Amra; Dia
Dulu ingin doanya diangkat dan dimakbulkan segera namun hari kian berubah dan hati yang berbolak-balik menukar segalanya sehingga doa itu hanya ingin dia redha dengan segalanya.
Amra hanya termenung melihat kertas-kertas yang berada di atas mejanya. Pandangan kosong itu membuatkan dia hanyut.
Tok!
Tok!
Tok!
Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik itu dan duduk di hadapan Amra.
"Amra..."
Suara itu membuatkan Amra segera memandang ke arah pemilik suara itu. Wajahnya berubah apabila melihat lelaki itu dihadapannya.
"What do you want from me?" soal Amra dengan nada tegas.
"Kita cuba perbaiki segalanya balik nak?"
Makin laju deruan nafas dan perasaan marahnya makin membuak-buak. Tiada lagi kisah yang perlu diperbaiki atau dibaca balik.
"Perbaiki? dulu aku merayu kat kau. Aku letak perasaan aku kat tepi, sikit pun kau tak hiraukan akU. Hati aku dah lama mati untuk nama kau." balas Amra, matanya sudah berair kerana tahan sakit di dadanya.
Daniel dan Izzran yang berada di luar bilik Amra hanya mendengar dari luar pintu sahaja. Mereka tidak mahu ganggu Amra dan Hilman.
"Aku dah berubah." tegas Hilman.
Amra berdiri dan menghampiri Hilman, "untuk sekarang tak ada gunanya lagi dah."
"Please Amra, I'm begging you."
"Ingat lagi apa kau cakap kat aku dulu waktu kau dengan dia... Ingat ni, sampai nafas terakhir kau waktu aku dah tak ada nanti. Datang kubur aku dan cakap yang kau memang cintakan perempuan tu dan bukannya aku. Dan... aku akan bawa ayat tu sampai aku dalam liang lahad." Amra terus keluar dari bilik itu dengan linangan air matanya.
Jiwanya sakit.
Langkahnya diatur ke bilik khas Xavier yang berada di tingkat 25. Bilik itu terdapat sofa dan ruangan rehat untuk keluarga Xavier, Amra merebahkan dirinya di atas sofa yang empuk itu.
Dulu hatinya mudah menerima lelaki itu walaupun dia banyak menyakiti Amra tapi kalini biarlah dia meninggalkan semua itu. Hatinya sudah menerima hakikat kisahnya sudah lama tapi hanya perlu masa untuk dia ungkapkan.
Izzran dan Daniel mendekati Hilman yang sedang termenung di meja itu. Dari wajahnya kelihatan kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Amra.
"Kau okay?" soal Izzran.
Hilman hanya menggeleng dan memuntahkan keluhannya.
"Hati dia dah mati untuk kau. Kau kena terima sekarang itu je..." ujar Daniel, dia kenal sangat dengan Amra. Sekali dah tak peduli, selamanya akan tetap dengan pendiriannya.
Tok!
"Tuan... Avana datang dan buat kecoh dekat Blue Aqua sekarang!" ujar pekerja itu dengan nada risaunya.
"Avanna dan siapa?" soal Daniel.
Mereka berdiri dan lihat telefon masing-masing dan terlihat gambar yang terdapat ramai wartawan di Blue Aqua pada tika ini.
"Avanna dan Ashween tapi sekarang cik muda baru je bergerak ke Blue Aqua dengan Alpha Team..."
"Siapa yang keluarkan arahan?" soal Izzran dengan nada risaunya.
Hanya orang tertentu sahaja boleh menggerakan Alpha Team dan boleh digunakan ketika waktu penting sahaja.
"Cik muda..."
Daniel terus membuka pautan link yang tersebar dengan tajuk " Xavier Pemusnah", terdapat banyak gambar Amra bersama senjata. Gambar seperti ini akan membuatkan lebih ramai akan memprovok keluarganya kerana salah tafsir dengan gambar itu.
"Seluruh bangunan tu dah dikepung dengan Alpha Team..." Daniel menggeleng laju melihat gambar itu.
Terdapat tiga helikopter yang menjaga ruangan udara dan di luar bangunan Blue Aqua terdapat pasukan khas Alpha Team.
Bal laju menerpa kearah mereka dengan wajah yang bengis. Tindakan yang tidak matang seperti ini akan membawa kesan kepada ahli keluarganya.
"Bawa balik Amra Zahra sekarang !" arah Qirana Balqis dalam tegas.
TO BE CONTINUE
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top