Amra: Blind Date

Masa bergerak pantas sekali, tidak sangka umurnya sudah 25 tahun dan banyak perkara terjadi bahkan apa yang dia lalui seolah-olah tidak masuk akal. Segala apa yang di lalui olehnya masih segar di dalam otaknya. 

Tidak semua penghabisan cerita 'happy ending' kan?

"Cik muda maaf.. " tegur perempuan itu.

"Pukul 2 nanti cik muda ada blind date, puan dah tetapkan untuk cik muda." sambungnya lagi.

Amra keluh, bukan dia tidak mahu untuk buka pintu hatinya tapi hatinya belum bersedia untuk menerima. Salah ke jadi single?

"Who's that guy?" soal Amra tanpa melihat wajah pekerjanya. 

"I bet you know em..." jawapan itu dijawab dengan perlahan sekali.

Amra menggeleng laju, lelaki kening botak tu? 

"Harris Irfan?" soalnya dengan nada terkejut. Baru sahaja pekerjanya mahu memberi jawapan, Amra sudah menggeleng laju dan berdiri.

Tok!

Tok!

"Masuk" arah Amra seraya itu beberapa pekerjanya masuk kedalam ruangan biliknya bersama 5 jambak bunga, kesemuanya bunga ros dan terdapat kad bersaiz kertas A4 yang tertulis nama Amra dan bentuk hati merah.

"Wait.. kenapa banyak sangat bunga ni?" soal Amra.

"Peminat cik muda kasi... " lelaki itu menghulur kad itu pada Amra, laju tangan Amra menolak kad itu.

Daniel masuk bilik itu dengan ketawa, Blue Aqua boleh buat taman bunga tak lama lagi.

"Just accept him lah dik." usik Daniel dengan tawa kecilnya.

Amra menjeling tajam kearah Daniel yang berdiri melihat bunga-bunga itu.

"Oh Amra... wajahmu secantik bunga mawar-" puisi Daniel terhenti di situ akibat Amra membaling botol air plastik ke arahnya.

"Awak bawak je keluar semua bunga ni kalau ada sesiapa nak bunga ni ambil je, saya kasi." ujar Amra, mereka keluar dari bilik itu dengan senyuman dan tawa kecil.

Daniel duduk di hadapan Amra, wajah adiknya direnung. Dia tahu Amra tidak bersedia untuk menerima sesiapa dalam hidupnya lagi selepas dia putus tunang dengan Hilman. Amra tidak mencari pengganti malah menyibukkan dirinya sambung belajar ke luar negara selama beberapa tahun.

FLASHBACK

"Apa adik cakap ni!" jerit Izzran, suaranya naik seoktaf apabila Amra mahu putus tunang dengan Hilman secara tiba-tiba.

"Keputusan muktamad." balas Amra.

Hilman hanya mengganguk setuju, dia tak mahu mengeruhkan keadaan. 

"Kalau ada masalah bincang bukan cara macam ni untuk selesaikan masalah." pujuk Asfar.

Amra terus keluar dari kedai itu tanpa berkata apa-apa. 

Sejak daripada itu, dia tidak pernah tanya Amra mengapa memilih perpisahan berbanding menyelesaikan masalah itu. Hilman menghilangkan dirinya selepas Amra bertolak ke luar negara sehingga sekarang tiada siapa tahu Hilman di mana. 

"Why don't you move on with everything?" soal Daniel.

"Not now." balas Amra perlahan.

"Adik tunggu Hilman lagi?" soal Daniel tanpa teragak-agak. 

Perempuan mana yang sanggup menutup pintu hatinya untuk semua lelaki. Dia masih setia mencintai seorang lelaki yang dia sendiri tak tahu keadaan lelaki tu sekarang.

"Perasaan menunggu, sayang, rindu tu dah lama mati sejak hari adik minta putus tunang. Tak semua ending indah kan, ni bukan fairy tale. Hati ni lama mati sejak hari tu,  salah adik juga sebab berharap pada manusia bukan pada pencipta. Terlalu banyak berkorban sehingga terlupa diri sendiri hampir terkorban untuk orang lain, terlalu lama berjuang sampai lupa diri dah penat. Jiwa yang trauma itu ibarat terselamat dalam kemalangan tetapi cacat seumur hidup." balas Amra dengan tenang, reaksi wajahnya terlalu tenang. 

