pergi kepada In Yung dan dia senyum kepada saya. Dia sedang mengemas kotak pensilnya dan meletakkan kerusi di bawah meja dengan kemas.

"So jumpa tak gambar I?" In Yung bertanya.

"Sorry.." Saya menjawab ringkas. Muka In Yung kelihatan sedikit kecewa. Saya memandangnya dengan mata sayu.

"Its okay." In Yung memberikan saya senyuman. Kami berdua berjalan ke locker dan membuka locker masing-masing.

Bila saya membuka locker saya, saya terkejut. Sampul surat yang berwarna pink terletak cantik diatas buku nota Sejarah saya. In Yung menutup locker nya dan berjalan ke arah saya. Dia pun terkejut.

"Woww... A fan?" In Yung memerli saya.

Saya hanya menjeling gurau kepadanya dan membuka surat tersebut.

Dear Hee Young,

Hi beautiful.

Hope you doing fine. This is my brave movements to tell you something that I keep for a long time. I actually like you more than anything.

Since I met you, I feel like my whole world is in peace and could never be bad. Saya tahu ini tak seberapa kerana saya hanya mampu menghantar surat yang biasa macam ini. Saya tak cukup berani lagi untuk bagitahu tentang perasaan saya di depan awak sambil memandang mata awak. Saya takut saya ditolak.

Tapi saya janji, saya akan bagitahu tentang diri saya tak lama lagi. Mungkin mula dari hari ini, saya akan kerap menghantar surat kepada awak selalu. Harap awak tak kisah.

Saya akan selalu menjaga awak dalam diam dan awak cubalah mencari siapa saya. Esok saya akan hantar surat lagi.

Tunggu. :)

From:Your Handsome Secret Imagine Boyfriend.

"Your Handsome Secret Imagine Boyfriend?" Saya dan In Yung membaca dengan nada yang sama. Kami memandang satu sama lain.

Siapa yang bagi ni?

(Di meja makan)

"You rasa siapa yang bagi you ahh?" In Yung menyumbat salad ke dalam mulutnya. Saya menghabiskan makanan di dalam mulut saya dan menjawab,

"Saya pun tak tahu In Yung. Ni first time saya dapat surat seram macam tu."

"Well... I always get a secret letter from my admirer, but don't worry Hee Young. Nanti dia akan bagitahu tentang diri dia juga." In Yung meyakinkan saya.

Saya tersenyum.

Saya memandang tepi dan ternampak Jackson, Mark dan Bambam berjalan ke arah kami.

Dari jauh Jackson sudah tersenyum kepada saya.

"Hai." Dia menyapa saya dan In Yung.

Saya senyum kepadanya dan sambung menghabiskan makanan saya tadi. Saya teringat tentang surat tadi. Agaknya siapalah yang bagi surat tu dekat saya?

Saya memandang Mark dan Bambam. Seperti biasa, mereka bermain kertas, batu, gunting untuk duduk di sebelah In Yung.

In Yung sudah malas nak melayan kerenah mereka berdua. In Yung makan sambil bermain dengan phone nya.

"Hee Young?" Jackson menghentikan lamunan saya.

"Huh?" Saya menjawab.

"Saya tanya awak dari tadi." Dia mencebik.

Jackson please stop with that face! Awak tahu tak awak sedang membunuh saya dengan perlahan-lahan.

"Sorry, sorry. Awak tanya apa tadi?" Saya bertanya semula.

"Hahaha.. saya tanya, Chen cakap dia akan cuti selama 3 hari je kan?" Jackson bertanya.

Saya mengangguk dan dia sambung,

"Dia message saya semalam lepas saya call awak. Dia cakap yang dia mungkin kena  teruskan cuti dia selama seminggu."

"Eh? Dia tak bagitahu saya apa-apa pun?" Saya membalas.

