Amra: Hati Mati

" Izzran..." Fatin Catrina mula mendesak Izzran untuk mendapatkan jawapan.

Badannya kaku seolah-olah dibeku.

"Leave him, we discuss later after this meeting." ujar Airish lalu beredar dari bilik mesyuarat itu.

Princess Xavier hanya akur dengan arahan yang diberikan oleh Airish.

Izzran tertuduk lemah di kerusi, gentarnya harus berhadapan dengan situasi itu. 

Mesyuarat itu diselesaikan dengan segera dan tepat pada waktu mereka pulang ke pejabat.

"Ran..." 

Izzran berpaling memandang mereka dengan mulutnya memuntahkan keluhan.

"Aku dah tahu apa jadi" teka Daniel.

Amra dan Haiqal hanya memandang satu sama lain dan tau apa  nasib mereka selepas ini. 

Princess Xavier masuk ke dalam ruangan itu dan semuanya diam.

"Amra?"

"Kenapa perlu jodohkan Amra dengan orang lain, biar Amra pilih please..." rayu Amra dengan nada perlahan.

Terlalu penat untuk lalui sekali lagi.

Masih wujud lelaki yang tulus mencintai dirinya tanpa memandangnya dengan harta atau nafsu semata-mata?

"Xavier perlu pewaris." ujar Mia dengan nada tegas.

"Biar Amra tentukan siapa yang Amra nak hidup mati dengan dia." Amra terus meninggalkan ruangan itu tanpa menoleh. 

"Rish..."

"Bagi Amra waktu untuk dia tenangkan diri, emosi dia tak stabil." balas Airish. Dia tahu sejak Amra dan Hilman putus pertunangan, Amra kelihatan sedikit tertekan dan emosinya tak stabil. 

Daniel, Asfar dan Haiqal hanya diam kerana tidak mahu untuk masuk campur. 

Amra menuju ke taman yang berdekatan dengan Blue Iv, terdapat bukit yang ada pemandangan cantik dan kawasan itu redup berbanding taman itu.

"Aku terlalu hancur untuk menerima orang baru." 

Amra memuntahkan keluhan, betul Xavier memerlukan pewaris baharu tapi untuk masa terdekat untuk menyambung warisan ahli keluarganya.

Ada lelaki yang duduk di kerusi sebelahnya.

"Kalau aku nak kau... masih terima aku lagi?" soal Hilman.

Amra menoleh laju dan terkesima melihat Hilman disebelahnya. Sudah lama dia tidak berjumpa lelaki itu mahupun mendengar suaranya.

"Kau buat apa sini?" soal Amra dengan nada tinggi.

Rasa seperti hatinya diguris sedikit demi sedikit.

"Aku nak perbaiki hubungan kita..."

"Kita?" wajahnya bertukar menjadi merah dan bengis, hatinya makin panas. '

"Ya kita yang dulu.... bagi aku peluang Amra." rayu Hilman.

"Layak ke kau minta peluang sedangkan kau yang hancurkan kepercayaan aku!" suaranya naik seoktaf, Amra bangun dan memandang Hilman dengan renungan tajam.

"Tapi aku masih sayang dan cintakan kau."

"Cinta? sayang? orang macam kau ni tahu ke erti sebenar pasal cinta." ujar Amra dengan nada sinis.

"Kau tak akan pernah tahu tahap cinta aku kat kau." ujar Hilman dengan tenangnya.

Hatinya sedikit terguris dengan perubahan Amra, wanita yang dicintainya tidak seperti dahulu lagi.

"And you don't know how much I cried those day and I'm begging to lose this feeling before." 

Pernah satu tika dia merayu dalam sujudnya untuk melupakan segala kesakitannya dan merayu untuk hilangkan perasaan cinta itu

Masih layak ke untuk aku lalui semua ini sedangkan kau punca?

Adakah dengan perkataan maaf itu segalanya akan terubat dan diperbaiki...

"Amra..."


                                                                                         TO BE CONTINUE

                                                                                   

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top