Dia terlalu penat untuk berjuang kali kedua, untuk mencintai lagi sekali amat menyukarkan dirinya.

Don't accept bare minimum treatment.

"Then, what about Harris Irfan?"    bahkan lelaki lain pun ditolak inikan Harris Irfan. 

"Abang berlakon jadi boyfriend adik." balas Amra dengan senyumannya.

Daniel laju menggeleng, kalau mummy tahu ni aku pula yang kena penggal kepala. 

Haiqal, Asfar dan Izzran masuk ke dalam bilik itu dengan tawa mereka tanpa mengetuk pintu. Tawa mereka mati apabila melihat senyuman Amra dan wajah mencuka Daniel.

"Kenapa ni?" soal Izzran dengan nada pelik.

Haiqal mengerling jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari.

"Bukan adik patutnya jumpa Harris kejap lagi ke?" soal Haiqal.

"Jom siap!" Amra terus berdiri dan mengambil beg tangannya lalu mengeluarkan telefonnya.

"What do you mean by jom?" soal Asfar.

Daniel memuntahkan keluhannya, ni bukan sekali dia terpaksa berlakon menjadi teman lelaki Amra. Setiap kali Amra mempunyai temu janji yang telah ditetapkan, pasti Daniel akan berlakon menjadi teman lelaki Amra. 

Kenapa bukan Asfar, Haiqal, Izzran?

Tiada siapa tahu Daniel sudah pulang ke tanah air sejak tahun lepas, identitinya sebagai pewaris Xavier masih lagi dirahsia atas permintaannya. Dia selesa tidak dikenali oleh sesiapa termasuklah pekerjanya di Blue Iv, cukuplah mengenalinya sebagai Daniel Mikael Shah. 

"Again?" soal Asfar.

Daniel laju mengganguk.

"Sampai bila nak macam ni dik?" soal Asfar lagi. 

"Drop that topic so Harris Irfan your new blind date?" soal Haiqal. Mana mungkin dia tidak mengenali Harris, buaya terkenal dan dirinya terkenal sebab keningnya botak. Unik!

Haiqal, Daniel, Asfar dan Amra senyum melihat satu sama lain. Senyuman yang membawa seribu satu makna. Izzran memandang mereka dengan wajah yang serius, dia tahu apa yang akan dilakukan oleh sepupunya. 

Dah 25 tahun pun tak berubah, ada je nak idea nak kena kan orang.

"This is first and last."  ujar Izzran tegas, bukan boleh percaya sangat ni lagi-lagi Haiqal dengan Daniel kalau tak pantau mati terkejut budak tu dikerjakan nanti.

"No worries my love." balas Amra dengan tawanya.

Lepas solat zuhur mereka terus bergerak ke tempat yang sudah ditetapkan untuk berjumpa Harris. Hanya Izzran sahaja tidak mengikuti mereka kerana terdapat mesyuarat yang perlu diselesaikan. Princess Xavier jarang sekali datang ke pejabat hanya sesekali sahaja mereka datang untuk melihat keadaan syarikat mereka.

Mesyuarat itu patut dikendalikan oleh Daniel dan Asfar kerana mereka adalah ketua projek itu tetapi Izzran yang terpaksa menggantikan  mereka.

Izzran terus masuk ke bilik mesyuarat dengan segera.

"Tuan..." semua ketua department bangun ketika Izzran masuk ke dalam bilik itu sebagai tanda hormat.

"Duduk." arah Izzran. 

Fail- fail di atas meja itu diselak dan melihat isi kandungannya yang tebal itu, habis lah aku nak kena semak semua ni.

"Kita boleh mula mesyuarat macam biasa yang lain tak ada hari ni. Jadi saya uruskan mesyuarat hari ni." ujar Izzran.

Mereka mengganguk dan terus memulakan mesyuarat itu.

Restoran mahal itu terletak di tengah bandar Kuala Lumpur yang sesak. Turun sahaja dari kereta, Asfar dan Haiqal sudah siap memegang beg yang penuh barang, kereta Harris dicari oleh mereka. Kereta itu tayar dipancitkan dan diconteng di seluruh bahagian tingkap kereta itu dengan marker. 

