11. Apa yang awak cuba beritahu?
Hi readers!!!
I can't believe this fanfic already reached 1K reads.
Seriously.
Thank you so much because everyone still support this imperfect work. Since it reached that beautiful number, I should put all my efforts to this book and I'll try harder next time. So, here's the update.
Thanks again :)
Now playing >> Infinite - Back
---
**Hee Young's POV**
Sekarang saya berada di sebelah Jackson menaiki keretanya untuk menghantar saya pulang.
Jackson sedang bercerita tentang classmate nya yang paling pandai dalam matapelajaran Science.
"...dia kalau cakap pasal surgery mesti dia suka. Hari tu saya pernah masuk group operate tikus dengan dia tapi dia je yang buat semua. Jahit, potong semualah." Jackson memberitahu.
"Ye ke? Gelinya.. Dia lelaki ke perempuan?" Saya bertanya.
"Lelaki. Hebatkan dia tu?" Jackson bertanya sambil membuat selekoh ke kanan dan di depan mata saya sudah kelihatan rumah agam besar berwarna putih milik keluarga Kim.
Keluarga saya lah tu.
Haha...
"Here we are." Jackson memberhentikan keretanya di depan pagar.
"Humm... Rumah ni takkan sama kalau tak ada Chen. Terima kasih Jackson sebab hantarkan saya." Saya berterima kasih kepada Jackson.
Saya membuka pintu kereta dan keluar.
Jackson menurunkan cermin tingkapnya, "Hee Young. Malam nanti saya call awak. Jangan lupa." Jackson mengingatkan saya lagi sekali.
Berapa kali awak nak ingatkan saya Jackson?
"Ya... Saya tahu. Bye." Saya membalas dan membuka pintu pagar.
Saya memandangnya sekali lagi dan dia melambai kepada saya. Saya hanya mengangguk dan senyum kepadanya.
Saya mengetuk pintu rumah. Saya membuka kasut dan pandang ke bawah dan saya terperasan sesuatu. Ni macam kasut In Yung. Wait a minute!
Kalau kasut In Yung ada dekat sini... Pintu rumah terbuka dan saya terus melulu ke bilik saya yang berada di tingkat 3.
Saya serbu masuk ke dalam bilik saya dan seperti apa yang saya jangkakan. "In Yung!" Saya berjalan ke arahnya.
Dia seperti terkejut.
"Mana you letak huh?" In Yung bertanya dan meneruskan pencariannya di rak buku novel saya.
"Adalah... Awak takkan jumpa punya. Gambar tu ada dalam dairi saya. Hahaha!"
"You wench! Baik you bagitahu I, mana dairi you? You dah simpan lama dah kan? Mana gambar tu?" In Yung meminta.
Sebenarnya masa form 2, dia ada membawa album gambar untuk tunjukkan kepada saya. Dia tunjukkan semua gambar kecuali gambar dia masa baby. Dia kata gambar dia masa baby buruk. Sebelum dia menyimpan albumnya di dalam beg, saya perasan something terjatuh dari dalam albumnya.
Gambar dia masa baby.
Gambar itulah yang terjatuh. Saya melihat gambar itu dan percaya atau tidak, dia memang comel. Saya pun tak tahulah apa yang dia tak suka dengan gambarnya masa baby. Dia tidak perasan sehingga akhir bulan November. Dia seperti mundar mandir pada hari itu.
Dia seperti mencari sesuatu.
Saya bertanya kepadanya dan dia explain everything. Saya tergelak dan saya beritahu kepadanya bahawa saya yang simpan gambar itu. Dia terkejut dan minta kepada saya gambarnya. Saya mencabar dia supaya memberitahu perasaan dia kepada Chen dahulu baru saya pulangkan tetapi sampai sekarang dia taknak.
"I don't care with your game anymore just give me that photo. Please...?" In Yung merayu kepada saya. Hahaha...
"No. Im still with my game." Saya membalas.
"Oh god, Hee Young! Its been 2 years my beloved Hee Young." Dia menjawab.
"So?" Saya bertanya, membuatkan dia duduk di atas katil saya.
"Please Hee Young. Please..." Dia merayu sekali lagi.
Nampak kesian pula In Yung ni. Humm... Dah 2 tahun pun. Buat apa saya nak simpan lagi? Walaupun umur dia 100 tahun, mungkin dia takkan bagitahu perasaan dia kepada Chen. Haisshh... Baik saya mengalah kali ini.
"Yelah... Yelah... Saya pergi ambil. Tunggu." Saya memberitahunya.
Muka In Yung menjadi ceria semula. Saya pergi ke atas rak menggunakan kerusi kecil untuk mengambil dairi saya. Saya masih berdiri di atas kerusi dan membuka dairi saya. Gambar tu...
Hilang.
"Ada tak Hee Young?" In Yung bertanya dari bawah.
"Sekejap..." Saya membalas.
Mana pergi gambar In Yung? Saya tak selalu tulis dalam dairi saya, tapi saya tahu yang tak mungkin saya letak gambar tu dekat tempat lain. Saya mencari dan membuka setiap page dalam dairi saya.
Memang tiada.
"In Yung. Takdelah gambar awak.