Mungkin Chen dah beritahu Kak Shiema tapi Kak Shiema terlupa nak beritahu saya. Chen ni pun satu. Pentingkan kawan daripada adik dia dulu. Haihh... Dah lah boleh message Jackson lepas Jackson call saya.

Kenapa.... Sekejap.

Hee Young..Please tunggu saya. Sekejap je lagi.

Itu adalah apa yang Jackson cakap malam semalam. Kebelakangan ni dia baik dengan saya. Dia banyak bercakap dengan saya. Malam semalam cara dia cakap dengan saya pun pelik.

Mungkinkah Jackson yang menghantar surat itu? Tak mungkin Jackson mempunyai perasaan yang sama macam saya.

Tak mungkin.

Dia sayang dan masih cinta kepada cinta pertama dia dulu. Tapi... macam mana dia dapat kunci locker saya? Tak mungkin dia ada kunci lebih. Selama ni saya tak pernah pun nampak yang dia pernah pergi atau dekat dengan locker saya.

Saya memandangnya dengan perasaan curiga. Jackson, sekarang saya memang tak faham awak.

Dulu awak cakap yang awak masih ingat tentang cinta pertama awak dan tak mungkin awak langgar janji awak tapi sekarang..?

(Di rumah Hee Young)

"Kak Shiema rasalah kan... Bukan Jackson auu." Kak Shiema membalas.

"Habis siapa lagi Kak Shiema? Tak mungkin Kai." Saya menjawab.

Saya dan Kak Shiema berada di ruang tamu rumah sambil melihat horror movie 'The Conjuring'. My favourite genre!

"Kai? Budak yang selalu buli Hee Young tu?" Kak Shiema bertanya sambil mengambil sedikit popcorn dari dalam mangkuk.

"Yelah... Siapa lagi?" Saya membalas.

"Hummm... Siapa lagi yang suka kacau Hee Young?" Kak Shiema bertanya.

"Umm.. Siapa ek? Haaa! Mark dengan Bambam." Saya menjawab.

"Okay. Nama baru. So, siapa diorang?" Kak Shiema bertanya.

"Diorang pun suka kacau Hee Young. Tapi, diorang tak selalu sangat. Diorang tempat kedua yang suka kacau Hee Young." Saya menjawab.

"Okay, itu memang bukan diorang. Eh, kenapa ada banyak burung pulak?" Kak Shiema bertanya tentang scene di dalam movie.

"Kak Shiema..!.. Tolonglah Hee Young..." Saya merengek.

"Nak suruh Kak Shiema buat apa? Kak Shiema bukan sekolah kat situ. Kalau Kak Shiema sekolah kat situ takpe juga... Bagilah tahu Kak Shiema Hee Young, pasal chapter ni.. Start scene ni je mesti Kak Shiema tak faham." Kak Shiema meminta.

"Kak Shiema ni tak membantu langsung lah. Haish..!" Saya membalas dan terus bangun daripada sofa.

"Janganlah tinggalkan Kak Shiema sorang-sorang kat sini! Hee Young!" Kak Shiema memanggil dari jauh.

"Padan muka Kak Shiema. Tengok sorang-sorang. Bye! Hihi..." Saya terus berlari ke tangga dan masuk ke dalam bilik saya.

Saya menghumban diri saya ke atas katil dan menutup mata saya. Saya masih memikirkan tentang surat tadi.

Siapalah yang nak kenakan saya lagi ni? Kalau nak kenakan saya pun depan-depan lah. At least saya tahu macam mana rupanya.

Saya bangun dan terus berjalan ke arah beg saya yang terletak di atas kerusi di sebelah katil saya. Saya membuka zip depan dan mengeluarkan surat tadi. Haih... Saya membaca semula dan saya terus memikirkan Jackson.

Jackson... Awak ke yang hantar surat ni?

---

Hope you guys enjoyed this chapter and hope everyone always in the good mood!

End this with >> Exo M-Moonlight.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top