CCTV tidak berfungsi pada ketika itu.

Daniel dan Amra berjalan beriringan masuk ke dalam ruangan khas restoran itu.

"Cik muda.." pintu ruangan khas itu dibuka dan terlihat Harris di dalam.

"Amra.." Amra terus duduk di hadapan Harris, hanya senyuman palsu yang diukir di bibirnya. 

"So, next date awak nak pergi mana pulak, zoo?" soal Harris.

Next date? A big no, ni untuk pertama dan terakhir!

"Tiada yang seterusnya." balas Amra tegas.

"Kenapa pula tak ada yang seterusnya, ni kan baru permulaan perkenalan kita." ujar Harris.

Aduh mamat ni, tak faham bahasa betul.

"Makanan sampai..." Daniel masuk ke dalam ruangan itu berpakaian suit hitam bersama troli makanannya. Dia memandang lelaki itu dengan tajam, amboi gatalnya nak tackle adik aku. Kening tu kasi lebat dulu baru datang balik.

Makanan-makanan itu dihidang di atas meja, Amra menahan ketawanya. 

"Argh!" Harris terus meneguk laju air jus oren itu, spaggeti itu sudah dicampurkan dengan 7 sudu garam halus oleh Daniel. Dia hanya menahan ketawa dan senyumannya.

"Maaf, ada masalah ke encik?" soal pelayan itu.

"Masin sangat spagetti ni!" marah Harris, wajahnya sudah bertukar merah. 

Mesyuarat itu berjalan lancar dan mereka masih sedang berbincang tentang kos yang akan dibelanjakan oleh mereka.

Tok!

Tok!

"Masuk!"

Semua memandang ke arah wanita yang menuju ke arah Izzran.

"Maaf menggangu tuan, puan Fatin Catrina dan puan Damia datang. Tuan nak saya panggil puan untuk join meeting ni sekali?" soal wanita itu.

Muka Izzran berubah, kenapa mama datang waktu-waktu macam ni?

"Suruh mama tunggu dekat bilik Amra je, habis meeting saya datang sana." balas Izzran, tali leher dilonggarkan sedikit terasa seperti tidak boleh bernafas secara tiba-tiba.

Kalau mama tahu Daniel, Asfar dengan Haiqal teman Amra blind date, habis semua kena penggal kepala ni. Belum lagi mummy tahu, kalau tahu tu habis lah aku sekali kena cari jodoh lepas ni.

Izzran terus menelefon Daniel tanpa fikir panjang.

"Kau balik sekarang..." bisik Izzran 

Mesyuarat itu diteruskan kembali.

"Sabar lah, tak habis lagi game ni." balas Daniel.

Izzran menahan perasaan marahnya, tak ada masa nak bermain-main.

"Mama kat sini gila, kau nak kena pancung ke balik nanti..." ujar Izzran.

"Siapa pula nak jadi pocong ni Ran. kau mesti nak ajak aku pergi rumah hantu kat Sunway Lagoon tu kan. Yelah-yelah nanti kita pergi." balas Daniel, dia tidak dapat mendengar dengan jelas kerana suasana di ruangan khas restoran itu yang sedang kecoh dengan Harris.

Izzran mengetap giginya, mukanya diraup. Kenapa lah aku dapat sepupu pekak ni...

"Mak kau kat sini gila..." bisik Izzran dengan nada geramnya.

"Fatin Catrina ke?" 

"Plus she with Damia Arisya..." balas Izzran dengan keluh.

"On my way!" telefon itu terus dimatikan dengan pantas.

Tok!

Baru sahaja Izzran mahu memberi arahan masuk, ketukan itu berhenti dan pintu terbuka. Damia dan Fatin berada terus masuk ke dalam ruangan mesyuarat itu.

"Puan..." semua berdiri tanda hormat kepada Princess Xavier.

"Mama.." Izzran terkejut melihat tetamu dihadapannya. Tamatlah riwayat semua hari ni...

Dugaan apa yang aku harus lalui ni?

"Mana yang lain, kenapa bukan Daniel dan Haiqal yang uruskan mesyuarat ni?" soal Fatin Catrina.

Deg.

Jantung seakan berhenti sebentar...


           TO BE CONTINUE

                                                                                


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top