Betul." Saya memberitahunya.
Dia terus bangun daripada katil dan pergi ke arah saya dengan laju.
"Tak ada? You letak mana?" In Yung panik.
"Relax, relax.. Saya tahu mesti ada dekat dalam bilik ini. Sekejap." Saya turun daripada kerusi itu dan cuba mencari di bawah katil.
"Tak ada lah. Hah! Almari." Saya bercakap kepada diri saya.
In Yung hanya mengikut saya.
Saya pergi ke arah almari dan tiada. Mana pergi gambar tu?
"Macam mana boleh hilang Hee Young?!" In Yung panik dan duduk di kerusi meja belajar saya.
"Sorry... Tapi awak jangan risau sebab saya yakin memang ada dalam bilik ni. Nanti saya cari lagi." Saya meyakinkan dia.
Dia hanya terdiam dan tiba-tiba phone dia berbunyi.
"Hello mama?" In Yung bercakap di telefonnya.
"Huh? Uhhh... Okay ma.. Okay.. Okay.. Yes ma. Okay. Bye ma." Dia menutup phone nya dan meletakkan di dalam begnya semula.
"Mama I nak jumpa client and dia nak kenalkan I dekat client dia. Urgh!" Dia memberitahu kepada saya.
"Well, good luck on that. Hihi..." Saya membalas.
In Yung memang benci benda-benda macam ni. Dia terpaksa buat macam ini kerana dia bakal mewarisi syarikat ayahnya.
"Make sure you cari betul-betul. I pergi dulu. Bye." In Yung melambai kepada saya dan saya membalas lambaiannya.
Mana pula perginya gambar tu? Saya tak pernah usik pun gambar tu. Saya yakin yang gambar tu masih ada tapi saya tak tahu di mana. Haihh...
Kenapalah hari ni teruk sangat?
( Lepas dinner )
Kenyangnya!
Saya berada di dalam bilik saya sekarang. Nasib baik saya dah kemas beg dan siapkan kerja sekolah selepas In Yung balik tadi. Saya pergi ke meja belajar saya, mengambil ipod dan novel kegemaran saya, 'If I Stay.'
Saya baring ke atas katil saya dan meletakkan earphone di telinga saya. Sedang saya rasa best nak hayati novel, phone di sebelah saya tiba-tiba berbunyi. Saya menutup ipod saya dan meletakkan buku saya di tepi.
Nombor ni saya tak kenal. Saya teringat Jackson dan saya terus mengangkatnya.
"Hello?" Saya menjawab.
"Hey! Saya Jackson." Jackson membalas.
"Ouhh... Jackson. Huh.. Apa awak nak cakap dekat saya?" Saya bertanya.
Dia seperti beria-ia ingin memberitahu saya sesuatu masa di sekolah tadi.
"Nothing.. Haha.. Habis kalau saya taknak bagitahu awak something, awak takkan jawab kalau saya call?" Dia bertanya lagi.
"Tak adalah. Saya takkan angkat call number orang yang saya tak tahu." Saya membalas.
"Okay.. Okay.. Now awak dah tahu number saya so save dalam contact awak. Lepastu letak nama saya Jackson Handsome." Dia membalas.
"Jackson handsome?" Saya bertanya kerana saya bingung.
"Haha... Awak ni memang innocent lah Hee Young. Hahaha.." Dia gelakkan saya.
"Whatever. Itu je ke awak nak cakap?" Saya bertanya.
Saya mesti berhenti.
"Umm... Kenapa? Awak tak suka ke saya call awak?" Jackson bertanya dengan suara sedih.
"Bu.. Bukan saya tak suka.. Just saya nak baca novel saya sekarang. Lagi sikit cerita dia nak ending." Saya menjawab.
"Umm.... Okay.. Sorry kacau awak. Hee Young?" Jackson berhenti.
Saya terdiam.
Kenapa dengan saya? Hati saya mula berdegup laju.
Sangat laju seperti menunggu sesuatu keputusan pemenang.
"Hee Young.. Please tunggu saya. Sekejap je lagi." Jackson menyambung ayatnya.
"Tunggu awak? Sebab?" Saya bertanya.
"Just tunggu..." Dia menjawab. Dia terdiam dan tiba-tiba...
"Esok saya ambil awak awal. Jangan bangun lambat. Hahaha..."
"Saya mana pernah bangun lambat. Chen yang selalu bangun lambat. Tapi kebelakangan ni dia bangun awal." Saya membalas.
"Okay lah.. Sambung je lah cerita awak tu. Sorry kacau awak. Bye." Dia menjawab.
"Okay.. Bye." Saya menjawab dan menutup phone dan letak di tepi bantal saya.
Saya membetulkan cermin mata saya sambil baring dan mengambil novel saya dan memeluknya. Apa yang awak cuba nak cakap Jackson? Kenapa awak suruh saya tunggu awak?
Hee Young... Please tunggu saya.
Sekejap je lagi.
---
So okay tak?
Next week! Next week! Is the day of PT3. Oh my god! Its really near. I can't believe that its finally coming! To all PT3 candidates, I wish you the best!
End this with >> Exo M - Don't Go.
- kyungsoomyrae -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top